PDA

View Full Version : FR dalam Bahasa Melayu


Pages : 1 [2] 3 4 5

Thai Rak Thai
03-05-2006, 02:44 PM
Are we going to start an FR thread in full Thai too? ;)

KatoeyLover69
03-05-2006, 03:03 PM
Are we going to start an FR thread in full Thai too?


Up to you ! :D

............. as what the Thai girls in the A Go Go bars will tell you when you ask them " How much ? " to book them

DRYDUST
04-05-2006, 10:06 AM
Are we going to start an FR thread in full Thai too? ;)

i fully support this...:p

KatoeyLover69
05-05-2006, 11:47 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Jumaat 5hb 2006 :-

JB Sentral beroperasi akhir tahun

JOHOR BAHRU: Terminal pengangkutan awam terbaru di bandar raya ini, JB Sentral yang dibina bersama dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) akan mula beroperasi akhir tahun ini.

Kompleks yang bernilai kira-kira RM141 juta itu terletak di belakang Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Johor Bahru dan akan mempunyai laluan pejalan kaki bagi menghubungkannya dengan Kompelks KIK yang baru.

Pengurus Projek Gerbang Selatan Bersepadu, Ng Ah Kow, berkata projek berkenaan kini 50 peratus siap dan akan mula dibuka kepada orang awam menjelang akhir tahun ini.

"Terminal penumpang ini akan menawarkan standard baru dalam sistem pengangkutan awam di pusat bandar raya Johor Bahru," katanya.

Dilengkapi 12 laluan bas, 950 tempat letak kereta dan yang paling penting stesen untuk sistem transit aliran ringan (LRT), terminal berkenaan adalah penyelesaian terhadap masalah tempat letak kenderaan dan kesesakan lalu lintas di bandar raya ini.

Selain itu, empat landasan kereta api sedia ada akan ditambah kepada enam bagi memenuhi permintaan daripada penumpang kereta api.

Ng berkata, dengan pembukaan JB Sentral, Stesen KTM sedia ada yang berusia hampir 100 tahun akan dijadikan muzim peringatan kereta api.

"JB Sentral dan Kompeleks KIK yang baru akan disambungkan bagi membolehkan penumpang daripada Singapura selepas pemeriksaan imigresen memilih bentuk pengangkutan awam yang mereka inginkan bagi meneruskan perjalanan," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pernah menyatakan laluan LRT di bandar raya ini, akan menghubungkan Tampoi, Pandan dan Johor Bahru dengan JB Sentral akan menjadi stesen utamanya.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan sebuah konsortium yang terdiri daripada pelabur Korea Selatan dan tempatan bagi membangunkan sistem LRT itu.

KatoeyLover69
06-05-2006, 05:11 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Sabtu 6hb Mei 2006 :-

Majlis nikah 20 minit, bayar RM2,000

SADAO (Selatan Thailand) : Majlis pernikahan dilakukan jurunikah tidak bertauliah yang dikesan semakin berleluasa di wilayah ini hanya berlangsung 20 minit dengan disaksikan anggota sindiket terbabit.

Kebanyakan pasangan dari Malaysia yang berkahwin sanggup membayar lebih RM2,000 kepada jurunikah palsu yang berbohong kononnya diiktiraf Majlis Agama Islam Songkhla (Mais) dan diberi sijil nikah palsu.

Setiausaha Mais, Abdul Rahman Kayem, ketika ditemui di rumahnya di Ban Lum, dekat sini, berkata kegiatan penipuan yang bermula sejak beberapa tahun lalu kini semakin berleluasa, namun perbuatan sindiket itu sukar dibendung.

Menurutnya, sindiket terbabit wujud kerana bilangan pasangan yang datang untuk bernikah di wilayah ini terlalu ramai.

Katanya, sepanjang tahun lalu, kira-kira 60 pasangan dari Malaysia menggunakan khidmatnya sebagai jurunikah, manakala dari Januari hingga April lalu, sebanyak 30 pasangan sudah dinikahkannya.

“Di wilayah Songkhla, Mais mempunyai 30 jurunikah bertauliah bagi menikahkan pasangan Islam dan pelantikan mereka dilakukan enam tahun sekali di kalangan imam terpilih.

“Ada juga jurunikah bertauliah yang tidak dilantik semula disebabkan faktor tertentu,” katanya.

Namun, disebabkan bilangan pasangan yang datang terlalu ramai, ada yang sanggup menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah kerana tidak mahu menunggu lama.

“Walaupun menyedari penipuan didalangi sindiket itu, namun bukan mudah menghentikannya kerana Mais tidak mempunyai kuasa bertindak disebabkan undang-undang Islam agak longgar di sini,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pasangan terbabit menggunakan khidmat jurunikah tidak bertauliah sebenarnya hanya mengundang masalah pada masa depan termasuk kemungkinan pernikahan mereka tidak sah.

Abdul Rahman berkata, selepas dinikahkan di Thailand, pasangan terbabit perlu mendaftar dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

“Jika sijil pernikahan didapati palsu dan tidak diiktiraf di Thailand, pasangan terbabit akan menghadapi masalah apabila kes mereka dirujuk dengan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya, pasangan terbabit juga akan bermasalah apabila perkahwinan berakhir dengan perceraian kerana mereka perlu datang berjumpa semula dengan jurunikah.

“Masalah akan timbul jika jurunikah terbabit tidak dapat dikesan dan Mais pula tidak mempunyai rekod mengenai pernikahan mereka,” katanya.

Abdul Rahman berkata, selain itu, Mais turut mengesan ada rakyat Malaysia sendiri menjadi jurunikah palsu itu dengan menyediakan sijil pernikahan palsu Thailand.

“Mereka mengeluarkan sijil pernikahan palsu Thailand kepada pasangan terbabit tanpa perlu datang ke sini untuk dinikahkan,” katanya.

Katanya, dalam beberapa kes tertentu, beliau terpaksa menikahkan semula beberapa pasangan dari Malaysia yang datang berjumpanya selepas menyedari pernikahan mereka dijalankan jurunikah tidak bertauliah.

KatoeyLover69
08-05-2006, 11:23 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 8hb Mei 2006 :-

'Haji' jual pil perangsang seks tiruan dicekup

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas berserban dan bergelar ‘haji’ sanggup menjual pil perangsang seks dipercayai tiruan untuk mendapat keuntungan lumayan.

Warga emas berusia 70-an itu dikatakan mendapat bekalan ubat perangsang haram Tadalafil dan ubat Cina, Wu Bian Li dari luar negara.

Lelaki dari Chukai, Kemaman, dekat sini, dipercayai mengedarkan ubat itu secara sembunyi di kedai atau tempat lain mengikut kehendak pelanggan sejak setahun lalu, termasuk menghantarnya ke rumah anak sendiri.

Bagaimanapun, kegiatan ‘haji’ terbabit terbongkar selepas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF), Jabatan Kesihatan negeri, menerima maklumat awam mengenai kegiatannya sebelum merampas ubat perangsang haram bernilai kira-kira RM10,000.

Timbalan Pengarah (Farmasi) BPF, Che Mohd Nasir Che Ali, berkata lima pegawai penguat kuasa BPF diketuai Ketua Penolong Pengarah, Mohtar Mohd, menyerbu rumah anak lelaki ‘haji’ itu yang berusia 51 tahun di Teluk Kalong, Kemamam kira-kira jam 4 petang, Khamis lalu.

Menurutnya, pegawai BPF mendapati warga emas terbabit menjalankan urus niaga dengan seorang pelanggan berusia 53 tahun di ruang tamu dan terdapat ratusan kotak Tadalafil 50 miligram (mg) dan 80mg, serta kira-kira 120 paket ubat perangsang Cina 800mg dan 500mg.

“Semua ubat perangsang tiruan yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira RM10,000,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, warga emas yang pernah menjadi nelayan itu menunjukkan satu kotak lain di bawah katil rumahnya di Chukai mengandungi 30 botol Tadalafil.

“Siasatan mendapati warga emas terbabit membeli satu kotak Tadalafil mengandungi tiga botol RM40 dan menjual dengan harga RM60, membolehkannya mendapat keuntungan RM20 sebelum pengedar menjual RM40 sebotol,” katanya.

Menurutnya, pil perangsang haram itu dipercayai mendapat sambutan hangat kerana lebih murah daripada pil perangsang asli.

“Ubat haram itu dijual RM40 untuk setiap botol mengandungi 10 biji tetapi Tadalafil asli dijual RM60 sebiji,” katanya.

Bagaimanapun, ubat itu sejenis racun berjadual yang hanya boleh diambil dengan nasihat doktor kerana boleh memberi kesan buruk jika diambil tidak betul termasuk tekanan darah rendah atau pecah saluran darah.

“Berbanding Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis) mempunyai kesan berganda hebat iaitu selama 72 jam berbanding Sildenafil 24 jam,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 13(a), Akta Racun 1952, kerana memiliki ubat mengandungi racun untuk jualan tanpa lesen sah.

“Kes juga disiasat mengikut Peraturan 30(1), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana memiliki ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan untuk dijual,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-05-2006, 11:30 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 8hb Mei 2006 :-

'AO' kod ulat teksi Singapura

JOHOR BAHRU: Beberapa ulat yang menjadi ejen kepada pemandu teksi Singapura menggunakan istilah `AO’ atau `ada orang’ sebagai panduan untuk mengambil atau menurunkan penumpang bukan di tempat dibenarkan pihak berkuasa.

Ini kerana teksi Singapura hanya dibenarkan membawa penumpang dari Rochor Road dan diturunkan di hentian teksi Plaza Seni dan Kota Raya II.

Bagaimanapun, untuk mengaut keuntungan lebih, pemandu teksi Singapura terbabit dengan bantuan ulat mencuri penumpang sesuka hati di beberapa tempat yang dikenal pasti di bandar raya ini sambil mengenakan tambang tinggi.

Walaupun dikenakan caj tinggi, Harian Metro difahamkan penumpang tidak menghiraukannya kerana `malas’ pergi ke dua hentian sah yang disediakan itu.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pemandu teksi Singapura itu didakwa menutup periuk nasi pemandu teksi tempatan yang kini terpaksa bersaing dengan pengangkutan awam lain.

Seorang pemandu teksi bandar raya yang enggan dikenali, berkata pemandu teksi Singapura dari Rochor Road ke pusat bandar raya ini semakin berani menurunkan penumpang selepas mendapat maklumat ejen.

“Mereka sesuka hati menurunkan penumpang dan selepas itu memindahkan ke kereta sewa lain, termasuk kereta sapu yang beroperasi secara haram.

“Justeru, mereka selalunya mengenakan tambang berlipat kali ganda bagi kos perjalanan dari Rochor Road dan kos perjalanan seterusnya ke destinasi lain,” katanya.

Menurutnya, seseorang pemandu teksi Singapura hanya dibenar mengenakan tambang S$32 (RM72) bagi perjalanan sehala dari republik itu ke hentian teksi yang dikendalikan Persatuan Kebajikan Tuan-Tuan Punya Teksi, Kereta Sewa Johor Bahru-Singapura di bandar raya ini.

Katanya, mengikut prosedur, selepas menurunkan penumpang di hentian disediakan, pemandu teksi Singapura dikehendaki menunggu giliran mengikut nombor untuk mengambil penumpang bagi masuk semula ke Singapura dengan tambang RM40.

“Bagaimanapun, mereka menurunkan penumpang sesuka hati di bandar raya ini dan mengambil penumpang lain sebelum masuk semula ke republik itu.

“Antara kawasan menjadi tumpuan mereka menurun dan mengambil penumpang ialah Jalan Legaran Segget, stesen minyak berhampiran pejabat kastam, di depan Bangunan Sultan Ibrahim dan beberapa hotel sekitar bandar raya,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi tempatan mendakwa sekiranya menggunakan ulat, pemandu teksi Singapura dianggarkan mampu mendapatkan keuntungan RM400 sehari.

Beliau berkata, semua proses memindahkan penumpang akan dilakukan sekelip mata oleh pemandu teksi Singapura terbabit mengikut maklumat ulat bagi mengelakkan kegiatan mereka diberkas pihak berkuasa atau persatuan teksi yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa, termasuk Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi Singapura terbabit yang menjejaskan operasi pengangkutan awam lain, terutama teksi bandar raya.

“Jika kita lihat, bukan sahaja teksi Singapura, malah kereta sewa sudah berani memasuki kawasan bandar raya ini bagi menurunkan atau mengambil penumpang berbanding menggunakan hentian mereka yang disediakan di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral.

“Justeru, LPKP dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta persatuan teksi berkenaan seharusnya membantu menangani masalah itu yang semakin serius sebelum perkhidmatan teksi bandar raya gulung tikar,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-05-2006, 11:43 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 8hb Mei 2006 :-

'Ada pelajar IPT datang nikah selepas hamil'

SADAO (Selatan Thailand) : Ada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari Malaysia yang dikatakan pergi ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan dengan pasangan mereka.

Setiausaha Majlis Agama Islam Songkhla (Mais) yang juga jurunikah bertauliah, Abdul Rahman Kayem, berkata ada antara penuntut terbabit yang datang ke sini untuk bernikah kerana hamil.

Menurutnya, kes pernikahan pasangan seperti itu bukan perkara baru di sini, malah sudah berlaku sejak lebih tiga tahun lalu sejak beliau dilantik sebagai jurunikah bertauliah.

“Ada lelaki yang saya nikahkan dengan pasangannya yang masih menuntut di universiti, begitu juga sebaliknya, malah ada juga pasangan terdiri daripada sesama penuntut universiti.

“Tidak perlu saya beritahu daripada universiti mana, tetapi saya tahu mereka penuntut universiti kerana sebelum dinikahkan, latar belakang mereka diselidiki terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ban Lum, dekat sini, Khamis lalu.

Abdul Rahman berkata, sepanjang tahun lalu, beliau sudah menikahkan tidak kurang 60 pasangan dari Malaysia termasuk penuntut IPT.

“Sepanjang empat bulan dari Januari hingga April tahun ini, tidak kurang 30 pasangan sudah dinikahkan termasuk penuntut universiti,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu jumlah sebenar penuntut IPT yang sudah dinikahkannya kerana semua dokumen pernikahan mereka disimpan ibu pejabat Mais di Hadyai.

“Saya terpaksa menikahkan mereka kerana tidak mahu bersubahat apabila mereka melakukan zina, malah ada antara pasangan itu yang hamil ketika dinikahkan.

“Antara punca mereka melangsungkan pernikahan di sini kerana mahu berpoligami selain perkahwinan tidak mendapat restu keluarga serta pasangan yang sudah terlanjur,” katanya.

Beliau berkata, ada pasangan yang disiasat mengaku sudah tinggal bersama seperti pasangan suami isteri sebelum datang ke sini untuk dinikahkan.

“Selalunya pernikahan di sini adalah jalan terakhir yang diambil pasangan terbabit selepas mengalami kebuntuan untuk tujuan sama di Malaysia,” katanya.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan kebanyakan pasangan dari Malaysia yang berkahwin sanggup membayar lebih RM2,000 kepada jurunikah palsu yang berbohong kononnya Mais dan diberi sijil nikah palsu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
09-05-2006, 11:18 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 9hb Mei 2006 :-

Warga China dipaksa jadi GRO tanpa gaji

KUALA LUMPUR: Impian seorang suri rumah untuk melihat lokasi bersejarah di Melaka bertukar tragedi apabila mangsa diperdaya ‘ibu ayam’ sebelum dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) selama lebih dua bulan membabitkan sindiket pelacuran tempatan.

Mangsa yang juga warga China yang berkahwin dengan lelaki rakyat tempatan, mendakwa dikurung di sebuah pusat hiburan selain dikawal ketat sepanjang masa oleh konco sindiket pelacuran terbabit bagi mengelakkannya melarikan diri.

Suami mangsa, Ong Chee Seng, 33, berkata isterinya, Zhang Qiao Ning, 32, yang hilang sejak 10 Februari lalu bagaimanapun berjaya melarikan diri daripada sindiket itu pada 26 April lalu.

Menurutnya, kehilangan isterinya sebelum ini menjadi misteri berikutan Zhang hanya meninggalkan nota di rumah mereka di Pandan Jaya dengan isi kandungan memberitahu rasa cinta padanya.

“Bagaimanapun kehilangan isteri saya itu terjawab selepas dia kembali semula ke rumah pada jam 7 petang 30 April lalu.

“Isteri saya memberitahu dia sebelum ini dipelawa seorang wanita yang baru dikenali untuk menyertai rombongan lawatan ke Melaka,” katanya.

Menurutnya, Zhang bersetuju mengikut wanita terbabit ke Melaka dengan dibiayai sepenuhnya kos perbelanjaan, pengangkutan serta hotel.

“Bagaimanapun pada 11 Februari, wanita terbabit mengajak isteri saya pergi berhibur di sebuah pusat karaoke di Melaka.

“Namun sebelum memasuki pusat karaoke itu, isteri saya diarahkan meninggalkan pasport di kaunter dengan alasan ia tidak dibenarkan dibawa ke dalam pusat hiburan itu,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang tidak tahu apa-apa menyerahkan pasport serta telefon bimbit kepada sindiket terbabit sebelum ia disimpan dalam almari besi.

“Sejak itu, isteri saya dipaksa menjadi GRO tanpa gaji selain dikurung dalam premis itu sepanjang masa. Zhang sukar melarikan diri kerana pasportnya dirampas selain diugut untuk dibunuh.

“Isteri saya mendakwa diarah berpakaian seksi dan melayan pelanggan pusat karaoke itu tanpa mengira masa,” katanya.

Bagaimanapun, Ong berkata, Zhang akhirnya mendapat idea dengan berpura-pura sakit dan mahu berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

“Peluang itu digunakannya untuk melarikan diri dengan bantuan seorang lelaki yang sudi memberikan wang bagi membolehkan Zhang membeli tiket bas pulang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Zhang yang ke Biro Aduan MCA bersama suaminya, semalam melahirkan rasa gembira kerana berjaya menyelamatkan diri daripada terus menjadi hamba sindiket itu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
09-05-2006, 11:28 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selasa 9hb Mei 2006 :-

Laluan alternatif atasi sesak di Lebuhraya JB-Pasir Gudang

PASIR GUDANG: Satu jalan alternatif akan dibina bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Johor Bahru-Pasir Gudang yang juga satu-satunya laluan tunggal yang menghubungkan kedua-dua tempat pada masa ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, berkata pembinaan jalan alternatif itu akan menghubungkan jalan persisiran pantai bermula dari Kampung Pasir Gudang Baru sehingga ke Bandar Permas Jaya, seterusnya ke Bandaraya Johor Bahru.

Beliau berkata, kos pembinaan jalan alternatif oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu ialah RM179 juta dan ia juga adalah antara projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Katanya, projek itu juga termasuk dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang meliputi Pasir Gudang, Johor Bahru, Kulai dan Mukim Serkat, di Pontian.

"Pembinaan jalan alternatif ini penting kerana ia memantapkan lagi hubungan sistem jalan raya sekali gus merancakkan lagi proses pembangunan di kawasan utara, timur, barat dan selatan Johor Bahru," katanya di sini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembinaan jalan alternatif itu juga penting memandangkan kawasan perindustrian Pasir Gudang bakal menjadi pusat pelancongan, pendidikan dan biodiesel di negeri ini dalam tempoh RMK-9.

Justeru, katanya banyak projek pembangunan akan dibina di sini, termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) selain Pusat Inkubator bagi melatih bakal usahawan.

"Lebuhraya Pasir Gudang-Johor Bahru tidak akan mampu lagi menampung pertambahan kenderaan selain pembukaan beberapa taman perumahan di sekitarnya pada masa akan datang," katanya.

Selain itu, katanya, pembangunan pesat di sekitar kawasan Pasir Gudang sememangnya memerlukan jalan alternatif bagi memastikan kelancaran sistem perhubungan ke kawasan lain termasuk bandar raya Johor Bahru.

Malah, cadangan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG) yang mahu menaik taraf sebagai majlis perbandaran cukup menggambarkan perlunya projek jalan alternatif itu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
10-05-2006, 12:48 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 10hb Mei 2006 :-

Pembangunan terancang atasi kesesakan lalu lintas di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yakin pembangunan Wilayah Ekonomi Johor Selatan akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama di pusat bandar raya sekali gus memberi lebih banyak laluan kepada pelaksanaan proses pembangunan lebih terancang.

Datuk Bandar, Datuk Abdul Latiff Yusof, berkata pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang baru selain pemindahan pusat pentadbiran kerajaan negeri ke Nusajaya, Gelang Patah menyebabkan kenderaan tidak akan lagi tertumpu ke pusat bandar raya.

"Kesesakan lalu lintas di dua jalan utama iaitu Jalan Tun Razak dan Jalan Wong Ah Fook akan berkurangan dan membolehkan MBJB melaksanakan pelbagai pembangunan seperti dirancangkan," katanya di sini.

Abdul Latiff berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), MBJB memohon sejumlah RM722.68 juta daripada kerajaan Pusat untuk pembangunan infrastruktur, utiliti, sosial dan kualiti hidup warga bandar raya.

"Bagaimanapun, MBJB masih belum mengetahui jumlah sebenar yang diperoleh dalam RMK-9 tetapi saya percaya sudah tentu kerajaan Pusat memberikan perhatian khusus terhadap cadangan daripada MBJB.

"Ia berikutan pengumuman Perdana Menteri sendiri bahawa pembangunan Wilayah Johor Selatan adalah yang kedua terpenting selepas Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) juga sudah melantik pihak perunding bagi mengkaji sistem pengangkutan awam di bandaraya Johor Bahru dan ia termasuk sistem transit aliran ringan (LRT).

"Kali terakhir, kajian itu dilakukan adalah 20 tahun lalu dan sudah tentu banyak perubahan yang berlaku terutama sekali dari segi jumlah penduduk dan taman perumahan," katanya.

Menurutnya, MBJB akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap sistem pengangkutan awam di bandaraya bagi meningkatkan lagi kemudahan yang ditawarkan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-05-2006, 01:55 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 15hb Mei 2006 :-

50 VVIP nikah ekspres di Thailand

KOTA BHARU: Golongan kenamaan, termasuk bergelar Tan Sri dan Datuk (VVIP) dikesan menduduki ‘carta popular’ dalam mendapatkan khidmat orang tengah sindiket nikah di Thailand.

Dianggarkan, kira-kira 50 VVIP pernah mendapatkan khidmat nikah secara ekspres itu sejak 2002.

Harian Metro difahamkan, mereka bukan tidak mampu untuk berkahwin di negara sendiri, tetapi sengaja memilih khidmat sindiket itu bagi mengelak rahsia berkahwin lebih daripada satu diketahui isteri pertama.

Bagi mendapatkan khidmat orang tengah sindiket terbabit, golongan VVIP itu dikatakan sanggup membayar upah hampir mencecah RM10,000.

Permintaan tinggi untuk berkahwin di Thailand juga membuka peluang kepada orang tengah memperoleh pendapatan lumayan berjumlah kira-kira RM20,000 hingga RM50,000 setahun.

Siasatan Harian Metro mendapati kebanyakan VVIP terbabit datang dari Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar di negara ini.

Terdapat kira-kira 200 orang tengah di negeri ini bergerak aktif menjalankan khidmat kahwin ekspres di Narathiwat dan Resak di Selatan Thailand.

Kebanyakan orang tengah tinggal di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand bagi memudahkan pelanggan lama dan baru berurusan.

Mereka akan mengatur semua perkahwinan dari awal hingga pelanggan mendapatkan sijil nikah mereka.

“Kami akan bertemu pelanggan di lokasi rahsia sebelum membawa mereka masuk ke negara jiran melalui pengkalan tertentu dan selepas itu, kumpulan kami di sebelah sana membawa bakal pengantin bertemu imam sama ada di masjid di daerah Narathiwat atau Resak.

“Tidak sampai empat jam, mereka selamat diijabkabulkan tanpa perlu menyediakan wali dan saksi kerana semua sudah disediakan kami,” kata seorang daripada orang tengah yang ditemui Harian Metro.

Menurutnya, secara teori, proses perkahwinan melalui khidmat sindiket hampir sama dengan proses perkahwinan biasa, kecuali dari segi amalinya.

Orang tengah itu turut mendakwa, biasanya seseorang VVIP menghantar wakil untuk berurusan bagi memastikan urusan membawa ‘bos’ mereka berjalan lancar serta rahsianya tidak mudah bocor.

“Kebanyakan mereka menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan perkahwinan dengan teman wanita yang jauh lebih muda.

“Ada antaranya bukan berkahwin untuk isteri kedua lagi, malah bernikah untuk isteri keempat,” katanya yang enggan mendedahkan identiti dan gambarnya dirakamkan.

Dia berkata, ada juga VVIP terbabit sengaja tidak datang bersama pasangan ke sempadan, dipercayai bagi mengelak dikesan pihak tertentu.

“Kami akan bawa pasangan mereka menerusi laluan rahsia ke negara jiran di Pengkalan Kubor, Tumpat kerana lebih dekat dengan lokasi urusan nikah itu,” katanya.

Laluan pangkalan haram di sempadan juga digunakan berdasarkan permintaan pasangan masing-masing.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-05-2006, 02:01 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 15hb Mei 2006 :-

Papan iklan di Johor Bahru tak sopan

JOHOR BAHRU: Kewujudan papan iklan mempamerkan gambar berunsur lucah berhampiran Jalan Tebrau di sini, kurang disenangi penduduk tempatan kerana menjejaskan imej bandar raya ini.

Papan iklan mempamerkan wanita seksi didakwa bukan sahaja mengganggu keselesaan pengguna jalan raya, malah kurang sesuai diletakkan di lokasi yang menjadi tumpuan ribuan pengunjung ke bandar raya ini.

Lebih mendukacitakan kewujudan papan tanda itu bersebelahan papan iklan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menyampaikan mesej berfaedah daripada pemimpin negara.

Seorang penduduk, Amzah Moideen, 43, berkata dia terkejut melihat kewujudan papan iklan ‘krim penegang payu dara’ sejak lebih dua bulan lalu ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke pusat bandar raya.

Menurutnya, papan iklan yang diletak di tempat umum termasuk di tepi jalan seharusnya perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk sama ada ia membabitkan sensitiviti penduduk atau sebaliknya.

“Papan iklan mempamerkan imej lucah itu bukan sahaja mengeksploitasi wanita kerana digunakan sebagai pelaris produk, malah mampu mewujudkan tabiat negatif di kalangan masyarakat.

“Saya pelik bagaimana PBT boleh memberi kebenaran memasang papan iklan berkenaan di lokasi seperti itu kerana bukan bersifat mendidik mahupun menyampaikan maklumat berfaedah.

“Saya menyarankan PBT mengharamkan papan iklan begini diletak di merata tempat kerana ia menyinggung perasaan dan menjatuhkan maruah masyarakat kita yang terkenal dengan budaya Timur,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Syarifah Fadzilah Syed Abdullah, 27, berkata papan iklan berkenaan secara tidak langsung mengganggu tumpuan pemandu di jalan raya selain mengakibatkan kemalangan.

Menurutnya, penyelidikan saintifik pakar psikologi Amerika Syarikat (AS) menemui bukti kukuh bahawa tabiat suka melihat imej lucah sebenarnya mendatangkan masalah besar kepada penglihatan.

Katanya, kajian itu mendapati golongan yang ditunjukkan dengan imej lucah selalunya gagal memproses imej yang dilihat dengan segera selepas itu dan penglihatan terganggu,” katanya.

“Sesebuah syarikat yang ingin memasang papan iklan di tepi jalan raya tidak seharusnya mempamerkan imej yang melampau dan perlu mematuhi garis panduan disediakan PBT, “ katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-05-2006, 02:05 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Isnin 15hb Mei 2006 :-

Dr Wee : ‘Kaji caj RM20 bagi kemasukan kereta Singapura’

JOHOR BAHRU: Kerajaan diminta mengkaji kadar bayaran RM20 yang mahu dikenakan bagi kereta Singapura yang masuk ke negara ini supaya tidak menjejaskan sektor pelancongan tempatan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong, berkata harga lebih munasabah harus dikenakan bagi setiap kereta dari republik itu yang masuk ke negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, berkata pas bulanan boleh diperkenalkan termasuk kepada rakyat Singapura yang kerap keluar masuk sama ada menggunakan Tambak Johor atau Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

"Masih ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan mereka diminta majikan memandu kereta dengan plat pendaftaran Singapura. Caj itu jika dilaksanakan akan membebankan mereka," katanya selepas melancarkan kaunter membayar saman untuk dua hari di City Square, di sini, semalam.

Singapura mengenakan S$30 (RM68.10) setiap hari kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu sejak 1 April 2001.

Katanya, pelaksanaan caj itu mungkin menjejaskan industri pelancongan Johor yang buat masa ini memperoleh RM5 juta setiap hari daripada pelawat dari Singapura.

Kira-kira 23,500 warga Singapura memasuki negeri ini setiap hari dan secara purata membelanjakan kira-kira RM200 untuk makanan, beli-belah dan hiburan.

Mengikut laporan, kira-kira 20,000 kereta warga Singapura memandu ke Johor sehari.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
17-05-2006, 12:45 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Selasa 16hb Mei 2006 :-

Rumah seks RM30

KUALA LUMPUR: Walaupun usia mencecah hampir 100 tahun, bangunan usang di Jalan Petaling, di sini, menjadi tumpuan pengunjung termasuk warga emas berikutan kewujudan `rumah RM30’ yang menawarkan khidmat seks gadis belasan tahun.

Kawasan itu tidak putus-putus menerima pengunjung yang mahu mendapat khidmat seks daripada pelacur di kalangan wanita warga Indonesia, China dan Thailand.

Tinjauan Harian Metro semalam, mendapati, jalan itu seolah-olah menjadi pesta apabila ratusan pengunjung, tidak putus-putus mengunjungi kawasan terbabit untuk mendapatkan khidmat seks daripada pelacur.

Walaupun di bahagian depan jalan berkenaan kelihatan sunyi, di belakang bangunan terbabit, aktiviti pelacuran giat beroperasi sekali gus menghidupkan suasana di situ.

Kebanyakan pelanggan yang datang mendapatkan khidmat seks terdiri daripada pekerja asing yang datang secara berkumpulan untuk memuaskan nafsu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-05-2006, 12:03 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 17hb Mei 2006 :-

VCD aksi berahi wanita depan Indon

KUANTAN: Seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) hanya mampu menangis selepas mengetahui aksi `berahinya’ bersama seorang lelaki Indonesia dijual dalam bentuk cakera padat video (VCD) pada harga RM10 sekeping sejak Januari lalu.

Mangsa berusia 25 tahun itu dikatakan mengenali pasangannya pada 30 Disember lalu melalui telefon bimbit selepas dia menjawab panggilan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, disebabkan teringin untuk berkenalan lebih lanjut, lelaki berkenaan kemudian berjanji untuk bertemu dengan mangsa, pada keesokan harinya.

Pada hari pertama pertemuan mereka, mangsa mengajak lelaki berkenaan ke rumahnya yang pada masa itu, keluarganya tiada di rumah kerana keluar.

Ketika di dalam rumah itu, mangsa dipercayai termakan pujuk rayu lelaki itu dan merakam gambar separuh bogel pelbagai aksi `mengghairahkan’ menggunakan kamera telefon bimbit milik lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Superintendan Zaini Jass, berkata sebaik rakaman selesai, lelaki berkenaan kemudian pulang ke rumahnya.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit yang menyimpan gambar berkenaan dalam telefon bimbitnya pergi membaiki telefonnya di sebuah kedai yang kemudian memberikan gambar itu kepada seorang peniaga dikenali sebagai Pak Teh.

“Peniaga itu yang agak terkenal di kalangan penduduk Felda, mengambil kesempatan menggunakan gambar yang dirakamkan sebelum menyimpannya dalam bentuk VCD dan gambar bercetak,” katanya.

Menurutnya, peniaga berkenaan kemudian mengambil kesempatan menjual VCD berkenaan dengan harga RM10 sekeping kepada orang ramai yang berminat terutama golongan muda.

Katanya, mangsa hanya menyedari kejadian terbabit selepas dimaklumkan rakannya yang menyedari pengedaran VCD dan gambarnya agak berleluasa di sekitar kampungnya Januari lalu.

Mangsa membuat laporan polis berhubung perkara itu di balai polis berdekatan.

Zaini berkata, pada masa sama, penduduk kampung yang menyedari kejadian terbabit bertindak membelasah lelaki Indonesia berkenaan sebelum lelaki itu menghilangkan diri.

Susulan laporan berkenaan, polis menahan peniaga terbabit mengikut Seksyen 292 A Kanun Keseksaan kerana mengeluar, membuat, mengedar dan menjual bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan awal mendapati di kedai Pak Teh, selain menjual VCD dan gambar lucah mangsa, dia juga mengedar VCD lucah lain,” katanya.

Katanya, tahanan reman terhadap peniaga berkenaan berakhir semalam, dan sekiranya siasatan belum lengkap, peniaga itu akan ditahan reman semula untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pada masa sama, polis turut menjalankan gerakan memburu lelaki berkenaan yang menghilangkan diri selepas dia dibelasah penduduk kampung berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-05-2006, 05:47 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 19 Mei 2006 :-

Pok Jeng 30 isteri

BESUT: “Saya pernah menceraikan isteri sehari selepas bernikah,” kata Mohd Zin Hussain, 78, atau lebih dikenali sebagai Pok Jeng menceritakan kisahnya yang pernah berkahwin 30 kali dan bercerai 29 kali.

Mohd Zin berkata, dia berbuat demikian kerana tiba-tiba tidak bernafsu meneruskan perkahwinan, terutama selepas mendapati wajah isterinya tidak secantik gambar yang diberikan kepadanya.

“Tetapi prinsip saya mesti memiliki isteri tidak lebih daripada tiga. Jika hendak kahwin lagi, saya cerai seorang daripadanya,” kata Mohd Zin ketika ditemui bersama isterinya yang ke-30, Asma’ Hadi Ismail, 51, di rumah mereka di Kampung Pasir Akar di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekali dalam hidupnya memiliki tiga isteri dan mengakui tidak menyesal menceraikan semua isterinya yang dipilih sendiri.

Mohd Zin berkata, dia mendirikan rumah tangga ketika berusia 20 tahun tetapi perkahwinan itu tidak dapat bertahan lama disebabkan dia cepat jemu dan hilang nafsu.

“Saya sebenarnya dah tak ingat semua nama bekas isteri. Tapi saya masih ingat mengahwini tujuh anak dara dan 23 janda termasuk isteri saya sekarang, Asma’ yang mempunyai seorang anak,” katanya.

Mohd Zin berkata, walaupun masih ingat dan kenal wajah semua bekas isterinya jika terserempak, dia tidak dapat mengingati nama mereka.

“Perkahwinan saya bertahan paling lama dengan isteri ketujuh iaitu kira-kira 20 tahun. Seingat saya, namanya Senik. Saya ceraikannya kerana sudah tidak berkenan di hati.

“Daripada 29 bekas isteri hanya dua bercerai mati, manakala yang lain saya ceraikan mereka,” katanya.

Dia yang juga bekas kakitangan kerajaan berkata, jumlah keseluruhan wang hantaran dibelanjakan untuk semua 29 perkahwinannya dianggarkan lebih RM10,000.

Mohd Zin berkata, ini kerana bayaran hantaran kahwin ketika itu tidak mahal, iaitu antara RM100 hingga RM300 untuk janda dan RM1,500 untuk anak dara.

“Perkahwinan dengan Asma’ yang berasal dari Melor, Kota Bharu, hasil perkenalan daripada rakan saya. Bermula dari situlah saya tertarik dengan dia.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Asma’ yang saya dapati rajin mendalami al-Quran. Ini termasuk menumpangkan Asma’ menaiki kereta saya ketika dia pulang dari mengaji,” katanya.

Menurutnya, hasil daripada semua perkahwinan itu, dia kini mempunyai 16 anak berusia antara 19 hingga 56 tahun, 70 cucu dan 15 cicit yang kini menetap di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Apabila ditanya kriteria isteri pilihan, Mohd Zin berkata: “Melalui wajah mereka yang menyebabkan hati saya tertawan dan kemudian saya berusaha mendapatkan wanita itu melalui cara tersendiri.

“Saya tidak mengamal ilmu untuk memikat wanita tetapi apa yang dilakukan hanyalah melalui pertuturan, sopan dan beradab dengan wanita itu supaya dia pula terpikat.

“Saya juga akan berusaha mendekatkan diri dengan keluarga wanita itu seperti terus ke rumah untuk bersembang perkara sepatutnya.”

johnjanski
21-05-2006, 12:15 AM
Fuiyyo tak sangka Harian Metro banyak cerita-cerita sensasi. Boleh dibandingkan dgn New Paper di Singapura, tapi lebih menarik.

Saya nak beritahu sesuatu, di tengah-tengah JB, rupanya ada juga tempat pelacuran seperti di Petain Road di Singapura. Kawan saya pernah bawa saya ke tempat itu, dari luar ia nampak seperti sebuah hotel. Setelah naik tangga dua tingkat, bilik-biliknya berlampu merah, seorang gadis di dalam bilik. Kalau tak silap saya konsepnya sama seperti di Petain Road di Singapura.


Bercakap pasal Singapura, tahukah anda, bahawa walaupun bahasa-bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris merupakan 4 bahasa rasmi di Singapura, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Singapura.

Official languages and national language
153A. —(1) Malay, Mandarin, Tamil and English shall be the 4 official languages in Singapore.

(2) The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script:

Provided that —

(a) no person shall be prohibited or prevented from using or from teaching or learning any other language; and

(b) nothing in this Article shall prejudice the right of the Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in Singapore.

rujukan CONSTITUTION OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE
I sokong U..memang Malay bahasa rasmi(2nd) Singapore.Tapi kebanyakan Cina2 dan India "sombong" tak mau belajar Malay sedangkan datuk nenek mereka dulu mahir bertutur bahasa Melayu.Tonton saja filem P.Ramlee dimana Singh Security pandai cakap Melayu.Filem S.Romai Noor dimana Orang Putih terrer cakap Melayu.Filem Mat Sentul ader amoi,awek Mat Saleh cakap Melayu.Can U Imagine that????Semua tu filem Jalan Ampas,Singapura.Pengarahnya kebanyakan India.Cakap Melayu jugak.Orang Jepun suka cakap Melayu daripada belajar English.Tak semestinya English tu bahasa standard.bahasa Org kaya.Tidak.Tapi I respect Gurmit Singh PCK.Dia terrer cakap Melayu.Tetapi kenapa sekarang Singaporean kurang berbahasa Melayu?Cuma seketul dua saja bahasa pasar seperti cangkul,ais kacang,mi rebus,jamban...yg digunakan seharian.Let me tell U something...Bahasa Indonesia,Bahasa Malaysia,Bahasa Brunei,Bahasa Kelantan,Perak,Trengganu,...semua tu Bahasa Melayu.Semua orang tau cakap English.tapi apa yg aku perasan...kebanyakan English di Malaysia,Singapore..(manglish/Singlish)..tu semua berterabur."return back",cuba try...Ok what...lancau la....

KatoeyLover69
22-05-2006, 06:07 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 22hb Mei 2006 :-

Berkhemah awasi lubuk VCD

JOHOR BAHRU: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) Johor `berkhemah’ di beberapa pusat beli-belah yang dikenal pasti sebagai lubuk penjualan cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di sekitar bandar raya ini.

Sekumpulan 20 hingga 30 anggota ditempatkan di pusat beli-belah yang dikenal pasti dari jam 10 pagi sehingga 10 malam secara berterusan, dalam tempoh sebulan, berkuat kuasa kelmarin.

Pemangku Pengarahnya, Adilah A Aziz, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan bandar raya ini bersih daripada aktiviti penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak kerana sebelum ini bukan saja dikenali sebagai lubuk bagi kalangan penduduk tempatan, malah negara jiran.

Katanya, dalam operasi dijalankan kelmarin, 31 kedai penjualan VCD, CD dan DVD di sebuah pusat beli-belah terkenal di Jalan Datuk Sulaiman, di sini, diperiksa.

Beliau berkata, operasi itu dijalankan serentak di seluruh negara selepas menerima arahan ibu pejabat KPDNHEP di Putrajaya, kelmarin.

Bagaimanapun, hanya 200 keping VCD, CD dan DVD cetak rompak yang bernilai RM1,000 dirampas dari sebuah kedai.

“Taktik peniaga VCD, CD dan DVD cetak rompak kini berubah kerana mereka tidak menyimpan barangan berkenaan dalam kuantiti yang banyak di dalam premis termasuk di stor di bahagian belakang premis masing-masing.

“Mereka hanya simpan 100 atau 200 keping saja dan jika ada operasi, mereka senang membawanya keluar atau menyembunyikannya,” katanya.

Beliau percaya, jika ada permintaan daripada pelanggan, kakitangan premis terbabit akan mengambil bahan yang disorokkan di tempat lain dan sesebuah premis dipercayai mempunyai ramai kakitangan.

“Setakat ini, kita belum mengenal pasti pusat penyimpanan mereka tetapi dalam siasatan awal mendapati hanya kotak kosong lengkap dengan kulit satu-satu filem atau lagu saja dipamerkan di dalam premis.

“Jika ada permintaan, VCD, CD atau DVD yang disimpan di tempat lain akan diambil oleh pekerja masing-masing,” katanya.

Menurutnya, usaha kerajaan menangani masalah penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak tidak akan berjaya selagi masyarakat tidak membantu pihak berkuasa.

Katanya, jika permintaan masih lagi tinggi daripada masyarakat selagi itulah masalah itu tidak dapat ditangani sepenuhnya.

“Setakat ini, pihak berkuasa hanya mencegah dengan menjalankan penguat kuasaan termasuk mengenakan tindakan saman atau mengheret mereka yang terbabit ke mahkamah.

“Tetapi ada sesetengah peniaga sanggup mencabar pihak berkuasa, misalnya jika pemantauan dijalankan sehingga jam 10 malam mereka memulakan operasi selepas jam 12 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan pemilik premis masih meneruskan operasi walaupun dikenakan tindakan kerana sudah menjelaskan deposit untuk tempoh yang panjang sehingga enam bulan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
22-05-2006, 06:16 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Isnin 22hb Mei 2006 :-

Kaji caj RM20 bagi kemasukan kereta Singapura?

JOHOR BAHRU: Kerajaan diminta mengkaji kadar bayaran RM20 yang mahu dikenakan bagi kereta Singapura yang masuk ke negara ini supaya tidak menjejaskan sektor pelancongan tempatan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong, berkata harga lebih munasabah harus dikenakan bagi setiap kereta dari republik itu yang masuk ke negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, berkata pas bulanan boleh diperkenalkan termasuk kepada rakyat Singapura yang kerap keluar masuk sama ada menggunakan Tambak Johor atau Laluan Kedua Malaysia-Singapura.

"Masih ramai rakyat Malaysia bekerja di Singapura dan mereka diminta majikan memandu kereta dengan plat pendaftaran Singapura. Caj itu jika dilaksanakan akan membebankan mereka," katanya selepas melancarkan kaunter membayar saman untuk dua hari di City Square, di sini, semalam.

Singapura mengenakan S$30 (RM68.10) setiap hari kepada kenderaan asing yang memasuki republik itu sejak 1 April 2001.

Katanya, pelaksanaan caj itu mungkin menjejaskan industri pelancongan Johor yang buat masa ini memperoleh RM5 juta setiap hari daripada pelawat dari Singapura.

Kira-kira 23,500 warga Singapura memasuki negeri ini setiap hari dan secara purata membelanjakan kira-kira RM200 untuk makanan, beli-belah dan hiburan.

Mengikut laporan, kira-kira 20,000 kereta warga Singapura memandu ke Johor sehari.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-05-2006, 02:15 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-

Kelab JCSC rancang bina rumah kelab baru di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kelab Kebudayaan dan Sukan Johor (JCSC) merancang membina rumah kelab baru di tanah seluas 0.8 hektar di Jalan Tasik, di sini tidak lama lagi.

Pengerusinya, Dr N Ganabaskaran, berkata rumah kelab yang akan dilengkapkan pelbagai kemudahan itu dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta yang mana perancangan pembinaan bermula sejak 2000.

Beliau berkata, pihaknya gembira usaha mendapatkan tapak sesuai untuk rumah kelab bagi melaksanakan aktiviti JCSC akhirnya menjadi kenyataan.

"Kami sangat berbesar hati apabila kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman prihatin dan bersetuju memberikan tanah seluas 0.8 hektar di lokasi strategik itu untuk tempoh pajakan selama 60 tahun.

"Lokasi ini akan menggantikan rumah kelab sedia ada di Dataran Bandaraya yang perlu dikosongkan sejak 2001 dengan alasan sudah diberikan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk didirikan bangunan baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu majlis Makan Malam JCSC Bersama Media di Restoran Chakra, di sini semalam.

JCSC adalah antara kelab tertua di bandar raya ini dan dulu lebih dikenali sebagai Kelab Kakitangan Awam Johor sejak ditubuhkan pada 1925.

Bagaimanapun, kelab yang pernah dianggotai kira-kira 1,000 ahli kini hanya mempunyai 300 ahli aktif.

Kelab yang pernah terkenal dengan pembabitan dalam sukan kriket, tenis dan bola sepak pada masa lalu, turut menjadi rakan sekutu kepada 63 kelab di seluruh dunia.

Beliau berkata, selain membina rumah kelab baru itu, pihaknya merancang menyediakan kemudahan kolam renang, dua restoran, tempat permainan skuasy, dart dan biliard bagi kegunaan ahli dan masyarakat setempat.

"Berita gembira yang diterima daripada Menteri Besar pada 29 April lalu ini merangsang kami berusaha lebih gigih dalam menjalankan pelbagai kegiatan berfaedah untuk ahli dan seluruh masyarakat," katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-05-2006, 02:19 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-

30 pantau kegiatan cetak rompak di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) Johor menempatkan 20 hingga 30 anggota di pusat beli-belah bagi memantau kegiatan penjualan cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak.

Anggota terbabit akan meronda di pusat beli belah terbabit dari jam 10 pagi hingga 10 malam selama sebulan, bermula kelmarin.

Pemangku Pengarahnya, Adilah A Aziz, berkata tindakan itu bagi memastikan bandar raya berkenaan bersih daripada aktiviti penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak.

Katanya, dalam operasi serentak di seluruh negara kelmarin, 31 premis VCD, CD dan DVD di sebuah pusat beli belah terkenal di Jalan Datuk Sulaiman, di sini diperiksa tetapi hanya 200 keping VCD, CD dan DVD cetak rompak bernilai RM1,000 dirampas.

"Taktik peniaga VCD, CD dan DVD cetak rompak kini berubah kerana mereka tidak menyimpan barangan berkenaan dalam kuantiti yang banyak dalam premis dan stor di bahagian premis," katanya.

Mereka katanya, hanya menyimpan antara 100 hingga 200 keping dalam premis kerana mudah dibawa atau disembunyikan jika ada operasi.

Beliau berkata, barangan cetak rompak itu akan dibawa kepada pelanggan dari lokasi lain bila ada ada permintaan.

"Setakat ini, kita belum mengenal pasti pusat penyimpanan mereka tetapi siasatan awal mendapati hanya kotak kosong lengkap dengan kulit satu-satu filem atau lagu saja dipamerkan di dalam premis," katanya.

Sementara itu, di pusat beli belah sama, 10 premis menjual barangan tiruan pelbagai jenama terkenal diserbu, semalam dan kementerian merampas barangan bernilai kira-kira RM50,000.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-05-2006, 02:25 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Selesa 23hb Mei 2006 :-

Caj RM20 ketika keluar Malaysia

KUALA LUMPUR : Kerajaan memutuskan caj RM20 untuk kenderaan asing dikenakan ketika mereka meninggalkan Malaysia dan bukan semasa memasuki negara ini bagi mengelak kesesakan di pintu masuk sempadan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, berkata kesesakan di pintu masuk seperti di Tambak Johor, Rantau Panjang dan Padang Besar boleh menjejaskan jumlah pelancong yang memasuki Malaysia.

“Jadi untuk memudahkan aliran kemasukan ke Malaysia dan mengelakkan mereka serik ke negara kita, kita putuskan kutipan dibuat di pintu keluar,” katanya.

Mohd Radzi berkata, caj yang dikenakan belum diputuskan tetapi RM20 disebut kerana dipersetujui secara am pada peringkat Kabinet
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-05-2006, 02:58 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-

Laman web gadis Melayu bogel beroperasi semula

MUAR: Tidak sampai sebulan menghentikan operasinya, laman web persendirian menggunakan `Yahoo! Groups’ yang menyebarkan gambar bogel gadis Melayu kini menyambung semula operasinya.

Tindakan pengendali laman web lucah berkenaan semestinya menimbulkan kelegaan dan kegembiraan kepada ‘penagih seks’ di kalangan ahlinya lebih 5,000 orang itu.

Ahli laman web tidak senonoh itu menyokong tindakan menyambung semula operasi yang dilakukan pengendalinya sambil memuji keberaniannya berbuat demikian.

Pada 29 April lalu, laman web lucah itu dihentikan operasinya beberapa hari selepas kegiatan tidak bermoral yang dijalankan ahli laman web berkenaan disiarkan dalam ahkbar ini pada 27 April lalu.

Melalui e-mel yang dihantarkan kepada ahlinya, pengendali laman web persendirian itu memberitahu pemberhentian operasi terpaksa dibuat kerana isu berkaitan mereka sedang panas diperkatakan.

Harian Metro mendedahkan laman web persendirian itu memaparkan gambar dan klip video lucah membabitkan gadis dan wanita Melayu.

Menurut pengendali laman web terbabit tujuannya mewujudkan laman web persendirisan itu sebagai pengajaran supaya berhati-hati ketika berasmara jangan sampai gambar mereka dirakam pihak lain.

Laman web itu turut memuatkan gambar bogel artis yang pernah menggemparkan tanah air selain pelbagai aksi gambar gadis tempatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-05-2006, 03:03 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-

Jual VCD melalui tempahan

JOHOR BAHRU: Peniaga cakera padat (CD), video cakera padat (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di dua pusat beli-belah di pusat bandar raya ini, terpaksa menggunakan taktik baru dengan hanya menjual barangan yang ditempah sahaja.

Penjualan juga hanya kepada mereka dikenali atau dipercayai dan tempahan dilakukan menerusi telefon, email atau berjumpa terus dengan jurujual yang berada berhampiran premis yang ditutup.

Taktik itu terpaksa dilakukan, berikutan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNDHEP) Johor `berkampung’ di beberapa pusat beli belah, sejak Sabtu lalu.

Seorang jurujual yang ditemui berkata, penjualan secara terbuka kini tidak boleh dilakukan seperti biasa, berikutan operasi berterusan pihak berkuasa.

Berikutan itu, katanya orang ramai yang ingin membeli CD, VCD atau DVD perlu membuat tempahan menerusi telefon atau laman web.

“Biasanya jika seseorang itu penduduk tempatan, mereka boleh membuat tempahan menerusi telefon, sebelum bekalan diperolehi dalam beberapa jam atau hari (bergantung pada tajuk), sebelum boleh membuat transaksi di tempat dipersetujui.

“Selain itu, pembeli juga boleh melayari laman web seperti yang tertera di kad perniagaan kami. Bagaimanapun, biasanya cara ini digunakan pelancong asing terutamanya Singapura kerana kami membuat penghantaran percuma,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di sebuah pusat beli belah di Jalan Dato Sulaiman, di sini mendapati, kira-kira 20 kedai penjualan cetak rompak itu terpaksa ditutup dan hanya segelintir kedai mempunyai kakitangan di hadapan premis.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan sekumpulan 20 hingga 30 anggota penguatkuasa KPDNHEP ditempatkan di pusat beli belah itu dari jam 10 pagi sehingga 10 malam secara berterusan dalam tempoh sebulan.

Harian Metro pada 22 Mei lalu melaporkan Pemangku Pengarah KPDNHEP Johor, Adilah A Aziz, berkata tindakan itu diambil bagi memastikan bandar raya ini bersih daripada aktiviti penjualan VCD, CD dan DVD cetak rompak kerana sebelum ini bukan saja dikenali sebagai lubuk bagi kalangan penduduk tempatan, malah negara jiran.

Katanya, dalam operasi Sabtu lalu, 31 kedai penjualan VCD, CD dan DVD di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Jalan Datuk Sulaiman, di sini diperiksa.

Menurutnya, operasi itu dijalankan serentak di seluruh negara selepas menerima arahan daripada ibu pejabat KPDNHEP di Putrajaya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-05-2006, 03:08 PM
Laporan dari Berita Harian bertarikh Rabu 24hb Mei 2006 :-

Gadis lulusan IPT jadi GRO

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara semalam mendedahkan ada gadis kampung yang berpendidikan tinggi menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan gadis urut pada waktu malam bagi meraih pendapatan tambahan lumayan.

Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid yang membuat pendedahan itu berkata, gadis berkenaan juga memberitahu keluarga masing-masing, mereka bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta pada siang hari dan melakukan kerja lebih masa pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya gadis terbabit tidak menceritakan mereka menjadi GRO dan gadis urut pada waktu malam.

"Gadis ini dipercayai meraih pendapatan mencecah RM10,000 sebulan dan kebanyakan berusia antara 18 hingga 25 tahun," katanya di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO bagi menyekat pembabitan lebih ramai gadis dalam kegiatan itu.

Beliau juga berkata, Jabatan Agama Islam negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) harus mengadakan lebih banyak serbuan terhadap premis hiburan bagi menyekat pembabitan gadis terbabit.

"Ketika ini, saya nampak pegawai penguat kuasa bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang mengikut waktu pejabat dan mereka jarang sekali memantau dan melakukan pemeriksaan di pusat hiburan.

“Saya rasa waktu bekerja saya lebih berbanding pegawai berkenaan sedangkan menjadi tanggungjawab mereka menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Kenyataan Rizuan itu dipersetujui Senator Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu mengetahui sama ada pusat hiburan yang menggajikan GRO melanggar peraturan.

"Datuk Rizuan begitu lantang mengatakan kegiatan GRO ini salah... bagaimana pula dengan pemilik premis dan mereka yang memberi lesen. Adakah mereka ini juga bersalah kerana menggajikan GRO?," katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-05-2006, 03:06 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 26hb Mei 2006 :-

'Playboy' melayu Edisi Kelantan

KOTA BHARU: Selepas menerima bantahan hebat terhadap penerbitan majalah Playboy di Indonesia, ada pihak dikesan mengambil kesempatan menerbitkan majalah seumpama itu secara haram di negara ini.

Majalah 22 muka surat (tidak termasuk muka hadapan dan belakang) itu dijual dengan harga RM2.80 dan didapati menggunakan Permit Penerbitan (PP) bernombor 11650/9/2006 yang dipalsukan penerbitnya.

Muka depan majalah itu turut menggunakan gambar wanita berpakaian seksi dan mengghairahkan dipercayai dari Indonesia tetapi kandungannya tidak terlalu lucah seperti majalah asal, Playboy.

Bagaimanapun, bahagian atas muka depannya tertera perkataan ‘Edisi Khas Kontroversi Majalah Playboy’ dan berhampiran dengan logo Playboy pula terdapat perkataan `Edisi Khas Minggu Seni.

Ketua Operasi Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), Nik Kamarul Ariffin Mohd Kamal, berkata pengedaran majalah itu dikesan di sekitar Tanah Merah, baru-baru ini.

Menurutnya, majalah itu dijual secara terbuka di sebuah gerai majalah dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai berikutan menggunakan nama Playboy serta tajuk muka depan `Tak Bogel Tapi Lucah’.

Katanya, siasatan KKDN mendapati penjual majalah itu memperolehnya selepas ada individu meninggalkan di gerainya

“KKDN sudah menyoal siasat penjual terbabit tetapi dia gagal untuk memberitahu tempat majalah terbabit dikeluarkan.

“Penjual itu juga memberitahu majalah itu laris dan hanya tinggal senaskah ketika gerainya diperiksa KKDN,” katanya.

Nik Kamarul berkata, hasil siasatan juga mendapati kandungan majalah terbabit banyak menceritakan kisah berbaur lucah tempatan dan luar negara.

Antara yang menarik ialah kandungan majalah itu turut memaparkan kisah model dari Malaysia iaitu Amber Chia yang bergambar untuk majalah Playboy versi Indonesia.

Iklan yang dimuatkan di dalamnya juga dipercayai palsu kerana nombor telefon dipaparkan tiada dalam perkhidmatan.

“KKDN sudah merampas majalah terbabit untuk dibuat kajian dan siasatan lanjut.

“Kami bimbang dengan terbitnya majalah ini walaupun palsu tetapi ia mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi kecoh kerana orang ramai mungkin membuat bantahan,” katanya.

Menurutnya, KKDN masih dalam peringkat kajian bagi menentukan hukuman kepada sesiapa yang terbabit dan merampas majalah itu mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987) iaitu sebagai hasil penerbitan yang tidak diingini.

“Mereka yang didapati bersalah kerana menjual dan menerbitkan majalah seperti ini boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2), dan Seksyen 11 akta yang sama,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-06-2006, 09:22 PM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Jumaat 2hb Jun 2006 :-

Projek Monorel untuk Bandaraya Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Penduduk bandar raya ini bakal mempunyai pilihan pengangkutan awam apabila sistem monorel yang menghubungkan pusat perumahan, pentadbiran dan komersial dijangka siap 2010.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata sistem pengangkutan awam itu yang dijangka mula dibina tahun depan menelan kos lebih RM1 bilion dengan menghubungkan pusat bandar raya, Tebrau, Skudai, Senai hingga ke Nusajaya.

Beliau berkata, setakat ini, kerajaan negeri sudah menerima dua kertas cadangan yang dikemukakan dua syarikat tempatan yang bergabung dengan syarikat luar negara untuk melaksanakan projek itu.

“Kerajaan negeri mendapati monorel diperlukan warga kota ini dan monorel pengangkutan transit yang mampu membawa penumpang dengan jumlah banyak dan cepat,” katanya di sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Ibu Bapa Cemerlang, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, buat masa ini, kerajaan negeri sedang meneliti kertas cadangan yang dikemukakan termasuk mengenai teknologi yang bakal digunakan, laluan, kos dan pembiayaan.

Katanya, teknologi yang bakal digunakan pernah diuji kegunaannya di beberapa negara luar dan ia tidak sama seperti sistem perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur.

“Keseluruhan rekaan sistem pengangkutan itu dijangka siap sebelum akhir tahun ini dan selepas itu kerajaan negeri baru akan memutuskan syarikat dengan cadangan yang paling sesuai untuk melaksanakan projek itu,” katanya.

Mengenai dana pembiayaan, Abdul Ghani berkata, ia masih belum diputuskan tetapi kerajaan negeri mengharapkan sokongan kerajaan pusat dengan memberi sedikit sumber kewangan dan bantuan di bawah peruntukan meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar.
--- KatoeyNewsNetwork

Cracked-BoX
03-06-2006, 03:12 PM
i tak tau melayu.. pakai itu dictionary sama kasi translate nanti boleh baca english/singlish pun tak apa... melayu banyak kurang ini website masuk... semua pun cakap melayu nanti saya mati... tapi saya suka main melayu awek... banyak syok.. saya support ini thread banyak banyak :D

KatoeyLover69
04-06-2006, 12:49 AM
i tak tau melayu.. pakai itu dictionary sama kasi translate nanti boleh baca english/singlish pun tak apa... melayu banyak kurang ini website masuk... semua pun cakap melayu nanti saya mati... tapi saya suka main melayu awek... banyak syok.. saya support ini thread banyak banyak

Saudara,

Terima kasih banyak, banyak !!!

Kamsiah !!!

Aligato !!!

KatoeyLover69
05-06-2006, 11:07 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Jun 2006 :-

Broker gundik VVIP
: Wanita umpan kereta, wang pikat pelajar IPT

KUALA LUMPUR: Dengan bermodalkan wang dan kereta, seorang wanita yang dikenali sebagai Maya menjadi ‘orang tengah’ mengumpan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menjadi perempuan simpanan sebilangan orang kenamaan (VVIP).

Wanita itu yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Klang dikatakan menjalankan kegiatan di pusat hiburan terkenal sekitar ibu kota sejak dua tahun lalu.

Walaupun dapat dihidu pihak berkuasa baru-baru ini, ketiadaan bukti menyukarkan tindakan dikenakan terhadapnya.

Menurut sumber, dia sering mengunjungi disko ternama untuk berjinak-jinak dengan VVIP yang berkehendakkan perempuan simpanan bagi memuaskan nafsu serakah mereka.

“Selepas beberapa siri pertemuan, VVIP itu akan ditawarkan pelajar yang sedia menjadi gundik, malah tidak keberatan melayani lelaki berusia separuh abad.

“Pelajar ini boleh dipanggil bila-bila masa khidmatnya diperlukan VVIP terbabit. Mereka menerima bayaran setiap bulan dan sebuah kereta mewah, sekurang-kurangnya Proton Perdana V6.

“Gundik seperti itu tidak segan silu memandu kereta yang diberikan itu ke universiti,” katanya kepada Harian Metro.

Ada juga pelajar yang menjadi `gundik’ itu berpura-pura memakai tudung ketika pulang ke kampung, terutama pada musim perayaan.

Sumber itu mengatakan Maya mengenakan bayaran sekiranya VVIP bersetuju dengan `pakej’ yang ditawarkannya.

VVIP dikatakan membayar RM3,000 hingga RM5,000 sebagai upah untuk mendapatkan perempuan simpanan.

“Pelajar yang berusia 19 hingga 25 tahun sangat digemari VVIP kerana boleh disimpan untuk jangka masa panjang,” katanya yang menyifatkan trend memiliki perempuan simpanan di kalangan VVIP semakin menjadi-jadi sekarang.

Ini disebabkan sebilangan pelajar suka menjadi perempuan seperti itu kerana mendapat kemewahan luar biasa, terutama untuk berhibur sehingga tidak mementingkan maruah diri.

Bagaimanapun, menurutnya, sesetengah pelajar menyesal selepas beberapa tahun menjadi perempuan simpanan akibat ditinggalkan VVIP masing-masing sewenang-wenangnya.

“Ada antara mereka pula mengandung dan diugut dicederakan jika dimaklumkan kepada pihak ketiga.

“Saya dapat lihat sendiri ada pelajar ketika masih disayangi VVIP terlalu ego dan sombong sehingga tidak menegur sapa dengan rakan kerana mereka sangka sudah berada dalam golongan atasan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-06-2006, 11:17 AM
Laporan dari Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Jun 2006 :-

Disko elit mula 5 pagi

KUALA LUMPUR: Sebuah disko pagi yang beroperasi dari jam 5 hingga 10 pagi sejak sebulan lalu menjadi tumpuan golongan elit untuk berhibur kononnya mengelak dikesan pihak berkuasa kerana beroperasi selepas semua pusat hiburan ditutup.

Disko terbabit juga dikatakan menjadi tumpuan kaki disko yang masih lagi ingin berhibur selepas pusat hiburan lain menamatkan operasi.

Tempat di Sun Kompleks itu mempunyai lebih lima bilik bagi membolehkan pengunjung berkaraoke dan berhibur dengan lebih selesa.

Bagaimanapun, taktik pemilik disko terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap D7, Kuala Lumpur yang diketuai Pegawai Turusnya, Superintendan Zaki Masroh menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Namun, operasi yang diadakan terlalu awal kerana polis menyangka premis terbabit sudah dibuka mendapati hanya empat pengunjung saja di situ.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam disko itu mendapati ada meja mempunyai beberapa botol minuman keras berharga ratusan ringgit yang masih belum diminum kerana premis terbabit baru dibuka dan menanti pengunjung.

Disko terbabit turut menyediakan beberapa pintu bagi memudahkan pengunjungnya memasuki premis itu dan melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

Hasil intipan yang dilakukan tiga hari Zaki mendapati, kira-kira 40 hingga 50 pengunjung akan berkunjung ke disko terbabit selepas semua disko yang lain sudah ditutup operasinya.

Sementara itu, polis turut mengeluarkan saman ke atas premis itu kerana menjalankan operasi lebih daripada masa ditetapkan serta memberi amaran keras supaya tidak menjalankan operasinya lebih masa.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-06-2006, 03:40 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 8hb Jun 2006 :-

Pilih gadis melayu tawar urut batin

SEREMBAN: Pengusaha perniagaan ‘urut batin’ lebih memilih gadis tempatan terutamanya Melayu sebagai pekerja bukan saja kerana permintaan tinggi daripada pelanggan, malah boleh mengurangkan syak pihak berkuasa yang biasanya mengawasi wanita warga asing.

Jabatan Imigresen dan polis sering memberkas wanita asing terutama dari Thailand dan Indonesia yang selalu terbabit dengan kegiatan itu.

Pemantauan Jabatan Imigresen juga mendapati jumlah wanita warga asing seperi China dan Indonesia yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) merosot dalam tempoh setahun lalu.

Dengan memperdagangkan perkhidmatan urut di kalangan gadis tempatan, pengusaha rumah urut dipercayai dapat mengelak premis mereka diserbu dengan berlakon seolah-olah menjalankan kegiatan tidak melanggar undang-undang.

Perniagaan urut zahir dan ‘batin’ yang dilakukan gadis tempatan dipercayai semakin berkembang di pelbagai lokasi, termasuk di kawasan perumahan serta menjadi tumpuan lelaki yang ingin mencari ‘hiburan ringan’.

Lebih mengejutkan, ada segelintir premis rumah urut dijadikan transit kegiatan pelacuran berikutan permintaan terhadap gadis Melayu yang tinggi.

Pelanggan dipercayai boleh mendapatkan gadis di rumah urut terbabit sebelum dibawa ke hotel tertentu di luar negeri ini.

Tinjauan Harian Metro di sebuah kedai tiga tingkat di sebuah taman perumahan di sini mendapati tukang urut di situ meminta bayaran RM100 untuk melakukan urutan seperti yang diminta pelanggan.

Seorang wanita berusia 34 tahun mengaku menyediakan khidmat urut secara pakej zahir dan batin dengan bayaran RM100 tetapi harga itu boleh dikurangkan sehingga RM50 untuk urutan bahagian alat sulit saja.

“Saya melakukan pekerjaan ini kerana tidak ada pilihan bagi menyara anak dan suami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Zahari Abdul Aziz, berkata pihaknya sukar menahan pekerja tempatan kerana tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan tidak sihat.

“Kami pernah membuat serbuan di tempat itu tetapi apabila mendapati mereka penduduk tempatan, tindakan susulan gagal diambil dan kebanyakan premis itu mempunyai lesen sah,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedar ada segelintir premis terbabit dijadikan tempat pelacuran.

dan bantuan pihak berkuasa lain amat diperlukan bagi membendung gejala itu.

“Ada juga rumah urut yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran tetapi pelanggan hanya mengambil gadis itu untuk dibawa ke tempat lain,” katanya
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
09-06-2006, 04:31 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 9hb Jun 2006 :-

Bilik khas sedia pelacur

SEREMBAN: Sebuah kedai gunting rambut di Jalan Dr Krishnan di sini, dikesan menyediakan bilik khas untuk menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan wanita warga asing.

Tempat pelacuran yang berselindung di sebalik kedai gunting rambut itu dipercayai sudah menjalankan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu namun mengaut keuntungan lumayan hasil aktiviti berkenaan.

Namun kegiatan itu terbongkar selepas penahanan lapan wanita warga China oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam serbuan di kedai itu semalam.

Semua wanita dalam kedai berkenaan yang berusia antara 25 hingga 30 tahun termasuk pemilik kedai seorang lelaki berusia 58 tahun, ditahan.

Difahamkan serbuan itu dibuat kira-kira jam 1 tengah hari semalam yang membabitkan lima orang pegawai jabatan berkenaan.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan terdapat beberapa lelaki melanggan wanita yang disediakan.

“Jabatan Imigresen membuat serbuan selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mencurigakan di situ.

“Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sejak bila kedai gunting rambut itu menawarkan perkhidmatan pelacuran di situ,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada wanita terbabit didapati tidak berpakaian ketika diserbu manakala beberapa orang lelaki dipercayai pelanggan turut berada di dalam kedai berkenaan.

Pemeriksaan mendapati semua wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial yang tamat hujung bulan ini.

Mereka kini ditahan di Balai Polis Seremban 2 untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed yang ditemui selepas majlis perbarisan tamat latihan membabitkan 333 pelatih kursus induksi umum dan khusus Pegawai Imigresen KP17 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) di Port Dickson, semalam mengesahkan penahanan terbabit.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
10-06-2006, 03:31 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 10hb Jun 2006 :-

Khidmat urut malam Jumaat

JOHOR BAHRU: Taktik pengunjung rumah urut mendapatkan perkhidmatan itu pada malam Jumaat dengan anggapan tiada serbuan dilakukan Jabatan Agama Johor (JAJ) ternyata silap apabila 17 orang ditahan dalam Operasi Pencegahan Maksiat di sebuah pusat urut tradisional di Taman Pelangi, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 8 malam itu, enam lelaki dipercayai pengunjung pusat urut tradisional dan 11 wanita yang disyaki bekerja di situ ditahan.

Bagaimanapun, beberapa lelaki dan wanita bukan beragama Islam yang turut ditahan dibebaskan dan disaman supaya hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Operasi pencegahan maksiat itu dijalankan mulai jam 7 malam dan berakhir kira-kira jam 2 pagi dengan membabitkan kira-kira 25 anggota dan pegawai Bahagian Penguatkuasaan JAJ diketuai Ketua Penolong Pengarahnya, Yosree Ikhsan.

Pusat berkenaan memiliki lesen Pusat Urut Tradisional yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 21 Mei lalu.

Dalam serbuan itu, seorang remaja berusia 19 tahun ditahan kerana bekerja di pusat berkenaan bersama wanita lain berusia sehingga awal 30-an manakala lelaki yang ditahan berusia antara 20 hingga 50-an.

Yosree berkata, 11 wanita beragama Islam yang disyaki bekerja di situ disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) 1997 kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.

“Enam lelaki yang ditahan itu pula disiasat mengikut Seksyen 27 kerana bersama wanita bukan mahram hingga boleh menimbulkan syak berkelakuan tidak senonoh.

“Semua yang ditahan turut disiasat mengikut Seksyen 24 enakmen sama kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Yosree berkata, beberapa bahan bukti turut ditemui termasuk kondom yang belum digunakan, tisu basah, botol minyak urut, tuala mandi dan jamu rapat.

Beliau berkata, pusat urut tradisional itu bukan hanya mendapat perhatian penduduk tempatan malah warga Singapura.

“Daripada enam lelaki yang ditahan, tiga berasal dari Singapura, dua dari Johor dan seorang dari Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi di sekitar Pandan, tiga pondan berusia 20-an hingga 30-an ditahan mengikut Seksyen 28 EKJS yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau keduanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-06-2006, 02:09 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Jun 2006 :-

Karaoke tandas cetus kebimbangan

PASIR GUDANG: Kewujudan `karaoke tandas’ di sebuah pasar raya di Masai, di sini mencetuskan kebimbangan ibu bapa di sekitar kawasan itu terhadap penularan gejala sosial dan didakwa menjadi punca pelajar ponteng sekolah.

Ini kerana kemudahan hiburan `murah’ yang diwujudkan itu merangsang remaja untuk lepak dan berpeleseran di pasar raya terbabit.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan turut dipertikaikan kerana membenarkan `karaoke tandas’ itu beroperasi.

Kini `karaoke tandas’ hanya sebuah bilik kecil yang selesa untuk dua orang itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung yang hanya perlu membayar RM1 bagi satu lagu.

Biasanya pengunjung bebas untuk duduk dalam bilik berkenaan tanpa had masa untuk bernyanyi.

Tinjauan ke premis berkenaan mendapati terdapat enam bilik yang hampir menyerupai bilik tandas diletakkan di tempat pejalan kaki pasar raya berkenaan, manakala lima lagi di dalam pusat beli belah itu.

Bagaimanapun, beberapa pengunjung pasar raya itu bimbang budaya berkenaan boleh merosakkan moral remaja berikutan ramai pelajar yang ke pasar raya itu untuk berhibur.

Tindakan itu dikhuatiri akan melekakan pelajar selain menghabiskan masa tanpa berfaedah serta membazirkan wang semata-mata untuk berkaraoke bersama rakan sekolah mereka.

Seorang pengunjung, Abdul Halim Alias, berharap pihak berkuasa memantau ‘karaoke tandas’ di pasar raya itu bagi mengelak disalah guna.

Menurutnya, walaupun remaja berkunjung ke situ untuk berhibur tetapi perbuatan mereka memasuki bilik kecil itu bersama pasangan berlainan jenis pasti menimbulkan keraguan.

“Kita mungkin selesa apabila melihat pasangan remaja lelaki dan perempuan memasuki bilik karaoke itu untuk menyanyi pada suatu masa.

“Mereka hanya membuang masa menyanyi sesama sendiri dan ia menjurus kepada gejala tidak sihat,” katanya.

Abdul Halim juga hairan bagaimana pemilik premis berkenaan boleh mendapat lesen hiburan bagi menjalankan perniagaan karaoke di situ kerana ternyata permainan itu memberi kesan tidak baik kepada remaja.

Sehubungan itu, beliau berharap siasatan segera dijalankan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Bahagian Hal Ehwal Pengguna Negeri bagi memastikan pemilik premis tidak menyalahgunakan lesen hiburan bagi mengaut keuntungan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
13-06-2006, 11:47 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 13hb Jun 2006 :-

Syahwat melampau

JOHOR BAHRU: Ramai remaja perempuan di negeri ini terbabit dengan gejala hiperseksual atau naluri seks melampau sehingga menyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah, pengguguran kandungan dan pembuangan bayi.

Malah, kecenderungan seks yang melampau itu menyebabkan remaja terbabit terlanjur dengan pasangan masing-masing sehingga menyebabkan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai masalah.

Lebih mengejutkan, masalah remaja terbabit termasuk di kalangan pelajar sekolah, gagal ditangani dengan baik oleh ibu bapa masing-masing yang sebaliknya menyerahkan bebanan itu kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Pembangunan Masyarakat negeri, Dr Robia Kosai, berkata sejak awal tahun ini, pihaknya menerima aduan daripada beberapa ibu bapa mengenai anak remaja mereka yang hiperseksual.

Beliau berkata, baru-baru ini pihaknya mendapat aduan daripada seorang ibu di bandar raya ini yang mendakwa anak gadisnya yang berusia 19 tahun seorang hiperseksual.

"Ibu berkenaan meminta nasihat kami untuk menempatkan anaknya di rumah perlindungan yang sesuai bagi memastikan masa depan gadis itu dan bayi yang dikandungnya tidak hancur begitu saja," katanya pada majlis sepetang bersama NGO, di sini semalam.

Dr Robia berkata, perkembangan itu amat membimbangkan kerana ia dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes anak luar nikah dan pengguguran bayi.

Selain itu, katanya, kebelakangan ini jumlah kes pembuangan bayi yang dipercayai berpunca gejala tidak sihat itu, menunjukkan sedikit peningkatan.

"Kita percaya banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan atau dirahsiakan demi menjaga nama baik keluarga,” katanya.

Dr Robia berkata, berikutan perkembangan itu, pihaknya bercadang mewujudkan sebuah pusat perlindungan bagi remaja perempuan yang terlanjur di Johor.

Katanya, walaupun perbuatan mereka mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak, ia bukan alasan bagi kerajaan mahupun masyarakat untuk bersikap lepas tangan.

Menurutnya, selain memberi motivasi bagi memulakan kehidupan baru, pusat perlindungan berkenaan akan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk penjagaan rapi terutama kepada remaja hamil.

"Tujuan kami bagi meningkatkan akhlak remaja berkenaan dan memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan sekali gus tidak terus terjerumus dalam gejala sosial.

"Kami berharap pelbagai pihak memberi kerjasama bagi mewujudkan pusat perlnidungan berkenaan di negeri ini dan seboleh-bolehnya di setiap daerah bagi memastikan kehidupan mereka yang terlanjur tidak sentiasa kelam atau dimakan pengalaman silam," katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-06-2006, 11:51 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Jun 2006 :-

Karaoke tandas maksiat

JOHOR BAHRU: Ada pasangan remaja lelaki dan perempuan dikesan mengambil kesempatan daripada kewujudan `karaoke tandas’ di beberapa pusat beli- belah sekitar bandar raya ini untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Mereka dikatakan melakukan perbuatan itu tanpa menghiraukan kehadiran orang ramai.

Lebih mengejutkan, kewujudan `karaoke tandas’ itu turut memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah serta menghabiskan masa berjam-jam di situ bersama rakan mereka.

Harian Metro difahamkan, kemudahan karaoke yang ditawarkan secara haram tanpa dilesenkan pihak berkuasa itu mencetuskan kebimbangan di kalangan orang ramai.

Ia kerana sesetengah pelanggan `karaoke tandas’ berkenaan didakwa menjalankan pelbagai kegiatan tidak bermoral sehingga menyinggung pengunjung lain di pusat beli-belah itu.

Jurucakap sebuah pusat beli-belah di Skudai, di sini, berkata kemudahan hiburan murah itu merangsang remaja untuk lepak dan berpeleseran di pasar raya.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan kebanyakan kompleks beli-belah yang menyediakan kemudahan itu menerima aduan daripada orang ramai supaya ia tidak diwujudkan lagi.

Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ada pihak yang sanggup melakukan perbuatan tidak senonoh hingga menyebabkan pengurusan kompleks terpaksa memantau operasi kemudahan itu pada setiap masa.

“Kita memandang serius sebarang kegiatan tidak sopan di `karaoke tandas”, katanya ketika dihubungi HM, semalam.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Daerah Johor Bahru berkata, pihaknya belum mengeluarkan lesen hiburan bagi membenarkan `karaoke tandas’ beroperasi di bandar raya ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka menerima beberapa permohonan kebelakangan ini daripada pengurusan pusat beli-belah serta syarikat yang menawarkan kemudahan itu.

“Kami memandang serius operasi haram `karaoke tandas’ dan meminta kerjasama orang ramai membuat aduan mengenai kewujudan kemudahan terbabit di pasar raya berhampiran kediaman masing-masing,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-06-2006, 11:59 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Jun 2006 :-

37 pelacur dicekup di Bandar Sunway

PETALING JAYA: Seramai 37 wanita warga asing disyaki pelacur yang asyik melayan pelanggan tidak menyedari kehadiran pasukan polis yang melancarkan operasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Bandar Sunway, di sini, malam tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, kebanyakan pelacur berusia awal 20-an leka melayan beberapa lelaki di beberapa bilik karaoke manakala sebahagian lagi berada dalam sebuah bilik khas dipercayai menunggu pelanggan.

Jurucakap polis berkata, pemilik premis terbabit menjadikan rumah kedai tiga tingkat itu sebagai pusat pelbagai hiburan termasuk pub terbuka di tingkat bawah, bilik karaoke di tingkat dua manakala disko ‘goyang kepala’ di tingkat tiga.

Menurutnya, ketika serbuan, beberapa pelanggan lelaki yang berada dalam pusat hiburan itu terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa manakala pelacur terbabit tergamam menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan mendapati 37 pelacur warga asing sedang leka melayani pelanggan di pub terbuka dan dalam bilik karaoke manakala sebahagian lagi dipercayai menunggu pelanggan di sebuah bilik khas.

“Operasi ini disifatkan paling berjaya dan pantas kerana kami menahan mereka dalam masa 10 minit saja.

“Warga asing yang ditahan terdiri 16 rakyat Vietnam, China (14), Thailand ( 5 ) Kemboja ( 2 ),” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Operasi itu dilakukan Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, diketuai Timbalan Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya.

Beliau berkata, operasi membabitkan 15 anggota dan tiga pegawai itu turut menahan seorang kapten pusat hiburan berkenaan serta ibu ayam yang dipercayai menjadi orang tengah dalam urus niaga membabitkan aktiviti pelacuran.

“Serbuan ini dilakukan selepas polis menerima maklumat orang ramai selain melakukan intipan beberapa hari.

“Siasatan awal mendapati pengusaha pusat hiburan terbabit sudah tujuh kali dikenakan tindakan kerana menjalankan aktiviti pelacuran membabitkan warga asing.

“Polis Selangor akan terus menjalankan operasi bagi membanteras segala kegiatan tidak bermoral dan tidak akan bertolak ansur dalam aktiviti maksiat, perjudian dan kongsi gelap,” katanya.

Menurutnya, semua pelacur terbabit yang mempunyai dokumen perjalanan sah, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-06-2006, 02:56 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 15hb Jun 2006 :-

Sindiket lacur,along buat iklan terbuka di Bandaraya Johor Bahru

Tiang elektrik,papan tanda sasaran pihak tertentu untuk tampal maklumat mengenai perkhidmatan ditawarkan

JOHOR BAHRU: Ceti haram atau lebih dikenali along, pusat urut, sindiket pelacuran dan agensi pekerjaan menggunakan pelbagai cara menarik pelanggan termasuk mengiklankan perkhidmatan mereka secara terbuka.

Kebanyakan mereka mengiklankan apa yang ditawarkan di kawasan tumpuan orang ramai dengan menampal iklan serta nombor telefon di tiang elektrik dan telefon di jalan utama; tempat menunggu bas dan teksi; papan tanda jalan serta kotak pencawang elektrik.

Perbuatan mereka menampal iklan tanpa kebenaran di tempat awam hanya menguntungkan mereka kerana tidak dikenakan sebarang bayaran dan dilakukan secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu sebahagian masalah vandalisme yang sering berlaku di sekitar bandar raya ini sehingga menjejaskan dan mencemar pemandangan serta keindahan bandar raya ini.

Boleh dikatakan hampir semua tempat menunggu bas di sekitar bandar raya ini menjadi tumpuan mereka menampal iklan masing-masing.

Malah, isu berkenaan turut dibangkitkan wakil rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Johor.

Perbuatan mereka menampal iklan seperti di papan tanda jalan menjejaskan orang ramai untuk mengetahui nama jalan berkenaan selain menimbulkan masalah kekotoran apabila kertas iklan berkenaan berselerak di jalan raya.

Kakitangan awam, Ahmad Amizan A Samad, 29, berkata, vandalisme itu juga menggalakkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan ceti haram walaupun ia hanya menjerat diri sendiri.

Katanya, ia sebahagian cara mereka mempromosi dan menarik minat orang ramai mendapatkan perkhidmatan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang perbuatan mereka.

"Perkara ini pastinya turut memberi kesan negatif terutama oleh pelancong asing yang datang ke sini dan pastinya mengandaikan bahawa bandar raya ini tidak bersih.

"Pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan lebih serius terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menampal iklan secara haram bukan di tempat yang sepatutnya," katanya.

Sementara itu, Norhayadi Hussin, 26, berkata sikap buruk pengiklan di tempat kemudahan awam dan tumpuan orang ramai hanya mementingkan diri sendiri.

Katanya, orang ramai juga boleh terpengaruh dengan iklan sedemikian terutama mereka yang dibelenggu hutang selain menggalakkan amalan gejala sosial seperti pelacuran.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Sadique berkata, kerajaan negeri memandang serius masalah berkenaan dan sudah menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera menanganinya.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) turut mengadakan Operasi Jejak Sapu untuk mencegah masalah iklan kecil ditampal di tempat kemudahan awam yang dilakukan secara harian.

Malah, katanya, pihak berkuasa tempatan itu juga menyediakan tempat tampalan iklan kecil bersaiz 1 meter x 1.2 meter di tepi tempat menunggu bas di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini.

"MBJB menyediakan 10 tempat menampal iklan kecil secara percuma kepada orang ramai bagi mengelak perbuatan menampal di tempat yang tidak sepatutnya," katanya.

Namun, Halimah berkata, Undang-Undang Kecil Vandalisme 2003 dan Undang-Undang Kecil Iklan (Pindaan) 1990 hanya memperuntukkan tindakan diambil terhadap orang yang menampal iklan berkenaan bukannya individu atau syarikat yang membuat iklan berkenaan.

Ini berikutan, katanya, undang-undang kecil itu kurang berkesan kerana tindakan sukar diambil terhadap mereka yang membuat iklan memandangkan mereka mungkin mengupah orang menampal iklannya.

Fakta

Iklan kecil sering ditampal di tiang elektrik atau telefon, papan tanda jalan, tembok bangunan, tempat menunggu bas dan teksi.

Maklumat dalam iklan berkenaan biasanya perkhidmatan ditawarkan serta beberapa nombor telefon bimbit.

Jumlah kompaun dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme 2003 adalah RM250 bagi setiap kesalahan atau didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-06-2006, 02:59 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 15hb Jun 2006 :-

Remaja buang masa dalam "karaoke tandas' pasar raya

PASIR GUDANG: Golongan muda di sekitar Masai, Bandar Seri Alam dan Taman Rinting di sini banyak menghabiskan masa terluang dengan mengunjungi sebuah pasar raya untuk berhibur di dalam bilik khas yang menyediakan mesin karaoke automatik.

Pengunjung hanya perlu membayar RM1 bagi sebuah lagu yang dipilih melalui mesin nyanyian automatik yang disediakan di dalam bilik kecil yang juga dikenali karaoke tandas.

Tinjauan ke premis berkenaan mendapati terdapat enam bilik khas diletakkan di tempat pejalan kaki pasar raya berkenaan untuk pengunjung yang mahu bersantai sambil menyanyi.

Lima lagi bilik diletakkan di dalam pasar raya berkenaan yang boleh menempatkan dua pengunjung pada satu-satu masa.

Ibu bapa di kawasan berkenaan bimbang kewujudan karaoke tandas yang menjadi tumpuan ramai pelajar.

Perbuatan itu dikhuatiri akan melekakan pelajar terbabit selain membazirkan wang untuk berkaraoke.

Seorang pengunjung, Abdul Halim Alias, berharap pihak berkuasa perlu memantau operasi karaoke di pasar raya berkenaan bagi mengelakkan kawasan berkenaan disalahgunakan remaja.

Katanya, walaupun remaja berkunjung ke situ untuk berhibur tetapi perbuatan mereka memasuki bilik kecil itu bersama pasangan berlainan jantina pasti menimbulkan perkara tidak baik.

"Saya agak bimbang apabila melihat pasangan remaja lelaki dan perempuan memasuki bilik karaoke itu untuk menyanyi bersama. Bilik itu agak kecil dan banyak perkara tidak baik boleh berlaku.

"Lagi pun, mereka hanya membuang masa menyanyi sesama sendiri dengan gelagat yang kurang sopan yang menjurus kepada gejala tidak sihat," katanya.

Beliau hairan bagaimana pemilik premis berkenaan boleh mendapatkan lesen bagi menjalankan perniagaan karaoke yang tidak sesuai dijalankan di premis pasar raya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
16-06-2006, 12:34 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 16hb Jun 2006 :-

'Mini Medan' tawar seks di Relau, Bayan Lepas

GEORGETOWN: Pekarangan sebuah flet di Relau, Bayan Lepas dekat sini, yang disewa lebih 200 pekerja wanita Indonesia mendapat jolokan ‘Mini Medan ’ apabila puluhan wanita asing itu berkeliaran di kawasan terbabit setiap malam untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Difahamkan, gadis terbabit juga berani menawarkan khidmat seks atau teman tidur dengan bayaran tertentu kepada lelaki tempatan yang mencari keseronokan.

Sebahagian besar gadis berkenaan yang bekerja di sektor perindustrian berhampiran flet berkenaan yang disewa majikan mereka sebagai asrama kilang.

Bagi mengelak kegiatan liar mereka dikesan, semua aktiviti tidak bermoral itu dilakukan di tempat lain.

Biasanya lelaki yang memerlukan perkhidmatan mereka akan datang ke situ dan selepas tawar menawar selesai lelaki terbabit akan membawa mereka ke tempat lain untuk melepaskan nafsu.

Kegiatan haram mereka dilakukan secara sulit kerana bimbang dikesan pihak berkuasa terutama Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp).

Mereka berbuat demikian untuk mencari wang tambahan dan kegiatan itu tidak disedari pihak majikan.

Kegiatan maksiat itu biasanya dilakukan selepas waktu bekerja.

Harian Metro dimaklumkan penduduk setempat sudah mula merungut dan bimbang dengan fenomena itu kerana dikhuatiri bertukar menjadi sarang maksiat.

Tinjauan dua malam berturut-turut mendapati kawasan itu tidak ubah seperti di Indonesia apabila beberapa lelaki dan wanita asing itu berkumpul di tepi jalan sambil menjamu selera di gerai berdekatan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia pernah melihat dan mengetahui daripada rakan mengenai kegiatan haram itu yang beroperasi di kawasan penempatan terbabit.

Menurutnya, mereka cukup berani melakukannya secara terbuka tanpa menghormati sensitiviti penduduk yang kebanyakannya berkeluarga dan mempunyai anak kecil.

Katanya, penduduk bimbang perbuatan mereka serba sedikit boleh mendorong remaja bawah umur terjebak dengan kegiatan maksiat.

Sementara itu, jurucakap Jaipp ketika dihubungi, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima aduan rasmi mengenai kegiatan maksiat itu, namun Jaipp tidak akan berdiam diri.

“Pemantauan dan perhatian lebih khusus akan dibuat dalam usaha membanteras kegiatan maksiat di kawasan penempatan penduduk.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian maksiat itu boleh membuat aduan ke pejabat Jaipp di talian 04-2502846 untuk tindakan lanjut.

“Kerjasama orang ramai sangat diharapkan untuk mencegah kemungkaran dan maksiat yang berlaku di sini dan memperoleh petunjuk daripada Allah,” katanya
--- KatoeyNewsNetwork

blackcat22
18-06-2006, 02:12 PM
hello kawan 2 semua,

I am new to this site ...but i believe its very good for you b'cos its verrrrrryyyyyy funny...hahahahahahah

Especially the translations. cant stop laughing...hahahahahahahahahaha

KatoeyLover69
19-06-2006, 02:59 AM
hello kawan 2 semua,

I am new to this site ...but i believe its very good for you b'cos its verrrrrryyyyyy funny...hahahahahahah

Especially the translations. cant stop laughing...hahahahahahahahahaha


ALL Samsters should read this thread EVERYDAY ............. helps you to keep in touch with Banasa Malaysia and also helps you to improve your command of Bahasa Malaysia just by reading ALL the postings :D

KatoeyLover69
19-06-2006, 11:55 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 19hb Jun 2006 :-

Pindah operasi sundal

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan mengesan kemungkinan ada pemilik beberapa premis di bandar ini menganjurkan aktiviti pelacuran sebagai perniagaan sampingan membabitkan wanita warga asing.

Pengarahnya, Zahari Abdul Aziz, berkata usaha itu dibuat berikutan ada pemilik premis melakukan kegiatan itu untuk mengaut keuntungan walaupun menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, pemilik kedai berkenaan dikatakan menyediakan bilik khas di belakang kedai untuk menjalankan aktiviti itu yang sengaja dirancangkan lebih awal dengan menggunakan wanita warga asing.

“Sebelum ini aktiviti pelacuran dijalankan di beberapa pusat karaoke tetapi kini mereka dikesan berpindah berpindah ke lokasi lain dengan berselindung di sebalik perniagaan harian yang dijalankan.

“Kami tidak menolak kemungkinan mereka akan mencari lokasi baru untuk menganjurkan kegiatan seumpama ini selepas aktiviti yang dibuat sebelum ini sudah dapat dikesan,” katanya di sini, semalam.

Zahari berkata, pihaknya sedang meneliti kemungkinan mereka menggunakan pelbagai helah untuk menjalankan aktiviti itu kerana kegiatan terbabit jelas sudah dirancang lebih awal.

Menurutnya, anggota sindiket itu didapati menggunakan wanita warga asing yang menggunakan pas lawatan sosial dan kerap memasuki negara ini.

Katanya, pihaknya memberi amaran kepada semua pemilik premis supaya tidak sesekali menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang kerana jabatan akan bertindak tegas untuk menahan mereka yang terbabit.

“Kerjasama orang ramai sangat diharapkan untuk memaklumkan kepada jabatan jika mendapati ada pemilik kedai yang mengenepikan undang-undang untuk melakukan kegiatan berkenaan,” katanya.

Zahari berkata, mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1963, warga asing boleh dikenakan kompaun RM200, diusir dari negeri ini dan disenarai hitam manakala bagi pemilik kedai boleh dikenakan mengikut Seksyen 56 (1) (d) dan 55 (b) akta yang sama, yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 bagi setiap warga asing itu.

“Bagaimanapun hukuman yang akan dikenakan akan bergantung kepada siasatan sama ada pemilik itu memberikan pekerjaan kepada warga asing terbabit atau mengambil kesempatan atas lawatan sosialnya,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
20-06-2006, 02:28 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 20hb Jun 2006 :-

Tujuh pelacur China ditahan

KUALA LUMPUR: Taktik seorang bapa ayam yang menjadikan sebuah hotel bertaraf empat bintang di Jalan Ipoh, di sini, sebagai tempat persinggahan pelacur akhirnya dihidu pihak berkuasa yang kemudian melancarkan serbuan, petang semalam.

Dalam operasi jam 6.45 petang itu, tujuh warga China dipercayai pelacur ditahan ketika menunggu arahan daripada bapa ayam terbabit sebelum dijadikan habuan seks kepada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Mohd Rodzi Ismail, berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan ketika meletakkan keretanya di hotel berkenaan sebelum dicekup sepasukan anggota Bahagian Operasi, Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang diketuai Asisten Superintenden Teh Boon Ang.

Menurutnya, polis melancarkan intipan selama dua hari mengenai kegiatan lelaki terbabit sebelum menahannya dan tujuh pelacur warga China.

“Lelaki terbabit kemudian membawa polis ke beberapa bilik hotel dan ketika diserbu, tujuh pelacur warga China sedang menunggu di dalamnya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 58 kondom yang belum digunakan dalam beg sandang lelaki itu serta pelincir seks dan sebuah Perodua Kancil miliknya.

“Kebanyakan pelacur berusia 20 hingga 25 tahun itu tidak sempat melarikan diri kerana terkejut apabila diserbu polis.

“Hasil pemeriksaan, semua pelacur terbabit mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, modus operandi lelaki itu ialah menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat persinggahan pelacur sebelum membawa mereka ke tempat lain apabila mendapat tempahan pelanggan.

“Lelaki itu menghantar pelacur ke tempat yang diminta pelanggan dengan mengenakan bayaran RM180 bagi perkhidmatan selama 45 minit.

“Kami akan melancarkan gerakan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di daerah Sentul,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
21-06-2006, 11:36 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-

Wanita kita lebih bernafsu

KUALA LUMPUR: Wanita Malaysia lebih bernafsu dan sekali ganda lebih kerap melakukan hubungan seks dengan purata 4.4 kali sebulan berbanding lelaki hanya 2.6 kali sebulan.

Kekerapan perlakuan seks lelaki dan wanita negara ini yang mencapai purata 3.5 kali sebulan itu didedahkan dalam kaji selidik melalui telefon dalam Kajian Seks Lebih Baik Global Pfizer 2006, membabitkan 12,563 orang di 27 negara termasuk 253 rakyat Malaysia.

Perunding Urologi, Dr Peter Ng, berkata kajian juga menunjukkan 16 peratus wanita tidak puas hati dengan tahap ereksi pasangannya berbanding sembilan peratus lelaki yang berpuas hati dengan diri sendiri.

Katanya, sebanyak 14 peratus lelaki mengaku kadang kala ereksi mereka tidak cukup keras untuk hubungan seks berbanding pendapat lapan peratus wanita terhadap pasangan mereka.

Bagaimanapun, kajian itu menunjukkan 42 peratus rakyat Malaysia berusia 25 hingga 47 tahun amat puas hati dengan kehidupan seks mereka.

Katanya, rakyat Malaysia masih kekurangan 28.5 peratus daripada jumlah hubungan seks yang diperlukan dengan 13 peratus lelaki amat berminat meningkatkan pengalaman seksual mereka.

“Kesimpulannya, keputusan kajian di Malaysia menunjukkan tiada perbezaan dengan global di mana lelaki dan wanita Malaysia berpendapat mengekalkan ereksi sepenuhnya amat penting dalam hubungan seks yang baik dan memuaskan.

“Lelaki dan wanita rasa kekerasan ereksi sama pentingnya dengan kemampuan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi.

“Bagi kedua-dua jantina ini, ada pertalian erat antara kekerasan ereksi dan kepuasan dalam hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ‘Bicara Mengenai Seks: Perspektif rakyat Malaysia: Kajian Seks Lebih Baik Global Pfizer 2006’ di Hotel Le Meridien di sini, semalam.

Turut sama sebagai ahli panel sesi itu, Penasihat Perubatan Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Dr Vicknesh Welluppilai dan pakar terapi seks dari Australia, Dr Rosie King.

Menurutnya, berdasarkan peratusan kekerapan perlakuan seks global sebanyak 6.47 kali sebulan berbanding Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand, Malaysia berada pada tahap paling rendah.

Katanya, Indonesia mencatatkan hubungan seks paling kerap iaitu 5.75 kali sebulan dengan lelaki lebih kerap iaitu 6.2 kali sebulan berbanding wanita 5.3 kali diikuti Singapura (4.55 kali sebulan - lelaki 4.8/wanita 4.3), Thailand (3.55 kali sebulan - lelaki 5.1/wanita 3.3) dan Hong Kong (3.55 kali sebulan - lelaki 4.3/wanita 2.8).

Bagaimanapun, katanya, kadar kepuasan seks tertinggi dijuarai rakyat Malaysia dengan 42 peratus berbanding Singapura (38 peratus), Thailand (32 peratus), Indonesia dan Hong Kong (masing-masing 27 peratus).

Dari segi tidak puas hati terhadap tahap kekerasan ereksi, Dr Ng berkata, Hong Kong mencatatkan peratusan paling tinggi iaitu 44 peratus lelaki tidak puas hati dengan ketegangan zakar sendiri dan 49 peratus wanita tidak puas hati dengan kekerasan ereksi pasangan.

Katanya, Thailand mencatatkan peratusan yang hampir sama dengan Malaysia dalam ketidakpuasan kekerasan ereksi diri dan pasangan iaitu sembilan peratus lelaki dan 13 peratus wanita berbanding Singapura (23 peratus lelaki/28 peratus perempuan) dan Indonesia (29 peratus lelaki/27 peratus perempuan).

Ketidakpuasan hubungan seks yang diakibatkan kegagalan lelaki mencapai kekerasan ereksi adalah penanda penting kepada pelbagai masalah kesihatan tersembunyi dan ia perlu diberi perhatian serius.

Pzifer adalah antara pelopor dalam kajian penjagaan kesihatan dunia yang memperkenal dan mengeluarkan ubat-ubatan preskripsi termasuk jantung, saraf, penyakit berjangkit, urologi dan kesihatan mulut.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
21-06-2006, 11:41 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-

Luar Piala Dunia, dalam aksi lucah

SEBERANG JAYA: Sindiket pengedaran cakera padat video (VCD) lucah dikesan mengambil kesempatan sempena ‘kehangatan’ Piala Dunia 2006 untuk melariskan jualan bahan berkenaan.

Melalui taktik itu, imej Piala Dunia dipamer pada VCD berkenaan kebanyakannya tanpa disertai tajuk dipercayai bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Dalam rampasan di Taman Sutera, di sini, Khamis lalu, Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Seberang Prai menyangka VCD berkenaan adalah filem biasa.

Bagaimanapun, penguat kuasa terkejut selepas pemeriksaan mendapati VCD yang dipamer imej Piala Dunia sebenarnya filem lucah.

Jurucakap KPDNHEP Seberang Prai berkata, orang ramai yang membeli mungkin menyangka ia aksi Piala Dunia 2006 di Jerman tanpa menyedari ia sebenarnya filem lucah.

Katanya, jalan cerita VCD berkenaan pada awalnya sama seperti filem lain tetapi pertengahannya mengandungi unsur lucah.

Sehubungan itu katanya, peminat bola sepak tidak harus terpedaya dengan taktik digunakan kerana ia mungkin satu strategi peniaga untuk melariskan jualan kerana Piala Dunia 2006 mencuri perhatian penonton.

“KPDNHEP hanya mempunyai kuasa merampas VCD terbabit manakala tindakan lanjut boleh diambil Bahagian Kawalan Filem (BKF), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Lembaga Penapisan Filem Nasional (Finas),” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan BKF negeri, Ngeh Kiet Fock, berkata pihaknya belum menerima aduan berhubung VCD lucah Piala Dunia 2006 tetapi akan terus menjalankan 'Ops Statik' bersama pihak berkuasa lain bagi mengesan penjualan bahan lucah.

Katanya, mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002, peniaga yang didapati menjual bahan lucah boleh dikenakan denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau lima tahun penjara.

Bagi Seksyen 6(1) a membabitkan bahan publisiti filem tiada kelulusan Lembaga Penapisan Filem boleh didenda sehingga maksimum RM10,000.

“Ketika ini kita memberi tumpuan pada ‘Ops Statik’ dengan menempatkan pegawai di lokasi tertentu yang menjual VCD atau bahan lucah. Cara itu dilihat berkesan kerana peniaga takut beroperasi kerana bimbang dirampas,” kata Ngeh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjualan VCD lucah boleh menghubungi pejabat BKF di talian 04-3322751.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
21-06-2006, 11:50 AM
Laporan daripada Berita Harian bertarikh Rabu 21hb Jun 2006 :-

Henti guna lambang ‘786’

JOHOR BAHRU: Peniaga Malabar Muslim di negeri ini diminta tidak lagi menggunakan logo `786' yang sering dianggap bertuah di kalangan masyarakat berkenaan dalam tempoh dua bulan akan datang.

Angka yang dipercayai berasal dari 'Bismillah ar-Rahman ar-Rahim' yang sering digunakan pada papan tanda perniagaan atau menjadi logo sesetengah persatuan Malabar itu akan diganti dengan logo baru apabila diwartakan tidak lama lagi.

Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata pihaknya meminta masyarakat Malabar supaya mengelak menggunakan angka berkenaan kerana ia boleh membawa kekeliruan dan menimbulkan isu sensitif di kalangan umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta tiga persatuan Malabar yang dianggotai lebih 5,000 penduduk di negeri ini turut berperanan memberi penerangan mengenai arahan baru itu.

"Keputusan itu diambil selepas isu penggunaan angka 786 diperdebatkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor dengan pihak Lajnah Fatwa Negeri Johor selama beberapa bulan.

"Kami mengenal pasti beberapa perkara tidak disenangi mungkin timbul akibat penggunaannya secara berterusan pada masa depan. Penggunaan angka itu di kalangan penduduk Malabar sudah digunakan secara turun-temurun, terutama dalam bidang perniagaan.

"Walaupun tujuan penggunaan angka berkenaan lebih 50 tahun lalu tidak bermaksud buruk, ia boleh mengelirukan umat Islam selain menimbulkan isu sensitif," katanya yang mendakwa segelintir penduduk Malabar menganggap penggunaan angka itu boleh membawa tuah dan untung.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan logo baru Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) selain merasmikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu kali ke-41 di Hotel Seri Malaysia, di sini, petang, kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua JMMNJ, Maidin Hussen berkata, arahan pihak berkuasa mengenai angka berkenaan yang digunakan lebih 50 tahun lalu dipercayai akan mendapat kerjasama pelbagai pihak.

Beliau berkata, pihaknya meminta semua peniaga Malabar Muslim supaya lebih berhati-hati dengan penggunaan sebarang logo mahupun ayat yang dipetik dari Al-Quran dalam urusan perniagaan.
--- KatoeyNewsNetwork

moneymoney
21-06-2006, 01:17 PM
Biar kita semua pukima kepada Hornyspiderman.

KatoeyLover69
21-06-2006, 01:36 PM
Biar kita semua pukima kepada Hornyspiderman.


? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

KatoeyLover69
24-06-2006, 04:24 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 24hb Jun 2006 :-

Karaoke umpan gadis

MACHANG: Segelintir pengusaha restoran di sepanjang Jalan Machang-Tanah Merah, dikesan menyediakan karaoke haram di premis perniagaan mereka bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pengusaha terbabit dikatakan sanggup bertindak demikian dan tidak takut dikenakan tindakan walaupun sedar lesen hiburan tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri demi memperolehi keuntungan mudah.

Difahamkan, mereka memulakan operasi pusat karaoke itu selepas restoran kurang mendapat sambutan pelanggan termasuk mengalami kemerosotan.

Bagi menarik perhatian, ada pengusaha terbabit sanggup mengupah gadis yang mempunyai perwatakan menarik sebagai ‘umpan’ menarik pelanggan lelaki berkunjung ke premis mereka.

Pengusaha terbabit dikatakan menjalankan operasi itu bermula jam 10 malam sehingga jam 2 atau 3 pagi bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sumber memberitahu, dianggarkan terdapat enam kedai makan termasuk restoran menjalankan aktiviti secara haram itu termasuk di Kampung Gelong Gajah dan Sipol Berlubang.

Pusat karaoke itu dikatakan sesak dengan pengunjung terutama pada hujung minggu kerana ramai ‘Mat Motor’ datang bertandang.

Kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kedai terbabit adalah golongan lelaki termasuk warga emas berusia dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun.

Setiap pelanggan dikenakan bayaran antara RM5 hingga RM8 bagi setiap lagu yang dipilih tidak termasuk harga minuman.

Bagi pelanggan yang ingin `berduet’ dengan pelayan muda, mereka akan dikenakan bayaran tambahan.

Selain penduduk setempat, ada pelanggan dari Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tanah Merah sanggup berkunjung ke situ.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Ismail Latif ketika dihubungi, berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

Katanya, pengusaha kedai makan atau restoran sepatutnya menjalankan perniagaan mereka secara betul serta mengikuti undang-undang Islam.

“Tidak dinafikan, mereka (pengusaha) itu memang mencari keuntungan tetapi biarlah cara halal.

“Saya akan meminta jabatan agama daerah melakukan pemeriksaan secepat mungkin bagi memastikan gejala itu tidak menular.

“Sekiranya dakwaan itu benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-07-2006, 02:46 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 3hb Julai 2006 :-

Umpan gadis seksi

PORT DICKSON: Sindiket menjual cakera padat digital (DVD) cetak rompak di negeri ini dikesan mengumpan wanita jelita dan seksi warga China sebagai daya penarik jualan mereka.


Wanita jelita itu dikatakan akan dihantar sindiket terbabit menjaja DVD berkenaan di warung dan restoran di kawasan luar bandar sebagai strategi pemasaran.

Difahamkan, kegiatan menggunakan wanita warga China itu dikesan sejak beberapa minggu lalu.

Wanita warga China yang memasuki negara ini menggunakan pas pelancong itu dikatakan diambil bekerja untuk tempoh singkat dan mereka diarah menjual DVD cetak rompak yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Filem cetak rompak seperti Superman Return, Cars dan Pirates Of Caribbean pada harga RM3 hingga RM5 sekeping.

Kegiatan haram itu terbongkar apabila seorang wanita warga asing yang sedang menjual DVD itu ditahan di Kampung Bukit Pelandok di sini, pagi kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Port Dickson, Sabtu Ibrahim, berkata seorang penduduk Kampung Bukit Pelandok yang mensyaki seorang wanita warga China menjual produk haram itu segera menghubungi KPDNHEP.

Katanya, enam anggota penguat kuasa KPDNHEP dihantar ke kawasan berkenaan bagi melakukan intipan dan menemui seorang wanita warga China sedang berurusniaga dengan beberapa pelanggan, kira-kira jam 9.30 pagi.

“Wanita berusia 28 tahun itu terkejut sebagai pegawai kami memperkenalkan diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sabtu berkata, sebanyak kira-kira 500 DVD ditemui dalam beg sandang dibawa wanita terbabit yang belum terjual.

“Wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 41, Akta Hakcipta Terpelihara 1987, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, wanita terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal, mendapati wanita itu masuk ke negara ini melalui pas lawatan sosial sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga akan dilakukan bagi mengesan di mana produk haram itu diperolehi dengan jumlah yang banyak.

Menurutnya, pihaknya turut mensyaki kegiatan wanita warga China itu didalangi penduduk tempatan.

“Menjual produk haram itu di kawasan luar bandar adalah kali pertama dilaporkan tahun ini,” katanya.

Sabtu berkata, wanita itu akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri untuk tindakan lanjut sebaik siasatan selesai.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-07-2006, 05:38 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh sabtu 8hb Julai 2006 :-

Klip video lucah artis laris

KUALA LUMPUR: Tidak lama dahulu cakera padat video lucah (VCD) bertajuk ‘Kisah Pramugara Terlampau’ menggemparkan orang ramai, kini muncul pula rakaman klip video telefon bimbit membabitkan seorang wanita berwajah seiras artis tempatan berstatus janda melakukan hubungan seks.

Klip video satu minit itu mengandungi adegan aksi lucah wanita terbabit bersama pasangannya yang tidak memaparkan wajahnya dengan jelas, boleh dimuat turun dengan harga mencecah RM200 di kedai telefon bimbit tertentu di ibu negara.

Rakaman klip terbabit dikatakan dilakukan beberapa bulan lalu dan disedari wanita terbabit tetapi dia kelihatan tidak kisah hubungan seksnya itu dirakam.

Antara aksi ghairah ditunjukkan ialah di bilik mandi ketika wanita itiu mandi berbogel sambil menuang sabun di bahagian dada serta seluruh tubuh.

Rakaman kemudian menunjukkan dia terlentang di katil sambil merengek kepuasan.

Aksi lucah itu dipercayai dirakam lelaki yang menjadi pasangan seks wanita terbabit menggunakan telefon bimbit berikutan wajah lelaki itu tiada dalam klip video itu.

Dipercayai, lelaki terbabit tidak mahu wajahnya terpampang kerana bimbang dikesan pihak berkuasa.

Peniaga telefon bimbit tertentu kini mengambil kesempatan mengaut keuntungan lumayan dengan menjual rakaman aksi lucah terbabit selepas mempromosikannya kepada pelanggan yang datang ke kedai mereka.

Harian Metro difahamkan, sebilangan kecil peniaga telefon bimbit turut menggunakan khidmat `ular air’ sebagai orang tengah untuk mempromosikan gambar itu kepada orang ramai yang sedang berbelanja di kompleks beli-belah di ibu negara.

Aksi lucah itu dipercayai antara rakaman terbaru membabitkan wanita berwajah seiras artis tempatan yang sedang panas di pasaran kerana orang ramai sanggup memuat turun di telefon bimbit masing-masing walaupun perlu membayar RM200.

Klip video lucah itu menggunakan tajuk nama artis yang pernah membintangi beberapa filem dan sering berlakon drama serta masih aktif di bidang perfileman sehingga kini.

Bagaimanapun, beberapa pelanggan masih ragu terhadap kesahihan wajah artis berusia awal 30-an itu berikutan dia sebelum ini tidak pernah mencetuskan kontroversi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Yusuf, berkata siasatan terhadap kandungan klip video itu boleh dilakukan jika artis yang terbabit membuat laporan polis.

“Polis boleh menyiasat pada bila-bila masa tetapi perlukan laporan dan bukti. Saya nasihatkan artis yang menjadi mangsa fitnah itu segera membuat laporan polis.

“Setakat ini, kami tidak menerima laporan daripada mana-mana pihak berkaitan perkara itu,” katanya.

kepada Harian Metro, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Sulaiman menasihatkan orang ramai khasnya remaja supaya tidak terpengaruh atau sibuk mencari klip video itu kerana ia lebih banyak membawa kesan negatif.

Beliau turut meminta peniaga telefon bimbit yang terbabit menjual dan mengedar video klip itu supaya menghentikan kegiatan mereka.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-07-2006, 05:46 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 19hb Julai 2006 :-

Karaoke veteran

KAJANG: Sebuah pusat ‘karaoke veteran’ yang menjadi tumpuan lelaki pertengahan usia berhibur sambil menikmati layanan istimewa wanita seksi disyaki pelayan pelanggan (GRO) diserbu polis di Semenyih, malam kelmarin.

Karaoke di tingkat dua rumah kedai itu dikesan menyediakan wanita yang hampir ‘tamat tempoh’ berusia 35 hingga 40 tahun bagi menarik kehadiran pengunjung terutama golongan lelaki pertengahan usia ke situ.

Malah, pusat karaoke itu yang sudah dua kali diserbu anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, masih berdegil dan meneruskan operasinya.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, wanita dan pelanggan pusat karaoke terbabit dikatakan tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak menyedari kehadiran polis.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Timbalan Pegawai Turus D7, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan itu, lapan wanita warga China diberkas ketika asyik melayan pelanggan kerana tidak menyedari premis berkenaan dikunjungi polis.

“Polis turut menahan seorang wanita berusia 49 tahun dipercayai penjaga pusat hiburan berkenaan. Lapan pelanggan turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati semua wanita itu memiliki dokumen perjalanan,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, pusat karaoke itu dikesan turut menempatkan seorang pengawal di tingkat bawah premis itu bagi mengesan kehadiran anggota polis yang melakukan operasi, bagaimanapun ketika operasi itu, pengawal terbabit tidak menyedarinya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati pusat karaoke itu tidak memiliki lesen hiburan dan menjalankan kegiatan sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Difahamkan, wanita itu mendapat tip agak lumayan sekiranya berjaya memikat dan menarik kehadiran pengunjung ke premis itu.

Semua wanita, pelanggan dan penjaga yang ditahan itu dibawa ke IPD Kajang untuk siasatan lanjut. Lapan pengunjung itu kemudian dibebaskan selepas keterangan diambil.

Lapan wanita warga China terbabit akan dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negara ini manakala penjaga pusat karaoke terbabit bakal didakwa kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-07-2006, 05:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 19hb Julai 2006 :-

Taktik baru kaki disko

KUALA LUMPUR: Kaki disko yang menggunakan dadah ketika berhibur dikesan mengubah taktik berkunjung ke pusat hiburan pada hari biasa berbanding malam minggu, dengan harapan kegiatan mereka tidak dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) membuat pemeriksaan di pusat hiburan pada hari biasa bagi mengesan pengunjung mengambil dadah.

Selain itu difahamkan, beberapa pusat hiburan di ibu kota turut mengambil kesempatan melanjutkan perniagaan mereka sehingga jam 5 pagi pada hari biasa berikutan sambutan menggalakkan.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Othman Harun, berkata selain malam minggu, polis membuat pemeriksaan pada hari biasa di pusat hiburan di ibu kota bagi mencegah penyalahgunaan dadah di premis itu.

Menurutnya, berdasarkan beberapa serbuan terhadap pusat hiburan sebelum ini, ada pengunjung mengambil kesempatan berhibur dengan menggunakan dadah pada hari biasa berbanding malam minggu.

Katanya, kebanyakan pengunjung pusat hiburan terbabit menyangka polis tidak mengadakan pemeriksaan pada hari biasa menyebabkan mereka berani mengambil pil ecstasy, ganja dan sebagainya untuk bersuka ria.

“Walaupun jumlah mereka yang menggunakan dadah tidak ramai, kita kesan pengunjung terbabit ambil dadah pada hari biasa kerana menyangka polis tidak buat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
20-07-2006, 01:09 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 20hb Julai 2006 :-

Bina monorel tahun depan di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Pembinaan sistem monorel Johor yang dijangka bermula tahun depan akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Jalur Mudera Sdn Bhd yang mendapat hak konsesi selama 35 tahun.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada syarikat usahasama itu untuk mengemukakan kertas cadangan mengenai projek pembinaan bekenaan.

“Kertas cadangan itu perlu merangkumi jajaran perjalanan, teknologi yang bakal digunakan dan jumlah kos pembinaan.

“Buat masa ini, kerajaan dimaklumkan peruntukan kewangan bagi membina monorel sepanjang 50 kilometer itu perlu datang daripada sumber syarikat berkenaan.

“Syarikat itu diberikan hak konsesi selama 35 tahun dengan pembinaan fasa pertama dijangka bermula tahun depan jika semua urusan berjalan lancar,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri hanya memilih syarikat usahasama berkenaan saja kerana tempoh mengemukakan kertas cadangan bagi satu lagi syarikat sebelum ini sudah tamat.

Beliau berkata, monorel tanpa pemandu yang akan menggunakan teknologi Maglev dari China dikatakan sesuai bagi keretapi laju dan antara bandar, dijangka mengambil masa tiga tahun untuk siap.

Fasa pertama sepanjang 11 km itu membabitkan laluan dari pusat bandar ke Jaya Jusco Aeon Tebrau City (Jaya Jusco) melalui Plaza Pelangi, Kem Majidee, Pasar Borong Pandan dan Hospital Pandan serta pusat bandar ke Hospital Sultanah Aminah dan Teluk Danga.

Sebanyak lapan stesen dibina bagi fasa pertama iaitu di pusat bandar, Ibu Pejabat Kontinjen Polis, Taman Pelangi, Wisma Daiman, Majidee, Pasar Borong Pandan dan Jaya Jusco.

Fasa kedua akan merangkumi kawasan Skudai dari Plaza Angsana ke pusat bandar dan fasa ketiga ke pusat pentadbiran Nusajaya.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai ekuiti sebanyak 30 peratus dalam syarikat usahasama itu melalui YPJ dan setakat ini tidak ada syarikat asing memegang ekuiti dalam kerjasama itu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
26-07-2006, 12:47 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 26hb Julai 2006 :-

VCD aksi binatang

KUALA LUMPUR: Satu sindiket pengedaran dan penjualan pelbagai cakera padat video (VCD) lucah didalangi warga China membabitkan perlakuan seks luar tabii antara gadis dan pelbagai binatang seperti kuda dan anjing, tumpas selepas stor mereka di Jalan Loke Yew, di sini, diserbu petang semalam.

Selepas memantau hampir seminggu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya membongkar sindiket pengedaran VCD lucah pelakon seks dari China dipercayai terbesar di ibu kota, hasil penangkapan enam gadis warga republik itu.

Dalam operasi jam 4 petang, enam pegawai KPDNHEP Putrajaya menyerbu sebuah unit kediaman di tingkat tiga bangunan rumah kedai yang dipercayai menjadi stor penyimpanan VCD cetak rompak dan lucah keluaran China.

Hasil serbuan itu, KPDNHEP turut memberkas seorang lelaki asing yang berehat dalam rumah berkenaan.

Pegawai KPDNHEP bagaimanapun terkejut apabila menemui puluhan kotak berisi VCD cetak rompak dan lucah disimpan dalam empat bilik tidur berasingan di kediaman berkenaan.

Hasil siasatan mendapati semua warga asing itu mengaku terbabit dalam kegiatan penyeludupan dan penjualan VCD lucah dan filem itu di pasar utama sekitar ibu kota.

Siasatan turut mendapati VCD lucah diseludup terbabit adalah 100 peratus dilakonkan dan dihasilkan di China sebelum diseludup masuk ke negara ini.

Difahamkan VCD lucah terbabit dijual pada harga RM12 sekeping manakala filem cetak rompak RM7 sekeping.

Hasil serbuan itu, KPDNHEP merampas lebih 150,000 keping VCD lucah dan filem cetak rompak yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta.

Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Firdus Zakaria, berkata siasatan mendapati semua warga asing yang diberkas itu mempunyai pasport dan dokumen perjalanan masuk ke negara ini yang sah.

Menurutnya, berdasarkan siasatan suspek yang berusia antara awal 20-an hingga 50-an itu masuk ke negara ini dengan menyamar pelancong.

“Mereka yang berasal dari selatan China didapati baru sampai di ibu kota awal Julai lalu,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
26-07-2006, 12:52 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 26hb Julai 2006 :-

Hantar SMS tagih seks

KUALA LUMPUR: Golongan ‘flasher’ khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) lucah dikesan menjadikan wanita termasuk pelajar, pekerja pejabat dan suri rumah sebagai sasaran utama, semata-mata untuk memenuhi kepuasan diri.

Kebanyakan mangsa dikatakan tidak mengenali identiti flasher terbabit dan terkejut apabila menerima SMS lucah dihantar kepada mereka, selain dipelawa mengadakan hubungan seks ganas dengan menggunakan peralatan ‘seks luar biasa’.

Lebih mengejutkan mangsa apabila gambar memberahikan membabitkan model lucah bersama pasangan masing-masing sedang beraksi di ranjang dijadikan sebagai modus operandi flasher untuk menaikkan nafsu syahwat wanita diminati.

Bagaimanapun, kebanyakan mangsa takut mengadu perkara itu kepada ibu bapa, suami atau pihak berkuasa kerana bimbang diaibkan atau menerima ugutan daripada flasher SMS dan MMS lucah.

Mangsa terbaru, seorang pengarah syarikat swasta berusia 31 tahun terpaksa membuat laporan di Balai Polis Cheras selepas menerima SMS lucah yang dihantar beberapa kali oleh individu tidak dikenali.

Wanita yang sedang berehat di apartmennya itu terkejut apabila mendapati kandungan SMS dihantar individu tidak dikenali pada 16 Julai lalu, mengajaknya mengadakan hubungan seks.

Penyalahgunaan teknologi canggih itu didedahkan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), selepas menerima kira-kira 200 aduan mengenai SMS dan MMS berbaur lucah, selain ugutan yang dihantar flasher terbabit kepada mangsanya.

Presidennya, Datuk Dr Jacob George, berkata aduan yang diterima sepanjang enam bulan pertama tahun ini, boleh dianggap serius kerana memberi kesan psikologi jangka panjang kepada mangsanya membabitkan wanita.

“Dalam kes terbaru itu, kandungan mesej dihantar menggunakan bahasa Inggeris, meminta mangsa turun dari apartmennya untuk mengadakan hubungan seks ganas.

“Bagaimanapun lelaki terbabit berjanji hubungan seks yang agak ganas itu akan dilakukan secara selamat, selain bersedia memberikan kepuasan kepada mangsanya dengan menggunakan kondom berperisa strawberi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, tidak setakat itu saja, ada flasher muda berusia lingkungan 20-an turut memendam berahi terhadap golongan pensyarah wanita di institusi pengajian tinggi kerana terlalu ghairah dengan penampilan dan bentuk badan mangsa.

Kejadian itu berlaku terhadap pensyarah berusia 35 tahun apabila dia menerima SMS lucah mengenai analisis tubuh badannya yang dihantar individu tidak dikenali, selain memberikan cadangan bagi penampilan terbaik.

Kandungan analisis itu turut memberi komen mengenai pakaian dalam yang digunakan pensyarah itu setiap hari dan turut mendakwa gerak gerinya sedang diperhatikan dari semasa ke semasa.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
31-07-2006, 04:37 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 31hb Julai 2006 :-

Pesta seks tingkat 17

KUALA LUMPUR: Keghairahan 12 penagih termasuk lima wanita menghisap dadah sebelum dipercayai melakukan ‘pesta seks’ membawa padah apabila mereka diberkas ketika polis menyerbu ‘markas’ mereka di tingkat 17 sebuah bangunan kosong di Jalan Pudu, di sini petang semalam

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang wanita sarat mengandung lapan bulan yang berada dalam kelompok penagih dadah itu.

Mereka dikatakan mengambil dadah syabu untuk menambah tenaga semata-mata untuk melakukan hubungan seks beramai-ramai itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata operasi bersepadu itu bermula kira-kira jam 2 petang dan berakhir tiga jam selepas itu.

Katanya, dalam operasi itu, polis menahan 12 orang termasuk lima wanita di dalam bangunan kosong itu dan merampas sejumlah kecil dadah jenis syabu dan ganja.

“Hasil pemeriksaan, polis turut menemui peralatan menghisap dadah, tiga bilah parang panjang dan peralatan untuk menyamun.

“Siasatan awal mendapati, mereka yang ditahan itu dipercayai turut terbabit dalam beberapa kes samun kedai 24 jam sekitar daerah Dang Wangi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua mereka yang ditahan itu berusia 15 hingga 30 tahun dan seorang daripada wanita itu mengandung.

Ketika serbuan dilakukan, seorang daripada penagih bertindak nekad terjun daripada tingkat 17 ke tingkat 10 bangunan berkenaan berikutan terlalu takut.

Penagih berusia belasan tahun itu dikatakan bertindak sedemikian berikutan terlalu takut dan bimbang polis akan melepaskan anjing pengesan yang turut dibawa bersama dalam operasi itu.

Bagaimanapun, polis berjaya memberkas semula penagih itu kerana tidak dapat melarikan diri sejurus terjun selepas kedua-dua kakinya patah.

Kamal Pasha berkata, semua suspek itu kemudiannya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk mengambil ujian saringan air kencing bagi mengesan pengambilan dadah.

“Hasil ujian dijalankan, semua mereka didapati positif kerana mengambil dadah dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Seramai 30 anggota polis terbabit dalam operasi itu dengan dibantu 30 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela),” katanya.

Katanya, polis turut menggunakan helikopter untuk pemantauan daripada udara bagi mengesan suspek supaya tidak dapat melarikan diri ketika serbuan itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil untuk memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-08-2006, 10:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 5hb Ogos 2006 :-

Lelaki gila seks cabul isteri jaga

SUBANG JAYA: Seorang lelaki ‘kehausan seks’ sanggup melakukan aksi melampau dengan menggeselkan kemaluannya di pinggang seorang wanita di sebuah medan selera di Puchong di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, suspek yang mengekori mangsa, tiba-tiba meramas buah dada wanita itu beberapa kali.

Mangsa yang terkejut dengan perlakuan liar itu terus melarikan diri dan menjerit meminta tolong sebelum menghubungi suaminya, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di kawasan perumahan berhampiran.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata mangsa yang berusia 20 tahun bekerja sebagai jurusolek dan datang ke kawasan itu untuk menghadiri perayaan ‘hantu lapar’.

Katanya, tindakan mangsa menjerit sejurus menyedari kelibat seorang lelaki di belakangnya dan menghubungi suami berjaya menyelamatkannya daripada terus menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ itu.

“Suami mangsa yang dihubungi bergegas ke tempat kejadian bersama beberapa rakannya sebelum mencari suspek di kawasan sekitar tempat kejadian.

“Selepas mangsa mengecam wajah suspek, suaminya yang ‘naik angin’ terus menerkam dan membelasah suspek sehingga lembik sebelum menyerahkannya kepada polis.

Menurutnya, berdasarkan keterangan suami mangsa, dia pernah menerima aduan daripada rakyat Indonesia yang menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ itu dengan melakukan perbuatan sama.

Muhd Fuad berkata, suspek yang berusia 18 tahun kini ditahan reman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
06-08-2006, 05:11 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 6hb Ogos 2006 :-

Gigolo Bangla : Ugut minta wang

KUALA LUMPUR: Akibat `cair’ dengan wajah tampan lelaki warga Bangladesh, seorang wanita tempatan terpaksa membayar wang pampasan sebanyak RM1,000 sebulan kepada lelaki itu bagi mengelak kisah dan gambar intim mereka disebarkan kepada orang awam.

Julia, 30-an, eksekutif kanan sebuah syarikat swasta di sini, mendakwa terpaksa membayar wang sejak setahun lalu selepas gambar mereka berasmara dirakam oleh lelaki gigolo berwajah ala Shah Rukh Khan itu tanpa disedarinya.

“Rasa bangga kerana mempunyai teman lelaki kacak kini berubah menjadi mimpi ngeri apabila saya terpaksa menyaranya bagi mengelak gambar ‘hubungan intim’ kami disebarkan.

“Saya faham dan sedar saya diugut, tetapi apakan daya kerana saya tiada kekuatan untuk membuat laporan polis.

“Saya bimbang dengan proses naik turun mahkamah, selain tidak dapat bayangkan jika gambar dan nama disiarkan oleh media. Bayangkan perasaan keluarga saya di kampung. Saya juga bimbang kerjaya saya akan terjejas akibat kes ini,” katanya.

Mengimbas kejadian itu, Julia berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang berusia lewat 20-an dan bekerja di sebuah kompleks beli-belah di sini sekitar pertengahan tahun lalu.

“Saya selalu makan tengah hari atau ‘window shopping’ di situ dan perasan lelaki (warga Bangladesh) itu kerana wajahnya tampan. Satu hari dia menyapa dan menyuarakan hasrat ingin berkenalan lalu kami bertukar-tukar nombor telefon.

“Saya akui kerana terlalu mudah ‘mabuk cinta’. Selepas kenal beberapa minggu, dia membawa saya ke bilik sewanya yang kononnya selamat kerana tiada sesiapa. Di situ, saya ‘bermesra’ dengannya hingga melakukan hubungan seks,” katanya.

Bagaimanapun, Julia berkata, keesokannya lelaki terbabit menunjukkan gambar dia melakukan seks oral dan dalam keadaan separuh bogel.

“Dia juga memberi amaran akan menyebarkan gambar itu jika saya tidak memberinya wang setiap bulan. Dia meminta sebulan RM1,000 supaya rahsia itu selamat dengannya. Saya terkejut dan tiada pilihan kecuali akur kepada permintaannya,” katanya.

Julia percaya kejadian yang menimpanya dirancang dan mungkin ada orang lain di dalam bilik berkenaan merakam gambar mereka.

“Bagaimanapun, ia menjadi pengajaran yang akan saya kenang selama-lamanya. Doa saya kini ialah supaya ‘gigolo durjana’ itu mati supaya dia tidak menganggu saya lagi.

“Saya menghubungi PPKPA (Pusat Perkhidmatan dan Kaunseling Pekerja Asing) kerana melihat mereka banyak menangani masalah berkaitan pekerja asing.

“Saya cuma berharap kisah saya dijadikan pengajaran bagi masyarakat, terutama wanita kita (tempatan) sekali gus mengelak menjadi mangsa lelaki ini,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork
--------------------------------------------------------------------------

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 6hb Ogos 2006 :-

Kumpul maklumat untuk tindakan polis

KUALA LUMPUR: “Kita percaya masalah ini bukan hanya berlaku kepada Julia. Ramai lagi wanita tempatan menjadi mangsa gigolo warga asing, terutama Bangladesh, kerana terpikat dengan wajah ala hero Hindustan mereka,” kata Pengarah Urusan Pusat Perkhidmatan dan Kaunseling Pekerja Asing (PPKPA), Ismail Haider.

Katanya, sikap wanita tempatan itu membuka ruang kepada warga asing mengambil peluang sebelum mengugut mereka.

“Hanya kerana paras rupa kacak, wanita kita menjadi ‘cair’ dan mudah menyerahkan segala-galanya. Warga asing pun bijak. Mereka ‘membaca’ masyarakat kita dan tahu ramai wanita kita belum berkahwin, walaupun berusia lebih 35 tahun. Daripada maklumat itulah mereka bertindak.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, gigolo warga asing ini mensasarkan golongan eksekutif wanita berusia 30-an dan 40-an kerana tahu golongan ini ada banyak wang tetapi kesunyian.

“Akhirnya mereka merakam gambar hubungan ‘intim’ dengan wanita berkenaan dan menggunakannya sebagai bahan untuk mengugut mangsa membuat bayaran bulanan RM500, RM600, RM1,000 dan mungkin lebih daripada itu,” katanya.

Ismail berkata, PPKPA kini mengumpul maklumat untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan tindakan tegas diambil ke atas golongan gigolo, terutama dari Bangladesh.

Sehubungan itu, katanya, wanita yang menjadi mangsa seperti Julia diminta menyalurkan maklumat kepada PPKPA di talian 03-26977000.

Ismail berkata, kegiatan gigolo warga asing sukar dibanteras kerana mangsa enggan tampil membuat laporan polis disebabkan perasaan bimbang terpaksa menjadi saksi dan identiti mereka terbongkar.

“Ada yang takut ibu bapa mereka terkejut dan marah. Ada juga yang takut majikan akan memberhentikan mereka kerana berkelakuan tidak sopan.

“Ini menyebabkan gigolo warga asing semakin berani kerana mereka berasa seolah-olah kebal, sedangkan wanita yang menjadi mangsa tertekan jiwa,” katanya.

Ismail berkata, cara terbaik mengelak masalah itu ialah, wanita perlu ada harga diri tinggi dan tidak mudah menyerahkan tubuh tanpa ikatan perkahwinan sah.

“Inikan pula warga asing yang kita tidak tahu latar-belakangnya, termasuk kampung dan keluarganya.

“Tidak salah bercinta untuk mengenali hati budi dan keikhlasan pasangan, tetapi yang penting harga diri perlu dijaga. Kalau mudah menyerahkan segalanya, termasuk tubuh kepada lelaki, kita perlu menanggung akibatnya,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-08-2006, 03:56 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 8hb Ogos 2006 :-

Jaja nama artis tempatan

KUALA LUMPUR: Ning Baizura, Erra Fazira, Anak Amy (Nabila), Nasha Aziz, Linda Onn, Dayang Nurfaizah, Fauziah Latif, Sheila Majid dan Waheeda adalah antara artis dan personaliti terkenal tanah air yang menjadi mangsa sindiket untuk melariskan jualan cakera video digital (DVD) lucah di Jalan Petaling di sini.

Tidak ketinggalan nama penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza yang sedang hangat dengan persiapan perkahwinannya, turut dijaja semata-mata untuk menyemarakkan lagi minat pembeli.

Siasatan wartawan Harian Metro di kawasan berkenaan sejak Jumaat lalu mendapati sindiket DVD lucah terbabit menumpang populariti artis dan personaliti itu walaupun pelakonnya bukan mereka.

Anggota sindiket terbabit bergerak dengan hanya bermodalkan sekeping kertas A4 bersalut plastik berwarna kuning dan merah jambu yang mengandungi senarai nama artis dan personaliti berkenaan.

Orang ramai yang berminat akan dihulur kertas terbabit oleh anggota sindiket itu yang rata-rata berusia awal 20-an.

Apa yang mengejutkan, kertas itu turut menawarkan pelbagai judul DVD lucah lain, kononnya lakonan gadis India, Cina dan Orang Asli.

Bagi menambah tarikan, ada DVD dikategorikan homoseksual, lesbian, bohsia, datin, pramugari, gadis kampung atau bandar, remaja bawah umur, pelajar kolej, pelajar sekolah menengah dan model.

Malah, wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli ditawarkan memilih hampir 20 senarai nama artis Bollywood yang didakwa berlakon dalam DVD lucah edisi terhad itu.

Anggota sindiket itu yang hanya memakai baju-T sambil membawa beg sandang kecil dan walkie-talkie kelihatan cuba meyakinkan DVD lucah yang dijual itu diimport khas dari India dan gambarnya berkualiti.

Selain itu, mereka menunjukkan senarai hampir 1,000 judul koleksi istimewa DVD lucah terhebat dari 43 negara terutama Jepun, Hong Kong, Kanada, Pakistan, Afrika Selatan, Argentina, Rusia, China, New Zealand dan Itali.

Malah, lelaki terbabit memberitahu DVD itu mempunyai jaminan satu hingga sembilan bulan, manakala pelanggan yang membeli 50 DVD akan mendapat 10 DVD percuma.

Sekiranya rosak atau tidak puas hati dengan cerita ditayangkan, pelanggan yang membeli lebih daripada 10 DVD lucah boleh memulangkannya.

Difahamkan, sekeping DVD lucah terbabit ditawarkan pada harga RM30 hingga RM60 manakala cakera padat video (VCD) RM20 sekeping.

Beberapa mangsa yang ditawarkan DVD lucah di Jalan Petaling pernah melaporkan kepada Harian Metro mengenai taktik licik peniaga terbabit yang terlebih dulu menghampiri mereka sebelum menawarkan DVD lucah.

Mangsa yang terpesona dengan pelbagai judul luar biasa itu kemudian bersetuju membeli satu atau dua filem saja.

Bagaimanapun, ahli sindiket itu kemudian memeras ugut mangsa supaya membayar RM600 hingga RM1,200 bagi mendapatkan DVD set lengkap dengan mendakwa mangsa sudah terlepas cakap mahu menempah semua.
--- KatoeyNewsNetwork

KLKOOL
08-08-2006, 06:01 PM
Actually... this thread is for FRs in Malay... but now become news site... why not just hyperlink to utusan melayu and nstp website... No wonder all the Malay speaking bros in other forum now...

KatoeyLover69
10-08-2006, 10:54 PM
Actually... this thread is for FRs in Malay... but now become news site... why not just hyperlink to utusan melayu and nstp website... No wonder all the Malay speaking bros in other forum now...

Bro KLKool,

FRs in Malay are in another thread called " FR (bukan berita) dalam Bahasa Melayu" where Bro Selim is the main contributer

KatoeyLover69
10-08-2006, 10:57 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 10hb Ogos 2006 :-

Tiket Monorel JB lebih murah

JOHOR BAHRU: Warga bandar raya ini akan menikmati pengangkutan awam yang cekap dan selesa dengan harga tambang berpatutan bagi perjalanan dalam bandar apabila Monorel JB mula beroperasi menjelang 2009.

Pengerusi Jalur Mudra Sdn Bhd (Jalur Mudra), Datuk Rashidi Mohd Noor, mengumumkan tambang Monorel JB dari pusat bandar raya ke Aeon Tebrau City hanya RM2.60 sehala.

Katanya, perjalanan bagi 2.5 kilometer pertama hanya mengenakan tambang RM1.50 dan ia meningkat kepada RM1.80, RM2.20 dan RM2.60 untuk stesen terakhir di Aeon Tebrau City.

"Berdasarkan kepada kajian yang kami buat berhubung perbandingan antara tambang teksi dan bas dari pusat bandar ke Aeon Tebrau City, harga yang kami tetapkan agak kompetitif dan berpatutan," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Beliau berkata, teksi bermeter mengenakan bayaran hingga RM18, manakala bas RM2 hingga RM2.30 bagi perjalanan sehala yang mengambil masa antara 45 minit hingga sejam, berbanding tempoh 13 hingga 15 minit menggunakan Monorel JB.

Katanya, Monorel JB yang merangkumi perjalanan sejauh 12.5 kilometer (km) bagi fasa pertama itu menggunakan gerabak yang selesa dan boleh dikendalikan tanpa atau dengan pemandu.

Beliau berkata, gerabak itu tanpa roda dan enjin tidak menghasilkan bunyi bising serta gegaran, malah, penggunaan sistem elektronik sepenuhnya tidak mencemarkan alam sekitar amat sesuai bagi kelajuan sederhana dan rendah.

Bagi fasa pertama, monorel itu akan melalui lapan stesen bermula dari pusat bandar raya, merentasi Plaza Pelangi, Wisma Daiman, Kem Majidee dan Aeon Tebrau City dengan dua gerabak setiap monorel yang secara keseluruhannya sebanyak lapan unit.

Pada waktu puncak, kekerapan perjalanan ialah setiap dua minit manakala pada waktu biasa, monorel akan bergerak setiap empat minit.

Jalur Mudra yang dipilih oleh kerajaan negeri untuk mereka, membina, membiayai dan mengendalikan sistem itu yakin teknologi dibeli daripada Beijing Enterprise Holdings itu sesuai digunakan di bandar raya ini.

Rashidi berkata, sistem itu diguna dan dibangunkan agensi kerajaan di China bagi tujuan ketenteraan dan ia kini dikomersialkan oleh Jalur Mudra sebagai syarikat perintis membangun dan memasarkan sistem itu di luar China.

"Pembinaan keseluruhan dengan kos RM1.3 bilion itu mengambil tempoh tiga tahun untuk siap, tetapi, segmen perjalanan percubaan akan dijalankan untuk dua km selepas enam hingga sembilan bulan pembinaan," katanya.

Berhubung kos pembiayaan, Rashidi berkata, Jalur Mudra mengeluarkan bon untuk menarik pelabur dan setakat ini, 80 peratus daripadanya dibeli pelabur dari Timur Tengah, manakala selebihnya adalah sumbangan daripada pemegang saham syarikat.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan, perjanjian persefahaman antara Jalur Mudra dengan pihak lantikan kerajaan negeri iaitu sama ada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau Yayasan Pelajaran Johor akan diadakan.

Katanya, sebagai perintis yang membawa dan membangunkan teknologi itu, Jalur Mudra akan bertindak sebagai syarikat bertanggungjawab menjual sistem itu kepada pihak lain yang berminat.

"Jika projek Monorel JB ini berjaya, kami mungkin akan membina sistem kereta api berkelajuan tinggi bagi perjalanan Kuala Lumpur - Seremban, Melaka, JB dan Singapura yang hanya mengambil masa sejam," katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KLKOOL
11-08-2006, 09:52 AM
Bro KLKool,

FRs in Malay are in another thread called " FR (bukan berita) dalam Bahasa Melayu" where Bro Selim is the main contributer

Yeah... but why must cut and paste news... its not a race to see how many postings can reach leh... is you just change ur signature to

For latest news ...
Thailand - www.bangkoktimes.com
Malaysia - www.thstar.com.my

... will be enough liao...

Xdecepticon
13-08-2006, 02:57 PM
Actually... this thread is for FRs in Malay... but now become news site... why not just hyperlink to utusan melayu and nstp website

Ya bro KLKOOL. Good idea. Already 22 pages. Bandwidth affected too.

KatoeyLover69
13-08-2006, 09:35 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 13hb Ogos 2006 :-

‘Joli katak’ : Sengaja tinggalkan MyKad kerana tidak mampu bayar bil penginapan

DANOK (Selatan Thailand): Ramai rakyat negara ini didapati meninggalkan MyKad mereka sebagai cagaran menggantikan deposit sewa hotel di sini apabila tidak mampu membayar bil penginapan selepas pokai akibat terlalu ghairah berhibur dan berjudi.

Sikap ambil mudah itu menyebabkan beribu-ribu MyKad kini dipercayai dalam simpanan pengurusan kira-kira 100 hotel dan rumah tumpangan di pekan ini yang terletak hanya 200 meter dari pintu sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam.

Ini terbukti apabila tinjauan Metro Ahad di sebuah hotel yang popular sebagai lokasi penginapan rakyat Malaysia di sini mendapati, secara purata 10 hingga 20 MyKad ‘dikumpul’ setiap bulan dengan koleksi kini meningkat kepada lebih 200 MyKad.

Pengurusan hotel itu mendakwa jumlah berkenaan adalah koleksi sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, masalah sama dihadapi hotel dan rumah tumpangan lain di pekan ini, yang turut mempunyai koleksi MyKad tersendiri apabila pelanggan meninggalkan secara sengaja kerana tidak mampu membayar bil penginapan mereka selepas ‘joli katak’.

Pengurus hotel itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mama berkata, rakyat Malaysia meninggalkan MyKad di kaunter daftar masuk kerana tidak perlu membayar wang tunai sebagai pendahuluan (deposit).

“Jika meninggalkan pasport antarabangsa, mereka berasa tidak selamat untuk bergerak bebas di sini atau bimbang jika dokumen itu hilang, sukar bagi mereka untuk masuk semula ke Malaysia,” katanya.

Mama percaya, rakyat Malaysia tidak menuntut semula MyKad kerana kehabisan wang selepas berhibur hingga tidak mampu melangsaikan bil penginapan,” kata pengurus wanita berusia 40-an itu.

Sementara itu, tinjauan mendapati rakyat Malaysia yang berkunjung ke pekan ini meninggalkan MyKad atau lesen memandu kerana pengurusan hotel hanya menerima dokumen berkenaan sebagai cagaran bagi mengelak membayar deposit bilik antara RM50 hingga RM100 sehari.

Sebahagian besar pelancong ke pekan ini adalah rakyat Malaysia yang tinggal di negeri bersempadan dengan negara jiran itu yang diberikan kemudahan pas sempadan untuk memasuki Thailand.

Pas sempadan bagaimanapun tidak diterima pengurusan hotel di sini kerana tiada ciri keselamatan, menyebabkan rakyat Malaysia menjadikan MyKad sebagai cagaran.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
16-08-2006, 01:56 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 16hb Ogos 2006 :-

Rahsia lorong 'Calcutta'

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat urut untuk golongan kenamaan yang dipercayai menyediakan khidmat seks selain mempunyai laluan khas dikenali lorong gelap ‘Calcutta’ bagi memudahkan pelacur warga asing melarikan diri daripada pihak berkuasa ketika serbuan diadakan.

Pusat urut itu menyediakan lorong khas sejauh 50 meter itu yang bersambung dengan sebuah pusat beli-belah ternama di di Bukit Bintang.

Ketika melarikan diri, pelacur terbabit yang menggunakan laluan khas itu akan ke stor sebelum keluar semula di pusat beli-belah terbabit dan berlagak seperti pelancong sehingga menyukarkan polis menahan mereka.

Lorong gelap itu dipercayai digunakan sindiket terbabit sejak dua tahun lalu untuk memudahkan pelacur meloloskan diri ketika serbuan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, hasil penyamaran anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, lapan pelacur warga China ditahan dalam lorong gelap itu, semalam.

Pegawai Turus D7, IPK Kuala Lumpur, Superintendan Zaki Masroh, berkata lapan wanita terbabit ditahan kira-kira jam 5 petang ketika cuba melarikan diri menggunakan lorong gelap itu.

Katanya, sebaik menyerbu premis terbabit, pelacur berkenaan lari lintang-pukang melalui lorong gelap terbabit untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Apabila sampai di sebuah stor sebelum keluar melalui pusat beli-belah itu, beberapa anggota polis sudah menunggu di pintu rahsia yang sudah lama dikesan itu.

“Kali ini, pelacur yang berusia 20-an itu diberkas sebelum dibawa ke IPK Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian sejurus selesai operasi berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
28-08-2006, 02:52 PM
Laporan daripada Berita Harian bertarikh Isnin 28hb Ogos 2006 :-

Pondan cemari Taman Sri Amar, Johor Bahru : Kegiatan tidak bermoral dikatakan bermula di persimpangan Jalan Bawang Taman Sri Amar antara jam 9 hingga 10 malam


JOHOR BAHRU: Kegiatan sekumpulan pondan yang menjadikan kawasan lapang berhampiran bangunan lama di Jalan Bawang, Taman Sri Amar, di sini sebagai tempat mereka berkumpul dan mencari pelanggan menimbulkan keresahan penduduk sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan pondan yang dipercayai datang dari kawasan sekitar taman itu berkenaan dikatakan berkumpul dan menjalankan kegiatan tidak bermoral di situ sejak empat bulan lalu.

Mereka dikatakan mula berkumpul di kawasan lapang dan persimpangan gelap di Jalan Bawang di taman berkenaan antara jam 9 hingga 10 malam, sebelum berpecah dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan pelanggan.

Ketua Umno cawangan Taman Sri Amar, Maskob Sibun, berkata Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu segera bertindak memperelokkan kawasan lapang terbabit bagi mengelak kawasan berkenaan terus dijadikan tempat perkumpulan pondan.

Katanya, sebelum ini, kawasan berkenaan adalah bangunan untuk dijadikan kawasan perniagaan, tetapi sudah dirobohkan sejak dua tahun lalu.

"Sisa bangunan masih lagi ada di situ dan ketika ini terbiar begitu saja dan ia perlu dibangunkan dengan landskap yang menarik," katanya.

Beliau berkata, Jun lalu, pihaknya turut mengadakan tinjauan ke kawasan berkenaan bersama Ahli Majlis MBJB Zon Taman Molek, Ahmad Daud bagi mendapatkan gambaran mengenai perancangan MBJB terhadap kawasan berkenaan.

Setiausaha Umno Cawangan Taman Sri Amar, Tulus Salim, berkata antara cadangan yang MBJB boleh mengambil kira ialah membina medan selera bagi memberi peluang penduduk taman berkenaan berniaga makanan secara kecilan.

"Daripada membiarkan kawasan itu kosong dan kerap dijadikan tempat berkumpul golongan tertentu, lebih elok jika dibangunkan dengan landskap atau dijadikan medan selera," katanya.

Sementara itu, Imam Surau Taman Sri Amar, Abdul Rahman Amzinin, berharap MBJB lebih peka terhadap permasalahan yang timbul di kawasan Taman Sri Amar terutama membabitkan soal sosial penduduk.

Katanya, penduduk taman itu tidak mahu kawasan penempatan mereka menjadi tumpuan tempat kegiatan tidak bermoral kerana akan menimbulkan kesan tidak baik kepada penduduk dan generasi akan datang di taman itu.

Beliau berkata, sebelum perkara berkenaan berpanjangan diharapkan pihak berkuasa tempatan termasuk MBJB bertindak segera terhadap rungutan penduduk di taman itu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
29-08-2006, 04:30 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selasa 29hb Ogos 2006 :-

Tak serik jadi GRO

GEORGETOWN: Lapan wanita Islam disyaki pelayan pelanggan (GRO) diberkas di dua pusat hiburan dan istirahat di Butterworth dan Taman Chai Leng, dekat Prai, awal pagi kelmarin.

GRO berusia antara 20 hingga 30-an itu ditahan di dua lokasi berasingan oleh 10 pegawai penguat kuasa, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp).

Serbuan dikenali ‘Ops Lacur’ itu diketuai Ketua Unit Penguat Kuasa Jaipp, Faizal Ibrahim dan dibantu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT) yang diketuai Cif Inspektor Norazizi Saad.

Faizal berkata, serbuan dilakukan hasil pemantauan dan maklumat awam yang diterima.

Menurutnya, dalam serbuan pertama kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, sebuah pusat istirahat dan spa di Taman Chai Leng, Prai diserbu dan tiga wanita yang disyaki GRO yang bekerja di pusat itu sebagai tukang urut ditahan.

Katanya, ketika serbuan dilakukan ketiga-tiga GRO itu sedang menunggu pelanggan.

“Hasil soal siasat mendapati, mereka mengaku bekerja sebagai tukang urut di situ sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Faizal berkata, dalam serbuan kedua kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin, seramai lima lagi GRO berjaya diberkas di sebuah pusat hiburan di Butterworth.

Menurutnya, pada mulanya mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa dan anggota polis yang terlebih dahulu membuat kepungan di semua pintu premis berkenaan.

Katanya, bagaimanapun, mereka akhirnya menyerah diri dan ditahan sebelum dibawa ke IPDSPT untuk dibuat laporan tangkapan.

“Hasil siasatan awal mendapati, dua daripada lapan GRO yang ditahan itu pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan sama.

Kelapan-lapan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 35, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan menggalakkan maksiat.

Sekiranya disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
01-09-2006, 11:41 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 1hb September 2006 :-

Jalan Petaling ‘hangat’

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan diraikan dengan cara ‘luar biasa’ oleh pekerja warga asing di negara ini apabila ribuan mereka menghadiri ‘pesta seks RM30’ di Lorong 4, Jalan Petaling di sini, pagi semalam.

Tinjauan Harian Metro selama tiga jam di kawasan berkenaan mendapati sarang pelacuran yang menawarkan perkhidmatan seks ‘harga runtuh’ itu bagaikan karnival jualan mega apabila kebanyakan pendatang berasak-asak di sepanjang lorong terbabit sehingga menimbulkan kekecohan.

Mereka seolah-olah tidak sabar untuk melihat puluhan pelacur yang menanti di hadapan bilik kecil.

Ternyata kawasan rumah tumpangan itu yang menyajikan khidmat seks gadis muda seawal usia 20-an menjadi tarikan pendatang Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal yang datang seawal jam 8 pagi.

Wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan dengan memasuki beberapa rumah tumpangan terkejut mendapati puluhan pendatang sanggup berbaris panjang menanti peluang melanggani pelacur.

Tinjauan mendapati ada sekurang-kurangnya tujuh rumah pelacuran di kawasan berkenaan dengan setiap satu menyediakan khidmat 20 pelacur.

Dalam tempoh kurang 30 minit, berpuluh-puluh pendatang berpusu-pusu memasuki rumah pelacuran terbabit yang menyediakan bilik kecil dilengkapi katil dan tilam.

Pada masa sama, beberapa bapa ayam yang berada dalam rumah pelacuran dua tingkat itu mundar-mandir sambil mengutip wang bayaran khidmat seks daripada pelanggan yang sudah membuat pilihan.

Seorang pendatang Bangladesh dikenali Nawab, 28, berkata dia bersama 10 rakannya menjadikan lokasi terbabit sebagai tempat pertemuan selain melakukan aktiviti seks.

Menurutnya, caj perkhidmatan seks yang murah ditawarkan selain pilihan gadis muda menjadi tarikan utama untuk dia berkunjung ke situ hampir setiap bulan.

Buruh binaan dari Balakong itu mendakwa setiap kali berkunjung ke Jalan Petaling, dia memperuntukkan sekurang-kurang RM60 untuk melakukan hubungan seks dengan dua pelacur sebelum beredar pulang ke rumah kongsi.

“Saya biasanya rehat dan minum dulu dengan kawan-kawan di restoran depan rumah tumpangan sebelum cari semula perempuan cantik. Sini murah dan boleh pilih,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan mempunyai pilihan sama ada melanggan gadis Indonesia, Nepal atau tempatan.

Kawasan pelacuran yang terkenal dengan jolokan ‘rumah cinta RM30’ terbabit sebelum ini pernah disita beberapa kali oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun masih terus beroperasi hingga kini.

Dalam serbuan terdahulu, DBKL tidak sekadar menampal notis sita, malah merampas semua peralatan perabot dan katil di 10 premis yang menawarkan aktiviti perniagaan seks, walaupun kerap diberi notis amaran.

Yang jelas pemilik rumah tumpangan terbabit masih meneruskan aktiviti tidak bermoral yang menyalahi Akta Hotel (WPKL) 2003 berikutan pendapatan lumayan yang diperoleh daripada ratusan pelanggan setiap hari.

Walaupun usaha merampas semua peralatan termasuk memotong bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dilakukan di setiap premis terbabit, ia gagal menghalang sindiket pelacuran itu meneruskan operasi.

Anehnya pada bahagian hadapan rumah pelacuran terbabit, turut dilihat tertampal notis menjual atau menyewa bangunan itu bagi menunjukkan seolah-olah bangunan terbabit tidak lagi berpenghuni.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-09-2006, 03:11 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 5hb September 2006 :-

Cetak kalendar bogel

JOHOR BAHRU: Kira-kira setengah daripada 474 syarikat percetakan di negeri ini kini dikatakan sibuk memenuhi tempahan kalendar ‘separuh bogel’ sebagai persediaan untuk tahun hadapan.

Mereka dikatakan bukan sahaja sibuk mencetak kalendar, malah buku dan majalah serta dijual di tempat terbuka, hingga boleh menimbulkan kekeliruan sama ada penjualan itu diharamkan atau tidak.

Gambar model yang digunakan biasanya hanya berpakaian dalam dan pakaian mandi, dipercayai diimbas dari laman web internet sebelum dicetak dan dijual kepada orang ramai.

Pengarah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (Unit Kawalan Percetakan) Johor, Mohd Rizal Abidin, berkata serbuan ke atas tiga kedai buku di pusat bandar raya, di sini, semalam, menyaksikan 200 buku dan majalah mengandungi gambar ‘separuh lucah’ dirampas.

Katanya, hasil rampasan itu akan dihantar ke ibu pejabat di Putrajaya bagi tujuan pengesahan dan tindakan undang-undang.

Menurutnya, selain menemui bahan itu di kedai buku dan majalah, pihaknya turut menjumpai kalender ‘separuh bogel’ di kilang percetakan baru-baru ini.

“Ketika itu, pegawai dan anggota kami mengadakan pemeriksaan lesen berkala di satu kilang mencetak di bandar raya ini, sebelum terjumpa banyak kepingan wanita separuh bogel di dalam syarikat itu.

“Gambar lucah itu masih belum dibukukan atau dijadikan kalendar, namun kami percaya syarikat itu menerima banyak tempahan membuat kalendar dari syarikat persendirian yang akan memberikan kalendar itu kepada pelanggan mereka awal tahun hadapan.

“Saya ingin menegaskan bahawa bahan separuh bogel itu adalah haram dan salah di sisi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 pindaan 1987.

Sesiapa yang memiliki bahan berkenaan boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala sesiapa yang menjual bahan itu boleh didenda tidak lebih RM20,000, penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehingga kini, terdapat 474 syarikat percetakan di Johor dengan lebih 50 peratus daripadanya beroperasi di daerah ini.

Menurut Rizal, bahan separuh bogel atau separuh lucah itu lebih berbahaya kerana bahan itu lebih mudah didapati menyebabkan kebanyakan orang berpendapat ia diluluskan.

“Kami percaya banyak kilang percetakan tidak mengendahkan undang-undang dengan mencetak bahan yang dilarang termasuk buku dan majalah mengandungi gambar lucah.

“Ada syarikat berlesen dan tidak berlesen mencetak bahan itu, namun perbezaannya ialah syarikat tidak berlesen lebih sukar dikesan kerana mereka menjalankan perniagaan secara bersembunyi,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
06-09-2006, 02:47 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 6hb September 2006 :-

Penari kena rogol

SUBANG JAYA: Seorang penari sebuah pub dibawa ‘menikmati’ makan malam sebelum dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lima lelaki berhampiran sebuah tasik di sini, baru-baru ini.

Wanita berusia 18 tahun itu mendakwa ‘dilarikan’ sekumpulan dua lelaki menaiki sebuah kereta ketika berjalan menuju ke pondok telefon berhampiran rumahnya di Segambut Dalam, kira-kira jam 9 malam.

Sejurus selepas makan malam, mangsa dibawa ke sebuah tasik lalu dirogol bergilir-gilir walaupun merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata pada 28 Ogos lalu, mangsa yang berada di rumahnya di Segambut Dalam menerima panggilan telefon seorang lelaki yang mengajaknya keluar makan malam.

“Wanita itu bagaimanapun menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kira-kira sejam selepas itu, dia pergi ke pondok telefon berdekatan rumahnya.

“Ketika berjalan, dia didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta mengajaknya keluar makan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa menolak pelawaan suspek yang menghubunginya sebelum itu.

Berikutan itu, katanya, suspek bersama seorang lelaki yang berada dalam kereta itu menarik mangsa masuk ke dalam kereta dan dibawa makan malam.

“Ketika berada di restoran, mangsa meminta untuk ke tandas dan menghubungi rakannya. Tindakan mangsa disedari suspek.

“Mangsa mendakwa dibawa menuju ke kawasan tasik dan dirogol dua suspek terbabit bersama tiga lagi rakannya yang dipercayai menunggu di situ,” katanya.

Muhd Fuad berkata, selepas dirogol, penari itu dihantar pulang ke rumahnya. Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis memberkas seorang suspek berusia 28 tahun yang bekerja sebagai operator kilang di sekitar Gombak, Jumaat lalu.

“Polis memburu empat lagi lelaki yang terbabit dalam kejadian itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
09-09-2006, 02:11 AM
Akhir kata, saya berharap idea saya disukai ramai.


Saya memang suka adan menyokong idea abang hornyspiderman tetapi setakat ini masih belum lagi dapat melihat atau membaca satu FR dalam Bahasa Melayu. :D

DatukSeks
09-09-2006, 02:15 AM
Saya lihat Abang Katoey asyik potong dan lekat laporan Berita Harian tetapi baru baru ini nampak macam Abang Katoey sudah pergi bercuti ? :) :D

DatukSeks
09-09-2006, 02:21 AM
but MAHAI is Kedah and Penang dialect for "mahal", so is it what KLK and DK are talking about.

Similarly, like tikus will be called "tikuih", the name Ismail is called "Mek eh" in another kampung. :D :)

KatoeyLover69
09-09-2006, 04:14 PM
Saya lihat Abang Katoey asyik potong dan lekat laporan Berita Harian tetapi baru baru ini nampak macam Abang Katoey sudah pergi bercuti ?

Saudara DatukSeks,

Saya masih hidup lagi :D ............... seperti yang dikehendaki saya akan memberi banyak lagi laporan-laporan dari Harian Metro dan Berita Harian

nitecrawllerr
09-09-2006, 09:28 PM
tetapi setakat ini masih belum lagi dapat melihat atau membaca satu FR dalam Bahasa Melayu. :D

Agaknya abang hornyspiderman cuti panjang. :D

DatukSeks
10-09-2006, 02:58 AM
Mengapa ada orang yang jaki dan tidak gembira saya bertutur dalam Bahasa Melayu sampai sanggup memotong markah daripada saya ?

Tetapi mereka yang memotong markah saya tiada bola untuk menulis nama mereka. Hahaha

DatukSeks
10-09-2006, 03:00 AM
Agaknya abang hornyspiderman cuti panjang. :D
Cuti panjang saja ke ?

Mungkin ada lain yang panjang juga ? :D

nitecrawllerr
10-09-2006, 11:20 AM
Cuti panjang saja ke ?:D

Ya loh. Sudah lima bulan..tak dengar kabar dari hornyspiderman pun. Agarnya dah MIA...laa

DatukSeks
10-09-2006, 09:28 PM
Ya loh. Sudah lima bulan..tak dengar kabar dari hornyspiderman pun. Agarnya dah MIA...laa
Sudah lima bulan ? Jangan jangan dia sudah hamil, kita pulak kena tunggu sampai sembilan bulan !!

KatoeyLover69
12-09-2006, 03:37 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 12hb September 2006 :-

Pelacur 'kebal' di Jalan Ah Fook, Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Kebal atau tidak boleh disentuh? Begitulah senario kegiatan pelacuran di Jalan Wong Ah Fook yang sudah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu secara terbuka di kawasan itu.

Ketika peniaga cakera padat video (VCD) dan peniaga barangan tiruan di kawasan itu ada kalanya terpaksa tutup kedai berikutan penguatkuasaan pihak tertentu, namun golongan terbabit seolah-olah kebal dan mampu beroperasi seperti biasa.

Mereka yang beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dikatakan mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM150, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Selain itu, mereka dikatakan bijak memerangkap pelanggan kerana apabila berada di bilik di kawasan berhampiran, pelacur terbabit dikatakan akan meminta bayaran lebih daripada pelanggan masing-masing.

Kehadiran mereka bukan sahaja menyumbang perlakuan maksiat, malah memburukkan imej bandar raya ini kerana kawasan itu adalah tumpuan warga asing menukar mata wang masing-masing.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, berikutan kehadiran pelacur di kawasan itu, dia tidak selesa membawa anaknya berjalan di kawasan berkenaan.

“Kanak-kanak tidak tahu apa-apa, namun aktiviti mereka yang menunggu sambil menegur pelanggan di khalayak ramai membuat kami tidak selesa terutamanya di hadapan kanak-kanak.

“Masalahnya, ia bukan perkara baru malah sudah lebih 10 tahun lalu dan masih berterusan hingga sekarang.

“Apa yang peliknya, peniaga VCD dan barangan tiruan di kawasan itu digempur habis-habisan, tetapi wanita yang menawarkan khidmat seks itu beroperasi seperti biasa,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-09-2006, 05:40 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 18hb September 2006 :-

Mudah beli filem seks tempatan

MELAKA: Lima judul filem seks tempatan, ‘ Skodeng 75 Adegan, Kehidupan Seks Di Universiti, Rempit, UTM dan Hotel Malaya ’ dikesan dijual secara terbuka di beberapa kedai menjual cakera padat video (VCD) di sekitar bandar ini sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, semua filem itu dijual pada harga RM10 sekeping dan hanya dijual kepada pelanggan yang biasa membeli atau menyewa VCD di kedai berkenaan.

Filem berkenaan memaparkan pelbagai adegan seks yang dirakam melalui telefon bimbit berkamera sebelum dimuat turun ke dalam komputer.

Kebanyakan rakaman melalui telefon kamera itu dilakukan sendiri ‘pelakonnya’ dan ada juga yang dirakam secara curi.

Kebanyakan VCD itu dijual dalam jumlah kecil dan dipercayai ia disalin sendiri pemilik kedai terbabit menggunakan penyalin VCD komputer.

Kegiatan penjualan VCD lucah tempatan itu terbongkar apabila seorang pembaca menghubungi Harian Metro selepas ditawarkan lima judul filem berkenaan oleh pemilik kedai menjual VCD di Pokok Mangga di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, dia ke kedai berkenaan untuk membeli VCD ‘Remp-It yang kini ditayangkan di pawagam ‘.

Katanya, ketika bertanyakan judul itu kepada pemilik terbabit, dia menunjukkan judul VCD cetak rompak.

“Pada masa sama, pemilik kedai itu menawarkan VCD judul sama tetapi mengandungi adegan lucah Mat Rempit yang merakam sendiri adegan mereka melakukan hubungan seks.

“Sebaik bersetuju, pemilik itu menunjukkan beberapa keping VCD kepada saya.

“Pada VCD itu tidak ditulis judul, mungkin ia dirakam menggunakan penyalin komputer kerana VCD yang ditunjukkan itu banyak dijual di kedai komputer,” katanya.

Beliau berkata, ketika membelek VCD itu, pemilik terbabit mengeluarkan empat lagi judul lucah lain.

“Saya terkejut kerana VCD lucah tempatan membabitkan remaja kita dijual secara terbuka,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro yang membuat tinjauan di kedai yang dimaksudkan pengadu mendapati lima judul filem lucah tempatan berkenaan memang wujud dan dijual secara terbuka kepada orang ramai.

Tinjauan selama sejam di kedai itu mendapati pemilik terbabit akan menawarkan judul filem Remp-It sebenar sebelum memancing pelanggan membeli VCD lucah menggunakan tajuk sama.

Apabila pelanggan enggan membeli, pemilik itu akan menawarkan empat lagi judul lain.

Selain itu, VCD cetak rompak juga kini dijual secara terbuka di beberapa pasar malam selepas kegiatan membanterasnya dijalankan Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ditumpukan kepada aktiviti penyeludupan gula dan diesel di negeri ini.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
25-09-2006, 01:43 AM
Nampaknya kegiatan seks semakin berleluasa di JB. Mungkin menjaja dan menjual VCD adalan lebih susah daripada mejual seks di JB.

KatoeyLover69
25-09-2006, 03:26 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 25hb September 2006 :-

'Bersih' Johor

JOHOR BAHRU: Polis mengerahkan lebih 300 anggotanya dalam satu operasi khas mulai kelmarin untuk membersihkan bandar raya ini daripada kegiatan jenayah dan maksiat.

Operasi besar-besaran yang turut membabitkan Pasukan Gerak Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Jabatan Imigresen itu khusus untuk memastikan pusat bandar raya yang menjadi pintu masuk selatan tanah air selamat

Dalam operasi yang bermula jam 5 petang kelmarin dengan memberi tumpuan di Jalan Wong Ah Fook, Jalan Meldrum serta Jalan Tun Abdul Razak memeriksa semua premis hiburan, hotel serta kedai di kawasan itu.

Difahamkan Ops Bersepadu Cegah Jenayah itu dijangka berterusan hingga beberapa minggu lagi.

Dalam operasi itu, beberapa wanita dipercayai pelacur ditahan dalam beberapa serbuan di Jalan Wong Ah Fook, di sini.

Selain itu, polis turut menahan beberapa lelaki yang dipercayai menjadi bookie perjudian.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail, berkata operasi berkenaan akan diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan itu bebas jenayah dan maksiat.

Katanya, buat masa ini, pihaknya akan melakukan operasi itu secara berterusan selama dua minggu, namun ia bergantung pada keadaan dan tindak balas yang diperoleh kelak.

Menurutnya, polis memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah dan membersihkan kawasan pusat bandar raya daripada kegiatan pelacuran, perjudian, kutu rayau, perompak mahupun pendatang asing tanpa izin.

“Lebih 300 anggota ditempatkan di pusat bandar raya bagi memastikan kelancaran operasi yang bermatlamat membanteras jenayah ke paras paling minimum hingga kawasan pusat bandar raya Johor Bahru selamat dan selesa dikunjungi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya polis hanya boleh memberikan statistik tindakan yang dikenakan beberapa hari lagi.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
26-09-2006, 01:45 AM
Nampaknya macam abang samster kita yang bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu sudah hilang. Bayang pun tak nampak ? Kemana mereka pergi ?

CibLover
26-09-2006, 09:25 AM
Abang samster kami yang bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu mempunyai Forum beliau sendiri. Beliau sibuk mencuba lubang-lubang baru dan memberi FR. Hanya tidak di sini di mana budak-budak baru hanya tahu membaca, mendapat maklumat tanpa menyumbang. :rolleyes:

DatukSeks
28-09-2006, 07:54 PM
Abang samster kami yang bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu mempunyai Forum beliau sendiri. Beliau sibuk mencuba lubang-lubang baru dan memberi FR. Betul ke ni ? Apakan alamat website itu ? Boleh berikan link ke website tersebut ?

DatukSeks
28-09-2006, 07:59 PM
Alamak, post dua kali ......, maaf, salah tekan

KatoeyLover69
29-09-2006, 01:27 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 29hb September 2006 :-

52 pengunjung pusat hiburan positif dadah

JOHOR BAHRU: Seramai 52 daripada 618 pengunjung pusat hiburan di negeri ini yang diarah menjalani ujian air kencing dalam 11 serbuan selama seminggu berakhir Ahad lalu didapati positif mengambil dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Abdul Halim Zakaria, berkata daripada jumlah berkenaan, 47 orang didapati positif mengambil dadah perangsang jenis Amphetamine (ATS) dan lima orang positif mengambil dadah jenis ganja.

Beliau berkata, pihaknya melakukan dua serbuan di tempat bebas dan menahan empat lelaki yang positif mengambil ATS dengan semuanya akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kami juga melakukan pemeriksaan ke atas 405 orang yang disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dengan 167 daripadanya ditahan selepas didapati positif mengambil dadah.

"Daripada pecahan mengikut daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan mencatatkan bilangan teramai iaitu 44 orang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (31), Batu Pahat (22), Muar (19), Kota Tinggi (16), Johor Bahru Utara (150), Pontian (14) dan Segamat (enam)," katanya di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, pihaknya juga menahan seorang pengedar dadah dalam serbuan di Kota Tinggi, minggu lalu.

Beliau berkata, rampasan dadah mengikut jenis pada sepanjang minggu lalu, heroin (29.2 gram), ganja (5.89 gram), syabu (9.3 gram), ketamine (2 gram), pil ecstasy (14 biji), eramin 5 (51 biji) dan pil psikotropik (lapan biji).

"Kami juga menahan seorang lelaki di Pontian mengikut undang-undang pencegahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985," katanya.

Selain itu, polis membuka satu kes pelucutan harta apabila menyita harta seorang pengedar dadah bernilai RM1,031.4 serta membuka dua kes tanpa sebarang penyitaan dalam tempoh sama.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
01-10-2006, 02:06 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 30hb September 2006 :-

Siswi tahfiz gian angkara kekasih

KAJANG: Seorang bekas siswi tahfiz al-Quran yang pernah menjadi pemuas nafsu teman lelakinya berulang kali selama beberapa bulan, kini menjadi ‘pemburu’ lelaki pula semata-mata mahu memuaskan keinginannya akibat ketagih perbuatan terkutuk itu.

Siswi yang sebelum ini pernah menerima kaunseling beberapa hari di rumah perlindungan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) kini kembali melakukan perbuatan lamanya selepas tamat sesi berkenaan.

Pengerusi Perkid, Masridzi Sat, berkata siswi berkenaan yang kini melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mula menunjukkan perubahan dengan mengulangi perangai lama.

“Maklumat terbaru yang kami terima dia menjadikan teman lelaki siswi lain untuk ‘dirampas’ atau sesiapa saja sebagai sasaran.

“Apabila berjaya, dia mula menggoda lelaki terbabit sebelum dijadikan pemuas nafsu. Bagaimanapun, ia hanya seketika sebelum dia mula mencari lelaki lain kerana bosan dengan teman yang sedia ada,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Masridzi, selain itu, siswi terbabit sanggup bermalam di kediaman teman lelaki barunya pada bila-bila masa semata-mata kerana gagal melawan gelora nafsu.

Bagaimanapun, setakat ini, perbuatan itu belum berjaya dihentikan walaupun ia diketahui umum, berikutan sikap wanita itu sendiri yang ketagih hubungan kelamin haram.

“Kami pernah menemui siswi itu dan dia memberi jaminan akan berusaha menghentikan perbuatan terkutuk itu tetapi akhirnya, dia tetap tewas menentang nafsunya sendiri.

“Kami hanya dapat membantu memulihkan keyakinan diri dan pelbagai lagi tetapi ia tetap bergantung kepada individu itu sendiri sama ada mahu berubah atau sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, siswi itu turut menjadi buruan lelaki hidung belang yang hanya mahu keseronokan tanpa risau akibat perbuatan mereka.

Siswi itu juga kini sering keluar malam dengan berpakaian seksi sedangkan pada waktu kuliah, dia bertudung labuh dan kelihatan begitu sopan.

Sebelum ini, siswi berusia 20 tahun itu menjadi mangsa kerakusan seks teman lelakinya sejak awal 2005 selepas berkali-kali diberi minum ubat khayal sehingga sanggup melakukan hubungan seks dalam komuter.

Selepas banyak kali diberikan minuman bercampur ubat khayal, siswi itu membenarkan dirinya ditiduri.

Bagaimanapun, ia mengundang padah apabila siswi itu akhirnya ketagih dengan perbuatan terkutuk terbabit dan sanggup melakukannya di mana saja, asalkan ada peluang.

Akhirnya, siswi itu menghubungi Perkid untuk meminta bantuan tetapi dia gagal mengawal nafsu selepas menamatkan sesi kaunseling berikutan mengalami ketagihan seks melampau.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
01-10-2006, 04:41 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 1hb Oktober 2006 :-

Seks umpan dadah

KUALA LUMPUR: Keghairahan sekumpulan pengedar dadah mengadakan ‘pesta seks’ sambil menghisap dadah di hotel murahan di ibu kota membawa padah apabila mereka ditahan polis, pagi semalam.

Pengedar terbabit dikatakan mengumpan wanita untuk mengadakan hubungan seks dengan hanya memberikan sejumlah dadah bagi mereka melepaskan gian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Osman Harun, berkata dalam operasi khas itu pihaknya menahan 20 pengedar dadah dan 11 wanita ketika menyerbu hotel berkenaan.

Katanya, polis menyerbu dua hotel di Jalan Pudu dan Chow Kit, kira-kira jam 7 pagi semalam, kerana menjadi ‘kediaman rasmi’ pengedar dadah di dua kawasan berkenaan. Semua yang ditahan dalam operasi khas itu berusia 16 hingga 52 tahun dan warga tempatan.

“Polis turut menemui beberapa bungkusan dadah jenis heroin daripada setiap pengedar yang ditahan dan mengadakan ujian saringan air kencing bagi mengesan pengambilan dadah,” katanya.

Osman berkata, polis turut menyiasat latar belakang wanita ditahan itu mengenai pembabitan mereka dengan mana-mana sindiket pelacuran di sekitar ibu kota.

Katanya, Jabatan Narkotik memeriksa 23 hotel murahan di dua kawasan yang terkenal dengan ramai penagih iaitu di Chow Kit dan Jalan Pudu.

“Polis turut mengadakan ujian air kencing ke atas 126 pelanggan yang menginap di hotel sekitar kawasan itu, tetapi dibebaskan selepas didapati bebas dadah.

“Minggu lalu, Jabatan Narkotik melakukan operasi sama dan menahan 35 penagih dan pengedar di kawasan berkenaan,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau hubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-10-2006, 04:51 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 2hb Oktober 2006 :-

Mangsa culik, rogol, rompak

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Filipina mendakwa dilarikan tiga lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis, sebelum dirogol di sebuah hotel di sini, tengah hari kelmarin.

Selain dirogol dua daripada tiga lelaki itu secara bergilir-gilir, mangsa turut kehilangan semua dokumen perjalanan apabila perompak melarikan beg tangannya mengandungi wang tunai RM670, tiket penerbangan dan pasportnya.

Mangsa berusia 39 tahun ketika ditemui berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi apabila dia bersama teman lelakinya, seorang rakyat tempatan bermalam di sebuah hotel di Jalan Abu Bakar, di sini.

Bagaimanapun, katanya dia dan teman lelaki dikejutkan apabila tiga lelaki itu yang tiba-tiba berada dalam bilik tidurnya pada kira-kira jam 8 pagi.

“Terkejut dengan keadaan itu, saya mengejutkan teman lelaki saya dan mereka memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum berbincang dengan teman lelaki saya.

“Tiga lelaki itu mengatakan saya terbabit dalam kesalahan memalsukan kad kredit dan beberapa kesalahan lain, menyebabkan teman lelaki saya menyuruh saya ikut mereka ke balai polis.

“Mereka bertanya saya tempat tinggal di sini (Johor Bahru) dan saya memberitahu sebenarnya menumpang di rumah kawan di sebuah kondominium di sini,” katanya.

Tiga lelaki itu, kemudian membawanya menaiki sebuah Proton Satria ke rumah kawannya itu, tetapi apabila tiba rakannya tiada di rumah.

Menurutnya, lelaki itu mula berang dan apabila kembali semula ke kereta mereka meminta wang RM2,000 bagi menyelesaikan masalah itu.

“Saya keliru kerana pertama sekali saya tidak pernah terbabit dengan jenayah yang mereka tuduh dan kini, saya diminta membayar RM2,000 untuk menyelesaikan masalah itu.

“Saya berterus terang mengatakan tidak mempunyai wang menyebabkan mereka membawa saya ke sebuah hotel di Skudai, sebelum dua daripada mereka merogol saya bergilir-gilir,” katanya.

Menurutnya, lelaki ketiga menyuruhnya mandi terlebih dahulu dan selepas mandi, dia dapati tiga lelaki berkenaan sudah melarikan diri dengan beg tangan, telefon bimbit, pasport dan tiket penerbangan pulang ke Filipina.

Katanya, dia yang tiba di Malaysia 4 September lalu kini buntu kerana sepatutnya pulang semalam, namun tidak dapat berbuat demikian kerana semua wang, tiket dan pasportnya sudah hilang.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada jam 2 petang kelmarin dan berharap pihak berkuasa dapat menahan tiga lelaki berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-10-2006, 04:32 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 5hb Oktober 2006 :-

Penangan Mat Indon

KUANTAN: Penahanan dua pelajar perempuan berusia 16 tahun bersama pasangan masing-masing yang juga warga Indonesia di bilik sebuah hotel murah di sini, kelmarin, mengejutkan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Ketika ditahan, seorang daripada pelajar itu berpakaian biasa dengan pakaian seragamnya digantung di belakang pintu, manakala seorang lagi berpakaian seragam.

“Kami ponteng sekolah,” kata seorang daripada dua pelajar itu apabila dicekup bersama dua lelaki warga Indonesia oleh penguat kuasa Jaip.

Siasatan pihak berkuasa agama itu mendapati dua pelajar terbabit mengenali dua lelaki berkenaan melalui seorang rakan yang kemudian menghubungi mereka untuk mengadakan pertemuan itu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Abdul Rahim Jaafar, berkata perbuatan pelajar itu dan warga Indonesia terbabit mencemarkan Ramadan.

“Mereka melakukan maksiat pada siang hari ketika umat Islam lain membendung nafsu. Ia perbuatan memalukan,” katanya.

Menurutnya, intipan bermula apabila pegawai agama Jaip menerima maklumat awam mengenai niat dua pelajar yang dicurigai menunggang motosikal dan bertemu dua lelaki di sebuah hotel kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, selepas mendaftar di hotel itu, dua pelajar itu mengikut pasangan masing-masing masuk ke sebuah bilik yang disewa dengan harga RM15.

“Ketika pintu diketuk, seorang daripada pelajar itu membuka pintu dalam keadaan masih lengkap berpakaian seragam sekolah.

“Dalam bilik yang sama ada seorang lagi gadis dan dua lelaki berbaring atas tilam.

“Hasil pemeriksaan, dua pelajar itu mengaku ponteng sekolah. Mereka tidak dapat berselindung kerana kami menemui pakaian sekolah milik seorang daripadanya tergantung di belakang pintu bilik berkenaan,” katanya.

Keempat-empatnya ditahan dan dibawa ke pejabat Jaip untuk siasatan lanjut.

Katanya, dua warga asing itu yang berusia 21 tahun, seorang daripadanya dari Lombok dan tidak mempunyai sebarang dokumen kerana lari daripada majikan.

Abdul Rahim berkata, Jaip menyerahkan dua lelaki Indonesia itu kepada polis untuk tindakan lanjut manakala dua pelajar itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana masih di bawah umur.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-10-2006, 04:38 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 5hb Oktober 2006 :-

GRO nomad

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen mengesan kegiatan pelayan pelanggan (GRO) ‘nomad’ membabitkan pelancong asing yang menjadikan Pulau Pinang sebagai lubuk mencari rezeki sepanjang Ramadan.

GRO terbabit dikatakan mempunyai pas lawatan sosial yang sah tetapi disyaki menyalahgunakannya untuk berkhidmat di beberapa pub, pusat karaoke dan disko di negeri itu, kerana percaya mempunyai ramai pelanggan terutama di kalangan pengunjung bukan Islam.

Sebelum ke Pulau Mutiara, GRO terbabit disyaki bekerja di beberapa negeri lain termasuk di Lembah Klang, tetapi mengubah destinasi menjelang Ramadan kerana mahu mendapat tip lebih lumayan.

Tembelang GRO itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen menahan 96 pelancong asing disyaki bekerja sebagai GRO di tiga premis berasingan sekitar Pulau Pinang dalam Operasi Sayang dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi semalam.

Daripada jumlah itu, 26 wanita warga asing ditahan di sebuah premis di Jalan Transfer membabitkan 17 warga China dan sembilan Vietnam, selain seorang lelaki tempatan.

Di Jalan Anson, penguat kuasa imigresen menahan 31 wanita iaitu 28 dari China, dua Thailand dan satu Vietnam manakala di Lorong Kinta, seramai 39 wanita warga China ditahan.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkata semua wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an itu didapati mempunyai pas lawatan sah tetapi ditahan kerana disyaki menyalahgunakannya untuk berkhidmat sebagai GRO.

“Kami syak mereka ini pelancong yang melencong. Ada kemungkinan sebelum ini mereka berkerja di negeri lain sebelum beralih ke Pulau Pinang apabila bulan puasa.

“Mereka percaya, masih boleh dapat pendapatan lumayan terutama tip di negeri itukerana ada ramai pelanggan di kalangan ahli perniagaan termasuk dari luar negara.

“Siasatan awal kami mendapati mereka mampu memperoleh pendapatan antara RM300 hingga RM500 sehari dengan berkhidmat di negeri itu. Kami yakin mereka berkhidmat sebagai GRO berdasarkan intipan dan pemakaian mereka yang seksi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ishak berkata, operasi terbabit berhasil selepas pihaknya berjaya mengelirukan tonto yang diupah kebanyakan pusat hiburan di negeri itu.

Katanya, pihaknya tidak menggunakan penguat kuasa negeri terbabit, sebaliknya menggabungkan kakitangan ibu pejabat di Putrajaya dan Perak.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-10-2006, 12:37 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 7hb Oktober 2006 :-

Rampas ubat kuat seks

IPOH: Kegiatan licik seorang pembekal pil kuat seks haram terbesar di negeri ini terbongkar selepas Jabatan Farmasi negeri merampas pelbagai jenis ubat termasuk Viagra, Cialis dan Carvetta dalam kenderaan serta rumahnya, kelmarin.

Jabatan itu menemui 60 kotak Cialis mengandungi 240 biji pil dalam keretanya manakala 200 kotak Cialis mengandungi 800 biji pil pula ditemui disimpan di rumahnya ketika pemeriksaan lanjut.

Turut ditemui ialah sejumlah kotak mengandungi pil Viagra dan pil Carvetta yang diperbuat di India serta 16 lagi pelbagai jenis ubat yang berdaftar serta tidak berdaftar.

Difahamkan, pil Cialis dijual pada harga antara RM15 hingga RM20 setiap biji atau lebih dikenali sebagai pil 72 jam berikutan mampu memberi ketahanan atau kekuatan seks kepada lelaki dalam tempoh berkenaan berbanding Viagra yang mampu bertahan hanya 36 jam.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Farmasi), Ruhaiyem Yahya, berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 39 tahun terbabit adalah pemilik sebuah farmasi yang sudah ditutup akibat mengalami kerugian sebelum ini.

Katanya, berikutan itu, dia dipercayai menjalankan kegiatan membekal pil kuat seks berkenaan secara haram terutama di kawasan utara termasuk di negeri ini, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Lelaki itu melakukan kesalahan kerana menjual produk terbabit tanpa tauliah serta kebenaran walaupun dia sebelum ini pernah memiliki sebuah syarikat farmasi.

“Penjualan pil terbabit di farmasi memerlukan surat kebenaran daripada doktor dan tidak boleh dijual sembarangan,” katanya.

Ruhaiyem berkata, penahanan lelaki terbabit hasil siasatan terhadap seorang pemilik kedai ubat kerana menjual pil kuat seks berkenaan.

Katanya, pemilik kedai terbabit memberi maklumat bahawa semua pil serta ubat terbabit dibekalkan lelaki berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-10-2006, 12:43 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 7hb Oktober 2006 :-

Pelacur PRC ancam bunuh diri

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga China mengancam membunuh diri dengan meletakkan pecahan kaca di tangannya sebagai helah untuk mengelak daripada ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu yang dipercayai menjadi pelacur ditahan dalam operasi khas untuk membersihkan imej bandar raya ini daripada kegiatan maksiat dan jenayah.

Bagaimanapun, selepas ditenangkan pihak berkuasa, wanita itu menyerah diri. Dia ditahan di sebuah hotel yang diperiksa kerana dipercayai menyediakan perkhidmatan pelacuran.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Roslan Ahmad berkata, operasi berkenaan bermula jam 12 tengah malam hingga 3 pagi membabitkan kira-kira 60 anggota dan pegawai.

Katanya, dalam operasi itu, seramai 29 wanita warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Menurutnya, 26 daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an ditahan dalam sebuah bilik yang menggunakan laluan khas untuk memasukinya di sebuah bangunan di Taman Sentosa.

“Dua lelaki dipercayai penjaga bangunan lengkap dengan alat telekomunikasi menunggu di hadapan bangunan manakala seorang lagi lelaki menunggu di bahagian belakang bangunan.

“Apabila diperiksa di tingkat atas bangunan di bahagian tandas terdapat satu ruang mencurigakan sebelum menemui sebuah bilik khas.

“Seramai 26 wanita warga asing di dalam bilik berkenaan iaitu 2 warga Myanmar, China ( 4 ), Indonesia ( 6 ) dan Thailand (14) dipercayai sedang bersembunyi manakala tiga lagi warga China ditahan dalam pemeriksaan di dua hotel di sekitar bandar raya ini,” katanya.

Roslan berkata, tujuh wanita dan empat lelaki tempatan serta seorang lelaki berusia 44 tahun turut ditahan kerana dipercayai menguruskan bangunan berkenaan.

Katanya, beberapa bahan bukti seperti tisu yang belum digunakan, tuala termasuk lapan yang sudah digunakan, kondom dan tisu yang sudah digunakan serta resit dipercayai urusan pembayaran ditemui di situ.

Beliau berkata, semua warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Johor untuk siasatan atas pelbagai kesalahan termasuk tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Sementara itu, katanya, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan lima pasangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, tiga kutu rayau yang ditahan dalam operasi berkenaan turut diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, dalam pemeriksaan di sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama tiga wanita Indonesia.

“Dua daripada wanita itu tinggal lebih masa manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri.

“Kami sedang menyiasat sama ada lelaki itu melindungi ketiga-tiga wanita berkenaan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-10-2006, 02:56 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 12hb Oktober 2006 :-

GRO atas siling

PETALING JAYA: Sekumpulan wanita disyaki pelayan pelanggan (GRO) warga asing sanggup berasak-asak di atas siling selain ‘mengecilkan’ diri dalam almari buku semata-mata untuk mengelak ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Sea Park di sini, malam tadi.

Pada masa sama, ada antara GRO terbabit sanggup mengambil risiko dengan menyembunyikan diri dalam tangki air di atas bangunan berkenaan.

Dalang sindiket yang membawa masuk warga asing itu pula bertindak bijak dengan membina beberapa bilik kecil dalam siling selepas menebuk dinding untuk menjadikannya tempat persembunyian GRO terbabit.

Dalang terbabit yang menyedari pusat karaoke itu pasti diserbu polis memangga semua pintu masuk kecuali satu yang digunakan GRO itu untuk melarikan diri.

Bagi mengelakkan GRO dikesan polis, dalang terbabit turut menjadikan bangunan bersebelahan yang tidak digunakan sebagai lokasi persembunyian.

Semua taktik itu digunakan selepas pusat karaoke terbabit diserbu lebih 10 kali oleh polis yang menahan lebih 100 GRO sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, taktik baru itu turut gagal mengaburi mata polis selepas pihak berkuasa mengepung kawasan berkenaan 40 minit sebelum menyerbu dan menggeledah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Kamarudin Mohd Din, berkata operasi berkenaan dilakukan selepas polis menerima maklumat awam sebelum melakukan risikan sejak beberapa hari lalu.

“Operasi kali ini dilakukan Jabatan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor dengan polis Petaling Jaya.

“Polis menahan 44 wanita berusia 19 hingga 35 tahun yang dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat karaoke terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Beliau berkata, dua lelaki disyaki penjaga GRO terbabit berusia lingkungan 20-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
13-10-2006, 06:06 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 13hb Oktober 2006 :-

4 wanita Uzbekistan ditangkap di KL

KUALA LUMPUR: Empat wanita warga Uzbekistan yang mampu mengaut keuntungan lebih RM2,000 sehari dengan menjual tubuh kepada golongan kenamaan atau VIP diberkas di sebuah hotel lima bintang di Jalan Bukit Bintang di sini, malam kelmarin.

Dua daripada wanita terbabit cuba melarikan diri dalam keadaan telanjang bulat sebaik menyedari pihak berkuasa menyerbu bilik hotel yang menjadi lokasi kegiatan pelacuran.

Wanita terbabit dikesan memasuki negara ini sebagai pelancong dengan menggunakan pas lawatan sosial dan menjalankan kegiatan itu untuk memperoleh pendapatan lebih.

Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu hotel berkenaan dan memberkas keempat-empat wanita terbabit.

Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, semua mereka berada dalam bilik hotel bersama pasangan masing-masing.

“Ketika serbuan, ada antara wanita itu cuba melarikan diri dengan merempuh anggota polis kerana terlalu takut tetapi mereka diberkas.

“Ada juga yang ghairah melayan pelanggan tidak sempat memakai pakaian dan berada dalam keadaan telanjang bulat serta cuba bersembunyi di bawah katil,” katanya di sini semalam.

Sumber itu berkata, wanita warga asing itu menawarkan harga RM200 hingga RM300 bagi perkhidmatan seks selama satu jam kepada pelanggan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ramli Din mengesahkan tangkapan.

Katanya, wanita warga asing itu ditahan kerana disyaki melacurkan diri dan polis menjalankan siasatan lanjut.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-10-2006, 02:39 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 14hb Oktober 2006 :-

Jutawan DVD haram

GEORGETOWN : Anak perempuan seorang pegawai kanan kerajaan bersama teman lelakinya dipercayai mengaut RM90,000 hingga RM100,000 sebulan melalui kegiatan pengedaran cakera padat digital (DVD) cetak rompak antarabangsa.

Wanita berusia 24 tahun dan pasangannya berusia 29 tahun itu menjadi dalang sindiket terbabit yang dilakukan menerusi transaksi internet yang meraih jualan jutaan ringgit.

Mereka membina laman sendiri khusus untuk pembeli di luar negara membuat pesanan sebelum dihantar menggunakan khidmat kiriman ekspres.

Menurut sumber, wanita itu sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) dari Universiti Sains Malaysia (USM) selain memiliki kepakaran dalam bidang komputer dan internet.

Bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan bagi mengelak kegiatan itu dihidu pihak berkuasa, laman web itu hanya boleh dilayari di luar negara.

Pembeli dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun dan Australia antara yang dikesan paling banyak membuat tempahan DVD daripada pasangan itu.

Kata sumber itu, beberapa tahun lalu wanita terbabit pernah melakukan kegiatan itu secara kecil-kecilan, tetapi terpaksa menghentikan kegiatannya selepas dikesan bapanya.

“Bagaimanapun, dia memulakan kembali ‘perniagaan’ itu selepas bapanya ditukarkan ke negeri lain sejak dua tahun lalu,” katanya.

Kegiatan pasangan itu terbongkar selepas rumah mereka di Jalan Jelutong di sini, diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kelmarin.

Serbuan jam 12 tengah hari itu membabitkan sepasukan 15 pegawai penguat kuasa diketuai Penolong Pengarah, Unit Internet Cetak Rompak dan Forensik KPDNHEP, Aminudin Muhammad.

Pasukan itu dibantu anggota penguat kuasa dari Motion Picture Association (MPA) selepas mengesan dua laman web yang disyaki digunakan untuk transaksi pengedaran DVD cetak rompak.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, M Gunaselan, berkata hasil intipan selama tiga bulan yang dibuat akhirnya berjaya membongkar kegiatan haram itu yang beroperasi di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, berikutan serbuan itu, 22 DVD dan 17 cakera padat video (VCD) serta 20 set DVD bersiri dirampas membabitkan pelbagai tajuk seperti Garfield, The Da Vinci Code, Mena Girls, Matrix Reloaded dan The Tuxedo.

Gunaselan berkata, pihaknya turut merampas tiga komputer riba dan satu cakera keras.

“Kedua-dua suspek dipercayai menjalankan aktiviti haram itu sejak setahun lalu.

“Hasil siasatan mendapati pendapatan kedua-dua suspek mencecah sehingga RM90,000 hingga RM100,000 sebulan berdasarkan slip dan buku akaun bank yang dijumpai,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, pasangan itu dikesan menjual DVD dengan harga antara AS$7.80 hingga AS$34 (RM29.60 hingga RM129) seunit.

Sementara itu, dalam serbuan serentak yang dilakukan ke sebuah rumah pangsa di Paya Terubong di sini, KPDNHEP menemui empat unit DVD filem bertajuk Poseidon dan Superman Return serta 114 unit DVD pelbagai tajuk dan sebuah komputer berserta modem.

Gunaselan berkata, ketika serbuan penghuni rumah itu, seorang lelaki berusia 33 tahun tiada di rumah kecuali ibunya berusia 63 tahun yang tinggal.

Katanya, ibu lelaki itu memaklumkan anaknya di luar Pulau Pinang, bagaimanapun pada petang hari sama lelaki itu hadir ke pejabat KPDNHEP bersama dua peguam.

Menurutnya, lelaki itu kemudia ditahan dan dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu.

“Dalam siasatan itu, suspek menjual DVD cetak rompak dengan harga antara AS$ 4.70 hingga AS$8.70 (RM17.80 hingga RM33) seunit.

“Siasatan sedang dilakukan mengikut Akta Hak Cipta 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda RM2,000 atau RM20,000 untuk satu salinan langgaran atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ketiga-tiga suspek berkenaan ditahan reman untuk membantu siasatan. Nilai keseluruhan rampasan dalam kedua-dua serbuan itu dianggarkan RM50,000.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-10-2006, 02:43 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 14hb Oktober 2006 :-

Sukar bezakan bapa ayam, GRO pelacur

PETALING JAYA: Lelaki yang bersama pelayan pelanggan atau GRO di pusat hiburan mungkin sebahagian besarnya terdiri bapa ayam yang sedang menunggu pelanggan menjemput ‘anak buah’ mereka untuk dibawa ke tempat lain bagi memuaskan nafsu masing-masing.

Ini kerana, tidak mungkin seorang lelaki akan bersama dengan lebih daripada tiga GRO pada satu masa kerana kebiasaannya bapa ayam terbabit melakukan urus niaga di pusat hiburan untuk mengelak kerja haram itu dikesan.

Sumber polis berkata, sukar untuk mengesan sama ada lelaki terbabit bapa ayam atau GRO bersamanya adalah pelacur.

“Jika ditahan, mereka pasti menjawab sedang berseronok dan sebagainya. Bagaimanapun, ada di kalangan lelaki terbabit sebenarnya bapa ayam dan menjadikan pusat hiburan tertentu sebagai pusat operasi urus niaga.

“Ini kerana, kegiatan jaja tubuh yang dijalankan di pusat hiburan agak sukar untuk dikesan kerana mereka sentiasa bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Jika kegiatan jual tubuh dijalankan di rumah atau kawasan yang mudah dikesan, pasti bapa ayam mengalami kerugian besar kerana ia sangat mudah dikesan.

Bagaimanapun, jika dilakukan di pusat hiburan tertentu mereka boleh menafikan perkara terbabit sedangkan wanita atau GRO dibawa memang ada antara mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri lengkap.

“Pendapatan diterima pula akan dibahagikan tiga iaitu kepada pusat hiburan, bapa ayam dan wanita terbabit.

“Pelanggan pula mungkin terpaksa membayar sehingga RM300 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan selain menempah bilik bagi ‘menghabiskan masa’ dengan wanita terbabit,” katanya.

Kegiatan itu bagaimanapun sentiasa dipantau polis dan pihak yang terbabit melakukan kegiatan tidak bermoral itu akan dikenakan tindakan tegas.

Sementara itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya, menyerbu sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, kira-kira pada jam 9.45 malam tadi.

Dalam operasi itu, 13 wanita warga asing dipercayai GRO berusia 20-an yang sedang leka melayan pelanggan di pusat itu ditahan.

Menurut sumber, polis terpaksa memotong tiga mangga untuk ke tingkat atas kerana ia dikunci pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelak wanita itu ditahan.

“Tujuh wanita yang ditahan itu berasal dari Vietnam, lima dari China manakala seorang dari Thailand dan mereka mempunyai dokumen perjalanan.

“Seorang lelaki tempatan berusia 20-an dipercayai penjaga ditahan bagi membantu siasatan. Lima pelanggan dalam pusat itu juga diambil keterangan sebelum dibebaskan,” katanya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati pusat hiburan terbabit pernah diserbu lebih lima kali manakala antara 60 hingga 70 GRO ditahan sejak awal tahun ini.

Katanya, polis akan merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya pusat karaoke itu dikenakan tindakan kerana disyaki menjalankan kegiatan tidak bermoral.

“Pusat hiburan itu boleh dikenakan tindakan tegas kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah.

“Wanita terbabit pula akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selain turut dikenakan tindakan kerana bekerja di negara tanpa permit kerja sah,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
16-10-2006, 05:27 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 16hb Oktober 2006 :-

10 pondan kena tahan di KL

KUALA LUMPUR: Seorang pondan sedang melayan nafsu seorang pelanggan di belakang almari buruk lari lintang-pukang tanpa baju sebaik pihak berkuasa menyerbu kawasan berkenaan di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, awal pagi kelmarin.

Pondan berusia 52 tahun itu hanya memperoleh pendapatan RM15 sejak seminggu lalu berikutan kekurangan pelanggan yang takut mengunjungi kawasan itu selepas operasi berterusan dilakukan pihak berkuasa.

Nasib pondan berkenaan bertambah malang apabila dia diberkas dan terpaksa meringkuk dalam lokap bagi membantu siasatan beberapa kes samun membabitkan pondan yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata pihaknya melancarkan operasi berterusan di kawasan Lorong Haji Taib selepas menerima banyak aduan mengenai pondan yang menyamun pelanggan serta orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Katanya, hasil operasi dua hari itu, kira-kira 10 pondan ditahan bagi membantu siasatan termasuk ‘pondan import’ warga Singapura yang datang ke sini untuk menawarkan perkhidmatan seks.

“Dalam operasi itu, 633 kenderaan diperiksa serta 364 orang awam diselidiki bagi mengesan orang yang dikehendaki dan mengesan kenderaan curi.

“Hasil pemeriksaan, polis turut menahan seorang lelaki dikehendaki berusia 30-an bagi membantu siasatan kes samun,” katanya sejurus selesai operasi berkenaan di sini, awal pagi kelmarin.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi turut memeriksa 201 pengunjung sebuah karaoke di Jalan Bukit Bintang di sini, dan melakukan ujian air kencing bagi mengesan pengambilan dadah ketika berhibur.

Kamal Pasha berkata, daripada jumlah itu, seramai 15 pengunjung karaoke itu positif dalam ujian air kencing kerana mengambil dadah ketika berhibur.

Semua mereka yang ditahan itu berusia 20 hingga 30 tahun dan yang positif di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian jenayah tampil memberi keterangan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-10-2006, 02:04 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 18hb Oktober 2006 :-

Mayat dalam bilik VIP di Genting Highlands

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga China ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan berlumuran darah dalam bilik ‘VIP’ (orang kenamaan) di tingkat 18 sebuah hotel di Genting Highlands, dekat sini, malam kelmarin.

Mayat terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di bilik khas VIP yang mempunyai kad istimewa untuk menggunakan bilik yang berharga lebih RM400 itu.

Difahamkan, pasukan polis dan forensik mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menyiasat penemuan mayat wanita berusia awal 20-an itu sebelum dihantar ke rumah mayat Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Sumber berkata, bilik kenamaan didaftarkan atas nama dua lelaki tempatan kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan bilik berkenaan 20 minit selepas mendaftar masuk.

“Seorang daripada lelaki itu balik semula ke bilik kira-kira jam 10.45 malam dan menemui mayat wanita China tanpa baju itu tertiarap di lantai dengan mulutnya masih berdarah,” kata sumber ketika ditemui di hotel berkenaan, awal pagi semalam.

Lelaki berkenaan dipercayai terus memaklumkan penemuan itu kepada pengawal keselamatan hotel sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak, mengesahkan penemuan mayat pelancong wanita itu.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 12 tengah malam dan sepasukan anggota Unit Forensik yang memasuki bilik hotel dilihat keluar dari situ kira-kira jam 7 pagi semalam.

Sumber turut memaklumkan, polis sehingga kini sudah menahan dua wanita warga China dan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World, Datuk Anthony Yeo, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita berkenaan.

Beliau berkata, pihak hotel dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 11 malam kelmarin oleh pengawal keselamatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-10-2006, 11:37 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 23hb Oktober 2006 :-

Mat Afrika - Dulu jual jam, kini jual ‘ayam’

KUALA LUMPUR: Kegiatan jenayah dan maksiat di kawasan Bukit Bintang kini dikuasai lelaki Afrika, apabila kebanyakan mereka mengambil alih beberapa rumah pelacuran dan menjadi bapa ayam.

Kebanyakan Mat Afrika atau dikenali ‘Awang Hitam’ yang sebelum ini sering dikaitkan dengan jenayah penipuan, dikatakan beralih angin menguasai jenayah maksiat itu sejak pertengahan tahun ini.

Difahamkan, kumpulan Awang Hitam itu mampu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sehari dengan menjadi bapa ayam berbanding pekerjaan mereka sebelum ini menjual jam serta barangan kulit.

Geng Awang Hitam pada mulanya hanya menjadi pengunjung rumah pelacuran sekitar Bukit Bintang, tetapi kini mampu tersenyum apabila dapat mengambil alih tugas sebagai bapa ayam di kawasan itu.

Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati, geng Awang Hitam berkeliaran di kawasan berkenaan dan sering duduk bersembang di hadapan premis rumah pelacuran itu.

Geng itu tidak menawarkan pelacur di premis mereka kepada rakyat tempatan, sebaliknya menawarkan kepada pelancong asing kerana mudah untuk mengaut keuntungan.

Awang Hitam di kawasan itu juga menikmati kehidupan mewah apabila sanggup membayar kereta yang disewa ribuan ringgit setiap bulan semata-mata mengambil pelacur dari rumah mereka ke tempat kerja.

Mereka yang memandu tanpa lesen itu sering menimbulkan masalah kepada pengguna berikutan sering bersikap biadab ketika di jalan raya, termasuk memaki-hamun pengguna lain kononnya kesuntukan masa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal, berkata kebanyakan Awang Hitam di ibu kota ini sering menjalankan kegiatan jenayah untuk terus hidup berikutan mereka tidak mempunyai pekerjaan.

Katanya, tahun ini kadar jenayah membabitkan Awang Hitam berkurangan berbanding tahun lalu selepas kekerapan operasi termasuk pemeriksaan di lokasi utama yang menjadi kunjungan golongan itu.

“Polis mengenal pasti lokasi utama di Daerah Dang Wangi yang menjadi kegemaran mereka antaranya Lorong Tiong Nam, Sekitar Jalan Putra, Flet Seri Selayang, Lorong Haji Taib Off Lorong Kulit, gerai makanan sekitar Jalan Alur dan sepanjang Jalan Bukti Bintang.

“Mat Afrika ini juga menjalankan kegiatan mengikut lokasi berikutan ramai pengunjung yang mudah diperdaya terutama pelancong asing,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata Awang Hitam kini dikesan sering berada di rumah pelacuran sekitar Bukit Bintang dan Jalan Alur tetapi masih menyiasat mengenai kegiatan yang dilakukan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-11-2006, 04:40 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 7hb November 2006 :-

Bunuh, letup wanita Mongolia

KUALA LUMPUR: Dua pegawai dan seorang anggota polis termasuk seorang wanita, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki tempatan.

Wanita terbabit yang hanya dikenali sebagai Anna ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan menggunakan bom tangan.

Menurut sumber, beberapa cebisan mayat mangsa ditemui di kawasan Empangan Subang berhampiran Puncak Alam dekat sini, petang semalam.

Anna, berusia 30-an, menjalin hubungan cinta sebelum mengadakan hubungan seks dengan lelaki Malaysia terbabit ketika dia melawat Mongolia, tahun lalu.

Hubungan itu menyebabkan Anna melahirkan seorang bayi di negara asalnya, tahun ini.

Difahamkan, Anna dan dua rakan wanitanya mengambil keputusan datang ke negara ini awal bulan lalu untuk berjumpa lelaki berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Wanita itu yang mengandung hasil hubungan sulit mereka mengugut mangsa mengahwininya atau membayar sejumlah wang mencecah jutaan ringgit bagi menutup perbuatan lelaki itu

“Bagaimanapun, lelaki itu enggan bertanggungjawab sebelum mengupah beberapa lelaki membunuh wanita itu,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa ditembak dan mayatnya dibuang ke dalam kawasan hutan berhampiran Puncak Alam sebelum diletupkan dengan bom tangan.

Menurutnya, sepasukan unit polis forensik bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kedudukan mayat berikutan penahanan suspek beberapa hari lalu.

“Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan mengumpulkan bukti di kawasan itu,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sulaiman Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan operasi mencari mayat mangsa dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sejurus tiba di negara ini, mangsa bersama dua rakannya mengunjungi rumah lelaki terbabit di Damansara Heights pada 9 Oktober lalu untuk membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun, rancangannya tidak berjalan lancar, sebaliknya lelaki itu menghubungi tiga polis ‘mengiringi’ Anna pergi dari situ.

Rakan Anna kemudian diminta beredar sementara perkara itu ‘diselesaikan’.

Bagaimanapun, apabila Anna tidak kembali ke hotel selepas beberapa hari, rakan-rakannya menjadi bimbang dan melaporkan perkara itu kepada Konsulat Mongolia di Thailand.

Mereka turut membuat laporan di Balai Polis Brickfields.

Berikutan laporan itu, Konsulat Mongolia di Thailand menghubungi polis Malaysia bagi mendapatkan bantuan mencari rakyatnya yang hilang.

Berpandukan maklumat diberikan rakan Anna, polis menahan seorang cif inspektor dan seorang lans koperal bagi membantu siasatan. Mereka ditahan reman seminggu pada minggu lalu.

Hasil soal siasat membawa kepada penahanan anggota polis ketiga, juga berpangkat cif inspektor yang ditahan semalam. Polis tidak dapat menahannya sebelum ini kerana dia sedang bertugas di luar negara.

Operasi mencari mayat Anna kini dijalankan di Empangan Subang dekat Puncak Alam.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-11-2006, 04:46 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 7hb November 2006 :-

Pondan upah ‘drebar’

MELAKA: Golongan pondan yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Jalan Tun Ali, di sini, kini mempunyai ‘pemandu’ yang akan bertindak sebagai ‘penyelamat’ sekiranya diserbu pihak berkuasa.

Perkara itu terbongkar apabila tindakan sepasukan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan sekumpulan pondan di Jalan Tun Ali, di sini, awal pagi kelmarin gagal apabila mereka berjaya melarikan diri.

Malah, kenderaan terbabit dipandu laju oleh ‘pemandu’ mereka itu bagi mengelak dikejar Jaim.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata sekumpulan lelaki terdiri daripada lima orang berusia awal 20-an yang berpakaian seksi itu melarikan diri dengan sebuah Perodua Kancil.

Bagaimanapun, seorang ahli kumpulan terbabit gagal melarikan diri apabila dia terjatuh ketika cuba melarikan diri.

“Mereka kini begitu bijak mengatur strategi bagi mengelakkan diri daripada dicekup Jaim atau pihak berkuasa lain.

“Namun, Jaim akan meneruskan operasi bagi memantau kegiatan terkutuk itu daripada terus mencemari negeri ini,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Operasi mencegah kegiatan maksiat itu dilakukan Bahagian Penguat Kuasa Jaim selama empat jam bermula jam 1 pagi kelmarin yang diketuai Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Muhamad Yahu Safat Ishak.

Rahimin berkata, pondan yang gagal melarikan diri itu berusia 19 tahun dan kini ditahan kerana berpakaian menyerupai wanita dengan memakai skirt denim paras lutut serta baju berkain jarang.

Menurutnya, lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi dan penahanan semalam adalah kali kedua selepas penahanan pertama tiga tahun lalu ketika dia berusia 17 tahun.

“Lelaki terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Islam Melaka, 1991 kerana lelaki berlagak seperti wanita.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
10-11-2006, 12:48 AM
“Lelaki terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 72, Enakmen Kesalahan Islam Melaka, 1991 kerana lelaki berlagak seperti wanita.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.


Nampaknya adalah menjadi kesalahan jikalau lelaki berlagak sebagai wanita.

Kalau perempuan berlagak sebagai lelaki, ada salah tak ?

KatoeyLover69
10-11-2006, 01:28 PM
Nampaknya adalah menjadi kesalahan jikalau lelaki berlagak sebagai wanita.

Kalau perempuan berlagak sebagai lelaki, ada salah tak ?

Kalau perempuan berlagak sebagai leleki dan merogol lelaki, dia boleh di tangkap dan dipenjara atas hukuman 'rogol' :cool:

KatoeyLover69
10-11-2006, 02:52 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 10hb November 2006 :-

Pujukan ghairah Tan Sri

KUALA LUMPUR: Seorang kenamaan (VIP) bergelar Tan Sri didakwa sanggup menghadiahkan coli serta seluar dalam seksi merah jambu, merah serta hitam sebagai tanda sayang dan ghairah berpanjangan kepada bekas pembaca berita RTM, Ter Ai Chin, 50, sejak beberapa ketika lalu.

Menurut Ai Chin, Tan Sri terbabit membelikannya barangan seksi berjenama berkenaan di luar negara tetapi dia tidak pernah memakainya sebaliknya disimpan dalam almari.

Selain itu, VIP berumur 70 tahun terbabit didakwa turut gemar mengajak mangsa melakukan hubungan seks selain menghantar surat cinta dan sajak memujuk rayu mangsa sepanjang mereka mengenali satu sama lain.

Menurut Ai Chin, berdasarkan surat cinta itu, Tan Sri terbabit memintanya segera memusnahkan surat terbabit bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan pihak lain bimbang berlaku perkara buruk.

Lebih buruk lagi, Ai Chin turut mendakwa ‘dilamar’ beberapa kali untuk melakukan hubungan seks oleh Tan Sri terbabit sehingga menyebabkan rumah tangganya bergoncang.

Selepas gagal berbuat demikian, Ai Chin mendakwa VIP itu menyebarkan berita kononnya mereka pernah melakukan hubungan seks.

Malu dengan perkara berkenaan, Ai Chin memfailkan saman menuntut ganti rugi RM4 juta terhadap lelaki terbabit atas alasan membuat fitnah kononnya mereka pernah mengadakan hubungan seksual.

Ai Chin memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Wisma Denmark, di sini pada 25 September lalu dan dia turut memberitahu, pernyataan tuntutannya itu sudah diserahkan kepada defendan, Isnin lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita berkenaan mendakwa VIP terbabit yang kini berumur 70 tahun menyebarkan berita bahawa dia (Tan Sri) pernah menidurinya (Ai Chin) ketika mereka berada di Bangkok, Thailand.

Dia mendakwa berita fitnah itu disebar ketika dia bertugas sebagai pengurus cawangan sebuah bank di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan ketika itu, Ai Chin sudah berkahwin serta mempunyai dua anak.

Ai Chin yang 20 tahun bekerja di bank berkenaan mendakwa VIP terbabit cuba menjalin hubungan sulit dengannya antara 1996 hingga 2000 iaitu sejak dia dilantik sebagai pengurus cawangan bank.

Dia akhirnya meletak jawatan di bank berkenaan kerana tidak sanggup berhadapan perkara itu menyebabkan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan.

Sehubungan itu, Ai Chin memohon ganti rugi am sebanyak RM4 juta untuk fitnah, gangguan seksual, kehilangan kerjaya dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
--- KatoeyNewsNetwork

Xdecepticon
10-11-2006, 09:51 PM
What happen to threadstarter? No frs? Bo siah? Tidak ada berita pun?:rolleyes:

KatoeyLover69
11-11-2006, 01:02 PM
What happen to threadstarter? No frs? Bo siah? Tidak ada berita pun?:rolleyes:

The 'Threadstarter' had married a pretty, young & sexy PRC girl and had retired from cheonging

KatoeyLover69
11-11-2006, 01:50 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 11hb November 2006 :-

28 wanita China, Vietnam ditahan di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis menahan 28 wanita warga China dan Vietnam di sebuah pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini, kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Wanita berusia 22 hingga 30 tahun itu ditahan 15 pegawai dan anggota dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut jam 12.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata turut serta dalam serbuan itu empat pegawai dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan, semua wanita disyaki pekerja pusat hiburan cuba melarikan diri ketika menyedari kehadiran polis namun gagal kerana seluruh pusat itu sudah kepung.

Katanya, dalam pemeriksaan itu semua wanita itu didapati melanggar syarat pasport sebagai pelancong dengan bekerja di negara ini tanpa kebenaran.

“Hasil pemeriksaan keseluruhan, seramai 23 wanita dari China manakala bakinya dari Vietnam.

“Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 51 (3) Akta Imigresen dan empat lelaki yang dipercayai pengusaha pusat hiburan berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-11-2006, 10:10 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 18hb November 2006 :-

Rompak suami

KUALA LUMPUR : Seorang peniaga buah-buahan kempunan untuk mengecapi nikmat berbulan madu dengan isteri warga asing yang baru dikahwininya apabila wanita berkenaan melarikan diri selepas merompak suaminya sendiri.

Tambah malang apabila T K See, 44, turut kehilangan wang tunai RM4,000 selain kerugian lebih RM20,000 bagi membayar kos perkhidmatan kepada ejen syarikat mencari jodoh warga asing.

Mangsa berkata, dalam kejadian petang awal November lalu, isterinya, Tjen Siat Ni, 25, seorang warga Indonesia tiba-tiba hilang dari rumah mereka di Pandan Perdana, Ampang.

Menurutnya, dia yang sebelum ini lama membujang dan menghadapi masalah mendapatkan calon isteri sesuai akhirnya mengambil keputusan menggunakan khidmat agensi mencari jodoh tempatan.

“Saya dicadangkan mengambil gadis warga asing seperti dari Indonesia atau Vietnam yang bersedia untuk berkahwin dengan lelaki berusia.

“Selepas meneliti gambar calon ditawarkan, saya bersetuju memilih gadis warga Indonesia sebagai isteri,” katanya.

Menurutnya, dia membayar pelbagai kos perkhidmatan termasuk tiket kapal terbang, visa dan pasport gadis itu berjumlah hampir RM20,000 kepada agensi mencari jodoh itu bagi membawa gadis terbabit ke negara ini.

“Akhir selepas menjalani sesi perkenalan singkat, kami berkahwin pada 23 Jun lalu.

“Sebaik berkahwin, saya membawa isteri tinggal di Pandan Perdana dan meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, kehilangan isterinya hanya disedari sewaktu dia pulang bekerja pada jam 7.30 malam apabila mendapati Tjen tiada di rumah.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun terkejut apabila dia memberitahu berada di Kuching, Sarawak.

“Saya memeriksa keadaan rumah dan mendapati wang tunai RM4,000 dan barang kemas hantaran perkahwinan bernilai RM5,000 serta sijil perkahwinan kami lesap dipercayai dilarikan isteri saya itu,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-11-2006, 10:17 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 18hb November 2006 :-

Rompak suami

KUALA LUMPUR : Seorang peniaga buah-buahan kempunan untuk mengecapi nikmat berbulan madu dengan isteri warga asing yang baru dikahwininya apabila wanita berkenaan melarikan diri selepas merompak suaminya sendiri.

Tambah malang apabila T K See, 44, turut kehilangan wang tunai RM4,000 selain kerugian lebih RM20,000 bagi membayar kos perkhidmatan kepada ejen syarikat mencari jodoh warga asing.

Mangsa berkata, dalam kejadian petang awal November lalu, isterinya, Tjen Siat Ni, 25, seorang warga Indonesia tiba-tiba hilang dari rumah mereka di Pandan Perdana, Ampang.

Menurutnya, dia yang sebelum ini lama membujang dan menghadapi masalah mendapatkan calon isteri sesuai akhirnya mengambil keputusan menggunakan khidmat agensi mencari jodoh tempatan.

“Saya dicadangkan mengambil gadis warga asing seperti dari Indonesia atau Vietnam yang bersedia untuk berkahwin dengan lelaki berusia.

“Selepas meneliti gambar calon ditawarkan, saya bersetuju memilih gadis warga Indonesia sebagai isteri,” katanya.

Menurutnya, dia membayar pelbagai kos perkhidmatan termasuk tiket kapal terbang, visa dan pasport gadis itu berjumlah hampir RM20,000 kepada agensi mencari jodoh itu bagi membawa gadis terbabit ke negara ini.

“Akhir selepas menjalani sesi perkenalan singkat, kami berkahwin pada 23 Jun lalu.

“Sebaik berkahwin, saya membawa isteri tinggal di Pandan Perdana dan meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, kehilangan isterinya hanya disedari sewaktu dia pulang bekerja pada jam 7.30 malam apabila mendapati Tjen tiada di rumah.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun terkejut apabila dia memberitahu berada di Kuching, Sarawak.

“Saya memeriksa keadaan rumah dan mendapati wang tunai RM4,000 dan barang kemas hantaran perkahwinan bernilai RM5,000 serta sijil perkahwinan kami lesap dipercayai dilarikan isteri saya itu,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-11-2006, 10:19 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 18hb November 2006 :-

Rompak suami

KUALA LUMPUR : Seorang peniaga buah-buahan kempunan untuk mengecapi nikmat berbulan madu dengan isteri warga asing yang baru dikahwininya apabila wanita berkenaan melarikan diri selepas merompak suaminya sendiri.

Tambah malang apabila T K See, 44, turut kehilangan wang tunai RM4,000 selain kerugian lebih RM20,000 bagi membayar kos perkhidmatan kepada ejen syarikat mencari jodoh warga asing.

Mangsa berkata, dalam kejadian petang awal November lalu, isterinya, Tjen Siat Ni, 25, seorang warga Indonesia tiba-tiba hilang dari rumah mereka di Pandan Perdana, Ampang.

Menurutnya, dia yang sebelum ini lama membujang dan menghadapi masalah mendapatkan calon isteri sesuai akhirnya mengambil keputusan menggunakan khidmat agensi mencari jodoh tempatan.

“Saya dicadangkan mengambil gadis warga asing seperti dari Indonesia atau Vietnam yang bersedia untuk berkahwin dengan lelaki berusia.

“Selepas meneliti gambar calon ditawarkan, saya bersetuju memilih gadis warga Indonesia sebagai isteri,” katanya.

Menurutnya, dia membayar pelbagai kos perkhidmatan termasuk tiket kapal terbang, visa dan pasport gadis itu berjumlah hampir RM20,000 kepada agensi mencari jodoh itu bagi membawa gadis terbabit ke negara ini.

“Akhir selepas menjalani sesi perkenalan singkat, kami berkahwin pada 23 Jun lalu.

“Sebaik berkahwin, saya membawa isteri tinggal di Pandan Perdana dan meneruskan perniagaan seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, kehilangan isterinya hanya disedari sewaktu dia pulang bekerja pada jam 7.30 malam apabila mendapati Tjen tiada di rumah.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun terkejut apabila dia memberitahu berada di Kuching, Sarawak.

“Saya memeriksa keadaan rumah dan mendapati wang tunai RM4,000 dan barang kemas hantaran perkahwinan bernilai RM5,000 serta sijil perkahwinan kami lesap dipercayai dilarikan isteri saya itu,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-11-2006, 06:42 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 24hb November 2006 :-

Bukit Bintang Macam 'Pat Pong'

“JANGAN jadikan Bukit Bintang (di Kuala Lumpur) sebagai ‘ Pat Pong Malaysia ’,” kata Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohamad Said Yusof ketika membahaskan jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2007 bagi peruntukan Kementerian Pelancongan, semalam.

Mohamad Said berkata, beliau menerima tanggapan negatif dari beberapa rakan Timur Tengah ketika menunaikan umrah akhir Ramadan lalu, bahawa Malaysia kini lebih hebat daripada Thailand, berikutan mempunyai tempat setanding dengan sebuah pusat hiburan di Bangkok dikenali Pat Pong yang menyediakan pelbagai hiburan termasuk khidmat seks.

“Pat Pong ini, pusat hiburan di kota raya Bangkok iaitu tempat orang jual orang, orang kena jual, orang yang dijual dan macam-macam lagi.

“Sekarang penyakit (sosial) ini dah sampai ke negara kita. Apa yang memalukan saya di depan rakan Timur Tengah, apabila mereka kata Malaysia sudah lebih hebat dari Thailand kerana khidmat seks ‘depan belakang’ pun ada,” katanya.

Beliau berkata, dalam keghairahan kerajaan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negara ini khususnya sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM 2007), pihak berkenaan perlu menjaga nama baik Malaysia.

“Kita harap Kementerian Pelancongan jangan sampai nak jual maruah negara sehingga orang asing menganggap Malaysia sebagai destinasi pelancongan seks.

“Mereka datang ke negara ini kerana ada pelancongan seks disebabkan pusat hiburannya seperti di Bangkok. Kita tak mau pelancong melabelkan Malaysia dengan imej macam ini,” katanya.

Mohamad Said turut menegur tindakan kementerian berkenaan yang dianggapnya sudah lari daripada konsep memperkenalkan budaya dan keunikan Malaysia apabila menggalakkan pengusaha hotel dan pusat beli-belah mencipta suasana Timur Tengah di premis masing-masing bagi menarik pelancong Arab ke negara ini.

Beliau ingin tahu rasional diwujudkan bangunan, dataran, laluan pejalan kaki dan tempat di beberapa kawasan di ibu kota yang saling tidak tumpah seperti negara Timur Tengah itu.

“Kita nak pelancong Arab datang ke Malaysia bagi menikmati keindahannya dan keunikan negara ini yang sepatutnya kita jual,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-11-2006, 06:46 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 24hb November 2006 :-

Gadis dirogol 11 lelaki

SUBANG JAYA : Seorang gadis terpaksa melalui detik paling mengerikan dalam hidupnya apabila diperkosa bergilir-gilir 11 lelaki di sebuah rumah di Kota Perdana di sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 18 tahun dikatakan dirogol bergilir-gilir tanpa belas kasihan walaupun berkali-kali merayu agar tidak diperlakukan sedemikian.

Malah, suspek dikatakan turut menutup mulut mangsa bagi mengelakkan dia menjerit meminta tolong selepas ditarik masuk ke rumah sewa didiami suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, seorang suspek yang tinggal berjiran dengan mangsa dikatakan ke rumahnya untuk meminjam pemanas air elektrik.

“Beberapa minit selepas itu, lelaki terbabit memulangkan pemanas air elektrik yang dipinjam dan mengajak mangsa minum di sebuah gerai berhampiran rumahnya.

“Wanita yang tidak menyedari niat jahat suspek bersetuju pergi minum bersama lelaki yang dikenalinya itu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, setibanya di gerai berkenaan, sembilan rakan suspek berada situ dan minum bersama mangsa. Selepas selesai minum, mangsa meminta diri untuk pulang.

Menurutnya, suspek mengajak mangsa pulang ke rumahnya namun wanita itu enggan menyebabkan suspek dan rakannya itu menarik mangsa masuk ke rumahnya. Pada masa itu, ada seorang lagi lelaki dalam rumah berkenaan.

“Mangsa turut mendakwa suspek bertindak menutup mulutnya bagi mengelak dia menjerit meminta tolong. Mangsa kemudian dibawa ke sebuah bilik dan dirogol bergilir-gilir.

“Wanita itu didakwa merayu agar tidak diperlakukan sedemikian, namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang merogolnya tanpa belas kasihan,” katanya.

Muhd Fuad berkata, selepas dirogol, mangsa pulang ke rumah dan membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan beberapa jam kemudian.

Katanya, sepasukan polis menerima laporan berkenaan melakukan operasi dan menahan semua suspek berusia lingkungan 20-an itu tidak jauh dari tempat kejadian beberapa jam selepas itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal berjiran dengan suspek yang menyewa sebuah rumah bujang di situ. Wanita terbabit dikatakan baru mengenali lelaki itu beberapa hari lalu.

“Mangsa baru tiba dari Perak dan dikatakan baru diambil bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tinggal di sebuah hostel di situ,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang trauma dengan kejadian itu dihantar ke hospital untuk rawatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-11-2006, 06:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 24hb November 2006 :-

Lima tahun hamba seks

KUALA TERENGGANU : Seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak tahan dengan ugutan gambar lucahnya hendak diedarkan, bertindak ‘membuka pekung di dada’ berhubung kejahatan seorang lelaki yang memperkosanya sejak berusia 11 tahun.

Remaja dari Dungun itu membongkar rahsia kerakusan lelaki berumur 42 tahun terbabit kepada ibunya manakala gambar berkenaan dipercayai dirakam tanpa pengetahuan mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata lelaki terbabit yang bekerja sebagai pembaiki komputer dikatakan memberi imbuhan RM5 hingga RM30 setiap kali selepas seks sepanjang lima tahun bertujuan merahsiakan perbuatannya.

Katanya, lelaki terbabit yang sudah berkeluarga dan memiliki anak dipercayai melampiaskan nafsunya terhadap mangsa dalam bilik di rumahnya ketika isteri dan anak tiada di rumah.

Dia berkata, peristiwa hitam buat gadis berkenaan bermula ketika mangsa bermain dengan anak lelaki terbabit di halaman rumahnya, pada 2001.

Katanya, ketika asyik bermain, lelaki terbabit yang menjadikan rumahnya sebagai bengkel membaiki komputer tiba-tiba memanggil mangsa masuk rumah dan meminta tolong mengemaskan bilik tidurnya.

Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat di sebalik permintaan itu masuk ke bilik dan tanpa membuang masa lelaki terbabit yang berusia 37 tahun ketika itu, segera menanggalkan pakaian dan merogol mangsa.

“Selesai melakukan seks terhadap mangsa, lelaki terbabit meminta mangsa merahsiakan perbuatan terkutuknya itu dengan RM10.

“Perbuatan itu dikatakan berlarutan. Setiap kali melakukan seks, mangsa diberi antara RM5 hingga RM30 sehinggalah mangsa berusia 16 tahun dan kali terakhir lelaki itu melakukannya pada September lalu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, berikutan gadis itu tidak mahu lagi melayan nafsu lelaki berkenaan, remaja perempuan itu kemudian diugut dengan gambar lucahnya.

Katanya, laporan perlakuan lelaki itu dibuat ibu mangsa di Balai Polis Dungun, jam 9.15 pagi kelmarin.

Berikutan itu, seorang lelaki ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-11-2006, 06:50 PM
. . . . . . . . . . .

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:13 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:16 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:30 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:46 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:46 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-12-2006, 02:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 4hb Disember 2006 :-

GRO China pura-pura histeria

BUKIT MERTAJAM : Seorang pelayan pelanggan (GRO) warga China membuat helah histeria apabila dicekup anggota polis selepas melarikan diri dalam serbuan di Permatang Tinggi, di sini, awal pagi semalam.

Wanita berusia 20-an itu meloloskan diri bersama seorang rakannya sebelum ditemui berlegar-legar di hadapan kedai dobi kira-kira 300 meter dari pusat nyanyian dan minuman berkenaan.

Seramai 13 GRO warga China ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi membabitkan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) diketuai Asisten Superintendan Sazalee Adam.

Jurucakap polis berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis membuat pemeriksaan di pusat hiburan popular berkenaan kerana disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran anggota polis, kesemua warga China yang berpakaian seksi berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan selepas dikepung.

“Bagaimanapun, salah seorang GRO terbabit bertindak kasar apabila menolak seorang anggota polis wanita yang cuba menahan suspek hingga menyebabkannya mengalami kecederaan pada lengan dan lutut kiri serta tangan kanan.

“Manakala dua GRO warga asing lain yang berjaya melarikan diri akhirnya berjaya ditahan oleh anggota polis kira-kira 300 meter dari lokasi serbuan terbabit,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-12-2006, 02:13 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 5hbDisember 2006 :-

Ramai masuk jel

KUALA LUMPUR : Misteri kehilangan ratusan gadis warga Malaysia yang dilaporkan ‘ghaib’ sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya terjawab apabila kebanyakan daripada mereka dikesan menjadi ‘penghuni tetap’ beberapa tembok penjara di negara asing.

Kebanyakan gadis terbabit yang mulanya disangkakan melarikan diri dari rumah kerana masalah cinta atau keluarga sebenarnya dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah, termasuk jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) seperti ‘ice’ atau syabu.

Perkara ini didedahkan Pengurus Pusat Perdagangan dan Persahabatan Malaysia Taiwan, Wan Mohd Azmi berikutan peningkatan statistik membabitkan penangkapan rakyat Malaysia di negara itu.

Menurutnya, seramai 81 rakyat Malaysia pernah ditahan dan masih meringkuk di penjara negara itu dengan majoritinya akibat kesalahan menyeludup dadah ke negara berkenaan.

“Walaupun Taiwan tidak mengenakan hukuman gantung sampai mati bagi pesalah yang didakwa mengedar dadah, namun pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara dalam tempoh cukup lama.

“Malah sepanjang tahun ini saja, lapan lagi rakyat Malaysia termasuk beberapa gadis diberkas dan tahan pihak berkuasa negara ini kerana kesalahan cuba menyeludup masuk dadah ke negara terbabit,” katanya.

Selain Taiwan, beberapa lagi gadis Malaysia ditahan di beberapa negara seperti Jepun, Hong Kong dan Korea.

Perkara itu didedahkan selepas dua setiausaha Biro Aduan MCA, Serina Ho dan Novina ke negara terbabit baru-baru ini untuk mengesan beberapa rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang sejak sekian lama.

Ketua Biro Aduan MCA, Michael Chong berkata, pendedahan terbaru ini turut menyelesaikan puluhan laporan kehilangan individu yang dilaporkan keluarga mangsa sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kebanyakannya penyeludup dadah yang ditahan biasanya enggan memaklumkan apa yang berlaku kepada ahli keluarga atas faktor malu.

“Bagaimanapun, ada antara beberapa kes menunjukkan mereka ini diperalatkan pihak tertentu untuk membawa dadah ke negara berkenaan sebelum diberkas di lapangan terbang.

“Pernah terjadi tiga gadis Malaysia yang ditahan di lapangan terbang Jepun kerana membawa dadah mendakwa diarahkan majikan untuk ke negara itu,” katanya.

Menurutnya tiga gadis terbabit diarah seorang majikan warga asing yang mempunyai pejabat di negara ini untuk menemui rakan niaganya di negara matahari terbit itu bagi membincangkan isu perniagaan,

“Mereka turut diminta menyerahkan beg yang tidak dinyatakan isi kandungannya kepada rakan niaga ahli perniagaan terbabit. Mangsa hanya mengetahui beg itu mengandungi dadah sejurus ditahan polis Jepun tahun lalu,” katanya.

Difahamkan majikan warga Timur Tengah itu menyamar ahli perniagaan di negara ini yang dijadikan transit untuk mengedar dadah ke Asia Timur.

“Difahamkan Taiwan, Hong Kong dan Jepun menjadi sasaran penjenayah untuk menyeludup dadah dan pil khayal berikutan harga pasarannya yang lebih tinggi hingga mencecah lima kali ganda,” katanya,

Ada juga antara kes yang disiasat mendapati mangsa diperdaya melalui iklan mencari pekerjaan sebelum diarahkan membawa ‘barang’ ke luar negara.

Pendedahan terbaru ini menjawab persoalan berhubung kehilangan ramai gadis dan remaja rakyat negara ini yang kini menjalani hukuman penjara di negara asing.

Menurutnya, sepanjang tahun ini 112 kes kehilangan dilaporkan kepada pihaknya dengan 80 daripadanya gadis awal 20-an. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-12-2006, 02:17 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 5hbDisember 2006 :-

Syor sebat pelacur

KEGIATAN pelacuran yang menular di negara ini semakin membimbangkan sehingga seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengenakan hukuman sebat ke atas pelacur yang terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mohd Yusop Majid (BN-Setiu), berkata ketika beliau bersiar-siar di sekitar ibu kota terutama di tempat tumpuan orang ramai, beberapa ‘bapa ayam’ yang mundar-mandir di kawasan itu menawarkan perkhidmatan seks kepadanya.

“Baru-baru ini apabila saya melalui Bukit Bintang, secara terang-terang bapa ayam menawarkan kepada saya dengan berkata ‘mau amoi ke’.

“Begitu juga yang berlaku di hotel atau di tepi jalan. Selain itu, saya pernah dihampiri pondan yang berasal dari Brunei untuk menawarkan perkhidmatannya. Saya bertanya kenapa sanggup datang ke sini untuk melakukan kerja itu, pondan itu berkata, kalau kena tangkap di Brunei, mereka akan disebat tapi kalau di sini hanya denda.

“Justeru, saya mencadangkan supaya hukuman sebat dikenakan terhadap pelacur supaya mereka ‘serik’ dan tidak mahu kesalahan yang sama lagi,” katanya pada Persidangan di Dewan Rakyat, semalam.

Cadangan hukuman sebat itu disokong oleh Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan meminta kerajaan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pelacur.

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum, berkata pihaknya membuat pemantauan terhadap kegiatan pelacuran yang dijalankan di premis perniagaan yang didapati menyalahgunakan lesen sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jumlah kes pelacuran di kalangan wanita warga asing yang ditangkap pada 2004 adalah seramai 5,783 dan meningkat kepada 2006 kepada 6,484.

“Peningkatan itu adalah sebanyak 12.12 peratus manakala bagi tempoh sehingga Julai 2006, dilaporkan seramai 3,245 ditangkap,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Yusop dan Mohamed.

Mohd Johari berkata, jumlah wanita warga asing yang terbabit dengan pelacuran dan ditangkap adalah 6,043 dari China; 4,596 (Indonesia); 2,613 (Thailand), 1,316 (Filipina); 455 (Vietnam); 114 (Uzbekistan); 112 (India); 176 (Kampuchea); 54 (Myanmar); Russia (6); Laos (6) dan lain-lain sebanyak 21.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius dalam menangani masalah pelacuran termasuk mengambil tindakan terhadap penganjur pelacuran.

“Jika cukup keterangan mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, selain itu tindakan pencegahan diambil mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 atau Ordinan Darurat.

“Bagi pelacuran atau pelayan pelanggan (GRO) yang melanggar syarat visa/pas lawatan pula akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala bagi gadis tempatan di bawah umur 18 tahun, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-12-2006, 02:18 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 5hbDisember 2006 :-

Syor sebat pelacur

KEGIATAN pelacuran yang menular di negara ini semakin membimbangkan sehingga seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengenakan hukuman sebat ke atas pelacur yang terbabit melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mohd Yusop Majid (BN-Setiu), berkata ketika beliau bersiar-siar di sekitar ibu kota terutama di tempat tumpuan orang ramai, beberapa ‘bapa ayam’ yang mundar-mandir di kawasan itu menawarkan perkhidmatan seks kepadanya.

“Baru-baru ini apabila saya melalui Bukit Bintang, secara terang-terang bapa ayam menawarkan kepada saya dengan berkata ‘mau amoi ke’.

“Begitu juga yang berlaku di hotel atau di tepi jalan. Selain itu, saya pernah dihampiri pondan yang berasal dari Brunei untuk menawarkan perkhidmatannya. Saya bertanya kenapa sanggup datang ke sini untuk melakukan kerja itu, pondan itu berkata, kalau kena tangkap di Brunei, mereka akan disebat tapi kalau di sini hanya denda.

“Justeru, saya mencadangkan supaya hukuman sebat dikenakan terhadap pelacur supaya mereka ‘serik’ dan tidak mahu kesalahan yang sama lagi,” katanya pada Persidangan di Dewan Rakyat, semalam.

Cadangan hukuman sebat itu disokong oleh Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan meminta kerajaan meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pelacur.

Sementara itu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum, berkata pihaknya membuat pemantauan terhadap kegiatan pelacuran yang dijalankan di premis perniagaan yang didapati menyalahgunakan lesen sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Jumlah kes pelacuran di kalangan wanita warga asing yang ditangkap pada 2004 adalah seramai 5,783 dan meningkat kepada 2006 kepada 6,484.

“Peningkatan itu adalah sebanyak 12.12 peratus manakala bagi tempoh sehingga Julai 2006, dilaporkan seramai 3,245 ditangkap,” katanya ketika menjawab soalan Mohd Yusop dan Mohamed.

Mohd Johari berkata, jumlah wanita warga asing yang terbabit dengan pelacuran dan ditangkap adalah 6,043 dari China; 4,596 (Indonesia); 2,613 (Thailand), 1,316 (Filipina); 455 (Vietnam); 114 (Uzbekistan); 112 (India); 176 (Kampuchea); 54 (Myanmar); Russia (6); Laos (6) dan lain-lain sebanyak 21.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius dalam menangani masalah pelacuran termasuk mengambil tindakan terhadap penganjur pelacuran.

“Jika cukup keterangan mereka akan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan, selain itu tindakan pencegahan diambil mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 atau Ordinan Darurat.

“Bagi pelacuran atau pelayan pelanggan (GRO) yang melanggar syarat visa/pas lawatan pula akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala bagi gadis tempatan di bawah umur 18 tahun, mereka akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

youlaw
14-12-2006, 07:46 PM
Tuan-tuan dan puan-puan..
saudara-saudara dan saudari.....
Saya nak mintak tolong sikit...
Hari sabtu dan ahad ini saya akan berada di
hotel swiss garden...jadi ada tak tempat-tempat
yang berdekatan dan menarik dan yang boleh
di percayai yang boleh saya kunjungi untuk
melepaskan spring.....
Adakah benar orang melayu tidak dibenarkan
mengunjungi HC sebab bila saya berada di hotel
melia HC di situ meletakkan papan tanda.Orang
melayu tidak di benarkan masuk...manyak susahloh..
tolonglah pelancong dari singapura ni ye
sekian terima kasih

KatoeyLover69
15-12-2006, 01:15 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 15hb Disember 2006 :-

Pasang lampu amaran

BANTING : Sebuah restoran ‘kopi korek’ di Kampung Permatang Pasir, Jalan Jugra di sini, dikesan memasang lampu amaran di premis mereka bagi memaklumkan kehadiran pihak polis yang melakukan operasi.

Lampu amaran yang disambungkan ke setiap bangsal itu akan dinyalakan pihak restoran sebaik dimaklumkan mengenai kehadiran polis ke situ oleh tonto mereka.

Malah, sebagai langkah keselamatan, mereka dipercayai menggunakan khidmat tonto dilengkapi walkie-talkie yang terus menghubungi pihak restoran sebaik melihat kenderaan mencurigakan masuk ke situ.

Restoran yang beroperasi bersebelahan ladang kelapa sawit itu dilengkapi empat bangsal yang mengelilingi restoran serta dipecahkan kepada lima bahagian ruang makan kepada pelanggan untuk menikmati ‘juadah’ istimewa sebelum adegan panas seterusnya.

Biasanya, wanita berkenaan dipercayai dibawa ke beberapa hotel murah di sekitar kawasan berkenaan untuk adegan seterusnya dengan bayaran yang dipersetujui bersama.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Selangor diketuai Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya menyerbu restoran berkenaan, kelmarin.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan dilakukan tiga pegawai dan 12 anggota jam 11.30 malam itu, polis memberkas lapan wanita warga asing berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Semua wanita itu ditahan dalam ladang kepala sawit berhampiran selepas mereka melarikan kerana menyedari kehadiran polis.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang disyaki penjaga kepada wanita berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua wanita berkenaan memiliki dokumen perjalanan sah dan masuk menggunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati restoran berkenaan tidak mempunyai lesen dan beroperasi sejak kira-kira tiga bulan lalu. Mereka dikesan menempatkan wanita terbabit sejak dua minggu lalu.

“Restoran berkenaan dikatakan menjadi tumpuan lelaki berusia antara 40-an hingga 50-an dan ia dikatakan hanya diketahui orang tertentu saja,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-12-2006, 01:18 PM
. . . . . . . . . . .

KatoeyLover69
19-12-2006, 02:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa Jumaat 19hb Disember 2006 :-

30 VIP khalwat

KUALA LUMPUR : Sejak awal tahun ini, kira-kira 30 orang kenamaan (VIP), termasuk beberapa wanita yang menjadikan kondominium mewah di ibu kota sebagai tempat menyimpan gundik dan teman lelaki, diberkas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat.

Difahamkan, gundik dan teman lelaki VIP terbabit menjadi pelampias nafsu mereka terutama pada hujung minggu.

Mereka disembunyikan di kediaman mewah berkenaan bagi mengelak dikesan isteri masing-masing.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohamad Zain Dolah, berkata VIP wanita terbabit dicekup ketika berdua-duaan bersama ‘gundik lelaki’ mereka.

“Golongan VIP lelaki dan wanita mengumpan ‘gundik’ mereka dengan menabur pelbagai janji manis selain kemewahan, termasuk kereta dan wang saku bulanan.

“Kebanyakan wanita dan lelaki simpanan terbabit bekerja di pejabat dengan jawatan biasa tapi mempunyai wajah cantik dan tampan, sekali gus memudahkan VIP terbabit menggunakan ‘ayat power’ untuk menjerat mereka,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, sejak Januari lalu hingga bulan ini, pihaknya melakukan 400 tangkapan khalwat kebanyakannya membabitkan remaja.

Golongan remaja lebih gemar menjadikan taman rekreasi dan hotel murah sekitar ibu kota sebagai pangkalan untuk bermanja dengan pasangan masing-masing.

Ada yang ditahan di kawasan terbabit memberikan alasan mahu merehatkan fikiran sambil mengenali lebih dekat hati budi pasangan.

“Bagaimanapun, semua alasan itu tidak masuk akal kerana mereka tiada sebarang hubungan mahram selain dikesan sering ke lokasi sama,” katanya.

Menurut Mohamad Zain, jumlah tangkapan itu mungkin lebih rendah berbanding pasangan yang dapat melepaskan diri atau tidak dapat dikesan ketika operasi pencegahan dijalankan Jawi.

Katanya, terdapat pasangan yang pernah ditahan tetapi tidak serik mengulangi kegiatan sama.

“Ketika ditahan, sesetengah mereka dalam keadaan memalukan selain berlagak seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Ada pasangan yang mendakwa mereka tidak salah selagi tidak melakukan ‘sesuatu’ bersama pasangan sedangkan sudah nyata mereka berkhalwat,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Zain menggesa remaja tidak terbawa-bawa dengan emosi atau naluri melampau sehingga mendorong melakukan perbuatan terkutuk.

Beliau turut meminta ibu bapa mengambil berat anak masing-masing, khasnya gadis kerana dibimbangi terpengaruh dengan janji manis individu yang hanya ingin mengambil kesempatan.

“Walaupun sedang hangat bercinta, remaja diminta menjauhkan diri daripada perkara berunsur maksiat kerana lebih banyak merosakkan diri masing-masing.

“Jawi akan mengadakan operasi mencegah maksiat dari semasa ke semasa dan sesiapa saja akan ditahan tidak kira VIP atau orang biasa,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-12-2006, 02:54 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa Jumaat 19hb Disember 2006 :-

Jalan P. Ramlee - Gempur pelacur

PUTRAJAYA : Jalan P Ramlee di ibu kota sah menjadi ‘lubuk emas’ wanita asing, terutama dari Filipina untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral, termasuk menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Ini terbukti apabila Ops Sayang yang dijalankan Jabatan Imigresen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di sekitar jalan itu pada awal pagi kelmarin berjaya menahan 97 wanita warga asing daripada pelbagai negara, termasuk 70 dari Filipina.

Baki pendatang asing yang ditahan ialah 18 warga Vietnam, Kemboja (tiga), China (empat) dan masing-masing satu dari Indonesia dan Thailand.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen, Datuk Ishak Mohamad, berkata wanita terbabit ditahan kerana disyaki melanggar syarat pas lawatan sosial, termasuk terbabit dalam kegiatan tidak sihat.

“Bertindak daripada maklumat, risikan dan laporan muka depan Metro Ahad, baru-baru ini, tujuh kakitangan kami dibantu 27 anggota Rela, lapan JPN dan empat JPA3 menyerbu lokasi terbabit bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, kami menahan 97 wanita asing dari pelbagai negara kerana disyaki melakukan kesalahan terbabit. Mereka dibawa ke depot tahanan imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Muka depan Metro Ahad pada 10 Disember lalu melaporkan nama Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diabadikan pada sebatang jalan di kawasan tiga segi emas di ibu kota kini tercemar dengan puluhan pelacur memperdagangkan tubuh mereka di situ pada setiap malam.

Tinjauan Metro Ahad selama tiga malam berturut-turut mendapati Jalan P Ramlee menjadi lokasi pilihan kumpulan pelacur asing itu berikutan ia tumpuan ramai, termasuk pelancong yang kebanyakannya mengunjungi beberapa pusat hiburan popular yang terdapat di situ.

Kegiatan itu jelas merosakkan imej Jalan P Ramlee yang namanya ditukar dari Jalan Parry pada 1983.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
20-12-2006, 03:41 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu Jumaat 20hb Disember 2006 :-

Gambar bogel pelaris jualan

ALOR STAR : Sebuah premis perniagaan barangan kecantikan di Jalan Pegawai di sini, memaparkan iklan imej wanita bogel pada dinding premis untuk menarik perhatian ramai membeli peralatan kecantikan di situ.

Paparan imej bogel yang menggunakan satu barangan kecantikan itu boleh dilihat dengan jelas kerana ia terletak berhampiran tempat letak kereta awam Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Imej wanita bogel itu juga boleh dilihat pada waktu malam kerana pihak pengurusan premis perniagaan itu menyediakan lampu untuk meneranginya.

Difahamkan, gambar berukuran satu meter panjang dan kira-kira 0.5 meter lebar itu diletakkan di kawasan berkenaan kira-kira tiga bulan lalu dan dipercayai tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Seorang penduduk Yaakub Ibrahim, 47, berkata, paparan imej wanita bogel seperti itu memang tidak sesuai diletakkan di tempat laluan awam itu.

“Sekiranya syarikat itu ingin melariskan perniagaan buatlah cara lain kerana imej wanita bogel akan mempengaruhi gejala sosial terutama di kalangan remaja,” katanya.

Guru, Syarifah Aminah Syed Hassan, 41, berkata MBAS sepatutnya melakukan sesuatu bagi memastikan setiap pengiklan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita tahu wanita sering dijadikan sebagai penarik atau pelaris tetapi janganlah hingga memaparkan imej bogel seperti itu yang tidak sesuai dengan budaya ketimuran,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
10-01-2007, 04:57 PM
Report from Harian Metro dated Wednesday 10 January 2007:-

Gadis Melayu urut batin

KUALA LUMPUR : ‘Gadis urut batin...anytime...anywhere.’ Begitulah promosi terbaru pengusaha rumah urut di negara ini yang dikesan menawarkan perkhidmatan melalui internet, termasuk mempunyai laman web sendiri.

Menerusi laman web terbabit, pelanggan dijanjikan kepuasan maksimum, termasuk servis istimewa di rumah sendiri dengan bayaran berpatutan.

Siasatan Harian Metro mendapati laman web itu mendakwa semua gadis tukang urut batin yang berada di bawah seliaan mereka gadis Melayu berumur 18 hingga 30 tahun.

Untuk lebih meyakinkan bakal pelanggan, gambar beramai-ramai puluhan gadis tukang urut batin dengan gaya menggoda disiarkan.

Bagaimanapun, laman web itu tidak menyebut harga bagi setiap perkhidmatan disediakan dan pelanggan dipercayai mengetahuinya selepas membuat tempahan dan temujanji.

Laman web itu kini dipercayai semakin popular kerana pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah ke rumah urut, sebaliknya hanya melayari internet dan sukar dikesan pihak berkuasa.

Mengulas kegiatan pihak tertentu mewujudkan perniagaan rumah urut itu seperti itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pihak yang mengendalikannya laman web itu sudah melampau.

“Sebelum ini pelanggan dipelawa ke premis perniagaan mereka tapi kini tempahan hanya dibuat ‘di hujung jari’ melalui laman web.

“Ini perkara melampau dan sudah pasti apa yang dilakukan pihak terbabit menyalahi undang-undang kerana mempergunakan gadis, selain menjalankan perniagaan tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, malam tadi.

Menurut beliau, tindakan itu boleh dianggap taktik baru menarik pelanggan.

“Pelanggan boleh melakukan urus niaga secara tersembunyi. Saya bimbang, gadis muda khasnya beragama Islam yang teruja dengan tawaran pendapatan lumayan, gagal menolak permintaan pelanggan yang mahukan perkhidmatan ‘ekstra’ melebihi sekadar urut,” katanya.

Walaupun perniagaan melalui internet, Abdul Rahman berjanji akan menjalankan siasatan berkaitan laman web terbabit.

“Gejala negatif itu wajar dihapuskan selain menyelamatkan gadis muda daripada terperangkap dalam kancah maksiat,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengetahui kegiatan pusat rumah urut yang menyeleweng atau tidak berlesen.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
11-01-2007, 02:02 PM
Report from Harian Metro dated Thursday 11 January 2007:-

‘Saya terpaksa jual maruah’

KUALA LUMPUR : “Saya terpaksa menjadi tukang urut dan menjual kehormatan diri di kota raya ini semata-mata untuk menampung perbelanjaan keluarga di kampung. Lagipun pendapatannya agak lumayan iaitu kira-kira RM200 satu malam.

“Dengan pendapatan ayah yang tidak seberapa kerana bekerja sebagai penoreh getah, saya terpaksa mencari wang tambahan bagi menampung persekolahan adik-adik,” kata seorang gadis memberikan alasan itu ketika ditahan dalam operasi membanteras pelacuran di sebuah hotel di Jalan Petaling di sini, malam tadi.

Dalam operasi kira-kira jam 10 malam itu, gadis berusia 20-an terbabit bersama 8 wanita lain termasuk lima wanita asing, ditahan Unit Cegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) Kuala Lumpur, selepas didapati terbabit dalam aktiviti kurang sihat termasuk pelacuran.

Operasi yang diketuai Ketua D7 IPPKL, Superintendan Zaki Masroh, membabitkan 13 anggota termasuk tiga pegawai selepas mendapat aduan daripada orang awam.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Ida berkata, setiap pelanggan dikenakan bayaran sekitar RM180 dan wang berkenaan dibahagikan dengan pemilik pusat urut.

“Biasanya dua atau tiga pelanggan datang untuk mendapatkan perkhidmatan urutan badan daripada saya pada setiap hari dan ia berdasarkan pakej ditawarkan. Itu tidak termasuk duit tip.

“Sepanjang enam bulan bekerja, saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan kerana kebanyakannya adalah pelanggan tetap,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata, siasatan awal mendapati pusat urut berlesen terbabit menjalankan aktiviti kurang sihat dengan menggunakan perkhidmatan pekerja asing.

“Lima daripada gadis yang ditahan itu membabitkan warga asing iaitu China (3), Thailand (1) dan Indonesia (3) berusia sekitar 20-an dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain bekerja secara haram.

“Mereka yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen berikutan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan akan dihantar pulang ke negara asal secepat mungkin,” katanya.

Katanya, pusat urut terbabit pernah diserbu beberapa kali pada tahun lalu kerana menjalankan aktiviti sama dengan menawarkan perkhidmatan urut dan seks yang beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Pemilik premis terbabit juga dikesan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di depan hotel berkenaan bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Dalam operasi berasingan malam semalam, polis turut menyerbu sebuah rumah urut di sebuah bangunan komersial di Jalan Puncak dan menahan 13 wanita asing membabitkan lapan warga China, Mongolia (2), Filipina (2) dan Thailand (1).
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-01-2007, 03:56 PM
Report from Harian Metro dated Friday 12 January 2007:-

Apartmen di Jalan Imbi sarang maksiat

KUALA LUMPUR : Satu sindiket pelacuran tempatan dikesan menjadikan beberapa bilik apartmen ‘ala hotel’ di Jalan Imbi di sini, sebagai medan pemuas nafsu kepada individu yang mengidamkan ‘ayam muda’.

Dengan berselindung di sebalik rumah urut dan pusat spa, sindiket terbabit mampu meraih pendapatan lumayan kerana menawarkan khidmat seks membabitkan gadis cantik dan gebu berusia 20-an.

Difahamkan, sindiket pelacuran itu menggunakan khidmat gadis asing membabitkan warga China, Indonesia dan Thailand yang berpengalaman sebagai gadis urut, sebelum menawarkan perkhidmatan seks.

Biasanya, satu pertemuan diaturkan sindiket terbabit sebaik pelanggan berpuas hati dengan harga ditawarkan dan sebuah bilik khas yang turut dilengkapi set katil, bilik air menyamai hotel tiga bintang, menjadi lokasi asmara bagi pasangan berkenaan.

Setiap pelanggan disediakan alas tilam, tuala dan beberapa set kondom, manakala lukisan mengghairahkan yang dilekatkan pada dinding katil berkenaan mampu menaikkan nafsu syahwat pasangan terbabit.

Bagaimanapun, kegiatan terbabit ditumpaskan Unit Cegah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) dan D7 Bukit Aman, malam tadi.

Dalam operasi diketuai Ketua D7 IPKKL, Superintendan Zaki Masroh, sebanyak lapan bilik apartmen berkenaan digeledah selepas terbabit dengan aktiviti kurang sihat termasuk kegiatan pelacuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti pelacuran di apartmen berkenaan.

“Bertindak berdasarkan aduan itu, beberapa anggota polis melakukan serbuan ke apartmen dimaksudkan dan menemui beberapa bilik yang dipercayai dijadikan sindiket terbabit sebagai pusat pelacuran.

“Hasil siasatan, beberapa bilik yang dilengkapi set bilik tidur, almari, peti sejuk dan bilik air menjadi antara pakej yang disediakan sindiket terbabit dengan menawarkan gadis tukang urut asing dari pelbagai negara,” katanya.

Ahmad berkata, polis turut menemui ratusan set kondom yang disimpan sindiket berkenaan dalam sebuah loker khas, selain sebilah pisau dan beberapa beg tangan milik pelacur terbabit yang disembunyikan pemiliknya dalam peti bomba.

“Seramai 10 pelacur ditahan untuk siasatan dan mereka membabitkan warga China (5), Indonesia (2), Thailand (1) dan tempatan (2), manakala rakyat asing terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
15-01-2007, 01:15 PM
Report from Harian Metro dated Isnin 15 January 2007:-

Tapak projek di Putrajaya sarang maksiat

PUTRAJAYA : Tapak projek enam blok apartmen di Presint 8 di sini, yang terbengkalai sejak dua tahun lalu, dipercayai menjadi ‘sarang maksiat’ untuk golongan remaja melempias nafsu.

Ini kerana, ada penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran kerap kali melihat kereta dan motosikal dinaiki pasangan remaja melalui jalan kecil ke tapak projek itu selepas jam 10 malam terutama pada hujung minggu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 11, Carlos Basri, berkata kegiatan itu disedari penduduk sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.

“Saya sendiri pernah melihat kereta dan motosikal yang dinaiki pasangan muda melalui jalan kecil ke tapak projek itu, boleh dikatakan hampir setiap malam.

“Kita tak pasti apa yang mereka buat, tapi perbuatan mereka boleh menimbulkan syak wasangka dan lazimnya bermotifkan maksiat,” katanya di sini, semalam.

Carlos yang menetap di sini sejak lima tahun lalu berkata, penduduk juga khuatir tapak projek itu menjadi lokasi penagihan dadah, selain tempat pembiakan nyamuk.

Katanya, situasi itu boleh menjejaskan imej Putrajaya sebagai bandar bestari dan bandar selamat.

“Penduduk berharap pemaju atau pihak berkuasa yang terbabit dapat memastikan tapak projek itu tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lokasi gejala tidak sihat.

“Kalau pun projek itu tidak dapat diteruskan lagi, mereka harus pastikan tapak projek terbabit bersih daripada segala aspek negatif.

“Bandar selamat tidak semestinya dilihat daripada aspek jenayah tetapi juga penyakit dan kesihatan.

“Tapi alangkah baik kalau projek itu dapat disambung semula kerana lokasinya cukup menarik,” katanya.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati kawasan sekeliling tapak projek itu mula dipenuhi semak samun dan ada beberapa tempat air bertakung terutama pada musim hujan.

Kawasan itu dipagar dengan zink tapi masih boleh dimasuki. Malah terdapat kesan tapak projek itu diceroboh berdasarkan beberapa laluan baru bagi mereka yang berjalan kaki.

Siasatan juga mendapati sebuah pondok kecil ‘misteri’ yang didalamnya terdapat tikar dan bantal buruk.

Namun, kawasan itu cukup sesuai untuk melakukan maksiat kerana tersembunyi daripada umum, berhampiran Tasik Putrajaya.

Tapak projek itu berhampiran Jambatan Seri Wawasan yang terkenal sebagai lokasi remaja melepak selepas jam 11 malam.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
17-01-2007, 04:29 PM
Report from Harian Metro dated Wednesday 17 January 2007:-

Tidak sempat langgan pelacur

KUALA LUMPUR : Hasrat beberapa lelaki ‘hidung belang’ berhibur dengan sekumpulan pelacur di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, tidak kesampaian apabila kegiatan di hotel terbabit berjaya dihidu sebelum diserbu pihak berkuasa, malam tadi.

Lelaki hidung belang terbabit yang kebanyakannya berumur lewat 30-an, sanggup membayar sehingga ratusan ringgit kepada pelacur di situ, asalkan nafsu mereka dipenuhi.

Bagaimanapun, tindakan mereka mendapatkan habuan seks daripada pelacur yang kebanyakannya terdiri warga asing tidak menjadi kenyataan, malah mereka turut ditahan untuk disoal siasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata dalam operasi empat jam bermula jam 10 malam itu, seramai 23 pelacur dan sembilan pelanggan ditahan.

“Dua daripada 23 pelacur yang ditahan itu rakyat Vietnam, manakala selebihnya warga China.

“Ketika diserbu sembilan pelanggan sedang memadu asmara di beberapa bilik hotel itu manakala enam pelanggan berada di lobi hotel berkenaan sedang berurusan untuk mendapatkan pelacur,” katanya selepas operasi itu berakhir.

Ahmad berkata, semua pelacur berumur awal 20-an itu dipercayai saki-baki pelacur asing yang ditahan polis di sekitar kawasan itu minggu lalu.

“Kami percaya mereka bergerak ke sini (hotel) sejurus kegiatan mereka diserbu pihak berkuasa.

“Ini berikutan operasi besar-besaran pihak berkuasa di sekitar kawasan itu menyebabkan mereka cuba mencari kawasan baru untuk melakukan operasi,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-01-2007, 02:36 PM
Report from Harian Metro dated Friday 19 January 2007:-

Seks kedai kopi

KUALA LUMPUR : Aksi ghairah seorang wanita tempatan yang cuba menarik perhatian seorang pelanggan sebelum menawarkan perkhidmatan ‘seks kedai kopi’ mengundang padah apabila lelaki yang cuba digodanya seorang pegawai kanan polis.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, pelacur berusia 36 tahun dari Sungai Udang, Klang, tergamam apabila pelanggan terbabit menunjukkan kad kuasa polis.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbabit, pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang berusia 32 tahun bersama seorang anggotanya sengaja memasang perangkap selepas mendapat maklumat kedai kopi di Jalan Petaling itu sering menjadi tumpuan bagi kumpulan pelacur tempatan dan asing menawarkan perkhidmatan.

Pada mulanya, pegawai polis terbabit yang berpakaian biasa memasuki kedai terbabit sebelum memesan minuman dan duduk di situ seperti pelanggan lain.

“Tidak lama kemudian, seorang wanita berpakaian seksi muncul sebelum mendekati meja makan diduduki dua polis terbabit.

“Gadis tempatan itu kemudian berkata, ‘abang cari perempuan ke? Kalau abang nak, saya pun boleh. Hanya bayar RM50 termasuk duit sewa bilik’,” katanya.

Berikutan itu, pegawai polis terbabit segera menunjukkan kad kuasa polis sebelum menahan wanita itu.

“Wanita berkenaan yang gugup kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian berasingan Sabtu lalu, dua anggota polis IPD Dang Wangi turut memasang perangkap di kawasan sekitar Jalan Petaling untuk melumpuhkan kegiatan pelacuran.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lebih lima anggota polis dari IPD Dang Wangi menjalankan operasi di situ berikutan laporan wujud kegiatan pelacuran membabitkan warga asing.

Seorang pelacur warga Indonesia menghampiri pegawai polis terbabit ketika melalui kaki lima kedai.

Wanita itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pegawai polis berkenaan dengan meletakkan harga RM50 bagi satu sesi.

Pegawai polis berkenaan kemudian menunjukkan kad kuasa polis sebelum menahan wanita terbabit yang mulanya enggan mengaku terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Siasatan bagaimanapun mendapati pelacur warga Indonesia terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan dia ditahan di IPD Dang Wangi.

Sementara itu, seorang lagi pelacur asing warga China diberkas di kawasan Jalan Pudu sewaktu beberapa anggota polis sedang melakukan tugas pemantauan.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, seorang pegawai polis berusia 36 tahun mendakwa dihampiri seorang gadis warga China yang berkeliaran mencari pelanggan.

Wanita itu melambai-lambai tangan kepada polis sebelum pegawai polis berkenaan datang ke arahnya,

Wanita itu kemudian menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM50 di hotel berhampiran.

Bagaimanapun wanita yang berasal dari Hubei, China itu terkejut apabila pelanggan yang cuba dipikat itu adalah pegawai polis.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-01-2007, 02:44 PM
Report from Harian Metro dated Friday 19 January 2007:-

Pelacur kerja ikut syif di rumah urut

SUBANG JAYA : Sindiket pelacuran di sekitar daerah ini dikesan berselindung di sebalik rumah urut selain dipecahkan beberapa kumpulan kecil bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah, beberapa serbuan dibuat pihak berkuasa sejak awal bulan ini mendapati, setiap kumpulan mengandungi kurang daripada 20 pekerja dan mereka bekerja mengikut syif.

Selain itu sindiket terbabit menggunakan premis yang terletak dalam hotel selain menggunakan khidmat tonto untuk mengawal kegiatan haram mereka.

Ini terbukti dalam serbuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), polis, imigresen dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) malam tadi yang mendapati kebanyakan premis rumah urut dikawal ketat oleh tonto yang bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ kepada ahli sindiket itu.

Bagaimanapun operasi selama tiga jam bermula jam 9 malam di tiga lokasi di sebuah hotel di Jalan Sungai Besi, USJ dan Bandar Puteri Puchong, membongkar kegiatan haram berkenaan walaupun dikawal ketat oleh tonto.

Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkarnain Che Ali, berkata pihaknya percaya selain menjalankan khidmat mengurut, mereka menawarkan perkhidmatan sampingan.

“Ini kerana melalui pemeriksaan yang dibuat terhadap premis urut itu, kami turut menjumpai beberapa kondom dipercayai digunakan pelacur terbabit.

“Semua rumah urut itu juga kami sudah ambil tindakan dengan menyaman mereka selain tidak lagi memperbaharui lesen berikutan pembabitan mereka dengan unsur maksiat,” katanya di sini, semalam.

Dalam operasi membabitkan tiga rumah urut itu, seramai 65 wanita diperiksa berikutan pembabitan mereka dalam kegiatan maksiat.

Semua wanita terbabit yang berumur 20 hingga 30 tahun dirujuk kepada Jais untuk diberi kaunseling.

Mohd Zulkarnain berkata, MPSJ kini tidak mengeluarkan lesen malah tidak lagi menyambung lesen premis rumah urut berikutan kebanyakan daripada mereka terbabit dengan gejala tidak bermoral.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
22-01-2007, 04:28 PM
Report from Harian Metro dated Monday 22 January 2007:-

Kumpulan pelacur ‘kelas atasan’ dicekup

KUALA LUMPUR : Terkejut dengan kehadiran anggota polis, beberapa pelacur warga asing bertempiaran melarikan diri dalam keadaan separuh bogel dengan tubuh mereka hanya ditutupi tuala kecil sebelum bersembunyi di tangga pangsapuri didiami.

Dalam operasi jam 4 pagi itu, sekumpulan pelacur yang disimpan ‘bapa ayam’ di unit kediaman di tingkat 17 pangsapuri di Jalan Horley di sini, dikesan cuba melarikan diri dengan menaiki tangga ke tingkat 18.

Bagaimanapun, cubaan gadis terbabit berjaya dikesan sepasukan anggota polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, sejurus terdengar suara perempuan dan bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga.

Difahamkan kumpulan pelacur terbabit cuba melarikan diri selepas kehadiran polis di pintu masuk utama pangsapuri disedari tonto yang berkawal sepanjang masa di bahagian bawah kediaman terbabit.

Sumber polis berkata, sepasukan anggota polis kemudian ke tingkat 17 pangsapuri terbabit menggunakan lif.

Sebaik keluar daripada pintu lif, anggota polis terdengar suara wanita bercakap selain bunyi tapak kaki berlari menaiki tangga berhampiran.

“Berikutan itu anggota polis segera menjalankan siasatan sebelum melihat sekumpulan gadis berlari di tingkat 18. Anggota polis mengejar semua gadis berkenaan sebelum menahan lima gadis terbabit.

“Siasatan mendapati gadis yang ditahan itu berusia berusia 20 hingga 29 tahun,’ katanya.

Menurutnya, susulan tangkapan itu, polis kemudian menjalankan pemeriksaan di sebuah premis kosong di tingkat 17 sebelum menemui lima gadis sedang bersembunyi di dalamnya.

“Siasatan mendapati semua gadis terbabit pelacur ‘kelas atasan’ dengan dihantar bapa ayam ke lokasi tertentu berdasarkan tempahan pelanggan.

“Siasatan mendapati enam daripada gadis China yang ditahan itu menyalahgunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong untuk menjadi pelacur di negara ini,” katanya.

Menurutnya, tiga lagi pelacur warga Indonesia dan seorang gadis Thailand didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini.

“Polis percaya sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur muda ini mengenakan kadar bayaran tinggi kepada pelanggan berikutan usia kebanyakan pelacur semuda 20 tahun.

“Biasanya kadar ditetapkan melebihi RM200 dan pelacur terbabit akan dihantar menemui pelanggan di bilik hotel,” katanya.

Siasatan turut mendapati sindiket pelacuran terbabit turut mengubah suai bilik pangsapuri terbabit menjadi ala bilik hotel bagi membolehkan pelanggan memuaskan nafsu.

Menurutnya, semua pelacur yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 11(7) Peraturan Imigresen 1969 kerana menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai pelacur selain Seksyen 6(1)(C) kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Difahamkan pangsapuri sama pernah diserbu polis tujuh hari lalu dan polis berjaya menahan 10 gadis warga asing.

Bagaimanapun dalang sindiket terbabit jelas tidak pernah serik apabila terus menjadikan lokasi sama sebagai sarang maksiat kerana menyangka ia tidak akan dikunjungi polis lagi.

Dalam serbuan terdahulu, sebanyak lapan bilik apartmen berkenaan digeledah sebelum polis menemui beberapa bilik dilengkapi set bilik tidur, almari, peti sejuk dan bilik air yang disediakan sindiket terbabit dengan menawarkan gadis tukang urut asing dari pelbagai negara.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
22-01-2007, 04:34 PM
Report from Harian Metro dated Monday 22 January 2007:-

Kedai kopi sarang pelacur

JOHOR BAHRU : Sebuah sindiket pelacuran dikesan menjadikan perniagaan kedai kopi di bangunan tambahan di sebuah kilang di Taman Mount Austin di sini, sebagai topeng, sebelum menawarkan pekerja wanita mereka memberikan perkhidmatan seks.

Sebaik jam melepasi 12 tengah malam, pelanggan `kedai kopi’ itu boleh membawa pulang lapan pekerja wanita warga Indonesia dengan bayaran RM200.

Namun, helah itu dikesan pihak berkuasa yang membuat serbuan, semalam, selain menahan semua warga Indonesia terbabit dan dua ‘bapa ayam’ yang beroperasi sebagai orang tengah kepada pelanggan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata dua lelaki dipercayai `bapa ayam’ berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu.

Menurutnya, selain itu pihaknya menahan dua lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun yang bertugas sebagai penjaga keselamatan di restoran yang menyediakan minuman keras itu.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui pelbagai majalah, cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) lucah yang ditempatkan di sebuah stor di kedai kopi itu.

“Siasatan mendapati, bangunan kedai kopi itu bangunan tambahan di sebuah kilang yang membekalkan makanan kepada pekerja kilang pada waktu siang.

“Bagaimanapun, selepas jam 12 tengah malam mereka menawarkan khidmat seks dengan mengenakan bayaran RM200 bagi setiap seorang pekerja wanita Indonesia,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh membawa wanita itu ke destinasi yang diingini selepas membuat bayaran.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan persundalan.

Wanita warga asing itu pula, yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini akan didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963.

Sementara itu, dalam satu serbuan berasingan di sebuah pusat karaoke haram, 12 orang membabitkan empat wanita dan lapan lelaki ditahan, di sebuah premis di Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak.

“Siasatan mendapati premis itu menjalankan perniagaan karaoke secara haram dan akan didakwa mengikut Enakmen Hiburan Negeri Johor.

“Seorang daripada 12 yang ditahan itu ialah DJ yang juga kakitangan premis itu, manakala 11 lagi ialah pelanggan dan mereka semua ditahan bagi mengambil keterangan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-01-2007, 12:50 PM
Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

Siang kerani, malam GRO

KUALA LUMPUR : Ada kakitangan kerajaan terutama wanita bujang berjawatan rendah, sanggup menggadai maruah dengan bekerja sambilan sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan di ibu kota, semata-mata ingin mengecapi kehidupan mewah.

Wanita muda terbabit, kebanyakannya dari luar Lembah Klang, hanya bergaji bulanan tidak sampai RM1,000 dan ia tidak mencukupi menampung kehidupan termasuk membayar sewa rumah, ansuran kereta, alat solek, pakaian berjenama selain kos sara hidup lain.

Lebih mengejutkan, ada antara mereka berlagak sopan termasuk memakai tudung di pejabat, tetapi menukar imej dengan berpakaian ranggi dan seksi sebaik memulakan tugas sebagai GRO pada sebelah malam.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu Harian Metro, dia pernah menemui gadis GRO di sebuah pusat hiburan di ibu kota yang bekerja sebagai kakitangan awam berjawatan rendah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Gadis itu mendakwa dia bekerja sebagai kerani di sebuah pejabat kerajaan waktu siang dan menjadi GRO pada malam kerana memperoleh pendapatan sampingan lumayan.

“Saya terkejut apabila gadis itu memberitahu dia bertudung ketika di pejabat. Untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya, saya mengekorinya dan mendapati dia menggunakan kereta dengan nombor plat Putrajaya.

“Gadis itu beritahu saya, dia terpaksa berbuat demikian kerana pendapatan bulanannya tak cukup menampung kehidupan di ibu kota,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, mendedahkan ada kakitangan kerajaan berjawatan rendah terpaksa memandu teksi, berniaga di pasar malam dan kerja di stesen minyak, akibat desakan hidup dan kos sara hidup yang makin meningkat.

Beliau dipetik berkata, dengan gaji pokok serendah RM480 sebulan bagi pekerja am rendah, ia tidak cukup menanggung keluarga.

“Jadi, kumpulan sokongan ini terpaksa membuat kerja sambilan seperti menjadi pengawal keselamatan, memandu teksi dan berniaga di pasar malam.

“Mana mungkin selamanya mereka mahu makan ikan gred rendah yang dijual tiga longgok RM10. Kadangkala isi perutnya (ikan) pun sudah terkeluar. Begitu juga dengan sayur, mereka juga ingin memberikan anak mereka makan sayur segar, bukan sayur layu yang murah.

“Mereka juga teringin keluarga makan makanan berkhasiat. Namun, jika gaji tak cukup, bagaimana hasrat itu mahu dipenuhi,” katanya.

Sejak tahun lalu, Cuepacs meminta kerajaan meneliti permohonan menaikkan antara 10 hingga 40 peratus gaji kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan berikutan kos sara hidup semakin meningkat.

Ini berikutan pelarasan gaji 1.2 juta kakitangan awam belum dibuat sejak lebih sedekad lalu meskipun pelbagai insentif dan kenaikan elaun diberi dari semasa ke semasa.

Semakan Harian Metro di laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati, seorang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) dengan gred lantikan N17 berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Kakitangan seperti itu dibayar gaji RM656.30, Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM80 dan Imbuhan Tetap Perumahan (RM180) sekali gus menjadikan pendapatan mereka RM916.30 sebulan.

Mengikut skim perumahan kerajaan, setiap kakitangan dan pegawai layak menduduki kuarters kerajaan, bergantung kepada jawatan.

Bagaimanapun, masalah yang berlaku jumlah unit perumahan tidak mencukupi menampung kakitangan kerajaan. Justeru, ada yang terpaksa menyewa rumah dan ini sedikit sebanyak meningkatkan kos sara hidup.

Sebagai contoh, sewa satu unit apartmen antara RM600 hingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada saiz.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-01-2007, 01:01 PM
Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

9 tukang urut ditahan

NIBONG TEBAL : Rahsia sebuah rumah kedai tanpa papan tanda di pekan ini menjadi tumpuan terbongkar apabila sembilan wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan, kelmarin.

Operasi kira-kira jam 6.20 petang itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS) diketuai Cif Inspektor S Mogan selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Zainal Abd Aziz, berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 9 wanita warga Thailand kerana disyaki bekerja sebagai tukang urut di rumah kedai itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu mempunyai pasport tetapi disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk melakukan kegiatan tidak bermoral.

Katanya, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai penjaga kedai terbabit bersama lima pelanggan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis yang menerima maklumat melakukan intipan ke rumah kedai terbabit kerana dipercayai tidak mempunyai lesen untuk mengenal pasti kegiatan mereka.

“Dalam serbuan itu sembilan wanita warga Thailand bersama lima pelanggan yang berurusan di situ ditahan untuk membantu siasatan lanjut,” katanya.

Zainal berkata, polis akan meminta Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) mengeluarkan kompaun terhadap rumah urut kerana disyaki beroperasi tanpa lesen.

Menurutnya, sembilan warga asing terbabit yang kini direman 14 hari mulai semalam akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Katanya, lelaki yang bekerja sebagai penjaga kedai terbabit juga direman lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk membantu siasatan.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dalang di sebalik kegiatan rumah urut berkenaan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-01-2007, 01:06 PM
Report from Harian Metro dated Tuesday 23 January 2007:-

Dirogol ayah tiri

KOTA BHARU : Keengganan seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun untuk pulang ke rumah membongkar kegiatan bapa tirinya yang dipercayai merogolnya beberapa kali dalam kejadian di Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini.

Lebih malang, perbuatan bapa tirinya itu didakwa mangsa turut dibantu ibu kandungnya sendiri.

Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak itu tidak mempunyai tempat untuk mengadu sebelum terpaksa melarikan diri ke rumah moyangnya berhampiran.

Difahamkan, perbuatan tidak berperikemanusiaan itu berlaku sejak September tahun lalu dan berlarutan hingga ke minggu lalu ketika mangsa yang sudah tidak bersekolah berada di rumahnya.

Harian Metro difahamkan juga bahawa ibu ‘durjana’ itu dikatakan beberapa kali sanggup membantu suaminya yang juga seorang nelayan membuka seluar anaknya sebelum dirogol.

Berikutan perbuatan itu, mangsa dikatakan lari ke rumah moyangnya sebelum mengadu dirogol bapa tirinya.

Mengetahui kejadian itu, moyang mangsa yang juga seorang warga Thailand membuat laporan polis.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kemudian menahan bapa tiri berusia 69 tahun dan ibu mangsa berusia 32 tahun di rumah mereka, petang kelmarin.

Semalam, pasangan berkenaan direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, mulai semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nazri Ismail mengikut Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah selepas meluluskan permohonan pegawai penyiasat, Cif Inspektor Rathna Lingaiah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II, Deputi Superintendan Suhaimi Chik Noordin, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan mengenai dakwaan itu mengikut Seskyen 376B, Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Katanya, jika sabit kesalahan hukuman penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-01-2007, 06:43 PM
Report from Harian Metro dated Saturday 27 January 2007:-

13 pelacur kena cekup

KUALA LUMPUR : Golongan gian melakukan seks yang memilih malam Jumaat untuk mengunjung rumah pelacuran tersentak apabila premis maksiat itu diserbu pihak berkuasa di Jalan Thambypillay Brickfields di sini, tengah malam kelmarin.

Hasil pemantau pihak berkuasa, pusat pelacuran terbabit dikunjungi ramai pelanggan pada setiap malam Jumaat berbanding malam lain termasuk malam minggu.

Rumah pelacuran itu sudah puluhan kali diserbu polis sebelum ini, namun masih terus menyediakan kegiatan tidak bermoral.

Bertindak berdasarkan aduan, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Kuala Lumpur menyerbu pusat pelacuran terbabit jam 12.30 tengah malam dan menahan 28 pelacur dan pelanggan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata daripada jumlah tangkapan itu, 13 pelacur manakala 15 lagi dipercayai pelanggan berikutan ketika serbuan mereka hanya dalam pusat pelacuran itu.

“Pelanggan yang ditahan itu tidak ada dalam bilik bersama pelanggan tetapi mereka diberkas bagi mengambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, empat pusat yang dijadikan sarang pelacuran itu adalah bangunan kosong yang ditinggal pemiliknya sebelum diambil alih seseorang untuk dijadikan rumah pelacuran.

Katanya, polis turut menemui satu kotak mengandungi ribuan kondom yang belum digunakan.

“Semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakan Cop 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-02-2007, 08:02 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Februari 2007 :-

Warga asing berpesta arak

JOHOR BAHRU : Perkampungan Ungku Mohsin, Tampoi di sini, yang dinamakan sempena seorang +++oh berjasa, kini lebih sesuai bergelar ‘Kampung Antarabangsa ’ kerana dicemari lebih 50 asrama menempatkan ribuan warga asing sejak kebelakangan ini.

Warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Vietnam yang menghuni asrama di situ sering berpesta arak serta terjebak dengan gejala sosial.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Larkin, Adam Sumiru, berkata kewujudan asrama itu yang dihuni kira-kira 3,000 warga asing semakin dibimbangi kerana menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk tempatan.

Beliau berkata, sejak sebahagian kediaman di situ disewa dan digunakan sebagai asrama pekerja, perkampungan itu dibanjiri ribuan pekerja asing.

Menurutnya, kehadiran mereka dipandang serong kerana sering terbabit dalam masalah sosial termasuk pergaduhan.

Katanya, kumpulan warga asing terbabit juga didakwa sering mengganggu keselesaan penuntut asrama Puteri Ungku Mohsin Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) kerana bebas menjalankan aktiviti sosial termasuk berpesta arak tanpa menghiraukan penduduk lain.

“Sebahagian warga asing itu bekerja sebagai buruh manakala sebahagian lagi di kilang.

“Apa yang penduduk bimbang ialah bilangan pekerja asing semakin bertambah berikutan semakin ramai pemilik rumah sanggup menyewakan rumah masing-masing selepas berpindah ke lokasi lain.

“Kumpulan warga asing itu sering mabuk dan bergaduh sesama sendiri sehingga mengancam keselamatan penduduk,” katanya.

Adam berkata, antara kediaman di perkampungan itu yang digunakan sebagai asrama pekerja ialah di Jalan Ahad, Jalan Ithnin, Jalan Selasa dan Jalan Khamis.

Menurutnya, persetujuan pemilik rumah membenarkan kediaman masing-masing digunakan sebagai asrama pekerja boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia bercanggah mengikut Kanun Guna Tanah.

“Apabila disiasat, kumpulan warga asing berkenaan menafikan penempatan itu dijadikan sebagai asrama pekerja, sebaliknya mendakwa ia hanya beroperasi sebagai rumah tumpangan.

“Asrama mahupun rumah tumpangan, ia tetap salah tanpa mendapat kebenaran MBJB dan kami memandang serius perkara berkenaan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
06-02-2007, 08:04 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 6hb Februari 2007 :-

Romeo Afrika lagak hartawan

KUALA LUMPUR: Dengan menyamar hartawan Perancis, sekumpulan ‘romeo’ atau ‘pisau cukur’ dari Afrika Utara menggunakan umpan kasih sayang serta ‘ayat’ romantis sebagai taktik memikat wanita tempatan sebelum mengugut menyiarkan gambar bogel mereka di internet jika gagal memberikan mereka wang berterusan.

Taktik pemerasan wang atas nama cinta itu menyebabkan segelintir gadis tempatan hidup terhimpit apabila dipaksa menyerahkan wang tidak kurang RM500 setiap bulan kepada ‘jantan keparat’ terbabit.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang fasih berbahasa Perancis turut menggunakan pelbagai taktik serta alasan lain, termasuk menunggu kelulusan daripada kementerian tertentu untuk membuka restoran Perancis di ibu negara bagi meraih kepercayaan mangsa sebelum mula menunjukkan belang sebenar mereka.

Suspek yang dipercayai berasal dari Afrika Utara, terutama Maghribi dan Algeria, dikesan mengeksploitasi pas kerja tiga bulan mereka untuk mengikis wang serta harta mangsa yang kebanyakannya wanita sudah berumur yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Lelaki terbabit memujuk mangsa melakukan hubungan seks dan tanpa disedari merakam gambar mereka dalam keadaan bogel untuk dijadikan senjata ugutan bagi mendapatkan wang.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 40-an, berkata dia mula mengenali seorang jejaka Afrika yang pada mulanya disangka warga Perancis awal 2005 di sebuah disko ibu kota.

Nor yang pada masa itu di ambang perceraian dengan suami, mengakui tekanan akibat keretakan rumah tangga serta kesunyian membawanya lebih rapat dengan pemuda asing berusia 20-an itu.

“Pada mulanya dia amat baik dan sentiasa memahami emosi saya yang tidak menentu ketika itu. Malah, dia sangat setia mendengar apabila saya berhadapan masalah.

“Selepas hampir setahun bersama, dia mengajak saya berkahwin dan berjanji menyara hidup saya dan anak apabila mendapat kelulusan membuka restorannya di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak berkahwin, mereka mengambil keputusan tinggal sebumbung atas dasar saling mencintai.

“Namun, sikap romantisnya tiba-tiba bertukar panas baran, terutama apabila gagal mendapatkan duit daripada saya. Malah teman lelaki saya itu sering mencuri wang dari dompet ketika saya sedang lena.

“Hari berganti hari, janjinya entah ke mana. Saya hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan apabila mengetahui dia curang terhadap saya dan hanya bersama saya untuk mendapat wang,” katanya.

Menurutnya, keadaan semakin teruk apabila lelaki terbabit mula memukul dan mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya yang diambil ketika tidur di internet.

“Selain itu, dia mengugut menculik anak saya yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dia buntu dan jiwanya terseksa sehingga anak terabai, namun masih dihubungi lelaki Afrika terbabit yang mengugutnya sehingga kini untuk mendapatkan wang.

“Saya sungguh tak sangka perhubungan kami boleh jadi sebegini. Dia berbuat apa saja untuk mendapatkan wang daripada saya. Apabila saya minta dilepaskan, dia meminta RM50,000 dan sebuah Proton Waja jika tidak mahu terus diganggu dan diugut,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Nor berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, sumber polis IPK Kuala Lumpur yang dihubungi menasihati gadis tempatan supaya berhati-hati jika ingin menjalin cinta dengan lelaki warga asing.

Menurutnya, kes membabitkan peras ugut menggunakan gambar bogel terhadap gadis tempatan semakin kerap dilaporkan kebelakangan ini.

“Kebiasaannya suspek akan menunjukkan sikap ambil berat serta kasih sayang sebelum bertindak kasar terhadap ‘kekasih’ mereka jika kemahuan tidak dituruti.

“Selain sikap panas baran, mereka menggunakan kekasaran fizikal yang melampau terhadap mangsa dan sanggup melakukan apa saja untuk memperoleh wang serta seks percuma,” katanya.

Difahamkan, kumpulan terbabit yang rata-ratanya bergerak secara individu menjadikan pusat tumpuan seperti kompleks beli-belah mewah dan disko yang dikunjungi golongan berada sebagai medan mendapatkan mangsa.

“Saya nasihatkan wanita tempatan yang menjadi mangsa segera tampil membuat aduan polis supaya masalah ini dapat diatasi,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
10-02-2007, 04:30 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 10hb Februari 2007 :-

Modal cerita lucah

KUALA LUMPUR: Dengan hanya bermodalkan 50 sen, seseorang pelajar boleh ‘mentelaah’ senaskhah majalah mini mengandungi pelbagai cerita berunsur lucah di kedai buku kaki lima sehingga habis dan berpeluang memilikinya dengan hanya membayar RM3.50 hingga RM8.

Pelbagai majalah lucah mini yang digelar ‘komik’ kini dijual secara terbuka di kedai kaki lima dengan memaparkan gambar wanita seksi dalam posisi mengghairahkan pada kulitnya bagi menarik perhatian golongan remaja, termasuk pelajar.

Penerbitan majalah bersaiz poket itu dipercayai antara taktik kotor syarikat penerbit buku tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan kesan jangka panjang terhadap golongan muda.

Sekilas pandang, majalah itu kelihatan seakan-akan majalah motivasi yang kononnya mampu memberi pengajaran dan teladan berguna, selain didakwa mengandungi pedoman hidup kepada pembaca supaya tidak terdedah kepada masalah sosial mahupun kehidupan seks bebas.

Malah, penerbit sengaja menetapkan harga yang mampu dibeli golongan remaja, iaitu tidak sampai RM10 senaskhah bagi melariskan jualannya, manakala pekedai pula seolah-olah bersubahat apabila membenarkan pelajar membaca majalah berkenaan dengan hanya membayar 50 sen.

Dengan kewujudan bahan bacaan sebegini, ia bukan saja memberi dorongan negatif secara langsung terhadap golongan muda yang dipengaruhi sikap ingin tahu yang tinggi, malah mencetuskan pengaruh tidak sihat terhadap minat membaca.

Ia sepatutnya disekat bagi mengurangkan punca masalah sosial yang kini di tahap membimbangkan selain mencemarkan industri penerbitan bahan cetak.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah berkata, majalah berkenaan adalah antara buku yang paling laris di kedainya berbanding majalah berbentuk ilmiah.

“Kebanyakan yang datang membeli majalah ini golongan remaja termasuk pelajar. Ada juga antara mereka yang datang membaca di kedai beramai-ramai.

“Bagaimanapun, untuk bacaan di kedai, mereka perlu bayar 50 sen bagi setiap judul yang dipilih,” katanya.

Menurut Hasnah, dia turut mengklasifikasikan majalah berkenaan sebagai komik kerana bersaiz sama.

“Saiz majalah ini sama dengan komik, jadi ia memudahkan penyusunan bahan bacaan di kedai selain mudah dikenal pasti pengunjung,” katanya.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, ketika dihubungi berkata, penerbitan dan penjualan bahan bacaan sedemikian dilarang sama sekali kerana menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Sekiranya mereka (penerbit buku) didapati bersalah, pihak kementerian akan mengeluarkan amaran dan merampas bahan bacaan terbabit sebelum permit mereka digantung atau dibatalkan terus.

“Setakat ini kita mengenakan syarat kepada syarikat penerbitan supaya menyerahkan naskhah contoh bahan bacaan terbitan mereka untuk disemak. Jadi tidak wujud kebocoran pada sistem pemantauan, malah ia dijalankan secara tersusun.

“Majalah atau bahan terbitan dari luar negara pula akan melalui semakan terperinci di pintu masuk negara ini,” katanya.

Menurut Fu, lebih sejuta tajuk terbitan dari luar negara melalui semakan kementeriannya dan hanya sebahagian kecil disekat selepas dikesan mengandungi gambar dan artikel berunsur lucah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan wujud kegiatan menyalahgunakan nombor siri penerbitan dan permit penerbitan yang dikeluarkan kementerian itu.

“Mungkin ada syarikat penerbitan yang mengambil kesempatan menerbitkan buku atau majalah berlainan tapi menggunakan nombor siri sama bagi mengelakkan kegiatan mereka diketahui pihak berkuasa.

“Dalam kes sebegini, kita akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan bukti sahih sebelum sebarang tindakan dan amaran dikeluarkan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-02-2007, 02:54 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Februari 2007 :-

Guna almari tutup pintu bilik rahsia simpan DVD

JOHOR BAHRU: Taktik sekumpulan pengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak menggunakan almari untuk menutup pintu bilik rahsia yang menyimpan bahan itu, terbongkar apabila penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menyerbu dua premis di sebuah pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Bertindak atas maklumat orang ramai, serbuan dilakukan ke atas kedua-dua premis yang dijadikan stor menyimpan serta pengedaran DVD itu dan lebih 25,000 keping DVD pelbagai judul filem, dirampas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Johor, Fahmi Kassim, berkata bilik rahsia di belakang sebuah almari di satu daripada stor berkenaan digunakan untuk menyorok ribuan DVD cetak rompak termasuk filem baru sebelum diedarkan kepada penjual di sekitar negeri ini.

“Pintu bilik rahsia ditutup dengan sebuah almari dan selain stor, ia dijadikan tempat persembunyian dan melarikan diri anggota sindiket menjual DVD cetak rompak sebelum ini.

“Stor yang mempunyai bilik rahsia itu dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan anggota sindiket itu melarikan diri daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan DVD cetak rompak di dua stor berkenaan dianggarkan lebih RM175,000 dalam serbuan menerusi ‘Ops Helang’ kira-kira jam 3 petang.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang melakukan kerja pengedaran DVD cetak rompak di stor berkenaan.

Beliau berkata, serbuan Ops Helang itu membabitkan 10 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor diketuai Wan Asrul Effendi.

Katanya, pihaknya turut merampas masing-masing satu unit televisyen, alat pemain DVD dan komputer.

“Siasatan awal mendapati bilik rahsia di stor berkenaan digunakan sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran DVD cetak rompak untuk dihantar ke pusat beli-belah sekitar bandar raya ini selain ke daerah lain termasuk Batu Pahat dan Singapura,” katanya.

Sehubungan itu, Fahmi berkata, kedua-dua lelaki dan wanita itu akan ditahan bagi membantu siasatan sebelum didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987.

Jika sabit kesalahan, katanya, mereka boleh didenda antara RM5,000 hingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-02-2007, 03:01 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Februari 2007 :-

Taktik baru tawar seks

JOHOR BAHRU: Beberapa sindiket pelacuran di sekitar Skudai, Pulai dan Kulai di sini, dikenal pasti beroperasi dalam kumpulan kecil dan menggunakan premis persendirian bagi menawarkan perkhidmatan seks, berbanding hotel murah.

Perubahan modus operandi itu dikesan selepas siasatan dan tangkapan sejak awal tahun ini mendapati sindiket berkenaan kini beralih kepada premis persendirian, berbanding menggunakan hotel murahan sebelum ini.

Selain itu, mereka beroperasi dalam bilangan kecil bagi mengelak wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan serentak, selain sempat melarikan diri jika sesuatu tempat diserbu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata hasil siasatan dan serbuan menerusi Operasi Noda pihaknya mendapati sindiket pelacuran kini beralih kepada premis persendirian seperti apartmen, rumah sewa dan rumah kedai, berbanding hotel murah.

Katanya, dalam beberapa serbuan sejak Januari lalu, pihaknya menahan 44 orang, membabitkan 28 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks serta 16 lelaki tempatan yang bekerja sebagai bapa ayam, pengawal serta pelanggan wanita berkenaan.

Menurutnya, 28 wanita warga asing itu membabitkan 15 (Thailand), 11 warga Indonesia dan 2 China, berusia antara 21 hingga pertengahan 30-an, manakala 16 lelaki terdiri daripada pelanggan, pekerja dan bapa ayam berusia antara 20-an hingga 40-an.

Daripada kira-kira 10 serbuan, katanya, hanya satu tangkapan dilakukan di sebuah hotel murah di sekitar kawasan Skudai, manakala selebihnya membabitkan premis persendirian sama ada di apartmen, rumah sewa mahupun rumah kedai.

“Siasatan mendapati, sindiket pelacuran di kawasan sekitar ini kini lebih tertumpu kepada premis persendirian bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.

“Mereka kini beroperasi dalam kumpulan kecil antara tiga dan empat wanita, dipercayai bagi mengelak semua wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan seks itu ditahan sekali gus.

“Selain itu, penggunaan premis persendirian dianggap lebih selamat dan mereka yang menyewa premis berkenaan boleh berpindah dengan mudah berbanding beroperasi di hotel murah,” katanya.

Beliau berkata, selain sanggup mengeluarkan modal besar untuk menyewa premis persendirian, sindiket berkenaan melengkapkan premis itu dengan pelbagai alat keselamatan.

Menurutnya, antara ciri-ciri keselamatan digunakan beberapa sindiket pelacuran itu termasuk kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar premis, pengawal keselamatan kad dan dua jeriji di pintu satu-satu premis.

Katanya, penggunaan alat kawalan keselamatan itu bukan saja bertujuan memudahkan mereka melihat keadaan sekeliling, malah dipercayai bagi menyukarkan serbuan pihak berkuasa.

Walaupun mengeluarkan belanja besar, katanya, sindiket itu mengenakan bayaran tinggi bermula RM60 hingga lebih RM200. bergantung pada jenis perkhidmatan dan warga negara wanita itu.

Berikutan itu, katanya, polis akan meneruskan serbuan membabitkan premis persendirian serta pemeriksaan di hotel murah dan mengalu-alukan maklumat orang ramai.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
13-02-2007, 01:06 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 13hb Februari 2007 :-

50 ditahan dalam serbuan awal pagi di Johor Bahru

JOHOR BAHRU : Polis menahan 50 orang termasuk empat wanita kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam serbuan di kawasan pembinaan Pusat Pentadbiran Baru Johor, Nusajaya, di sini awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an itu ditahan dalam satu operasi bersepadu membabitkan 224 anggota dan pegawai polis, Rela serta Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan untuk membanteras kawasan itu daripada menjadi tempat persembunyian penjenayah, perjudian dan sarang pelacuran.

"Dalam operasi selama lima jam berakhir jam 3 pagi, kami memeriksa 418 pekerja asing termasuk wanita dan kanak-kanak yang berada di kawasan pembinaan dan tinggal di rumah kongsi.

"Hasil pemeriksaan, polis menahan 50 orang berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk empat wanita kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya di sini, Sabtu lalu.

Selain itu, Ruslan berkata, pemeriksaan di kawasan rumah kongsi di Nusajaya itu, pihaknya tidak menemui sebarang senjata atau alat perjudian.

"Bagaimanapun, kami akan meneruskan operasi di kawasan pembinaan dari semasa ke semasa bagi mengelak ia menjadi kawasan persembunyian penjenayah," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan kawasan Nusajaya masih dalam pembinaan tetapi pekerja Indonesia di kawasan itu didakwa sudah menjalankan pelbagai aktiviti songsang seperti pelacuran serta perjudian, terutamanya pada waktu malam.

Perniagaan itu bagaimanapun hanya terbuka kepada mereka yang dikenali di kalangan pekerja kontrak seramai kira-kira 700 orang dan didakwa turut membabitkan pekerja tanpa permit.

Difahamkan, keadaan bertambah buruk sejak kira-kira empat bulan lalu apabila kebanyakan pekerja kontrak berkenaan yang tinggal di rumah kongsi mula membawa balik wanita.
--- KatoeyNewsNetwork

SOKHLONGKOK
13-02-2007, 10:08 PM
Wah! Ni macam susah kalau mau memantat di negara jiran sebelah!
Baik memangkul atau mengotek di negeri sendiri!

Memangkul, memantat, mengotek = to mate

KatoeyLover69
14-02-2007, 02:04 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Februari 2007 :-

RM20 lelong teman wanita

Bohsia bagai barang dagangan anggota kumpulan Mat Rempit

KUALA LUMPUR : “Kau nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia ‘jalan’,” begitulah perbualan seorang Mat Rempit dengan rakan lumba haramnya ketika melelong gadis bohsia untuk ditiduri.

Perbualan sedemikian sering didengari seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Siti di satu taman rekreasi di ibu kota terutama pada malam minggu.

Menurut Siti, penawaran gadis teman tidur di kalangan sesama Mat Rempit membabitkan bohsia berusia belasan tahun itu dilakukan tidak ubah seperti urus niaga barang makanan harian yang dilakukan tanpa segan dan hormat kepada orang sekeliling.

“Ramai penjaja di taman rekreasi itu menutup perniagaan menjelang malam kerana jelak dengan suasana ‘jijik’ ketika proses jual beli gadis bohsia itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Taman rekreasi itu dipercayai menjadi markas baru Mat Rempit menjual gadis bohsia secara lelong dan terbuka dengan menawarkan harga semurah RM20 untuk satu perkhidmatan seks.

Seorang anggota Mat Rempit hanya mahu dikenali sebagai K yang pernah menjadi ‘orang tengah’ dalam urus niaga gadis bohsia, mendakwa perkhidmatan seks ditawarkan itu sekadar ‘cari makan’.

“Segelintir Mat Rempit kini naik taraf menjadi ‘bapa ayam’ kecil-kecilan dengan menawarkan teman wanita masing-masing kepada rakan yang ingin mendapatkan khidmat seks.

“Tapi tak semua Mat Rempit berani buat begitu. Kalau yang jual tu mesti dah terdesak sangat nak cari duit,” katanya.

K yang berusia 25 tahun adalah seorang daripada ketua Mat Rempit yang dianggap ‘Otai’ atau orang lama di kalangan kumpulan pelumba motosikal haram di ibu negara.

“Geng Mat Rempit ni banyak. Ada Geng Apache, Benetton, Pangkah, Ranggi dan Uncle. Ada segelintir ahlinya sanggup jual teman wanita mereka kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

“Wang itu dipercayai digunakan untuk ‘berjoli’ seperti membeli dadah terutama syabu dan arak selain digunakan untuk ke disko dan berjudi,” katanya.

Harga bagi perkhidmatan seks seorang gadis bohsia bergantung paras rupa dan bentuk tubuhnya serta ditawarkan serendah RM20 untuk satu sesi dan boleh mencecah RM500 bagi satu malam.

Gadis terbabit ‘dijual’ hampir setiap hari dan urus niaga lebih ‘rancak’ menjelang hujung minggu. Gadis terbabit boleh ‘berpindah tangan’ daripada seorang Mat Rempit kepada yang lain sehinggakan mereka dianggap barang dagangan yang diedar secara bergilir-gilir.

Menurut K, selepas proses jual beli selesai, perempuan terbabit dibawa ke ‘port’ Mat Rempit untuk ‘diratah’ atau hanya dibawa berjalan sebagai teman biasa.

“Ada yang beli untuk ‘kenduri’ beramai-ramai tapi kebanyakannya nak ‘pulun’ seorang, baru puas dan berbaloi,” katanya.

K berkata, ketua geng terbabit sentiasa memastikan keselamatan teman wanita mereka terjamin walaupun sesiapa saja di kalangan Mat Rempit boleh melanggan gadis terbabit.

“Mereka (gadis bohsia) sanggup dijual kerana sayang dan percayakan teman lelaki masing-masing serta sanggup buat apa saja demi cinta.

“Tetapi ada juga yang diugut ketua geng terbabit berikutan kebanyakan perempuan terbabit lari daripada keluarga serta tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-02-2007, 11:13 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 23hb Februari 2007 :-

Guna nama bukan Islam

JOHOR BAHRU : Taktik seorang lelaki mendaftar masuk sebuah hotel di Taman Bukit Mewah di sini, dengan menggunakan nama bukan Islam dipercayai untuk melakukan maksiat dengan pasangannya, gagal apabila ditahan pihak berkuasa, malam kelmarin.

Helah lelaki berusia lingkungan 20-an itu terbongkar apabila pegawai dan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) menyerbu semua bilik di hotel berkenaan dan tidak hanya bilik disewa penghuni Islam.

Terdahulu, usaha pegawai dan penguat kuasa JAJ menjalankan pemeriksaan di setiap bilik hotel itu cuba dihalang kakitangan hotel dengan alasan polis sudah menjalankan serbuan beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, lelaki itu mendakwa tidak tahu pendaftaran dilakukan atas nama orang lain kerana terus menjelaskan bayaran bagi tempoh tiga jam dari jam 10 malam hingga 1 pagi.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata tiga pasangan lagi turut ditahan dalam serbuan `Ops Hari Kekasih’.

“Pelbagai helah digunakan pasangan untuk melakukan maksiat sempena Hari Kekasih itu. Lelaki itu yang mendaftar menggunakan nama lelaki Cina dicekup bersama pasangannya yang bukan Islam.

“Dalam operasi pencegahan maksiat dua hari bermula jam 9.30 malam hingga 1 pagi itu, lapan pasangan ditahan di beberapa hotel di Tampoi, Kulai dan Senai.

“Empat pasangan ditahan pada Selasa lalu, manakala empat lagi malam tadi (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Yosree berkata, mereka yang ditahan dalam operasi itu berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Menurutnya, pada hari pertama operasi, empat pasangan ditahan membabitkan wanita Indonesia dan lelaki warga Indonesia serta penduduk tempatan.

Beliau berkata, pada operasi malam kelmarin, semua pasangan yang ditahan penduduk tempatan termasuk seorang wanita bukan beragama Islam.

“Ada juga lelaki yang ditahan memberi alasan menghantar teman wanita yang tinggal di situ.

“Sedangkan berdasarkan siasatan awal, mereka mendaftar masuk ke situ hanya untuk tempoh masa singkat iaitu antara dua hingga tiga jam,” katanya.

Beliau mengingatkan umat Islam sambutan Hari Kekasih bercanggah dalam ajaran Islam.

“Perasaan kasih sayang adalah fitrah dalam kehidupan, namun perlu mengikut syariat yang ditetapkan, bukannya membuta tuli sehingga sanggup menggadaikan harga diri,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-02-2007, 11:16 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 23hb Februari 2007 :-

Bogel tepi katil

SEREMBAN : Seorang wanita warga Indonesia tanpa sehelai benang dan kekasihnya warga Nepal yang hanya berkain sarung tanpa baju ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan Hari Kekasih oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita itu dan pasangannya berusia 20-an ditahan di sebuah hotel bajet di Taman Semarak, Nilai dekat sini kira-kira jam 10 malam oleh sekumpulan lapan anggota penguat kuasa JHEAINS yang membuat operasi khas di kawasan berkenaan bermula jam 9 malam hingga jam 1 pagi.

Ketua Unit Penguat Kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini, berkata ketika sampai ke lokasi, anggota penguat kuasa tidak menunggu lama untuk masuk ke dalam bilik hotel berkenaan apabila pintu bilik itu dibuka lelaki Nepal berkenaan.

Menurutnya, selepas pintu dibuka, mereka terkejut apabila mendapati wanita Indonesia itu berdiri tanpa seurat benang di sisi katil dan anggota penguat kuasa wanita terus menyuruh wanita Indonesia berkenaan memakai pakaian.

“Mereka kemudian meneruskan siasatan terhadap pasangan berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Nilai.

“Selepas mengambil butiran peribadi, mereka dibawa ke Balai Polis Nilai untuk jaminan dengan wanita berkenaan dijamin abang iparnya yang sudah menetap di negeri ini dan mempunyai taraf penduduk tetap.

“Lelaki Nepal itu dibawa ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya selepas majikannya enggan menjaminnya,” katanya di sini, semalam.

Ahmad berkata, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap wanita terbabit selepas perayaan Tahun Baru Cina untuk membolehkan tindakan pendakwaan di Mahkamah Syariah dijalankan.

Beliau berkata, dalam operasi sama, dua pasangan lain berusia lingkungan 20-an turut ditahan di Pekan Nilai dan di Sikamat dekat sini.

Katanya, semua mereka kecuali lelaki warga Nepal itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah tidak lama lagi.

“Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana berkhalwat atau cubaan melakukan persetubuhan haram.

“Jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
25-02-2007, 12:14 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 24hb Februari 2007 :-

11 tukang urut kongsi bilik

SUBANG : Wanita tukang urut yang bekerja untuk sebuah spa di hotel terkemuka di Subang Jaya di sini, ditempatkan dalam sebuah bilik kecil daif dan terpaksa dikongsi 11 orang pada satu masa.

Mereka hanya diberikan satu tilam nipis manakala makanan disediakan dicatatkan nombor tertentu pada bekas pengisinya untuk menunjukkan ia milik kumpulan terbabit.

Bilik di belakang spa berkenaan dipercayai untuk memudahkan wanita terbabit menyalin pakaian sebelum melayan pelanggan.

Sebelum ini, spa terbabit sudah lima kali diserbu sejak awal tahun ini dan dalam serbuan itu, pihak berkuasa menemui kondom serta pelbagai barangan lain dipercayai digunakan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Bagaimanapun, dalam serbuan petang semalam, tiada kondom atau barangan berkaitan seks ditemui di situ.

Menurut Pengarah Pelesenan dan Penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Zulkarnain Che Ali, serbuan jam 6 petang itu dijalankan selepas pengurusan spa terbabit ingkar menutup operasinya.

“Ini kali keenam spa ini diserbu sejak awal tahun ini. Sebelum ini, MPSJ dengan bantuan agensi kerajaan lain sudah mengeluarkan pelbagai amaran serta kompaun kepada pengurusannya.

“Mereka bagaimanapun ingkar dan terus beroperasi tanpa lesen selain dipercayai turut terbabit dalam kegiatan tidak bermoral dengan penemuan kondom dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Zulkarnain, MPSJ akan mengenakan kompaun maksimum sehingga RM25,000 kerana keingkaran pengurusan spa terbabit menutup operasinya walaupun sebelum ini kompaun dan amaran tindakan lebih tegas pernah sudah lima kali dikenakan.

Dipercayai pengurusan spa terbabit terus beroperasi kerana keuntungan lumayan dikutip hasil perniagaan itu.

“Sebelum ini, spa terbabit diberikan lesen perniagaan tetapi ditarik balik pada 2006 selepas kami mendapati kegiatannya melanggar syarat tertentu ditetapkan pihak berkuasa.

“Mereka mengambil tindakan sendiri dengan terus beroperasi menyebabkan kami tiada pilihan selain menyita dan mengeluarkan kompaun maksimum sebagai langkah memastikan pihak terbabit mematuhi undang-undang,” katanya.

Dalam operasi berkenaan, peralatan audio selain televisyen turut dirampas manakala spa terbabit disita untuk tindakan lanjut.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-02-2007, 06:09 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 28hb Februari 2007 :-

Pasangan Indonesia berbogel

MELAKA : Media House di Ayer Keroh, dekat sini, yang dalam pembinaan dikesan menjadi `sarang’ warga asing melakukan maksiat.

Kegiatan warga asing terbabit yang kebanyakannya warga Indonesia terbongkar dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, Jaim menahan sepasang kekasih warga Indonesia yang ditemui tidur tanpa seurat benang di tingkat satu bangunan itu.

Berdasarkan siasatan Jaim terhadap pasangan terbabit, dimaklumkan terdapat enam pasangan kekasih memadu asmara di bangunan itu sepanjang cuti perayaan Tahun Baru Cina lalu.

Lelaki yang ditahan itu adalah pekerja binaan di bangunan itu manakala pasangannya adalah pekerja industri di kilang berhampiran.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika pasangan terbabit ditemui, mereka tidur di atas tilam di sebuah pejabat bangunan berkenaan dalam keadaan mengaibkan.

Katanya, kehadiran pihaknya dan anggota polis langsung tidak disedari mereka kerana sedang nyenyak tidur.

“Apabila dikejutkan, pasangan berkenaan bergegas mencapai kain pelekat dan tuala bagi menutup badan masing-masing.

“Siasatan mendapati lelaki berusia 29 tahun itu adalah buruh binaan manakala pasangannya yang berusia 25 tahun adalah pekerja industri di kilang berhampiran,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita berkenaan sudah mengenali lelaki terbabit sejak tiga bulan lalu dan mengakui sering `bermalam’ bersama teman lelakinya di bangunan itu.

Katanya, wanita itu tinggal di asrama disediakan majikannya yang terletak beberapa meter dari tempat teman lelakinya bekerja.

“Kedua-dua pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah pada pagi ini mengikut Seksyen 52, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, percubaan persetubuhan haram,” katanya.

“Pasangan terbabit didenda maksimum sebanyak RM3,000 setiap seorang,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-03-2007, 01:35 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 1hb Mac 2007 :-

Maruah RM15

Gadis diperkosa bergilir-gilir ganjaran pinjamkan wang

KUALA SELANGOR: Hanya kerana wang RM15, seorang gadis yang juga pelajar kolej swasta tergadai maruah diri apabila diperkosa bergilir-gilir lebih enam lelaki yang juga rakan kuliahnya sendiri.

Mangsa yang berusia awal 20-an itu pada mulanya dikatakan cuba meminta wang berkenaan daripada kekasihnya, tetapi lelaki itu didakwa meminta ganjaran seks.

Berikutan itu, mangsa menyerahkan kehormatan dirinya kepada kekasihnya di sebuah rumah kosong di Tanjung Karang, dekat sini, pertengahan Februari lalu.

Sumber polis berkata, bagaimanapun sejurus selesai melakukan hubungan seks, dua lagi rakan mangsa muncul di rumah kosong itu dan mengugut mahu membocorkan perlakuan sumbang mereka kepada orang ramai.

“Mangsa kemudian diminta membenarkan tubuhnya diperkosa kedua-dua lelaki terbabit jika tidak mahu rahsianya didedahkan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan dan malu jika perbuatan itu diketahui rakan lain serta keluarga, terpaksa menuruti kehendak dua lelaki terbabit.

“Kes itu berulang lagi pada hari kedua apabila suspek bersama dua rakannya mengugut mangsa dengan alasan sama. Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikuti suspek ke rumah kosong berkenaan sebelum dirogol beramai-ramai sekali lagi,” katanya.

Keesokannya, suspek bersama lima rakan kolej mangsa sekali lagi datang mengugut mangsa sebelum merogolnya berulang kali di tempat sama bermula petang hingga malam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma dan tertekan sebelum menceritakannya kepada seorang tenaga pengajar kolej berkenaan. Dia kemudian dinasihatkan membuat laporan polis.

“Polis Kuala Selangor menerima laporan kes pada 21 Februari tapi tidak dapat menahan suspek kerana pelajar kolej itu sedang bercuti.

“Setakat ini, lima pelajar berusia awal 20-an itu termasuk teman lelaki mangsa sudah ditahan sebaik mereka kembali ke kolej selepas tamat cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam (kelmarin).

“Siasatan juga dijalankan sama ada teman lelaki mangsa merancang kejadian itu atau dia tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan lain yang merogol mangsa,” katanya.

Kumpulan pelajar itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi semalam dan diperintahkan ditahan reman selama 10 hari untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Selepas membuat laporan, mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol. Dia kini menjalani kaunseling bagi mengatasi masalah trauma dan tekanan perasaan.

Penangkapan itu menyebabkan semua suspek tidak dapat menduduki peperiksaan semester yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Malah, difahamkan nama semua suspek digugurkan daripada menduduki peperiksaan kerana disyaki terbabit dalam jenayah berkenaan.

Polis sedang meneruskan usaha memburu seorang lagi suspek yang dipercayai masih bebas.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-03-2007, 01:38 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 1hb Mac 2007 :-

Promosi di kedai makanan laut

KUALA LUMPUR: Pelacur warga asing kini lebih gemar menjadikan kedai makanan laut terbuka sebagai lokasi mendapatkan pelanggan yang kemaruk seks berikutan mereka mampu memperoleh belasan ribu ringgit dalam tempoh tiga minggu.

Taktik terbaru yang digunakan itu lebih menguntungkan kerana mereka tidak lagi menggunakan khidmat ‘orang tengah’ atau ‘bapa ayam’ sebaliknya wanita terbabit hanya perlu mempromosikan diri sendiri.

Wanita warga asing terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial tetapi bukan untuk melancong sebaliknya ‘mencari makan’ dengan menawarkan khidmat seks dan pulang semula ke negara mereka sebelum tamat tempoh visa.

Sepanjang di negara ini, mereka akan keluar memilih kedai makanan laut di sekitar Jalan Pasar, Jalan Imbi dan Jalan Raja Laut di sini untuk mencari pelanggan dengan berpura-pura minum atau makan.

Pelacur terbabit mensasar pelanggan berusia pertengahan 30 tahun hingga 50 tahun dengan menawarkan khidmat seks dan apabila pelanggan bersetuju wanita warga asing itu akan membawa mereka ke hotel murah berhampiran.

Sebaik memasuki bilik, pelacur terbabit memberi peringatan penting dengan memberitahu pelanggannya supaya mengaku dirinya teman wanita sekiranya premis terbabit diserbu pihak berkuasa bagi mengelak diberkas.

Wanita warga asing yang gemar menawarkan khidmat seks itu berusia 28 hingga 40 tahun dan mula menjalankan kegiatan mereka jam 8 malam hingga tamat tempoh operasi kedai makanan laut itu.

Kepandaian memikat selain manja menjadi senjata golongan itu memerangkap ‘mangsanya’ sekali gus membolehkan mereka meraih sehingga RM800 sehari.

Sementara itu, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Zaki Masroh, berkata taktik menjadikan kedai makanan laut terbuka untuk mencari pelanggan oleh pelacur warga asing antara taktik terbaru dikesan.

“Warga asing yang memasuki negara ini pulang negara masing-masing sebelum pas lawatan sosial yang digunakan tamat tempoh dan mereka akan datang semula selepas itu.

“Wanita itu akan menghantar wang yang diperoleh sepanjang bekerja di negara ini melalui draf bank dan pulang tanpa membawa wang tunai yang banyak bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, polis memberkas 37 pelacur warga asing yang terdiri warga China seramai 26 orang, Indonesia (enam), Thailand (tiga) dan Uzbekistan (dua) di sekitar kawasan Bukit Bintang.

Selain itu, katanya, polis memberkas dua wanita dan dua lelaki yang menjadi ‘orang tengah’ mempromosikan pelacur terbabit di kawasan sama.

Selain itu, katanya polis memberkas 13 pelacur warga asing di Jalan P Ramlee, termasuk lapan rakyat China dan masing-masing dua wanita Filipina dan Mongolia manakala seorang lagi berasal dari Thailand.

“Polis turut mengeluarkan saman terhadap dua premis pusat hiburan di Jalan P Ramlee kerana beroperasi melebihi tempoh dibenarkan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
04-03-2007, 02:49 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 4hb Mac 2007 :-

Golok semakin sepi

RANTAU PANJANG : Sejak kekacauan kembali tercetus di Selatan Thailand, pelancong yang berkunjung ke pekan Sungai Golok, Thailand semakin berkurangan, namun keadaan sebaliknya berlaku di pekan ini apabila semakin ramai penduduk, termasuk dari negara itu, datang membeli-belah.

Keadaan itu mungkin disebabkan orang ramai berasa kurang selamat untuk bersiar-siar atau membeli-belah di pekan Sungai Golok berikutan kejadian letupan bom, baru-baru ini.

Tinjauan Metro Ahad di sekitar pekan ini semalam mendapati, sini, sama ada untuk membeli-belah atau bersiar-siar.

Bagaimanapun, mereka masih menggunakan kaedah pengangkutan lama iaitu menyeberangi sungai berkenaan menggunakan bot kerana jaraknya lebih dekat selain mudah.

Keadaan itu juga berikutan kelonggaran diberikan kepada penduduk yang tinggal di sempadan kedua-dua negara untuk menyeberangi sempadan tanpa pemeriksaan terlalu ketat.

Bagaimanapun, pemeriksaan ketat dilakukan pihak keselamatan di semua pangkalan bot di situ hanya bagi memastikan mereka tidak membawa bahan yang diharamkan atau berbahaya.

Ppenduduk Sungai Golok, Wae Rohin Husin, 30, berkata dia kini lebih selesa berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah kerana berasa lebih selamat.

Katanya, selain selesa, harga barangan dijual tidak lagi mahal, lebih-lebih lagi banyak barangan keperluan harian masyarakat Islam mudah diperoleh.

“Setiap kali ada kesempatan, saya dan rakan pasti datang ke sini kerana keadaannya lebih selamat dan tidak berasa takut, walaupun pengunjung datang dari pelbagai tempat,” katanya.

Sementara itu, sumber Jabatan Imigresen berkata, ketika ini tidak banyak kereta memasuki pusat pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin untuk ke pekan Sungai Golok.

Katanya, kebanyakan individu yang menyeberangi sempadan menggunakan kenderaan adalah penduduk tempatan yang tinggal di sempadan kedua-dua negara.

Selain itu, orang ramai yang menyeberangi sempadan melalui sungai juga berkurangan dan yang ada hanya penduduk yang tinggal di tebing sungai kedua-dua sempadan.

Difahamkan, kesan kejadian serangan dan letupan bom itu, ramai penduduk dari negara jiran itu berhijrah mencari pekerjaan di negara ini, walaupun terpaksa meninggalkan anak isteri di kampung halaman.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-03-2007, 01:21 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 5hb Mac 2007 :-

Bertuala ketika diurut wanita

JOHOR BAHRU : Keseronokan ketika diurut seorang wanita, menyebabkan seorang lelaki yang hanya bertuala tidak sedar sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) membuat serbuan di sebuah rumah urut tradisional, di Taman Bestari 2, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bersepadu bermula jam 4 petang itu, lelaki terbabit yang keasyikan hanya terdiam apabila ditegur, sebelum memakai pakaian ketika pemeriksaan dilakukan.

Selain itu, rumah urut berkenaan dikatakan menggunakan gadis tempatan yang dibawa khas dari kawasan luar bandar dengan menawarkan gaji kira-kira RM900 sebulan.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAJ, Yosree Ikhsan, berkata operasi bersepadu membabitkan polis, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan Jabatan Imigresen itu memeriksa dua rumah urut tradisional di sekitar bandar raya ini.

“Serbuan dan pemeriksaan dibuat selepas kami menerima aduan orang ramai dan hasil siasatan, kami menahan lima wanita dan seorang lelaki yang juga pemilik salah sebuah premis itu bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan awal, kami dapati dua wanita itu warga tempatan manakala tiga wanita lain warga Indonesia yang menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Buat masa ini, kami menyiasat semua wanita dan lelaki berusia antara awal 20-an hingga 40-an itu, sebelum menyerahkan wanita Indonesia dan majikan berkenaan kepada Jabatan Imigresen,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini mereka menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Syariah 1997 kerana berkhalwat dan jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, katanya siasatan juga akan menjurus sama ada premis itu dijadikan pusat pelacuran atau tidak.

“Selepas siasatan, kami akan menyerahkan wanita Indonesia dan majikan tempatan itu kepada Jabatan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan, selain menggaji pekerja asing tanpa permit sah,” katanya.

Difahamkan, semua wanita tempatan itu dibayar RM900 sebulan sebagai tukang urut, tidak kira lelaki atau wanita bermula jam 12 tengah hari hingga 10.30 malam, sebelum tidur di tempat yang disediakan di situ.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-03-2007, 02:43 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh rabu 7hb Mac 2007 :-

CCTV rakam aksi lelaki gila seks

JOHOR BAHRU : Aksi menjijikkan seorang lelaki gila seks yang suka menunjukkan kemaluan terutama kepada kanak-kanak dan wanita berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah di Permas Jaya di sini.

Lelaki berusia 20-an yang sering menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di depan mangsa itu, berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan di Permas Jaya sejak dua minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Rodney Soon, berkata rakaman 10 minit itu menunjukkan suspek dalam keadaan telanjang di lorong belakang rumah teres dua tingkat sambil berdiri di tepi pagar sebuah rumah sebelum melakukan onani.

Beliau berkata, lelaki terbabit didapati memakai cermin mata, bersaiz badan sederhana, berkulit gelap dan rambut kerinting.

“Sebaik ditunjukkan rakaman video berkenaan, beberapa mangsa mendakwa suspek adalah lelaki sama yang didapati melakukan aksi lucah di lorong belakang rumah masing-masing,” katanya.

Difahamkan, modus operandi suspek itu ialah berbogel dan menyimpan bajunya di tempat tersembunyi sebelum berlegar di lorong belakang kawasan perumahan untuk mencari mangsa.

Sebaik saja menemui mangsa yang berehat di belakang rumah, berkebun atau memberi makan kepada haiwan peliharaan, suspek akan berhenti berdekatan mangsa sambil memegang kemaluannya.

Sebaik saja perbuatannya disedari mangsa, lelaki terbabit akan melarikan diri.

Sehubungan itu, Soon meminta mangsa supaya menghubunginya 019-7713912 untuk membantu polis melakukan siasatan dalam kes berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-03-2007, 01:53 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 8hb Mac 2007 :-

Gambar bogel pelajar disebar

KULIM : Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun malu besar apabila puluhan keping gambar bogelnya disebarkan di sekolah, Isnin lalu.

Gambar yang mendedahkan bahagian atas tubuh pelajar sebuah sekolah menengah di sini, diambil teman lelakinya selepas mereka melakukan hubungan seks, tahun lalu.

Perkara itu terbongkar selepas beberapa pelajar sekolah itu menemui beberapa keping gambar bogel berkenaan ketika mereka datang ke sekolah, pagi Isnin lalu.

Gambar terbabit disebarkan pihak tertentu dalam kawasan sekolah sebelum mereka menyerahkan gambar itu kepada pengetua.

Berikutan itu, pengetua sekolah berkenaan memanggil pelajar perempuan itu berikutan wajah wanita yang berbogel itu mirip pelajar berkenaan dan selepas menelitinya pelajar terbabit mengakui gambar itu dia.

Pelajar itu memaklumkan gambar itu dirakam teman lelakinya berusia 19 tahun selepas mereka melakukan hubungan seks tahun lalu.

Berikutan itu, pengetua sekolah berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdul Majid Hashim, berkata gambar pelajar yang menampakkan bahagian atas tubuhnya itu dicetak menggunakan pencetak komputer warna.

Katanya, hanya satu aksi saja yang dicetak dan diedarkan di kawasan sekolah itu.

Katanya, berdasarkan maklumat itu polis menahan teman lelakinya untuk siasatan.

“Pihak sekolah tidak mengetahui siapa yang menyebarkan gambar itu yang dipercayai sengaja melemparkan gambar itu dalam kawasan sekolah.

“Pengurusan sekolah membuat laporan polis mengenai gambar terbabit,” katanya.

Menurut Abdul Majid, hasil siasatan, gambar itu diambil teman lelakinya hanya untuk suka-suka.

“Teman lelakinya direman 10 hari bermula 5 sehingga 14 Mac untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol,” katanya.

Bagi kesalahan itu tertuduh yang disabitkan kesalahan merogol boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-03-2007, 03:12 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 12hb Mac 2007 :-

Rentak dangdut sumbang

JOHOR BAHRU : Dangdut boleh mengasyikkan. Itulah terjadi kepada 34 warga Indonesia yang tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa ketika berhibur di sebuah kelab dangdut haram di Taman Pandan, di sini, awal pagi semalam.

Kelab dangdut haram itu sengaja dibuat di belakang restoran itu bagi mengabui Jabatan Imigresen.

Ia diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor kira-kira jam 2 pagi hasil maklumat awam.

Serbuan membabitkan 20 pegawai penguat kuasa imigresen itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Abdul Halim Abdul Hashim.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaannya, Salleh Bahari, berkata ketika serbuan dilakukan, pengunjung kelab itu sedang asyik melayan irama dangdut.

“Pemeriksaan mendapati belakang restoran berkenaan mempunyai sebuah kelab dangdut dan ruangan permainan snuker.

“Terdapat kira-kira 70 pengunjung di kelab terbabit ketika serbuan dan hasil pemeriksaan, kami menahan 34 warga Indonesia berusia antara 22 dan 40 tahun, termasuk 14 wanita,” katanya.

Beliau berkata, mereka didapati melakukan kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Menurutnya, kelab yang beroperasi lebih 10 bulan lalu itu diurus seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang memiliki taraf penduduk tetap (PR).

“Kami percaya kelab dangdut haram itu menjadi tumpuan orang ramai, terutama pekerja asing warga Indonesia pada hujung minggu.

“Ketika ditahan, tiada pergelutan berlaku dan semua pengunjung dipercayai bekerja di kilang berhampiran,” katanya.

Semua tahanan itu dibawa ke lokap Pusat Tahanan Imigresen Pekan Nenas untuk didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu di Putrajaya, Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed, berkata penemuan kelab dangdut itu menunjukkan pendatang asing seolah-olah tidak gentar dengan pihak berkuasa selain menyalahgunakan lesen perniagaan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.

“Malah saya juga hairan kenapa PBT begitu mudah meluluskan lesen berkenaan.

“Saya sudah mengarahkan pegawai membuat laporan kepada PBT berkenaan supaya lesen premis terbabit dapat ditarik serta-merta,” katanya.

Ishak juga menyarankan taraf PR dan lesen perniagaan premis itu ditarik balik kerana tindakan menyalahgunakan lesen dan menjalankan aktiviti tidak sihat,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork

bewaksam
12-03-2007, 09:30 PM
location klang...HC di sebuah hotel...nak nama tempat...PM gua
nama awek:T**A(cute ooo)muda lagi...under25
fj ;8/10
bj:6/10
keseluruhan 8/10 gf type

aku mula2 segan gak nak masuk hc nie...sebab first time ...soo sampai kat counter...aku terus tanyer pasal package...seperti yg dipelajari disini..pastu org counter pun memanggil okt bernama r****t...aku pun dipelawa masuk dan dia pun tanya mau air apa...aku cakap air nescafe jer..dia lum bukan lagi pasal packge apa yg ada.hehe...pas dapat air..aku buat2 tanya...massage ada ke...dia kata ada rm 60..gua pun tanya..awek msg cun tak..dia pun tersengih...dan tanya u mau kongkek ka msg...hehe...aku pun straight to the point laa...okt pun tersengih2 sambil menepuk bahu aku...dan dia suruh tunggu dan 1 init kemudian sesi kawat pengenalan diadakan...ada 6org kesemuanya...ada yg cuti raya lagi okt tu cakap...semuanya lawa beb...confius gua..last2 okt rekomen kat gua sing yg baru sampai kerja hari ni namanya t**a.aku pun bersetuju...

kemudian aku dibawa ke bilik pertarungan...dengan hati yg berdebar.......beberapa minit kemudian pinta diketuk dan masuk la awek ni...
lawa beb kiut lak tu comel je...nak je aku buat jadi gf...kami pun berborak sambil dia membawa gua ke tempat bersiram....body dia pun cun...yela muda lagi.....dlm masa berborak dia beritahu asalnya dari johor.bekerja utk menyara adik2...kesian lak aku dengar...pastu sesi pertarungan bermula.... habis sadu badan gua dia jilat..huhu best pastu bj lak...leh tahan gak aaa...pastu sesi berdayung pun bermula...pergh ketat gile....hampir aku tertewas pada 5 minit pertama tu...tapi dgn kecekalan hati..dapat lah bertahan sampai 20 minit... aku pun terus load...dengan hati yg tak puas aku bertanya secon round bleh tak...die mencubit aku dan kata kau ni kiut...hehe kembang jap... dia kata 50 pun bleh la...tapi gua beri 100 kat dia sbb...ntah la...hehe dia pun dengan hati gembira meneruskan second round...lepas pelbagai skill digunakan...aku pun load ngan sepuasnya....hehehe best beb....
awek tu pun cium pipi gua sblm beredar,,,...
damage...rm 198
2nd roung &tips rm 100

bewaksam
12-03-2007, 09:33 PM
Baru tadi aku berkunjung ke tempat regular aku. U&D Bangsar

Byk gaks ML yg baru... Aku pun try ML bernama W***e.

Muka okla. Body slim, boobs cup A nak masuk B. Puting color very light brown. Tak tau la category pink ke tidak. Tapi yang nyata, pussy memang pink dan fresh. Bulu ditrim kemas. Kemas giler beb. Kulit cantik. Tiada cacat cela. Especially area pussy. Memang dijaga cantik. Montot gebu. Sedap utk main bola tampar. Kekekeke..

Back to the story, mcm biasa dia mula mengurut bahagian belakang...bla bla bla... Urutan tak brape kuat. Ok je. Selepas urutan badan settle, dia mau kasi batin. Dgn rela saya mempersembahkan totey saya yg layu dek kesibukkan kota kuala lumpur.

Urutan batin dier boleh dikatakan bagus(jenis urutan yg sakit2 skit). Dia bertanya samada mau keluarkan ke tidak. Seperti biasaa saya menjawab mau la. Bil air lama tertunggak, dah nak kena potong dah. Kekekeekek.

Setelah sekian lama dier meng hj totei aku ia tak mau load. Aku pun bagi suggestion, apa kata gunakan cara lain? Dia tanya balik cara apa lagi? Saya menjawab isap la cam aiskrim.

Perggghhh. Layanan dia hebat. Siap ada catbath lagi. bermula dari nipples aku dan perlahan lahan kebawah. Tapi dia bukan gelojoh. Pada bahagian bawah dia tidak terus serang totey. Dia catbath kawasan2 sekeliling totey. Kemudian menyedut telur, kemudian baru dia memberi BJ yg sungguh indah. Oleh kerana kesedapan BJ nya akhirnya saya tewas(lagipun time nak habis pun). Saya mau kasi dier CIM tapi dier lebuh cekap, dia sempat keluarkan totey dari mulut. Tapi sepandai pandai tupai melompat, akhirnye tetap kena facial dari aku.

Mungkin dia dpt elak dari CIM, tetapi COF (Cum on Face) tak dapat lari.

Total damage RM90 + Tips.
Muka : 7/10
Body : 8/10 Tapi boobs kecil skit.
GFE : 9/10
Urut : 7/10

KatoeyLover69
13-03-2007, 03:51 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 13hb Mac 2007 :-

Pil terus seronok

KUALA LUMPUR : Kewujudan pil baru digelar ‘pil seronok sepanjang masa’ berbentuk tiga segi yang kini menjadi kegemaran kaki disko untuk berhibur dirampas polis selepas tertangkapnya dua pengedar yang sedang mempromosikan bahan berkenaan di hadapan sebuah pusat hiburan di Ibu kota, baru-baru ini.

Pil import itu mula memasuki pasaran gelap dikatakan dicipta khas untuk kaki disko dan mampu memberi keseronokan berpanjangan tetapi harganya lebih mahal berbanding pil `goyang kepala’ lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata polis memberkas dua lelaki itu kira-kira jam 8 malam di luar pusat hiburan di sekitar ibu kota selepas mendapat maklumat orang ramai.

“Polis merampas 120 biji pil berkenaan yang ditemui di badan mereka, dipercayai untuk diedarkan kepada pengunjung pusat hiburan di sekitar ibu kota.

“Susulan penangkapan itu, polis membawa suspek ke rumahnya di Setapak sebelum merampas kira-kira 50 biji lagi pil Erimin 5,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, pil seronok sepanjang masa itu dijual pada harga RM60 sebiji dan ia amat digemari pengunjung pusat hiburan kerana dikatakan mampu mendatangkan keseronokan terutamanya pengunjung yang ingin melupakan pelbagai masalah yang dihadapi.

Dalam operasi itu, Kang berkata polis turut merampas dua paket ketamin yang dipercayai milik dua lelaki terbabit ketika menjalankan pemeriksaan di rumah itu.

Menurutnya, polis buat pertama kalinya merampas pil berbentuk tiga segi itu yang dikatakan semakin mendapat sambutan dan menjadi kegilaan pengunjung pusat hiburan masa kini.

“Polis percaya pil berkenaan diseludup dari luar negara dan baru memasuki pasaran negara ini berikutan kualitinya nampak baik.

“Polis juga sudah menghantar pil berkenaan ke Jabatan Kimia Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti bahan yang digunakan untuk menghasil barangan berkenaan,” katanya.

Dua lelaki terbabit dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membuat aduan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atu menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999.
--- KatoeyNewsNetwork

jjmyarea
13-03-2007, 04:53 PM
If got pil, any shape, that can shiok all time that can cause "goyang didi" one, pls reco. I will sure order one.:D

KatoeyLover69
14-03-2007, 01:35 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Mac 2007 :-

'Call girl' VIP : Noda teman sembang

KUALA LUMPUR : Biarpun baru berusia 22 tahun, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sanggup menggadai maruahnya menjadi pelacur kelas atasan atau ‘call girl’ semata-mata untuk hidup mewah ala golongan kenamaan (VIP).

Diana (bukan nama sebenar) mengaku mula gelojoh menjadi pelacur kelas atasan apabila meraih pendapatan pertamanya mencecah RM5,000 dengan hanya meniduri seorang lelaki yang boleh dianggap ‘ayah’.

Menurutnya, pembabitannya dalam kegiatan itu bermula apabila mengenali lelaki berusia 55 tahun terbabit melalui laman sembang internet.

Dia mempercayai lelaki terbabit kerana dijaga seperti menatang minyak yang penuh serta segala kemahuannya dituruti.

“Pada usia 20 tahun, apalah yang saya tahu dan saya terpedaya kerana orang yang dianggap ayah itu sanggup menodai saya.

“Mulanya saya takut dan dia berjanji tidak mengapa-apakan saya tetapi kehormatan saya diragut,” katanya kepada Harian Metro.

Sejak itu, dia berjinak-jinak menjadi ‘call girl’ selepas mendapati boleh membawa kemewahan kepadanya, termasuk menggunakan barangan berjenama mahal dan hidup ala VIP.

Diana mendakwa dalam tempoh dua tahun hidup sebagai pelacur kelas atasan, dia melayan nafsu serakah lebih 100 lelaki.

Cara luar biasa melayan pelanggan menyebabkan dia sentiasa panas diburu setiap malam.

Bagi mendapatkan pelanggan baru, Diana melayari laman sembang selain menerusi pelanggan yang pernah ‘bersamanya’ kemudian memberi nombornya kepada rakan mereka.

Ditanya punca dia melakukan kegiatan itu, dia sekadar mengatakan jika kerja sambilan di restoran, gajinya lebih jauh berbeza dengan kerja sebagai ‘call girl’.

“Kebiasaannya, saya letakkan harga RM200 satu sesi manakala RM500 untuk satu malam, tetapi ada ramai yang ‘budiman’ akan memberi lebih,” katanya yang mengaku ada pelanggan ‘buat-buat’ terlupa bayar lalu menghilangkan diri.

Ada yang menggunakan taktik licik dengan menyuruh Diana menunggu di bilik sementara pelanggan mengeluarkan duit di bank, tetapi sebenarnya mereka meloloskan diri daripada membayar.

Dia juga pernah dibayar hanya RM50 dengan alasan perkhidmatannya kurang bagus.

Selepas memberikan perkhidmatan kepada lelaki tempatan, dia melayan pelanggan luar negara, termasuk dari Amerika Syarikat dan Jepun.

“Saya kenal mereka (warga luar negara) daripada laman ‘chatting’ dan juga di kelab malam,” katanya.

Menurut Diana, sebagai ‘call girl’ dia bukan sekadar menawarkan perkhidmatan seks, malah menemani pelanggan untuk berbual, membeli-belah, menonton wayang, berhibur di kelab malam dan karaoke.

“Saya tidak kisah bangsa, umur, status bujang atau kahwin kerana yang penting bayaran,” katanya.

Diana kini insaf selepas menyedarinya dirinya rosak selama dua tahun melayan kerakusan nafsu lelaki.

“Duit yang saya dapat habis dalam sekelip mata, saya tidak ingat apa yang saya beli atau belanjakan untuk apa.

“Usia saya pun semakin meningkat dan atas dorongan sahabat serta teman lelaki yang sanggup menerima saya seadanya walaupun mengetahui saya tidak suci lagi, saya semakin insaf,” katanya.

Diana menyedari pelajarannya semakin merosot akibat melayan pelanggannya pada waktu siang hari.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-03-2007, 01:44 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 14hb Mac 2007 :-

Ulat makin ganas

KUALA LUMPUR : Sekumpulan lelaki Melayu yang menjadi ‘ulat’ untuk sindiket rumah pelacuran milik ‘Geng Vasu’ di Lorong Haji Taib di sini, sering menjaja nama sebuah pertubuhan kebajikan dengan menunjukkan pelbagai aksesori seperti rantai kunci dan kad ahli pertubuhan itu.

Kumpulan lelaki berkenaan biasanya menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan itu untuk mendapatkan khidmat seks, malah ada kalanya mereka memaksa mangsa mendapatkan khidmat berkenaan.

Kumpulan lelaki itu dilengkapi set walkie-talkie selain telefon bimbit dan mengawasi setiap lorong berhampiran secara bebas tanpa sebarang pengawasan dan jika ‘disergah’ pihak berkuasa, mereka akan mengaku anggota pertubuhan itu atau geng tiga warna.

Harian Metro 22 Julai lalu pernah melaporkan keresahan kumpulan penjaja dan peniaga kecil di sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit berikutan kawasan itu menjadi lubuk puluhan ‘ulat pelacur’ didalangi Geng Vasu yang mencari makan dengan melakukan peras ugut.

Sebelum ini ulat terbabit yang bergerak secara berkumpulan hanya membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat serta penagih, tetapi kini ia membabitkan ulat berlainan bangsa.

Kehadiran mereka menjadi antara faktor kejadian ugut dan pecah kenderaan hingga memaksa polis di peringkat Kontinjen Kuala Lumpur turut membantu melakukan operasi pencegahan.

Sementara itu, seorang juruteknik komputer yang enggan dikenali, berkata dia pernah ditahan ulat yang menawarkan khidmat seks dan pada masa sama ada seorang lelaki yang turut berada di situ mengaku pegawai polis berpangkat inspektor dan menunjukkan kad kuasa.

“Apa yang menghairankan selepas enggan menerima tawaran yang diberikan, pegawai polis itu menuduh saya melakukan jenayah kerana melalui kawasan itu lalu meminta kad pengenalan untuk diperiksa.

“Selepas menghubungi bilik gerakan dan berbual beberapa minit melalui telefon bimbitnya, saya dilepaskan kerana tidak mempunyai rekod jenayah tetapi kumpulan ulat yang berkeliaran di situ masih bebas,” katanya yang tidak membuat laporan kerana tidak mengalami kerugian.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
15-03-2007, 02:37 PM
Nampakhya ulat semakin ganas.

Ya boleh tumpang tanya, siapa yang tolong naikkan markah saya tetapi tidak tinggalkan nama ? Kalau tak tinggalkan nama tak dapat lah saya balas budi baik saudara. Hamba hanya boleh mengucapkan terima kasih di sini.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain lembaran :D

KatoeyLover69
16-03-2007, 03:50 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 16hb Mac 2007 :-

RM10,000 sebulan

JOHOR BAHRU : Tarikan pendapatan lumayan antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan mempengaruhi ramai ibu tunggal dan gadis dari kawasan luar bandar terutama mereka yang kesempitan wang dan mengimpikan kehidupan mewah untuk bekerja di premis urut batin di beberapa bandar besar seluruh negara.

Pendapatan bulanan tukang urut batin itu pula bergantung kepada perkhidmatan ‘tambahan’ yang sanggup ditawarkan mereka.

Siasatan Harian Metro di beberapa premis urut batin yang berselindung di sebalik rumah urut tradisional di bandar raya ini mendapati seorang tukang urut batin boleh memperoleh RM5,000 sebulan jika mempunyai purata tiga hingga enam pelanggan sehari yang turut berkehendakkan perkhidmatan ‘sampingan’.

Pendapatan itu boleh meningkat sekali ganda jika tukang urut batin terbabit mempunyai ramai ‘peminat’ kerana rupa paras atau fizikal yang menawan, selain layanan memuaskan.

Malah, ada antara mereka terutama yang tergolong dalam kelompok tukang urut batin ‘kelas A’ mampu memperoleh pendapatan lima angka sebulan setaraf pengurus kanan syarikat jika sanggup melakukan perkhidmatan ‘tambahan’ itu.

Seorang tukang urut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jun, 28, berkata dia mula terjebak dalam kegiatan itu sejak setahun lalu kerana terpikat dengan gaji lumayan.

Menurut janda muda dari Melaka itu, dia memohon pekerjaan itu selepas diberitahu rakan mengenai pendapatan lumayan dan boleh mengumpul banyak wang dalam tempoh singkat.

Selepas sesi temuduga, katanya, mereka yang berminat perlu menjalani latihan belajar mengurut selama seminggu termasuk urutan batin, sebelum menjalani pemeriksaan untuk menentukan sama ada sudah bersedia melayan pelanggan atau sebaliknya.

Katanya, sesi temuduga, latihan dan lokasi pekerjaan awal dilakukan di Kuala Lumpur sebelum berhijrah ke negeri lain yang memerlukan tukang urut.

“Saya sendiri bekerja selama enam bulan di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Johor awal tahun ini.

“Di Kuala Lumpur, kami hanya bekerja di satu cawangan namun di Johor adakalanya kami perlu berpindah antara satu cawangan ke cawangan lain,” katanya yang kini bekerja di sebuah rumah urut tradisional terkenal di bandar raya ini.

Menurutnya, sebagai janda muda, agak sukar baginya mendapatkan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan, terutama dengan hanya berpendidikan setakat sekolah menengah.

Berikutan itu, katanya, peluang mendapat gaji lumayan dengan bekerja sebagai tukang urut tidak dilepaskan.

“Setiap bulan, saya kumpul duit tips RM3,000, manakala gaji RM2,000. Semua itu perlu dilakukan dengan hanya mengurut antara tiga hingga enam orang setiap hari.

“Saya mempunyai anak yang bersekolah di kampung, manakala kerja sebelum ini hanya menawarkan gaji ‘cukup-cukup makan’,” katanya. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
17-03-2007, 12:53 PM
[jjmyarea]
If got pil, any shape, that can shiok all time that can cause "goyang didi" one, pls reco. I will sure order one[/QUOTE]

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 17hb Mac 2007 :-

‘Pil jantan’ mati mengejut

KUALA LUMPUR : Tidak cukup dengan pelbagai jenama produk seks haram sedia ada di pasaran, kini muncul pula sejenis ubat seks terbaru buatan Indonesia dipercayai mengandungi kimia tadalafil yang boleh menyebabkan mangsa mati mengejut.

Malah, bagi menarik perhatian pelanggan, pengedar kapsul berwarna merah pekat terbabit mendakwa ia lima kali lebih dahsyat dan hebat berbanding pil Viagra atau Cialis tanpa memikirkan bahaya yang menanti.

Pil terbabit yang dikenali sebagai ‘Power Hi Sex ’ didakwa tidak sekadar memberi tenaga kejantanan luar biasa malah didakwa mampu membantu lelaki yang mengalami masalah mati pucuk untuk mencapai ereksi.

Pengguna tidak menyedari pil yang diseludup dari Sumatera dijual pada harga kurang RM2 di sana, dipercayai mengandungi kimia tadalafil yang dikawal penggunaannya mengikut Akta Racun 1957.

Difahamkan, tadalafil menjadi pilihan baru pengeluar produk perangsang seks haram berikutan kesannya lebih lama berbanding sildenafil yang hanya bertahan lima jam.

Beberapa peniaga ubat-ubatan haram yang ditemui di Chow Kit semalam, berkata kapsul itu yang diseludup masuk melalui bagasi di lapangan terbang atau pelabuhan dikatakan mampu menandingi pil Viagra atau Cialis.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Johar, berkata, pil terbaru itu mendapat sambutan hebat di kalangan pelanggan berikutan ia lebih murah berbanding Viagra dan Cialis.

Menurutnya, kapsul dalam bungkusan dengan logo Playboy di belakangnya dipercayai dibawa masuk beberapa individu dari Medan dan Acheh sejak sebulan lalu.

“Bungkusan kapsul itu dijual dengan harga murah berikutan di Indonesia ia hanya dijual di pasaran gelap pada harga 2,000 rupiah (RM1).

“Apabila sampai di Malaysia, kapsul itu dijual semula pada harga antara RM5 hingga RM10 sebungkus,” katanya.

Ditanya kandungan kapsul terbabit, Johar hanya menunjukkan tulisan di belakang bungkusan pil yang tertera perkataan ekstrak ginseng dan ekstrak eurycoma.

“Saya tak pasti sama ada kandungannya selamat atau tidak, namun beberapa pelanggan yang pernah mencubanya datang semula untuk membelinya,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai pembeli kemudian mendapati produk seks itu tidak mempunyai nombor pendaftaran MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati orang ramai supaya tidak terlalu taksub pada pelbagai ubat-ubatan seks yang diragui kandungannya.

Menurutnya, dalam satu kes terbaru di Kuala Lumpur, seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus diberi makan sejenis ubatan seks yang dibeli suaminya menerusi peniaga produk seks kaki lima.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kita mengesyaki ia mungkin berpunca daripada bahan kimia terlarang termasuk sildenafil atau tadalafil. Apa yang pasti penggunaan bahan kimia itu secara berlebihan boleh menyebabkan maut, terutama jika pengguna mempunyai sakit jantung dan darah tinggi.

“Biasanya penggunaan bahan kimia itu memerlukan perskripsi doktor kerana boleh menjejaskan kesihatan jika diambil tanpa kawalan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya pengedar ubat dan peralatan seks tiruan itu secara kaki lima di Chow Kit, Jalan Pudu dan Pasar Karat, Jalan Petaling mempunyai rangkaian yang luas.

“Kami masih menjejaki dalang sebenar dan berusaha mengesan stor penyimpanan produk seks itu,” katanya.

Menurutnya, produk berasaskan tadalafil hanya dipatenkan pengeluarannya kepada produk jenama Cialis oleh firma farmasi Amerika Syarikat, Eli Lilly dan diedarkan oleh Eli Lilly (Malaysia) Sdn Bhd di negara ini sejak Januari tahun lalu.

Beliau turut memberi amaran, penjual atau pengedar produk haram seperti itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
17-03-2007, 01:07 PM
Golf ball got stuck in wife's cunt !

Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 17hb Mac 2007 :-

Bola golf dalam alat sulit

SUBANG JAYA : Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tesangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.

Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan [ = cunt ] isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.

Kejadian malang itu berlaku Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.

Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.

Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.

Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.

“Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital,” katanya.

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.

“Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.

Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
--- KatoeyNewsNetwork

jjmyarea
17-03-2007, 01:32 PM
This is funny news.:D

KatoeyLover69
17-03-2007, 02:00 PM
This is funny news.

Make sure that you don't try this on your wife/mistress/girlfriend ! :D

jjmyarea
17-03-2007, 02:31 PM
Make sure that you don't try this on your wife/mistress/girlfriend ! :D

Dun worry, i play bowling! Unless someone here teach me how 2 maneuver one bowling ball into thr pussy, i dunno where 2 begin:D

penetration
17-03-2007, 04:18 PM
It is funny alrite... I just dun get these guys... they can come up and use anything... really can't imagine using a spoon to get the ball out... pity the lady...

KatoeyLover69
21-03-2007, 06:16 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 21hb Mac 2007 :-

Operasi lanun ala PKS

JOHOR BAHRU : Kegiatan sindiket cakera optik cetak rompak dan barangan tiruan yang beroperasi ala syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menggunakan sebahagian besar ruang niaga di tingkat 10, kompleks beli-belah Holiday Plaza di sini, tumpas apabila diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, semalam.

Dalam serbuan disertai dua anjing pengesan jenis Labrador dari Ireland Utara, iaitu ‘Lucky’ dan ‘Flo’, pasukan terbabit turut menggeledah ruang niaga dari tingkat 5 hingga 10 di kompleks berkenaan dan merampas kira-kira sejuta keping cakera optik cetak rompak dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM10 juta.

Turut dirampas, pelbagai barangan tiruan termasuk beg tangan, kaca mata, tali leher serta pen berjenama manakala enam lelaki termasuk seorang rakyat Vietnam ditahan.

Operasi bermula kira-kira jam 11 pagi itu diketuai Pengarah KPDNHEP Johor, Mashrudin Jarkasi yang dibantu Ketua Penguat kuasa, Fahmi Kassim serta 30 pegawai dan penguat kuasa.

Mashrudin berkata, dalam serbuan di tingkat 10, penguat kuasa mendapati ruang niaga itu dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu cetak, salin, stor dan pejabat yang seolah-olah kilang mini PKS serta dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di depan lif.

“Jika kurang cekap, kita mungkin hanya jumpa satu bahagian saja kerana ia memiliki beberapa pintu rahsia. Tiga lelaki termasuk seorang rakyat Vietnam ditahan di situ.

“Sindiket ini bertindak sebagai pengeluar, pengedar dan pengeksport kerana turut menerima tempahan menerusi beberapa laman web dan pasaran dipercayai ke Singapura, Jepun dan London,” katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan itu yang terbesar di negeri ini setakat ini dan kejayaan unit risikan yang memantau sindiket berkenaan sejak kira-kira dua bulan lalu.

Sementara itu, Fahmi berkata, berdasarkan maklumat, penjual cakera optik di kompleks berkenaan sudah menjangka dua anjing berkenaan akan dibawa ke bandar raya ini dan sudah mula menyorokkan barangan itu sejak minggu lalu.

“Tapi hari ini kita membuat kejutan kepada mereka kerana tak menyerbu premis di tingkat bawah, sebaliknya tingkat atas kompleks.

“Pada mulanya, dua anjing terbabit mengesan barangan cetak rompak itu di dalam dua kereta di tempat meletak kenderaan dan dua lelaki kemudian ditahan ketika cuba melarikan diri.

“Kemudian, kita naik ke tingkat lapan dan menyerbu satu premis yang menjual cakera optik cetak rompak itu menerusi tempahan melalui Internet dan menghantar pesanan dengan pos laju sebelum menahan seorang lelaki,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 11 ruang niaga dan percaya ia dimiliki pengusaha berlainan dan enam lelaki terbabit akan didakwa mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Katanya, pihaknya akan menyiasat pengurusan bangunan mengenai jenis perniagaan didaftarkan sindiket terbabit serta kemungkinan kaitan sindiket itu dengan syarikat berlesen kerana cakera optik tiruan itu turut memiliki `sip code’
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-03-2007, 03:55 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 23hb Mac 2007 :-

Penjual ubat kuat cabut lari

KUALA LUMPUR : Puluhan saudagar pil dan kapsul seks haram yang berpangkalan di Lorong Haji Taib, Chow Kit di sini, bertempiaran lari apabila sarang mereka digempur anggota Cawangan Penguat Kuasa Farmaseutikal (CPF) Kementerian Kesihatan dan cawangan Kuala Lumpur.

Kebanyakan saudagar berusia sekitar 50-an itu melarikan diri dengan meninggalkan beg bimbit berisi ubat seks berkenaan sebaik menyedari kehadiran lebih 30 anggota penguat kuasa.

Bagaimanapun, dalam operasi jam 2 petang semalam, yang diketuai Penolong Pengarah Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Nozrin Taharin, dua lelaki berusia 50-an diberkas ketika asyik menjual ubat seks haram kepada orang ramai termasuk Viagra dan Cialis palsu.

Hasil serbuan itu juga, lebih 500 ubat seks haram bernilai RM50,000 dirampas selepas anggota penguat kuasa menemui lebih tujuh beg bimbit di atas meja lipat.

Wartawan Harian Metro yang menyertai serbuan itu turut mendapati peniaga pil perangsang seks terbabit menggunakan gambar perempuan bogel sebagai tarikan kepada pelanggan.

“Dua peniaga berusia 50-an itu terpaksa menyerahkan produk diniagakan kerana sudah sedia maklum dengan kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Difahamkan, peniaga ubat seks haram terbabit yang mendapat bantuan tonto untuk menyalurkan amaran awal, gagal mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Jurucakap penguat kuasa CPF-Kuala Lumpur berkata, ramai peniaga haram itu sempat melarikan diri.

Antara ubat yang dirampas berjenama Senulong, Climax, Magis Power, Playboy, Power One, Energy, Maximan, Libido, Loving, Maxi Power dan Maximan II.

“Kebanyakan produk seks dirampas itu mengandungi Sildenafil Nitrate (bahan utama membuat Viagra) selain Taladafil yang dijual pada harga RM20 hingga RM180 sekotak.

“Bahan Sildenafil yang disenaraikan racun berjadual hanya dibenarkan penggunaannya dalam pil Viagra tulen keluaran Pfizer untuk rawatan mati pucuk,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas alat seks tiruan, termasuk alat kelamin lelaki dan wanita yang diperbuat daripada getah serta alat menambah saiz alat kelamin lelaki berbentuk tiub.

“Lelaki ditahan itu dibawa ke Balai Polis Jalan Hang Tuah sebelum didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

“Sabit kesalahan, penjual atau pengedar itu boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000,” katanya.

Operasi berkenaan adalah rentetan pendedahan Harian Metro, Sabtu lalu, berhubung kegiatan penjualan ubat-ubatan seks haram mengandungi kimia Taladafil yang boleh mengancam nyawa pengguna.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
24-03-2007, 12:53 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 24hb Mac 2007 :-

Sanggup isytihar murtad

Pelajar IPT kemaruk seks bebas guna nama bukan Islam ketika daftar masuk hotel bajet

KUALA LUMPUR : Gadai agama demi nafsu. Ada pasangan remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang kemaruk seks bebas sanggup mengisytiharkan diri ‘murtad’ selama beberapa jam dengan menggunakan nama bukan Islam ketika mendaftar masuk di hotel bajet untuk melakukan hubungan jenis.

Mereka didakwa sanggup menyamar berbangsa Cina atau beragama Kristian, semata-mata mahu mengelak daripada ‘dikacau’ penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika melampiaskan nafsu serakah dengan pasangan masing-masing.

Difahamkan, taktik itu semakin popular di kalangan golongan muda berdasarkan pengakuan beberapa remaja serta pemilik hotel murah dan sederhana yang mendedahkan kegiatan itu.

Seorang pelajar IPT yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi, 21, berkata taktik mendaftar masuk di hotel murah menggunakan nama bukan Melayu dipelajari daripada rakannya yang mendakwa tidak pernah ‘kantoi’ di tangan penguat kuasa agama.

Menurutnya, pada mulanya dia gusar untuk mempermainkan agama, namun akibat gejolak nafsu, dia tewas kepada hasutan syaitan.

“Mula-mula saya rasa takut juga, tapi itu satu-satunya cara untuk mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.

“Bila sudah berjaya melepaskan diri buat kali pertama, saya rasa benar-benar yakin untuk mengulanginya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Helmi, taktik digunakannya tidak pernah gagal sepanjang tempoh melakukan penyamaran lebih 20 kali ketika mendaftar masuk di hotel menggunakan nama bukan Islam.

“Tapi jika ada ‘mata-mata’ atau ternampak seseorang yang mencurigakan, saya terpaksa membatalkan niat untuk daftar masuk di hotel berkenaan.

“Bagi memudahkan ‘kerja’, ada antara kami meminjam kad pengenalan milik rakan bukan Islam terutama dari Sabah atau Sarawak ketika mendaftar masuk di hotel,” katanya.

Selain itu, kerjasama pekerja hotel yang ‘budiman’ turut mendorong remaja sepertinya melepaskan diri daripada dicekup pihak berkuasa.

Lebih memalukan, ada pekerja hotel sanggup dibayar bagi melindungi dan menutup mulut jika ada pihak berkuasa muncul di hotel berkenaan.

Gadis yang dikenali sebagai Lina, 19, berkata sewaktu sedang bermadu kasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel di bandar raya, pintu bilik tiba-tiba diketuk pekerja hotel berkenaan.

Berikutan itu, katanya, teman lelakinya bergegas meninggalkan hotel sebaik diberitahu pekerja hotel berkenaan mengenai operasi yang dijalankan penguat kuasa agama pada malam itu.

“Sejak itu, kami sering ke hotel berkenaan dengan mendaftar masuk menggunakan nama bukan Islam dan pekerja di situ seperti ‘faham-faham’,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik hotel murah di Jalan Raja Laut di sini mendedahkan kegiatan seks di kalangan remaja kerap berlaku di hotel itu, terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Menurutnya, kebiasaan belia dan remaja Islam menempah bilik dengan bayaran RM70 untuk satu malam atau RM40 untuk tempoh beberapa jam.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 50, memberitahu pihaknya tidak meletakkan syarat kepada pelanggan untuk menunjukkan kad pengenalan ketika mendaftar masuk.

“Kami tak kisah sama ada mereka sudah berkahwin atau belum kerana yang penting mereka bayar sewa bilik sebelum saya berikan kunci,” katanya.

Dia berkata, remaja Melayu yang melakukan hubungan seks di hotelnya pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini, namun sebahagian daripada mereka masih berani mengulanginya.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, berkata sehingga kini pihaknya belum mendapat laporan mengenai kegiatan pemalsuan identiti membabitkan nama dan agama di kalangan remaja termasuk pelajar IPT.

“Bagaimanapun, Jawi akan membuat operasi sekiranya mendapat aduan mengenai pasangan yang menggunakan nama bukan Islam untuk mendaftar masuk di hotel.

“Kami (Jawi) amat memerlukan kerjasama semua untuk membanteras kegiatan ini,” katanya.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa Jawi sentiasa memberi tumpuan serius dalam menangani pelbagai gejala tidak senonoh termasuk menahan pasangan yang melakukan seks bebas.

“Setiap bulan berpuluh-puluh pasangan bukan mahram yang ditahan melakukan hubungan seks dihadapkan ke mahkamah syariah,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
26-03-2007, 12:32 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 26hb Mac 2007 :-

Kartun lucah Jepun RM12

KUALA LUMPUR : Laris macam pisang goreng panas. Cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak animasi lucah versi Jepun atau dipanggil ‘hentai’ mudah dibeli orang ramai di sini.

Dengan hanya bermodalkan RM12, sesiapa saja termasuk kanak-kanak mampu membeli sekeping DVD/VCD animasi lucah itu yang dijual secara berleluasa di sekitar ibu kota, termasuk di pasar malam.

Difahamkan, cerita dan watak dalam animasi itu berdasarkan komik lucah dari negara matahari terbit itu.

Bukan setakat itu, sindiket pengedaran barangan terbabit turut menjadikan label hologram yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai ‘pasport’ untuk mengelak dagangan mereka dirampas.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada label itu tulen atau dipalsukan sindiket itu.

Tinjauan Harian Metro di sebuah pusat beli-belah berhampiran Jalan Petaling di sini, mendapati DVD/VCD berkenaan dijual secara terbuka tanpa bimbang dengan kehadiran pihak berkuasa.

Bukan satu atau dua tajuk, malah pelbagai tajuk siri komik popular di Jepun yang memberahikan dan merangsang sesiapa saja.

Bahan lucah itu dipamerkan di rak utama yang disusun mengikut tajuk, manakala individu yang berminat mendapatkannya diminta menunjukkan kotak DVD atau VCD yang dimaksudkan.

Untuk memastikan kegiatan itu `selamat’, mereka dikesan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap penjuru premis dan lebih berhati-hati dengan kehadiran pengunjung, terutama orang Melayu.

Malah, wartawan Harian Metro terpaksa menyamar sebagai pembeli dengan berpura-pura menunjukkan minat untuk membeli DVD/VCD terbabit kerana bimbang siasatan dilakukan dapat dikesan pemiliknya.

Siasatan mendapati mulanya kedai berkenaan sudah lama beroperasi tetapi sekadar menjual komik popular Jepun dan siri komik ‘manga’ di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, selepas bangunan itu diubah suai dan dirasmikan, Mac lalu, kedai itu dipindah ke tingkat tiga sebelum pemiliknya mengubah perniagaan.

Ada lebih tiga kedai video menjual DVD/VCD itu yang beroperasi di bangunan berkenaan, termasuk sebuah kedai menjual perisian komputer.

Untuk mengetahui sama ada kandungan DVD/VCD berkenaan lucah atau sindiket itu sengaja mahu meraih pendapatan lumayan dengan menipu pembeli, wartawan Harian Metro cuba menyelongkar isi kandungannya.

Sah! Ternyata apa yang dipaparkan tidak sekadar gimik untuk meraih keuntungan cepat.

Ini terbukti kerana dari awal siri hingga penamat cerita, hampir 70 peratus watak animasi dipenuhi adegan seks memberahikan dan tidak sesuai ditonton kanak-kanak yang meminati siri sedemikian.

Sementara itu, apa yang menimbulkan keraguan di kalangan orang ramai adalah bagaimana DVD/VCD berkenaan dijual secara berleluasa sedangkan KPDNHEP sering membuat operasi terhadap sebarang barangan tiruan dan lucah di seluruh negara.

KPDHNEP juga perlu menyiasat mengenai penggunaan label hologram pada barangan lucah terbabit.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-03-2007, 11:45 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 27hb Mac 2007 :-

Menyamar beli DVD kartun lucah

KUALA LUMPUR : Lakonan pintar tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan yang menyamar pembeli dan peminat cakera video digital (DVD) kartun lucah akhirnya berjaya membongkar kegiatan dua remaja belasan tahun yang menjadi jurujual produk itu pada harga RM12 sekeping.

Dalam operasi besar-besaran bermula jam 1 tengah hari semalam, pegawai KPDNHEP menyamar sebelum memasuki tiga premis menjual DVD filem animasi kartun lucah di sebuah pusat beli-belah berhampiran Jalan Petaling, di sini.

Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, berkata pegawainya berpura-pura membuat pembelian melalui katalog yang disediakan sebelum melihat penjaga premis terbabit masuk ke stor tersembunyi untuk mengambil DVD kartun lucah yang ditempah.

Menurutnya, sebaik mengetahui kedudukan stor sulit itu, pegawai KPDNHEP dengan bantuan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur segera menyerbu premis terbabit sebelum menahan suspek yang berusia 18 tahun.

“Turut ditahan seorang lagi pembantu jualan di premis terbabit berusia 22 tahun,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro, di sini, semalam.

Othman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 100 keping DVD animasi kartun lucah yang dianggarkan bernilai lebih RM10,000 dari premis terbabit.

Menurutnya, pemilik premis sengaja memasang kamera litar tertutup (CCTV) di luar premis berkenaan bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

“Ahli sindiket turut mengasingkan DVD kartun lucah dan DVD kartun biasa dengan menyimpannya dalam stor khas berkenaan bagi mengaburi kegiatan.

“Kebanyakan DVD kartun lucah terbabit tidak mempunyai Sijil B yang dikeluarkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) serta hologram khas KPDNHEP,” katanya.

Menurutnya, serbuan sama turut dilakukan di sekitar pusat penjaja Jalan Petaling bagi mengesan penjual DVD cetak rompak filem barat termasuk kartun berunsur lucah.

“Hasilnya pegawai KPDNHEP berjaya merampas 12,000 keping DVD cetak rompak yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM120,000,” katanya.

Menurutnya, tindakan terbabit yang kerap kali dilakukan sebelum ini diteruskan selepas akhbar Harian Metro semalam mendedahkan penjualan DVD dan cakera padat video (VCD) cetak rompak animasi lucah versi Jepun atau dipanggil ‘hentai’ berleluasa di kalangan penjual DVD cetak rompak. Pendedahan itu dilakukan selepas wartawan mendapati DVD dan VCD berkenaan dijual secara terbuka di sebuah pusat beli-belah berhampiran Jalan Petaling.

Untuk memastikan kegiatan itu selamat, penjual dikesan memasang CCTV di setiap penjuru premis dan lebih berhati-hati dengan pengunjung, terutama orang Melayu.

Ada lebih tiga kedai video menjual DVD dan VCD itu di bangunan berkenaan, termasuk sebuah kedai menjual perisian komputer.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-03-2007, 11:48 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 27hb Mac 2007 :-

Penyamun rogol gadis bergilir-gilir

JOHOR BAHRU : Sekumpulan penjenayah dipercayai warga Indonesia bukan sahaja melarikan barang berharga malah turut meragut kesucian anak gadis sebuah keluarga dengan merogol secara bergilir-gilir dalam kejadian samun di Kampung Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram dekat sini, semalam.

Tidak cukup dengan wang tunai RM2,000, empat telefon bimbit dan sebentuk cincin emas, dua daripada empat penjenayah terbabit melampiaskan nafsu mereka terhadap gadis berusia 22 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shafie Ismail, berkata penjenayah berkenaan dipercayai memecah masuk kediaman mangsa melalui tingkap di bahagian tepi.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, semua penjenayah dipercayai bersenjatakan parang.

“Lima sekeluarga itu termasuk mangsa rogol sedang tidur dan mereka diarahkan supaya tidak membuat bising dengan mengacukan parang ke arah leher mangsa.

“Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit menggeledah rumah untuk mencari barang berharga kepunyaan keluarga terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Shafie, tidak cukup dengan merompak mangsa, dua daripada suspek menarik anak gadis mangsa berusia 22 tahun masuk ke dalam bilik dan bergilir-gilir merogolnya.

Bagaimanapun ahli keluarga mangsa yang lain tidak dicederakan oleh penjenayah berkenaan.

Katanya, mangsa rogol sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

“Polis mengerahkan lebih 30 anggota untuk mengesan semua suspek di seluruh kawasan terbabit,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan bagi rompak bersenjata dan Seksyen 376 kanun sama bagi kesalahan merogol.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 07-2212999 atau ke balai polis berhampiran.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
30-03-2007, 03:29 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 30hb Mac 2007 :-

Lorong Petani di Alor Star terus 'meriah'

ALOR STAR Walaupun sudah beberapa kali pondok tempat sekumpulan pelacur murah mencari ‘rezeki’ di Lorong Petani di sini, dirobohkan, lokasi pelacuran tertua di bandar raya ini masih ‘meriah’ dengan aktiviti memperdagangkan tubuh.

Pada 2000, kerajaan Kedah pernah mengisytiharkan perang habis-habisan untuk memulihkan imej kawasan berkenaan dan Alor Star khususnya daripada aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, selepas diroboh dan beberapa kali diserbu, Lorong Petani tetap aktif.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan pelacuran berusia lebih 60 tahun itu semalam, mendapati aktiviti maksiat di situ masih lagi ‘meriah’.

Beberapa pelacur berusia di antara 20-an hingga 40-an kelihatan berlegar-legar menanti pelanggan di depan empat pondok buruk yang menjadi pusat operasi mereka.

Walaupun kawasan yang terletak bersebelahan kebun pisang itu kotor dan tidak selesa, di situlah pelanggan memuaskan nafsu mereka.

Difahamkan, kegiatan dilakukan di dalam pondok buruk yang mempunyai satu bilik serta hanya boleh memuatkan satu tilam manakala keadaan sekelilingnya penuh dengan sampah-sarap.

Seorang pelacur berusia 20-an ketika ditemui berkata, dia baru dua bulan ‘beroperasi’ di situ selepas gagal mencari pekerjaan.

“Saya tiada pilihan kerana putus asa mencari pekerjaan. Saya pernah bekerja kilang, tetapi saya cepat bosan.

“Di sini saya cuma melayan pelanggan pada waktu siang saja. Pada sebelah malam saya pulang ke rumah dan tempat saya akan diambil alih orang lain,” katanya yang berasal dari Perlis.

Wanita berkenaan juga seperti tidak takut dengan pihak berkuasa walaupun menyedari bila-bila masa mereka boleh ditangkap.

“Saya tidak mahu fikir jika saya tertangkap. Apa yang saya tahu, saya hanya mahu mencari wang,” katanya.

Tinjauan juga mendapati terdapat lima lelaki dipercayai pelanggan berlegar-legar di kawasan terbabit.

Seorang pelanggan lelaki berusia 50-an ketika ditemui, berkata itulah pertama kali dia berkunjung ke Lorong Petani.

“Saya belum pernah melanggan mereka, tetapi saya difahamkan harga mereka sekitar RM40 hingga RM50, malah ada serendah RM7,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Zainal Abidin Kassim, ketika dihubungi berkata, kawasan Lorong Petani tetap ‘meriah’ walau diserbu atau diroboh kerana ia sudah terlalu lama di situ.

“Tindakan paling wajar untuk membersihkan terus kawasan itu ialah dengan menjalankan projek pembangunan di situ.

“Tindakan meroboh kurang berkesan kerana mereka akan kembali selepas itu. Jika kawasan itu dibangunkan, pusat pelacuran itu sendiri akan turut terhapus,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
31-03-2007, 10:33 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 31hb Mac 2007 :-

Ketagih 'pil goyang nafsu'

JOHOR BAHRU : ‘Pil goyang nafsu’ yang dibuat daripada campuran syabu, ketamin, Erimin 5, kafein dan Viagra kini menjadi kegilaan sebilangan pengunjung pusat hiburan kerana berfungsi seperti dua dalam satu.

Pil itu dikatakan bukan sahaja mampu membuat pengunjung kelab malam ‘bergoyang’ saban malam, malah boleh meningkatkan keupayaan seks kerana ada campuran Viagra.

Polis menemui pil terbaru itu selepas tertangkapnya seorang warga Singapura yang menjadi pakar membuat kapsul itu dalam serbuan membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, semalam.

Turut dirampas 8,000 pil itu yang menanti masa untuk diedarkan di pusat hiburan di seluruh negara, terutama di negeri ini, bernilai lebih RM1 juta.

Bagi menarik perhatian pelanggan, sindiket menggunakan pelbagai logo untuk memasarkan pil berkenaan di pasaran, antaranya Butterfly, Rolex, AK 47, Blue Sky dan Taichi.

Difahamkan, pakar yang juga dalang sindiket itu mempelajari teknik bancuhan pelbagai jenis dadah di Thailand, sebelum membuka makmalnya di negara ini bagi memproses dan memasarkan pelbagai dadah jenis amphetamine (ATS) untuk pasaran tempatan, terutama Johor, selain negara asalnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail, berkata hasil siasatan, pihaknya menyerbu makmal berkenaan yang juga pusat memproses dan pengedaran ATS di sebuah pangsapuri di Taman Nusa Bestari Jaya, Skudai, di sini, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Katanya, polis turut menahan seorang lelaki warga Singapura yang juga pakar membancuh pelbagai jenis dadah sebelum dijadikan pil ATS berkenaan.

“Ia kejayaan terbesar Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor tahun ini dan kami menahan lelaki warga Singapura berusia 47 tahun itu bagi siasatan lanjut.

“Selain itu, kami merampas kira-kira 8,000 pil Ecstasy pelbagai logo seperti Butterfly, Rolex, AK 47, Blue Sky, Taichi serta pelbagai serbuk pelbagai warna,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di pangsapuri itu, pihaknya menemui wang tunai RM118,500 dan S$370 (RM851), pelbagai peralatan memproses dadah termasuk alat mencetak logo, alat pengisar dan sebuah kereta Mazda Lantis membabitkan nilai rampasan melebihi RM1 juta.

“Kami percaya dengan tumpasnya sindiket berkenaan ia dapat menyekat pengedaran dadah perangsang jenis Amphetamine (ATS) yang sering disalahgunakan pengunjung di pusat hiburan tempatan.

“Siasatan masih dilakukan, namun kami tidak menolak kemungkinan dadah yang dihasilkan itu untuk pasaran di dalam negeri dan negara jiran termasuk Singapura.

“Kami kini masih memburu anggota lain sindiket itu termasuk pembeli yang mengedarkan dadah berkenaan kepada orang ramai yang dipercayai masih bebas.

“Lelaki itu kini ditahan reman dan akan didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,” katanya.

Pada 13 Mac lalu, Harian Metro melaporkan kewujudan pil baru digelar ‘pil seronok sepanjang masa’ berbentuk tiga segi yang menjadi kegemaran kaki disko untuk berhibur, dirampas polis selepas tertangkapnya dua pengedar yang leka mempromosikan bahan itu di hadapan sebuah pusat hiburan di ibu kota.

Pil import itu mula memasuki pasaran gelap dikatakan dicipta khas untuk kaki disko dan mampu memberi keseronokan berpanjangan, tetapi harganya lebih mahal berbanding pil `goyang kepala’ lain.

Pil ‘goyang nafsu’ pula ada produk terbaru dengan tambahan campuran Viagra di dalamnya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-04-2007, 04:01 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 2hb April 2007 :-

Poster lucah tarik pelanggan

JOHOR BAHRU : Dua kedai menjual alat seks di sebuah pusat beli-belah ( Holiday Plaza ) di Jalan Dato Sulaiman di sini, seolah-olah tidak takutkan pihak berkuasa apabila berani menjual peralatan seks secara terbuka.

Malah, kedai terbabit dikesan mengadakan promosi secara terang-terangan termasuk menampal poster berbaur lucah di pintu cermin luar kedai untuk menarik perhatian pelanggan.

Senario itu berbeza dengan penjual cakera padat (CD), cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di kompleks sama yang terpaksa menjual produk mereka secara tersembunyi berikutan penguatkuasaan berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Keadaan itu membimbangkan pengunjung dan penduduk sekitar kerana ia bukan saja mendedahkan remaja kepada alat seks yang boleh merosakkan moral dan akhlak, malah seolah-olah tidak menghormati undang-undang negara ini.

Pelancong dari Singapura yang hanya dikenali sebagai Fauzi, 42, berkata dia terkejut dengan keadaan itu kerana berpendapat undang-undang negara ini tidak membenarkan peralatan seks dijual secara terbuka.

“Saya hairan bagaimana premis itu boleh dibenarkan beroperasi begitu lama sedangkan penjual VCD cetak rompak digempur habis-habisan.

“Memang betul penjualan bahan cetak rompak salah dan wajar dikenakan tindakan tetapi tidakkah menjual peralatan seks di tempat terbuka juga salah di sisi undang-undang,” katanya.

Menurutnya, penjualan barangan seperti itu di negaranya memerlukan permit khas dan dijual di tempat tertentu dan bukannya di kawasan tumpuan keluarga.

Penduduk, Khairul Ahmad Shah, 32, berkata penjualan barangan seks itu lebih berbahaya berbanding produk cetak rompak kerana ia mampu merosakkan moral dan akidah remaja.

Menurutnya, premis itu beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu dan masih menjalankan perniagaan walaupun penjual CD, VCD dan DVD haram diburu pihak berkuasa.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa tetapi biar adil. Penjualan cakera optik cetak rompak itu salah dan wajar dikenakan tindakan namun penjualan barangan seks juga salah dan perlu tindakan sama,” katanya.

Tinjauan Harian Metro mendapati, peniaga premis terbabit menjual peralatan seks secara terbuka dengan memaparkan setiap alatan seks termasuk barangan menyerupai kemaluan berhampiran kaunter.

Lebih mengejutkan, penguat kuasa KPDNHEP kerap kali menyerbu kompleks beli-belah itu dalam operasi mencegah cetak rompak tetapi premis terbabit seolah-olah tidak ‘diusik’. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-04-2007, 03:57 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 5hb April 2007 :-

Pelacur warga China dicekup

KUALA TERENGGANU : Sindiket pelacuran membabitkan warga asing di negeri ini kembali aktif dengan menjadikan hotel separa mewah dan perumahan murah sebagai lokasi kegiatan itu.

Difahamkan, sindiket didalangi lelaki tempatan yang bertindak sebagai bapa ayam licik menguruskan kegiatan berkenaan dan sering berpindah lokasi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Namun, hasil maklumat awam dan risikan Jabatan Imigresen membongkar kegiatan terbabit melalui penahanan seorang wanita warga China di sebuah hotel di pinggir bandar ini dalam serbuan Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohd Azmin Hassan berkata, serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (K) yang juga Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Mohd Sabri Ismail bersama empat anggota, kira-kira jam 7.30 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di hotel berkenaan, pihaknya terus ke bilik disewa wanita terbabit melalui tangga selepas mendapat kerjasama pekerja hotel.

“Ketika dalam perjalanan ke bilik, anggota kami terserempak dengan seorang lelaki berusia awal 30-an dipercayai pelanggan turun melalui tangga berhampiran bilik wanita terbabit.

“Wanita itu yang sebelum ini disyaki pernah terbabit dengan kegiatan sama di Kuantan tidak menyangka kehadiran anggota penguat kuasa dan membuka pintu bilik sebaik diketuk,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya menemui wang tunai RM200 di atas tilam selain RM2,500 serta 120 dolar Hong Kong dan 1,430 yuan yang disimpan dalam beg tangan.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit, kondom serta beberapa jenis pil dan cecair yang dipercayai digunakan bagi mengelak kehamilan,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit dipercayai memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, 29 Mac lalu menggunakan pas lawatan sosial.

Menurutnya, wanita terbabit kini ditahan di Depoh Tahanan Sementara di Ajil, Kuala Berang untuk siasatan lanjut.

Katanya, wanita terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 39(b), Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial dan mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Mohd Azmin berkata, pihaknya yakin kegiatan wanita terbabit didalangi lelaki tempatan yang licik menguruskan pergerakannya bagi mengelak dikesan.

“Kami percaya terdapat beberapa rangkaian pelacuran lain membabitkan wanita asing yang aktif di negeri ini dan akan meningkatkan siasatan serta risikan bagi membendung kegiatan itu.

“Berdasarkan tiket bas yang ditemui dalam dompet wanita terbabit, dia dipercayai masuk ke negeri ini menggunakan bas ekspres dari Kuantan sebelum dibawa lelaki terbabit ke hotel berkenaan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
05-04-2007, 04:02 PM
Laporan daripada Berita Harian bertarikh Khamis 5hb April 2007 :-

Penduduk kesal premis bebas jual peralatan seks

JOHOR BAHRU : Dua premis menjual peralatan seks didakwa beroperasi secara terbuka sejak lebih 10 tahun lalu di Jalan Datuk Sulaiman ( Holiday Plaza ) , di sini tanpa tindakan pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Khairul Ahmad Shah, 32, mendakwa perbuatan premis terbabit yang penjualan barangan seks lebih berbahaya berbanding penjualan produk cetak rompak kerana mampu merosakkan moral dan akidah remaja.

Beliau berkata, orang ramai hairan mendapati dua premis terbabit masih bertahan sejak lebih 10 tahun lalu sedangkan premis yang menjual produk cakera optik haram sering diburu pihak berkuasa.

"Saya bukannya mahu menyebelahi sesiapa tetapi biarlah pihak berkuasa bersikap adil. Penjualan barangan seks juga salah dan perlu dikenakan tindakan.

"Saya tidak pasti sama ada pihak berkuasa mengeluarkan lesen menjual barangan seks, tetapi jika majalah lucah boleh dirampas kenapa alatan berunsur lucah dibiarkan begitu saja," katanya.

Tinjauan mendapati premis terbabit menjual peralatan seks secara terbuka dengan memaparkan setiap alatan termasuk barangan menyerupai kemaluan di kaunter.

Seorang pelancong Singapura yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzi, 42, berkata beliau hairan bagaimana premis itu boleh dibenarkan beroperasi begitu lama sedangkan penjual VCD cetak rompak digempur habis-habisan.

Beliau berkata, penjualan barangan seperti itu di negaranya memerlukan permit khas dan dijual di tempat tertentu dan bukannya di kawasan tumpuan keluarga kerana tidak sesuai.

"Memang betul penjualan bahan cetak rompak adalah salah dan wajar dikenakan tindakan, tetapi tidakkah menjual peralatan seks di tempat terbuka adalah salah di sisi undang-undang Malaysia?," katanya.--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-04-2007, 03:00 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 7hb April 2007 :-

Restoran sundal diserbu kali ke-12

BUTTERWORTH : Pengunjung sebuah restoran makanan laut di Lorong Teras Jaya 2 di sini, yang menjadi tempat kegiatan tidak bermoral termasuk pelacuran bertempiaran sebaik premis berkenaan diserbu sepasukan polis, tengah malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.10 tengah malam itu, seramai 18 wanita warga asing membabitkan 13 warga China dan lima warga Thailand berusia antara 18 hingga 44 tahun ditahan.

Turut ditahan, 14 wanita rakyat tempatan membabitkan 11 Cina dan tiga Melayu berpakaian seksi berusia antara 19 hingga 45 tahun. Dua daripada mereka didapati positif dadah selepas ujian air kencing.

Premis yang pernah diserbu sebanyak 11 kali menjadi pusat ‘pertemuan’ pelanggan dengan wanita pilihan mereka sebelum dibawa keluar ke tempat lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Sukri Awang, berkata serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat 60 wanita warga China bekerja di restoran berkenaan.

Katanya, restoran berkenaan berkonsep terbuka sekali gus memudahkan pekerja dan pelanggan melarikan diri ketika diserbu.

“Dianggarkan 40 orang meloloskan diri ketika serbuan dilakukan. Namun 13 wanita warga China berjaya ditahan dan siasatan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini.

“Modus operandi mereka ialah pulang ke negara asal setiap sebulan sekali sebelum masuk semula ke negara ini. Mereka dipercayai memperoleh perndapatan lumayan sehingga mampu berulang alik ke negara ini,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Sukri berkata, wanita warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, tiga penjaga restoran berusia 24, 40 dan 59 turut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 56 1 (d) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun kerugian RM30,000 apabila wang yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di Kepala Batas dilarikan pencuri yang menunggang motosikal, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki berkenaan yang menaiki kereta Honda Civic berhenti di Kilometer 127.2 Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan sebaik mendapati tayar belakang kiri keretanya pancit.

Sukri berkata, ketika mangsa memeriksa tayar keretanya, datang seorang penunggang lalu membuka pintu depan dan mengambil beg mengandungi wang tunai atas tempat duduk pemandu.

“Polis ingin menasihatkan sesiapa yang mengeluarkan wang tunai dari bank agar berhati-hati kerana kemungkinan mereka diekori penjenayah,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
08-04-2007, 08:39 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 8hb April 2007 :-

18 pondan terperangkap

KUALA LUMPUR : Seramai 18 pondan ditahan dalam operasi sepasukan polis di Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu kira-kira jam 1 pagi, cubaan beberapa pondan warga asing untuk melarikan diri ke dalam bangunan, hotel dan pusat hiburan berdekatan gagal.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) Superintendan Zaki Masrof, berkata operasi dilakukan selepas menerima aduan mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan golongan berkenaan.

“Daripada aduan diterima, mereka didakwa terbabit dalam beberapa kegiatan jenayah samun, peras ugut dan masalah sosial.

“Dalam operasi berkenaan, polis berjaya menangkap 18 pondan membabitkan warga Indonesia dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati pondan terbabit menjadikan pelancong asing yang baru keluar dari pusat hiburan dan mereka yang berjalan kaki berseorangan sebagai sasaran pelanggan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas dokumen perjalanan beberapa pondan terbabit mendapati mereka kerap keluar masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong asing.

Metro Ahad difahamkan, pondan terbabit mengenakan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 untuk setiap kali perkhidmatan diberikan.

“Semua pondan yang ditahan itu dibawa ke IPK untuk ujian air kencing bagi mengesan penyalah gunaan dadah dan juga proses dokumentasi,” katanya.

Mereka yang ditahan kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk tindakan susulan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
09-04-2007, 03:59 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 9hb April 2007 :-

Lanun DVD terdesak

JOHOR BAHRU : Peniaga cakera optik cetak rompak di sebuah kompleks beli-belah ( Holiday Plaza ) , di sini ibarat cacing kepanasan sehingga sanggup menawarkan harga RM2 bagi sekeping cakera video digital (DVD) untuk menarik semula pelanggan.

Mereka terpaksa berbuat demikian selepas terjejas teruk ekoran kejayaan satu operasi pihak berkuasa menumpaskan sindiket pengedaran cakera cetak rompak bernilai lebih RM10 juta di tingkat atas kompleks situ pada 20 Mac lalu dengan bantuan dua ekor anjing pengesan, Lucky dan Flo.

Kesan daripada kejayaan itu, hampir separuh daripada kira-kira 30 premis menjual cakera optik cetak rompak di situ lumpuh menyebabkan mereka kerugian amat besar sehingga terpaksa melancarkan tawaran harga untuk menarik semula pelanggan.

Bagi mengelakkan kerugian lebih besar, peniaga terbabit terpaksa menawarkan harga serendah RM2 berbanding kebiasaan pada RM4 hingga RM6 sekeping, di samping untuk tujuan menghabiskan s+++.

Bagaimanapun tinjauan mendapati peniaga yang degil itu masih menjalankan kegiatan mereka dengan berselindung di sebalik penjualan cakera padat video (VCD) dan DVD tulen.

Peniaga di premis perniagaan berkenaan tidak lagi memaparkan judul dan katalog cetak rompak kerana bimbang dengan kehadiran pihak berkuasa sebaliknya bahan itu hanya akan dihantar kepada pembeli selepas persetujuan dibuat.

Pelanggan diminta menunggu kira-kira 20 minit sebelum pekerja membawa bahan cetak rompak yang ingin dibeli dengan menggunakan beg beroda dan dibawa masuk ke dalam premis perniagaan itu.

Dalam pada itu, bagi melancarkan operasi mereka yang dilakukan secara senyap itu, kebanyakkan peniaga cetak rompak itu mengupah pekerja baru yang juga berperanan sebagai ‘peninjau’.

Difahamkan tugas peninjau itu memerhatikan setiap pergerakan atau kehadiran orang yang disyaki terutamanya anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang berunifom atau berpakaian awam.

Sementara itu, Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Johor, Fahmi Kassim, berkata peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pusat beli-belah itu kini tidak lagi menggunakan premis tetap sebaliknya secara bergerak.

“Selepas kejayaan besar dalam operasi membanteras cetak rompak bulan lalu, penjual bahan cetak rompak kini melakukan aktiviti mereka secara bergerak terus kepada pelanggan.

“Bagaimanapun kita akan menempatkan lapan anggota di situ bagi terus memantau kegiatan itu dari emasa ke semasa,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
17-04-2007, 12:06 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 17hb April 2007 :-

Beraksi atas meja

KLUANG : Penyebaran klip video aksi tarian wanita separuh bogel membolehkan polis menyerbu sebuah kedai makan di sebuah medan selera berhampiran Stesen Bas Kluang di sini, Jumaat lalu.

Pengusaha terbabit dipercayai mengupah penari wanita melakukan pelbagai aksi mengghairahkan dengan hanya memakai coli dan seluar pendek dipercayai bagi menarik lebih ramai pengunjung ke medan selera berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pengusaha itu tidak disenangi pengunjung, terutama mereka yang membawa keluarga makan di situ berikutan ia dilakukan di tempat terbuka, selain salah di sisi undang-undang.

Suri rumah yang mahu dikenali sebagai Chia, berkata dia bersama suami dan dua anak berusia lapan dan 12 tahun pergi ke medan selera itu untuk makan malam, minggu lalu.

“Saya dapat melihat penari itu menyanyi tapi tidak menyangka apa-apa hinggalah dia (penari) mula menari dengan aksi mengghairahkan bersama pengunjung.

“Ketika itu, saya kurang senang kerana terdapat ramai kanak-kanak dan pelanggan lain termasuk anak saya dan mereka semua dapat melihat aksi jijik itu dengan jelas,” katanya.

Menurutnya, keadaan bertambah ‘panas’ apabila penari itu menari bersama seorang pelanggan di atas meja makan dengan mempamerkan pelbagai aksi kurang sopan.

Berikutan itu, dia terus menjelaskan bayaran makanan dan minuman lalu meninggalkan medan selera berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata berikutan aduan orang ramai, pihaknya menyerbu medan selera berkenaan.

“Kami menerima aduan orang ramai yang kurang senang dengan tindakan penari terbabit membuat persembahan tidak bermoral di khalayak ramai, terutama kawasan makan membabitkan pelanggan pelbagai lapisan masyarakat.

“Berikutan itu, kami sudah menahan penari wanita berkenaan dan ketika serbuan Jumaat lalu, lebih 100 pengunjung asyik menyaksikan persembahannya,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini menyiasat sama ada pemilik medan selera berkenaan sudah memohon lesen hiburan dari pejabat daerah.

Klip video aksi tarian separuh bogel itu mula disebarkan kepada penduduk sekitar daerah ini menerusi telefon bimbit sejak seminggu lalu.

Ia memaparkan seorang wanita lingkungan 20-an itu menari dengan aksi mengghairahkan, hanya memakai seluar pendek dan coli dan turut menari bersama pelanggan di medan selera terbabit.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-04-2007, 01:59 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 18hb April 2007 :-

Wanita bakal didakwa

JOHOR BAHRU : Tindakan seorang pengusaha kedai makan di sebuah medan selera di Kluang, dekat sini, menggunakan seorang wanita sebagai penghibur untuk menarik pelanggan, dianggap melampaui batas dan mengganggu ketenteraman lebih-lebih lagi ia berlaku di tempat awam.

Jurucakap Pejabat Daerah Kluang yang enggan dikenali, berkata wanita berusia lewat 20-an yang bertindak sebagai penyanyi dan penari itu seolah-olah langsung tidak memakai baju apabila tampil dengan coli hitam dan berseluar jeans pendek.

“Pihak Pejabat Daerah tidak pernah memberikan sebarang permit hiburan kepada pengusaha di medan selera itu.

“Persembahan penyanyi boleh diadakan pada hari tertentu seperti karnival sehari saja tetapi dengan pemantauan rapi pihak kami supaya ia tidak bertentangan dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad, berkata penyanyi wanita terbabit dan pengusaha medan selera itu akan didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Beliau berkata, polis akan terus mengawasi pusat hiburan dan medan selera di daerah berkenaan supaya tiada kejadian seumpama itu berulang.

Dalam pada itu, seorang pengusaha medan selera di Skudai di sini, berkata wanita terbabit mengenakan caj di antara RM100 hingga RM300 sejam untuk menyanyi dan menari, selain mengajak pelanggan turut naik ke pentas.

Beliau yang enggan dikenali dan menjalankan perniagaan sejak lebih lima tahun lalu, berkata pengusaha medan selera terutama yang bergantung kepada minuman keras sanggup membayar wanita terbabit ribuan ringgit sebulan bagi menarik pelanggan.

“Persembahan wanita terbabit memang penting untuk menarik pelanggan dan memajukan bisnes. Pelanggan mahukan hiburan ketika minum dan jika tidak menyediakan hiburan, suasana akan sunyi dan perniagaan pula merosot.

Semalam, akhbar ini melaporkan, tindakan pengusaha sebuah kedai makan di sebuah medan selera berhampiran Stesen Bas Kluang, menggunakan ‘penari separuh bogel’ bagi melariskan perniagaan mereka, akhirnya mengundang padah apabila polis menyerbu premis itu Jumaat lalu.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-04-2007, 02:02 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 18hb April 2007 :-

Web lucah hantar e-mel

PUTRAJAYA : Pengendali laman web lucah tempatan dikesan menghantar e-mel secara rambang kepada orang ramai berkaitan penyertaan laman web terbabit serta bayaran yang dikenakan bagi menarik perhatian orang ramai.

Seorang penerima e-mel yang menghubungi Harian Metro, berkata dia terperanjat apabila menerima e-mel berkenaan ketika sedang melayari laman web, dan tidak menyangka ia masih berleluasa walaupun pihak berkuasa sudah mengambil tindakan.

“Saya kesal kerana pengendali sanggup memaparkan laman web seperti itu, malah saya sendiri malu apabila banyak gambar perempuan Melayu dieksplotasi dengan melampau semata-mata untuk mengaut keuntungan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap perkara itu kerana memberikan kesan buruk, terutama di kalangan remaja di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, terdapat beberapa laman web yang sudah diambil tindakan tetapi hanya ditutup sementara waktu.

Menerusi e-mel berkenaan, katanya, maklumat lengkap mengenai nama bank dan nombor akaun turut disertakan untuk memudahkan pelanggan membuat pembayaran untuk melayari laman web yang dikenali 'laman web Melayu 18SX terbaru'.

Laman web berkonsepkan interaktif itu, memaparkan lebih 5,000 gambar dan video aksi panas gadis Melayu dan Indonesia, termasuk sedang melakukan hubungan seks, bercium dan bogel

Pengendali laman web itu mendakwa pelanggan boleh melayari dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM30 untuk keahlian seumur hidup.

Di samping itu, gambar dipaparkan berkualiti tinggi, tidak akan diganggu atau mempunyai kata laluan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
18-04-2007, 02:09 PM
Laporan daripada Berita Harian bertarikh Rabu 18hb April 2007 :-

Sindiket cetak rompak guna ulat cari pelanggan

JOHOR BAHRU : Akibat sering diserbu anggota penguat kuasa, sindiket pengedaran cakera optik cetak rompak di Pusat Beli Belah Holiday Plaza, di sini kini menggunakan 'ulat' untuk membawa pelanggan ke kawasan kediaman yang dijadikan premis perniagaan berkenaan.

Modus operandi baru penjual DVD dan CD cetak rompak itu dikesan bahagian risikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, kelmarin selepas menjalankan pemantauan sejak 10 hari lalu.

Difahamkan, ulat berkenaan akan menghampiri pelanggan yang mencari DVD di pusat beli-belah berkenaan sebelum menawarkan produk berkenaan.

Selepas dipersetujui, 'ulat' berkenaan akan membawa pelanggan terbabit menaiki kenderaan ke kawasan kediaman bagi melakukan transaksi jualan.

Dalam serbuan jam 5.40 petang kelmarin, operasi yang diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP, Fahmi Kassim bersama 13 anggota penguat kuasa merampas kira-kira 75,000 keping DVD haram bernilai lebih setengah juta di Jalan Terentang 1, Taman Kebun Teh, di sini.

Operasi Ops Hidu itu menahan tiga penjual DVD haram warga tempatan yang berusia antara 18 hingga 27 tahun serta sembilan orang dipercayai pelanggan berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan.

Fahmi berkata, sembilan pelanggan itu, empat daripadanya adalah warga Singapura manakala dua lagi rakyat Britain.

"Namun ketika serbuan, didapati pelanggan ini tidak membawa sebarang DVD haram, kemungkinan mereka sudah menyedari kehadiran kami dan meletakkan kembali DVD yang dipilih. Selepas kira-kira tiga jam disoal siasat, mereka dilepaskan" katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati lokasi ini turut dijadikan tempat pembungkusan DVD cetak rompak, pemborong kepada peniaga DVD di Holiday Plaza serta pusat menjalankan jualan menerusi internet.

Fahmi berkata, penjual terbabit akan dikenakan tindakan mengikut Akta Hakcipta 1987 dengan sabit kesalahan boleh didenda dari RM2,000 hingga RM20,000 atau dipenjarakan lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Turut dirampas ialah televisyen bagi pemeriksaan kualiti salinan DVD, pemain DVD dan mesin juruwang.
--- KatoeyNews Network

KatoeyLover69
21-04-2007, 12:31 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 21hb April 2007 :-

Parti liar anak VIP

Pesta liar bilik hotel: Remaja anak VIP anjur parti seks untuk lepas tekanan

KUALA LUMPUR : Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali ‘ One Nite Stand Party ’ setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.

Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi ‘bahan wajib’ pesta seperti itu.

Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan ‘syurga dunia’ dengan rakan sebaya.

Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.

Selain itu, ‘tali barut’ juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.

Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu.

Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.

Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit.

Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah.

“Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan.

“Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu.

“Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja,” katanya ketika ditemubual di sini, semalam.

Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka.

“Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti,” katanya kepada Harian Metro.


Gelojak jiwa remaja

KUALA LUMPUR: Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr Jaslaile Suzana Jaafar, mengakui menerima aduan ibu bapa bahawa anak mereka terjebak dengan parti liar.

Katanya, tiada sebab khusus boleh menjelaskan punca remaja mudah terjebak dengan masalah sosial seperti menghadiri parti liar kerana semuanya bergantung kepada individu itu sendiri.

“Sebenarnya, tiada faktor jelas mengapa remaja mudah terjebak dalam masalah sosial seperti ini, namun masing-masing mempunyai alasan tersendiri termasuk kurang perhatian ibu bapa dan pengaruh rakan.

“Jiwa remaja yang mahu mengenali diri sendiri, mendapatkan pengalaman dan mahu diri dihargai turut menjadi punca masalah sosial ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas mengenai pembabitan golongan anak orang kaya menganjurkan parti liar seumpama itu, beliau berkata, jiwa mereka kosong dan tiada motivasi untuk mencari hidup lebih bermakna.

“Golongan ini boleh dianggap parah kerana mereka sudah ada segala-galanya dan diberi kebebasan oleh keluarga,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
21-04-2007, 12:36 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 21hb April 2007 :-

40 bilik urut diroboh MPSJ malam tadi

SUBANG JAYA : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merobohkan lebih 40 bilik kecil yang dibina dalam dua rumah urut di USJ 21 dan Taman Kinrara, Seksyen 1, Puchong di sini, malam tadi, berikutan keengganan pemiliknya menutup premis terbabit walaupun sudah dua kali diserbu sebelum ini.

Pemilik premis itu didapati masih berdegil walaupun MPSJ sudah memberi notis amaran supaya tidak melakukan sebarang perniagaan berunsur maksiat.

Kedua-dua premis itu juga didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Operasi jam 8 malam itu turut disertai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jabatan Imigresen dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Empat belas wanita turut diberkas.
--- KatoeyNewsNetwork

Spirulina
23-04-2007, 12:23 PM
Aiiyakkk!! Manyak kelaka!!! Window 98?=Jendela 98!!!

KatoeyLover69
23-04-2007, 01:19 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 23hb April 2007 :-

Jual tubuh demi hiburan

MELAKA : Kebanyakan pondan yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memberi alasan melakukan kegiatan tidak bermoral bagi memperolehi wang untuk berhibur walaupun mengetahui perbuatan itu ditegah agama.

Mereka dikatakan mampu memperoleh lebih RM2,500 sebulan dengan melakukan kegiatan itu pada setiap malam.

Wang berkenaan pula digunakan hanya untuk menampung perbelanjaan berhibur dan membeli pakaian baru.

Perkara ini terbongkar apabila dua pondan berusia 24 dan 30 tahun ditahan ketika sedang menunggu seseorang di Jalan Tun Ali, di sini Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Rahimin Bani, berkata golongan ini mempunyai kerja tetap pada waktu siang.

Namun, katanya, demi kepuasan diri untuk berhibur serta menikmati gaya hidup mewah mereka sanggup melakukan perkara terkutuk itu pada waktu malam.

Berdasarkan siasatan, pondan terbabit boleh memperoleh antara RM40 dan RM60 untuk dua jenis `perkhidmatan’ yang dilakukan iaitu seks oral dan luar tabii.

“Habuan besar yang diterima itu menyebabkan golongan ini melakukan perbuatan itu pada setiap malam.

“Apa yang memeranjatkan, mereka melakukan perbuatan itu bukan untuk menyara kehidupan tetapi sekadar untuk memudahkan mereka berhibur,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, mereka sanggup mengetepikan risiko yang bakal dihadapi iaitu jangkitan penyakit berbahaya seperti HIV dan Aids.

Katanya, Jaim kesal apabila seorang daripada pondan yang ditahan itu juga baru sahaja dibebaskan dari penjara tidak sampai dua bulan kerana kesalahan berlagak wanita.

“Apa yang dilakukan mereka sama sekali bertentangan dengan kehidupan manusia dan dimurkai Allah.

“Ini jelas berdasarkan bukti dalam al-Quran yang terjadi ke atas kaum Nabi Luth yang ingkar dengan larangan Allah supaya tidak melakukan hubungan sesama jenis.

“Akibat perbuatan itu, mereka menerima balasan dibinasakan Allah,” katanya
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-04-2007, 01:24 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 23hb April 2007 :-

Tauke rumah urut ditahan

SEBERANG JAYA : Tujuh rakyat tempatan yang juga majikan warga asing termasuk seorang daripadanya pemilik kedai urut ditahan dalam Ops Sapu Jabatan Imigresen negeri di 16 lokasi sekitar Georgetown, semalam.

Pemilik pusat urut berusia 50-an itu ditahan kali ketiga kerana menggaji wanita warga China sebagai tukang urut di kedainya di Midland Park.

Lelaki terbabit ditahan dalam operasi bermula kira-kira 10 pagi hingga 3 petang membabitkan 36 anggota penguat kuasa dengan 46 warga asing berusia antara lapan hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Majikan rakyat tempatan ditahan mengikut Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun manakala warga asing akan dihantar ke depoh tahanan Juru, Bukit Mertajam sementara dibicarakan. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
25-04-2007, 03:08 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 25hb April 2007 :-

11 bulan diburu lelaki ‘gila seks’

KUALA LUMPUR : Seorang pengurus wanita dihantui ketakutan apabila menjadi buruan seorang lelaki ‘gila seks’ yang kerap mengirimkan pelbagai gambar lucah dan aksi ‘panas’ gadis menyerupai wajahnya melalui e-mel ke pejabat mangsa.

Gangguan sejak hampir 11 bulan lalu itu semakin serius apabila identiti suspek yang masih misteri seolah-olah mengekori pergerakan mangsa dan mengetahui aktiviti hariannya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Y berkata, gangguan berunsur seksual itu mula diterimanya sejak Jun tahun lalu sejurus dia mendirikan rumah tangga.

“Sejak itu saya mula dihujani pelbagai e-mel mengandungi gambar lucah dan bogel melalui komputer di pejabat saya di Petaling Jaya.

“Tidak cukup dengan itu, penghantar e-mel berkenaan turut menulis pelbagai ayat lucah yang menakutkan saya,” katanya.

Menurutnya, dia pernah membalas e-mel lelaki terbabit dan merayu memberhentikan supaya gangguan seksual itu.

“Malangnya lelaki itu terus mengirimkan pelbagai gambar lucah yang ada antaranya mirip wajah saya.

“Lebih menghairankan penghantar e-mel berkenaan seolah-olah mengetahui semua tindak-tanduk saya. Malah, dia mendakwa tahu alamat rumah dan pejabat saya selain arif rutin harian saya,” katanya yang membuat dua aduan di Balai Polis Sungai Buloh.

Menurutnya, lelaki terbabit turut menghantar e-mel dan mendakwa mengetahui tindakannya bercuti bersama suami selain lokasi yang dipilih mereka.

Mangsa berkata, tindakan lelaki itu menyebabkan dia trauma kerana berasa diekori setiap masa oleh lelaki misteri berkenaan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
25-04-2007, 03:33 PM
hey bro KTL,

really appreciate ur effort in posting all this news from metro.. i used to buy metro for all this fishy news .. but no longer do...coz i just need to log in to SBF and wait for ur updates !

thanks.

cheers
MelbSJ

Really glad to know that you read and appreciate all my postings :D

Cheeco
25-04-2007, 05:52 PM
I also appreciate your effort very much

KatoeyLover69
25-04-2007, 06:33 PM
I also appreciate your effort very much

Thank you ! :D

KatoeyLover69
26-04-2007, 12:54 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 26hb April 2007 :-

Pelacur, pelanggan dicekup

KUALA LUMPUR : Beberapa premis tidak bertuan dan tidak diketahui siapa pemiliknya di Jalan Thambipillay, Brickfields di sini, digunakan bapa ayam untuk dijadikan pusat penyediaan perkhidmatan seks kepada orang ramai dengan menempatkan wanita dan pondan, di situ.

Kegiatan pelacuran di jalan berkenaan yang beroperasi sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan hampir lumpuh sejak tiga tahun lalu, kini bernafas semula apabila beberapa kemudahan pengangkutan di kawasan berdekatan memudahkan pelanggan mengunjungi premis pelacuran terbabit.

Polis yang memandang serius kegiatan pelacuran di kawasan itu sebelum ini mengambil tindakan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita premis tidak bertuan bagi mengelak daripada digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, sindiket pelacuran terbabit dikesan menceroboh semula rumah kedai dua tingkat yang berusia lebih 50 tahun itu untuk dijadikan pusat penyediaan khidmat seks.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ahmad Ibrahim, berkata polis sudah beberapa kali mengambil tindakan terhadap pelacur dan pondan yang menyediakan khidmat seks di beberapa premis tidak berpemilik di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dalam serbuan malam tadi, seramai 34 orang ditahan di dua premis yang disediakan kepada pelanggan untuk melakukan hubungan seks dengan pelacur dan pondan.

“Daripada jumlah itu, sembilan wanita dipercayai pelacur dan 10 pondan yang menyediakan khidmat seks ditahan bersama 15 pelanggan berusia 20 hingga 40 tahun,” katanya.

Ahmad berkata, polis menjalankan operasi khas mencegah jenayah di lima kawasan termasuk di daerah Brickfields dalam usaha mengurangkan kes jenayah.

Beliau berkata, seramai 150 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi khas itu dengan memberi tumpuan kepada kegiatan pelacuran, samseng selain mengesan mereka yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes jenayah.

Katanya, semua orang yang ditahan itu akan menjalani ujian air kencing.

Sementara itu, seorang wanita berusia 30-an yang mahu dikenali sebagai Mas berkata, dia menjadi pelacur sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, dia mula bekerja jam 8 malam tadi dan sudah melayan 10 pelanggan yang setiap seorang dikenakan bayaran RM50.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
27-04-2007, 05:52 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Jumaat 27hb April 2007 :-

20 GRO China ditahan

GEORGETOWN : Seramai 20 wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah di sini, kelmarin.

Wanita terbabit berusia 20-an ditahan dalam serbuan buat kali ketiga di premis berkenaan oleh sepasukan anggota polis kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abd Hamid, berkata operasi berkenaan dilakukan berikutan pengusaha pusat hiburan itu masih tidak serik menggunakan khidmat wanita warga China sebagai tarikan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, pusat hiburan berkenaan turut mengadakan cabutan nombor bertuah kepada pelanggan menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk motosikal, telefon bimbit dan televisyen.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua 20 GRO warga China terbabit didapati menyalahgunakan pasport mereka untuk bekerja di negeri ini tanpa sebarang dokumen yang sah.

“Turut ditahan, 10 pelanggan, namun mereka dibebaskan selepas keterangan diambil manakala semua 20 wanita warga asing itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azam berkata, berdasarkan pemeriksaan itu, semua 20 wanita terbabit ditahan kerana didapati melanggar syarat permit masuk ke negara ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
28-04-2007, 03:28 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 28hb April 2007 :-

Gelas arak celah payu dara

KUALA LUMPUR : Golongan wanita yang mengamalkan cinta sejenis atau lebih dikenali sebagai lesbian mempunyai cara tersendiri menghiburkan diri dengan pasangan masing-masing walaupun mengetahui perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Golongan songsang membabitkan gadis remaja, wanita dewasa termasuk bertaraf orang kenamaan (VIP) dikesan menjadikan bilik hotel di Jalan Imbi di sini, sebagai ‘sarang’ untuk menganjurkan parti liar sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang menyusup ke parti itu mendapati antara aksi ghairah yang dilakukan ketika berpesta ialah meletakkan gelas berisi arak yang didinginkan di lurah payu dara untuk dikepit.

Pasangan lesbian lain pula bertaruh menari secara ‘ghairah’ sebelum pemenangnya berpeluang meneguk arak melalui gelas yang diletakkan di celah payu dara wanita itu.

Selain itu, mereka yang mempamerkan tarian paling seksi dihadiahkan sekuntum bunga ros.

Difahamkan, parti pasangan lesbian dari sekitar ibu kota itu dianjurkan untuk berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian atau malam minggu.

Seorang lesbian yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, lingkungan 20-an, berkata parti setiap malam minggu bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu hanya dikenakan RM30 sekali masuk di kelab terkemuka dan bilik hotel.

“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu pasangan masing-masing secara terbuka.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menghadiri parti terbabit.

Ika berkata, lokasi parti berkenaan sentiasa ‘disembunyikan’ daripada pihak luar.

“Parti itu hanya untuk perempuan, lelaki diharamkan masuk. Biasanya setiap minggu sekurang-kurangnya 100 lesbian hadir untuk berhibur.

“Golongan pengkid (tomboy) bersama pasangan mereka turut hadir untuk berhibur dengan kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perbezaan bercinta dengan pengkid dan pasangan lesbian, Ika berkata, dia tidak pernah bercinta dengan pengkid, sebaliknya hanya dengan wanita yang mengamalkan lesbian.

“Lesbian suka perempuan sejenis dengannya iaitu berpakaian serta berwatak perempuan, manakala pengkid perempuan yang menyerupai lelaki serta berpakaian dan berwatak lelaki.

“Kami yang bernafsu dengan kaum sejenis digelar lesbian dan tak berminat pada lelaki. Tapi ada juga antara kami turut sukakan lelaki serta ada teman lelaki. Mereka digelar bi-sex.

“Bi-sex adalah perempuan atau lelaki yang minat pada kedua-dua jantina, tidak kira lelaki atau perempuan cuma menagih cinta sejati daripada kedua-dua jantina,” katanya.

Ika berkata, lesbian tidak hanya mempunyai tempat untuk berparti, malah ada ‘port’ untuk bersembang dan lepak pada masa terluang.

“Pada hari biasa atau selepas berparti, kami akan ke ‘port’ iaitu kedai mamak atau restoran di sekitar Pandan Indah untuk makan dan minum selain ‘markas’ tersendiri untuk bermain snuker,” katanya.

Ika berkata, dia tidak pasti hala tuju dalam hubungan lesbiannya dan tidak pernah memikirkan sama ada kehidupan sedemikian akan diteruskan.

“Saya tidak tahu kenapa saya bernafsu dengan kaum sejenis dan tak pasti sama ada akan terus begini sehingga akhir hayat.

“Agama memang melarang, tapi saya tak sukakan lelaki. Jadi, mungkin buat masa ini saya akan terus begini dan hanya masa menentukan sama ada saya akan berubah atau tidak,” katanya.

Ika mendedahkan, ada juga lesbian yang meningkat usia, berkahwin dan mempunyai anak sukar berubah serta dalam diam masih terjebak dalam dunia cinta sejenis.

“Kami memang dah begini serta mempunyai naluri sukakan kaum sejenis sampai bila-bila.

“Yang sudah berkahwin, malah mempunyai anak pun dalam diam masih bersama kami, berparti serta mempunyai pasangan lesbian dan itu menjelaskan naluri kami sukar untuk diubah,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
30-04-2007, 02:32 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 30hb April 2007 :-

Sindiket pelacur guna SMS cari pelanggan

ALOR STAR : Beberapa penduduk di sini, mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak tertentu yang menawarkan khidmat wanita dipercayai untuk tujuan tidak bermoral.

Teks SMS berbunyi “Anda inginkan teman? Mari intai ke sini, ramai gadis-gadis cun (cantik) sedang menanti anda cepatlah SMS ke...”, dipercayai dihantar oleh satu sindiket pelacuran untuk mencari pelanggan kepada beberapa individu di sini sejak tiga minggu lalu.

Sindiket itu dipercayai menggunakan nombor yang disewa dari sebuah syarikat telekomunikasi tempatan.

Siasatan Harian Metro mendapati syarikat berkenaan beroperasi di Kuala Lumpur dan menyewakan nombor berkenaan kepada sebuah lagi syarikat dipercayai sindiket yang menghantar SMS terbabit.

Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mengaku sebagai eksekutif syarikat terbabit enggan bekerjasama, malah enggan memberitahu lokasi sebenar pejabat mereka.

Bagaimanapun, lelaki terbabit memberitahu nombor itu disewakan pula kepada sebuah syarikat lain untuk menjalankan perniagaan mereka.

“Saya tidak tahu apa jenis perniagaan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Apa yang saya tahu mereka cuma menyewa nombor itu daripada kami,” katanya yang juga enggan memberitahu nama syarikat terbabit.

Seorang wanita dari Kuala Kedah, dekat sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Rohani berkata, dia terkejut apabila ditawarkan wanita ‘cun’ melalui SMS, baru-baru ini.

“Saya abaikan saja SMS itu, tetapi keesokannya saya mendapat SMS yang sama. Saya percaya sekiranya tidak dibendung ia akan menjadi lebih parah lagi,” katanya.

Seorang peniaga yang enggan dikenali mengakui turut menerima SMS yang menawarkan wanita itu, bagaimanapun disebabkan tidak mahu mendatangkan masalah kepada isterinya dia memadamkan SMS itu.

Beliau berkata, ini adalah perniagaan cara baru yang menggunakan teknologi moden kemungkinan cara ini lebih mudah mencari pelanggan kerana pihak berkuasa sering mengadakan operasi.

“Dipercayai melalui SMS ini lebih selamat kerana pertemuan boleh diatur di tempat-tempat tertentu bagi mengelak dari diserbu oleh pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam Media Celcom, Rohizan Ismail ketika dihubungi berkata, ini adalah kejadian yang pertama dilaporkan kepadanya, bagaimanapun perkhidmatan itu bukan SMS daripada syarikat telekomunikasi berkenaan.

“Setakat ini, kita tidak mengetahui punca SMS itu dari mana bagaimanapun kita akan cuba mengesannya,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail ketika dihubungi berkata, beliau belum lagi menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pihak.

“Ada beberapa individu yang menghubungi saya mengenai SMS itu bagaimanapun belum ada laporan rasmi dibuat, individu itu hanya menghubungi melalui telefon,” katanya.

Beliau berkata, kemungkinan sindiket ini mempunyai ejen di bandar besar serta mempunyai rangkaian membekalkan wanita untuk tujuan seks.

“Adalah lebih baik SMS seperti itu diabaikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asistan Komisioner Zainal Abidin Kassim ketika dihubungi, berkata sehingga kini pihaknya belum menerima laporan mengenai SMS seperti itu.

“Setakat ini tiada laporan diterima. Sekiranya ada individu yang membuat laporan, kita akan siasat,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
30-04-2007, 02:37 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 30hb April 2007 :-

Jual tubuh bayar yuran

KOTA BHARU : Terdesak mencari wang dan ketagihan seks selepas daranya diragut kekasih menjadi punca seorang wanita yang mendakwa penuntut kolej swasta tempatan dekat sini, sanggup memperdagangkan tubuhnya.

Baginya, maruah sudah tidak berharga lagi kerana dia mampu memperoleh wang mudah dan lumayan selain dapat ‘melepaskan’ giannya.

Gadis berusia 20 tahun itu mendakwa dia sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan dan membayar yuran kolej yang mencecah ribuan ringgit setiap semester.

“Kerja ini mudah dan lumayan tapi saya kena rajin mendapatkan lebih banyak wang kerana bayarannya terpaksa dikongsi dengan ‘mummy’ (ibu ayam),” katanya kepada sumber Harian Metro yang berjaya mendekatinya selepas menyamar sebagai pelanggan.

Bagi menikmati hasil lumayan itu, dia mendakwa perlu melayan sekurang-kurangnya dua lelaki sehari.

Dia bagaimanapun tidak melakukan kegiatan itu setiap hari kerana sibuk dengan kelas dan aktiviti kolej.

“Saya hanya ‘kerja’ apabila perlukan wang. Tidak kira di mana, saya hanya ikut pelanggan bawa.

“Adakalanya hingga ke hotel besar di bandar ini, hotel murah, malah beberapa kali pernah ‘berkhidmat’ dalam kereta,” katanya yang berasal dari Tumpat.

Menurutnya, dia kini menyewa sebuah bilik kecil di hotel murah di sini, bagi memudahkannya ke kolej.

Dakwanya, dia anak tunggal dalam keluarga dan ibunya sudah meninggal dunia serta hanya tinggal bapanya di kampung.

Pengakuan wanita itu berjaya membongkarkan kegiatan pelacuran yang kini dikesan bergerak aktif di sekitar bandar ini.

Siasatan Harian Metro mendapati, kegiatan terbabit didalangi seorang ibu ayam berusia 40-an yang beroperasi di sebuah hotel murah, dekat sini.

Ibu ayam terbabit dikatakan menghubungi setiap pelacur ‘belaannya’ jika ada pelanggan memerlukan khidmat.

Setiap kali perkhidmatan, mereka dibayar antara RM250 hingga RM300.

Bagaimanapun, wanita itu hanya mendapat RM100 hingga RM150 selepas ditolak bayaran kepada ibu ayam.

Ibu ayam itu turut ‘membela’ beberapa remaja lain, termasuk pelajar sekolah menengah untuk dijadikan pelacur sambilan di sekitar bandar ini. --- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
02-05-2007, 01:18 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Selesa 1hb Mei 2007 :-

Pemuda bantu ibu ayam

KOTA BHARU : Seorang wanita dipercayai ibu ayam yang disyaki ‘menjaga’ sekumpulan remaja termasuk penuntut kolej dan pelajar menjual tubuh di sekitar bandar ini dipercayai turut dibantu seorang pemuda.

Pemuda berusia lingkungan 20-an itu dipercayai turut berperanan mendapatkan pelanggan bagi khidmat seks yang ditawarkan remaja terbabit.

Siasatan Harian Metro mendapati, setiap pelanggan bersetuju mendapatkan khidmat seks itu dikatakan akan dirujuk kepada ibu ayam terbabit.

Difahamkan, ibu ayam lingkungan 40-an berkenaan kemudian akan menghubungi remaja terbabit untuk memaklumkan khidmat mereka diperlukan.

Kegiatan mereka itu licik dan sukar dikesan pihak berkuasa kerana jarang berkumpul serta hanya berhubung melalui telefon bimbit.

Harian Metro semalam, melaporkan seorang penuntut kolej swasta tempatan menawarkan khidmat seks dengan caj antara RM250 hingga RM300 bagi setiap perkhidmatannya.

Penuntut berusia 20 tahun itu mendakwa sanggup menjual tubuh kerana terdesak untuk membayar yuran kolej dan mahu melepaskan ketagihan seksnya.

Gadis itu mendakwa gagal mengawal ketagihan seksnya selepas kali pertama melakukan hubungan seks dengan kekasihnya.

Berikutan itu, penuntut berkenaan yang mendakwa menjalankan kegiatan itu secara sambilan mengakui secara purata dia `melayan’ kira-kira dua lelaki sehari dan mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
03-05-2007, 11:56 AM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Khamis 3hb Mei 2007 :-

2 jam dikurung ‘bapa ayam’

KUALA LUMPUR : Akibat teruja dengan ajakan rakan sekolej untuk melihat ‘ayam’ di sekitar lorong belakang Jalan Petaling di sini, seorang remaja dikurung tiga ‘bapa ayam’ selama lebih dua jam dalam sebuah rumah pelacuran bersama 10 pelacur.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli, 18, mendakwa terperangkap dalam rumah pelacuran itu selepas bapa ayam mendapat maklumat kehadiran polis di kawasan itu.

Katanya, pengalaman mendebarkan dikurung bersama pelacur itu amat menakutkan kerana dia turut diugut bapa ayam supaya bekerjasama dan tidak membuat bising jika tidak mahu diberkas polis.

Menurutnya, 10 minit sebelum kejadian, dia dan dua rakannya berjalan menuju lorong belakang berhampiran Jalan Petaling yang menyediakan perkhidmatan seks semurah RM20 untuk satu sesi.

“Saya berjalan kaki dari pusat penjaja Jalan Petaling ke lorong terbabit yang ketika itu dipenuhi lelaki warga asing dipercayai bertujuan mendapatkan khidmat seks.

“Pada mulanya saya masuk ke sebuah rumah pelacuran melalui pintu belakang sebelum melihat deretan pelacur berusia separuh abad yang menawarkan seks pada harga hanya RM20,” katanya.

Menurutnya, dia bagaimanapun segera keluar dari rumah pelacuran itu kerana ‘geli’ berikutan usia kebanyakan pelacur di situ hampir sebaya ibunya.

“Saya kemudian memasuki sebuah lagi rumah pelacuran bersebelahannya sebelum melihat deretan pelacur duduk di hadapan pintu bilik kecil untuk melayan ‘tetamu’.

“Selepas keluar masuk hampir enam pintu rumah pelacuran, saya ke sebuah lagi rumah ‘ayam’ di hujung lorong berhampiran Pasar Karat,” katanya.

Menurutnya, sebaik menaiki tingkat dua rumah kedai terbabit, dia mendapati lebih 10 gadis muda seawal usia 20 tahun menawarkan khidmat seks pada harga RM30.

“Ketika saya asyik melihat pelacur genit terbabit, tiba-tiba pintu masuk rumah pelacuran itu yang diperbuat dari besi ditutup.

“Saya cuba berlari keluar, namun dihalang seorang bapa ayam dengan alasan anggota polis berada di luar rumah pelacuran itu,” katanya.

Menurutnya, empat lagi lelaki yang juga pelanggan rumah pelacuran itu turut terperangkap dalam premis yang hanya boleh dimasuki melalui laluan pintu belakang itu.

“Keadaan ketika itu amat azab sekali berikutan rumah pelacuran itu tidak dilengkapi penghawa dingin menyebabkan suhunya naik mendadak sebaik pintu ditutup.

“Saya yang bermandi peluh merayu dibenarkan keluar, namun seorang daripada bapa ayam berkenaan naik angin sambil mengugut memukul jika saya membuat bising,” katanya.

Menurutnya, dia dan 10 pelacur dipercayai warga asing itu terpaksa duduk membatukan diri dalam bilik suram yang dipasang lampu merah.

“Pada masa sama, bapa ayam terbabit dilihat menghubungi rakannya di luar dipercayai untuk mengetahui pergerakan polis. Seorang lagi bapa ayam tanpa segan silu bergurau senda sambil berpelukan dengan seorang pelacur di atas katil tanpa mempedulikan orang lain.

“Saya tambah kecut perut apabila seorang pelanggan menyatakan dia takut jika polis dapat memecah masuk rumah pelacuran itu lalu menangkapnya bersama pelacur.

“Selepas hampir dua jam berkurung, seorang daripada bapa ayam berusia lingkungan awal 20-an membuka pintu besi sebelum membenarkan kami keluar.

“Kejadian itu pertama kali dialami menyebabkan saya serik. Namun, lebih penting saya mahu polis menutup kawasan berkenaan daripada terus menjadi sarang pelacuran di tengah di ibu kota,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

watchman
04-05-2007, 03:36 AM
Laaa. Berani masuk ke kandang harimau tapi bila terperangkap, kecut macam tikus. :D
Ini kan risikonya. Harap ini satu teladan kpd yg membaca surat klipping ni.

Juz wanna give hats off to Katoey Lover for taking time to post newspaper clippings. Is very informative. Thks again.

SanukSeeker99
04-05-2007, 09:32 AM
Juz wanna give hats off to Katoey Lover for taking time to post newspaper clippings. Is very informative. Thks again.

I also want to join in to congratulate Bro KatoeyLover69 for his diligence & effort in bringing us his " KatoeyNewsNetwork " updates day in, day out, rain or shine

Keep up the good work ! :D

bewaksam
05-05-2007, 10:08 PM
Lokasi sekitar Cheras Business Center

Name: Sofia, Gf type
Age: 30+
Boobs: 36 B
Body: Rendang, bulat.
Face: 6/10
Massage: 7/10
Auto Roaming : Yes, with additional charges
BJ, FJ, AR : BJ Yes included
HJ : Yes
Damage : RM86 + rm50(Auto Roaming)

setelah melalui perjalanan yang melenguhkan dari negeri selatan malaysia, dan sambil menunggu football match pagi semalam ( yang totally mengecewakan) aku berpusing pusing di sekitar cheras, untuk mencari lokasi yang memberangsangkan ..... sekali terpadang kepada satu banner pvc yang baru di naikkan terus aku mempakirkan kereta dan menuju puncak kelegaan. terus di sambut bagaikan anak raja, setelah sesi suai kenal baru lah diberitahu bahawa semalam adalah hari perasmian kedai .... aku org yang ke-3 dan di jelaskan sistem point yang diamalkan disitu. setiap Rm1 diberi 0.1 point setelah cukup 50 point akan dapat 1 sesi percuma. terus di arahkan ke bilik yang kecil, sekadar muat sekeping tilam dan ruang untuk gadis gadis duduk si kiri dan kanan,
setelah selesai menanggalkan apa yang patut.... jeng jeng jeng masuklah si So***a dan sesi pertama di mulakan terasa lega urat urat yang besimpul sepanjang perjalanan. setelah 0.5 jam sesi pertama dijalankan .... berjalan pula sesi kedua ( serang balas bermula)....2 3 das tembakkan berjaya di lepaskan .... pertarungan berakhir dengan sesi urutan batin untuk membuang angin..... amat mengilukan

bewaksam
05-05-2007, 10:21 PM
Lokasi : Sun inn SPA
Nama awek : K***y @ H***o K***y
Kategori : YTF

Face : 6/10
Figure : 7/10
Boops : 32B
BBBJ : 9/10 (Fire & Ice)
AR : Yes
Fingering : Yes
GFE : 7/10
FJ : 8/10

Ini adalah pertama kali aku menjejak Sun inn, itu pun setelah dipetik oleh sanibbs. Pada mulanya aku agak keberatan, namun memandangkan kasihan kepada rakan yang tidak berteman, aku bersetuju juga walaupun ketika itu aku baru saja bangun dari tidur, lebih kurang jam 11.30am.

Tiba di Sun inn lebih kurang jam 1.30am. Aktiviti bermandi-manda berjalan dengan meriah sekali kerana sudah lama tak berjumpa dengan sanibbs. Walaupun hanya kami berdua saja yang berada di Sun inn pada ketika itu, tapi meriahnya dengan gelak-tawa macam ada 20 orang.

Lepas makan, Kapten menjalankan sesi Chiu-Keng. Hanya ada 2 orang awek saja pada ketika itu, kedua-duanya menarik dipandangan mata aku. Memandangkan sanibbs telahpun tertambat pada Ice, aku memilih Kitty.

FJ yang begitu memuaskan aku, tak rushing. Kitty hebat dalam menjalankan tugasnya, aku begitu rilex & puas sekali. Pengalaman yang paling aku tak boleh lupakan, sesi AR telah Kitty mulakan di dalam toilet lagi ketika sedang mandi. Bukan setakat AR, BJ juga dimulakan lebih awal lagi sebelum ke atas katil.

bewaksam
05-05-2007, 10:22 PM
Name: A**, Gf type
Age: 30+
Boobs: 36 B
Body: Small Cutting, Kabut (Bontot) Leper-Kuat Main
Face: 9/10 (Boleh kategori Cun jugak)
Massage: 8/10 (Consider Boleh Legakan lenguh2 kat Belakang)
Auto Roaming : Demand rm50.00 for Boobs Only
BJ, FJ, AR : NO (Tak Tanya, mungkin ada)
HJ : Yes
Damage : rm40(Massage) + rm50(Hj) + rm50(Auto Roaming)

Terbaca dengan IKLAN Leeman yg mengatakan ada tempat baru di sekitar Sri Hartamas. Cuba call dia tapi tak dapat, mungkin hp sudah bertukar no. Sampai jer tempat kejadian terdapat 3 org yg bertugas. Ada seorang Pino dan 2 Prc. Muka boleh tahan juga ketiga2nya tapi tengok A** tertawan lalu terus booking.

Massage boleh tahan, habis semua tempat di picitnya. Terasa lega urat belikat belakang yg lenguh. Memula ingat nak massage jer pastuh taktik menggoda A** yg menjadi, diurutnya dengan berlapikkan boobs nya yg mekar tuh (Ala2 Turkey Bath gitu) terus tote bangun meminta untuk dibelai. Setelah selesai A** memeluk pulak, nak mintak tips ler tu atau nak ajak main. Mungkin aku yg tak paham..... Masa tak cukup... Heh heh...

Selesai kemudian bersembang dengan A***r yg mengatakan tempat ni baru bukak dalam tiga minggu. Sama +++ey dengan yg ada kat TTDI

bewaksam
06-05-2007, 11:34 AM
Place : I**h Cla**c Spa
Girl : Anne
Type : YTF (Jb Mali)
Body : 7/10
Boops : 7/10 (Cup B) puting pink
Face : 7/10
Catbath : 8/10 no rush
BJ : 7/10
FJ : 8/10
AR : yesss
massage : hampehh macam buat roti canai je

selepas buat paperwork dan gaji lak dah masuk .. hati ini mula bergelora nak berpesta tapi takde geng ... last2 ada sorang ofis mate ajak melawat ke spa utk rileks2 .. tup2 terus jadi 3 org .. dan bila dah cukup korum lawatan pun terus dijalankan ... memula kami ke robin spa .. kantoi lak sampai2 ada plak van polis forensik parking kat ke depan .. hush kus semangat rupa2nya takde apa2 just parking je .. kami pun masuk ke dalam dan sembang2 ngan recep .. pastu dapat info baru lak ... spa dia sedang renovate so cuma ada massage jer ... kitaorg pun berhijrah ke satu lagi spa .. sampai disana kami dapati hampir 80% pekerjanya malay dan saya nak ucapkan tahniah kepada captain yg melayan kami dgn baik (budak melayu gak) so selepas berendam dan berwap kami pun naik ke tgkt atas untuk berehat dan makan2 ... so kami dapati awek2 yg bekerja agak bagus pilihannya .. dari pemerhatian saya 2 YTF 2 MASALA 1 IBAN dan yg lain2 tak dapat dipastikan kerana sedang bekerja .. dan juga ada seorg MILF yg agak hot kerana urutannya bagus .. tapi dia menolak kerana terlalu banyak bekerja tanpa henti ... so saya memilih TYF kerana dia nampak agak menarik ... so xtiviti seperti biasa dan memang best sebab dia memang tak sombong dan menurut kata ... skill first grade dan ada GF feel ... sori takble detail sangat takde masa hehehe
so damage dia : spa + massage + fj = rm130 ( dapat diskaun dari kapten tersebut)
--- saya tiada syer disini so ini cuma info utk kengkawan mykakis ok-----

bewaksam
06-05-2007, 11:36 AM
hari tu tanya kat sorang senior tak dapat info .. so dah sampai ipoh baru dapat info dari boss .. so tak jadi pegi hehe tapi tak pe ...
utk tidak mengecewakan semua org ni ada sedikit FR dari street fight di sekitar IPOH

location : tengah pekan ipoh
masa : jam 11.30 ke atas
nama awek NL :lupa plak ... nak tanya
rupa : 5/10
fj : 7/10
bj : 8/10
Gfe : 7/10

part timer .. kengkadang ada tapi susah skit nak timingkan masa bekerja
so malam balik dari seremban dan singgah di KL dan tak dapat cari location ... terus balik ke IPOh .. ronda2 utk lepaskan hingus yg dah meleleh ... so terserempak ngan budak ni kat celah2 tiang bangunan kat area Pi*z* H**
tanya harga lebih kurang pastu servey package .. terus on ...
masuk bilik baru lar nampak jelas .. budak ni kecik je dan tomboy skit ... peramah gak .. so xtiviti macam biasa ... masih ketat ... tapi bj dia memang ada kelas ..siap deep throat lagi hehe .. (best) ... satu lagi yg sepesel budak ni dia tak kesah dan ikut kata .. so banyak arahan dan posisi dikeluarkan ... dan finishing dikeluarkan dalam keadaan berpelukan seperti sepasang kekasih

overall experienced : 7/10
damage : rm40 pershot

bewaksam
06-05-2007, 11:37 AM
Tarikh: 29/03/2007
Masa: 7.00PM
Lokasi: I-Z**, Jln Cheras
WL: Ramai yang tak kenal, muda-muda, saya ambil liza, awek sabah, 21 tahun.
Massage: 7/10
Damage: RM48, dah naik harga, captain cakap sebab rental naik.
Remark: Ok lah tu, baru 21 tahun, kulit licin, masaj boleh tahan, cara Sabah (lebih ke cara Filipina). Sebab baru aktif bali, tak buat apa, hanya enjoy masaj saja

bewaksam
06-05-2007, 11:39 AM
Location : MC area Bandar Klang
Tarikh : Minggu lepas
ML : F*** (Bakso)
Body massage : 6/10
Batin : 7/10
AR : Yes
BJ : Tak tanya
FJ : Tak tanya

Setelah sekian lama tertunda, akhirnya tercapai gak impian nak pekena teh tarik kat BBK bersama Orang Besar Daerah Klang. Sesi temubual berjalan agak lancar, teh tarik dihirup penuh nafsu sambil berbincang akan permasalahan global dan glokal. Tapi akhirnya, topik kesedapan juga menjadi perhatian. Sepertimana yang dicadangkan oleh Orang Besar, kami bergerak ke Andalas untuk menikmati picitan ML kegemaran beliau. Tapi rupanya awan mendung menunggu kami, tertera dipintu masuk ayat yang cukup menyakitkan hati "Kedai sedang diubahsuai". Cehhhhhh.

Orang Besar merenungku dengan muka penuh belas ehsan. "Meh kita ke pekan", cadang beliau. Aku mengikut je, maklumlah, sedang berada dalam jajahan beliau. Sampai je ke lokasi kedua, sempat plak aku sesat cari parking. Nasib baik Orang Besar cekap memberi arahan. Selepas parking, terus terjah ke pintu syurga tanpa memberi salam, Captain bertugas terus membawa ke tempat peraduan. Lama gak menunggu, naik lenguh bontot aku dibuatnya, kemudian masuk le sorang awek bakso tersengih-sengih sambil menyanyi lagu Negaraku. Buang tebiat ke hapa.

"Bukak le baju tu bang, bukak sumer ye" ayat pertama terpacul dari mulutnya. "Nak kena bukak sumer ke? Segan le plak", jawabku dengan nada mengada-ngada. "Kalau malu, meh saya tolong bukakan, he..he...he....". Melawan awek nih (lupa plak, nama bakso ni F***). Tak nak membazir masa, terus bukak baju dan baring. Urutan pun bermula, agak bagus tapi tak sebagus urutan bakso lain yang pernah aku cuba. Aku biarkan saja tangan F*** menjalankan tugasnya.

Selepas setengah jam diurut, sudah tiba masanya aku pula menunaikan tanggungjawab. "F***, baring sebelah abang", ceh tetiba aku melantik dia jadi adik aku plak. Tak banyak songeh, terus berbaring lantas tanganku mula berbakti kepada gunung daik kepunyaan F***. Tak puas le plak main kat luar je, aku tarik baju ke atas dan branya kusingkap setinggi yang boleh. Tu dia, boleh tahan tetek, cup C siot. Puting kecik je, warna tak jelas sebab pencahayaan bilik agak kurang memuaskan. Gentel sepuas hati, tapi tak puas gak, nyonyot je lah. Best siot, rasa cam jadi bayi ye. "Geli le bang", rengek F***. Aku talak hilau, terus nyonyot sampai kenyang.

"Masa dah nak habis le bang, tak nak batin ke?". Teguran F*** menyebabkan aku tersedar dari kesedapan. "Ok lah", jawabku. Selepas mengenakan kembali baju yang dah terlucut (bila masa aku bukak baju dia ahhhh ?????) sesi batin pun bermula. Agak bagus, lubang cincin aku pun dikorek, ngilu giler. Tapi lepas tu, dua tiga hari totey aku dok tegang je. Seperti biasa sesi batin diakhiri dengan HJ. Lama sangat beromen tadi kot, aku gagal bertahan lama sewaktu diasak oleh tangan F***. Tersembur keluar anak-anakku dengan penuh keriangan, seolah-olah gembira dengan kesedapan yang sedang aku alami. Selesai segalanya, bagi tips, peluk-peluk dan ramas-ramas, baru kluar.

Pekena nescafe dulu, Orang Besar masih kat dalam. Selang lima minit, Orang Besar kluar sambil tersenyum simpul. Dalam makna senyumannya tuh . Cit cat kejap, kemudian terus balik menuju ke destinasi masing-masing (Visa Orang Besar dah nak expired masa tu ).

Damage : Body massage (RM50) + Batin/AR (RM50)
Extra service/charge : Kena runding dengan ML.

KatoeyLover69
07-05-2007, 03:01 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 7hb Mei 2007 :-

Jual tubuh prabayar - 'top up' girls

KUALA LUMPUR : “Kami masih bersekolah dan perbuatan ini hanya sekadar untuk bersuka-suka selain dapat menampung kos membeli kad telefon prabayar,” kata seorang remaja perempuan yang menawarkan khidmat seks bagi menampung kos beli kad prabayar RM10.

Remaja sepertinya yang lebih dikenali dengan gelaran gadis ‘top up’ di kalangan pelanggan ini kebanyakannya masih di bangku sekolah dan mengambil jalan mudah mendapatkan kad tambah nilai prabayar daripada lelaki yang dikenali melalui laman sembang internet.

Menurut Sue, (bukan nama sebenar) gadis ‘top up’ yang ditemui Harian Metro, pembabitannya dalam kegiatan ini bermula dari sekadar hanya untuk bersuka-suka sebelum ketagih dengan perbuatan buruknya itu.

Katanya, kebanyakan lelaki berkenaan dikenali dari laman sembang internet selain rakan yang pernah keluar bersamanya.

Menurutnya, dia hanya meminta setiap pelanggannya membelikan kad prabayar bernilai RM10 sebelum keluar bersama dan dibawa ke ‘port’ untuk melakukan kegiatan maksiat itu.

“Selalunya saya dibawa lelaki ini ke rumah sewa mereka dan kadangkala kami hanya bersiar-siar di ibu kota atau menonton wayang.

“Kegiatan ini dilakukan setiap kali cuti hujung minggu dan kebanyakan pelanggan kami adalah Mat Motor,” katanya yang terus aktif menjalankan kegiatan itu bersama beberapa lagi rakannya yang juga masih bersekolah.

Sue berkata, ada juga rakannya yang menawarkan khidmat sembang seks melalui telefon.

Gadis berusia 17 tahun ini berkata, perbuatan kejinya bermula ketika dia melayari internet dan mengenali seorang lelaki berusia 20-an di laman sembang lalu saling bertukar nombor telefon.

Katanya, sehari selepas itu lelaki yang dikenali sebagai Joe menghubunginya dan mereka berkenalan dengan mesra melalui telefon.

“Dari perbualan melalui telefon, saya terperangkap dengan ayat romantis lelaki yang pandai bermain kata-kata itu.

“Joe memang seorang lelaki yang romantik dan pandai memujuk, ini membuatkan saya tertarik padanya walaupun tidak pernah bersemuka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap hari Joe tidak pernah lupa menghubunginya membuatkan mereka semakin mesra dan tanpa segan silu perbualan mereka bertukar kepada perbincangan mengenai seks.

Bermula dari perbualan itu, mereka semakin berani dengan melakukan layanan seks melalui telefon sebelum kedua-dua mengatur pertemuan di sekitar ibu kota.

Katanya, dia bertemu Joe buat pertama kali selepas hampir sebulan berhubung melalui telefon dan wajah lelaki itu yang tampan membuatkan hatinya ‘cair’.

“Joe memujuk saya pulang ke rumah sewanya dan tanpa banyak soal dan demi cinta, saya mengikutnya,” katanya.

Sue berkata, bermula malam itu dia yang mabuk dengan kata-kata dan janji manis teman lelakinya itu dengan rela menyerahkan tubuhnya kepada lelaki berkenaan.

Malah, Sue yang ketika itu masih mentah sering mengambil kesempatan berjumpa dan bermalam di rumah teman lelakinya setiap kali tiba hujung minggu.

Katanya, hubungan mereka berdua bertahan hampir setahun sebelum dia mengetahui yang teman lelakinya itu berlaku curang apabila dia terserempak dengan Joe bersama gadis lain.

“Saya berjumpa dia sedang berkepit dengan wanita lain dan bertanya mengapa dia sanggup menduakan saya.

“Joe ketika itu hanya membuat muka selamba dan mengatakan yang dia tidak mengenali saya sebelum kedua-duanya beredar meninggalkan saya yang masih dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya.

Selepas kejadian itu barulah dia mengetahui Joe memang suka mengambil kesempatan dan sering meniduri setiap gadis yang menjadi pasangannya.

Rentetan dari kejadian itu, Sue mengakui dia yang kecewa dengan sikap teman lelakinya itu mengambil jalan mudah dengan menjual tubuh kepada sesiapa yang sanggup membelikannya kad prabayar disebabkan ketagihan seks.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
07-05-2007, 03:05 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 7hb Mei 2007 :-

JAJ pantau 8 lokasi panas

JOHOR BAHRU : Tempat letak kereta di sekitar jeti Danga Bay dan benteng di Senibong di sini, dikenal pasti antara lokasi popular dan strategik pasangan bercinta untuk memadu asmara sekali gus mengundang perlakuan maksiat.

Turut menjadi kunjungan golongan terbabit, terutama pada hujung minggu dan cuti umum ialah di taman bunga dan tempat rekreasi di Pantai Lido, Taman Tasik Pelanggi Indah, Taman Tasik Taman Dahlia, Lelaman Tasik, Bukit Layang-Layang dan Taman Cahaya di Kulai.

Selain menjadikan kemudahan tempat duduk yang disediakan pihak berkuasa tempatan di tempat itu sebagai tempat berasmara, sebahagian besar lebih gemar memilih berdua-duaan di dalam kereta dan tidak kurang juga yang mencari tempat di celah-celah pohon bunga.

Bagi golongan gemar membelai dan dibelai di khalayak ramai itu, Jabatan Agama Johor (JAJ) mempunyai peringatan yang harus mereka ambil peduli, “Awas! gerak-geri anda diperhatikan!”.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Yosree Ikhsan, berkata pihaknya melancarkan operasi cegah maksiat lebih kerap di lokasi yang dikenal pasti itu bagi memastikan perbuatan sumbang yang dilakukan pasangan terbabit di khalayak ramai tidak menjadi kebiasaan.

Katanya, anggota penguat kuasa JAJ sentiasa membuat rondaan bagi mengintip sebarang perlakuan yang boleh menimbulkan syak membabitkan pasangan Islam yang bukan muhrim di tempat yang dianggap ‘hot spot’ itu.

“Walaupun belum ada tangkapan membabitkan pasangan yang sedang dalam aksi mengaibkan, namun banyak juga pasangan yang disergah anggota penguat kuasa JAJ berada dalam keadaan yang menimbulkan syak.

“Buat kali pertama mereka diberi amaran dan saman untuk hadir ke pejabat agama bagi memberi keterangan dan diambil butiran peribadi, sekiranya sekali lagi mereka didapati melakukan perbuatan seperti itu maka tindakan lebih tegas diambil,” katanya.

Kebiasaannya, lokasi berkenaan mula dikunjungi pasangan seawal jam 7 malam dan berlarutan sehingga kira-kira jam 3 pagi.

Yosree berkata, berdasarkan pengalaman melalui beberapa operasi cegah maksiat yang dijalankan di lokasi berkenaan, pasangan yang disergah mengemukakan pelbagai alasan termasuk yang dianggap tidak munasabah.

“Walaupun pelbagai alasan dikemukakan, mereka tetap diberikan saman untuk hadir ke pejabat agama bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
12-05-2007, 03:22 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 12hb Mei 2007 :-

Rumah kediaman jadi pusat urut eksklusif

MELAKA : Dua unit rumah kediaman di Taman Malim Jaya, di sini, dikesan menjadi pusat mengurut eksklusif untuk pelanggan lelaki termasuk dari luar negara.

Kegiatan berkenaan dikatakan hanya diketahui orang tertentu dan sudah beroperasi sejak sebulan lalu.

Difahamkan, pusat mengurut eksklusif itu sering dikunjungi pelanggan luar negara termasuk dari Itali, Indonesia dan Singapura berdasarkan nota ‘pujian’ yang ditampal pada dinding kediaman berkenaan mengenai khidmat urutan yang diberikan pengurut wanita di situ.

Bagaimanapun, kegiatan itu akhirnya terbongkar selepas diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) petang kelmarin.

Dalam operasi kira-kira jam 4 petang itu, 4 wanita dan 3 lelaki berusia antara 22 hingga 39 tahun ditahan. Seorang daripada wanita yang ditahan warga Indonesia manakala pelanggan mereka warga tempatan.

Selain dijadikan tempat mengurut, dua premis terbabit juga dijadikan tempat tinggal tukang urutnya.

Setiap premis terbabit dihiasi pelbagai peralatan seperti di spa malah setiap bilik yang dijadikan tempat mengurut dipasang dengan tirai dan dikunci dari dalam apabila menerima pelanggan.

Ketika operasi dilakukan di tiga bilik berasingan dalam rumah itu, semua bilik dikunci dari dalam dan hanya dibuka selepas diketuk anggota penguat kuasa Jaim. Apabila pintu dibuka, tiga pelanggan lelaki ditemui dalam keadaan berbogel dipercayai diurut.

Pemilik rumah itu yang juga seorang wanita berusia 39 tahun turut berada dalam rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

Setiausaha MBMB, Azmi Hussien, berkata pihaknya akan memantau kegiatan rumah berkenaan selepas operasi itu.

Katanya, pemilik rumah itu juga didapati tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan premis dan menyalahgunakan rumah itu untuk tujuan perniagaan.

“Menerusi pemeriksaan, pemilik hanya mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan bagi kegiatan pusat kecantikan beralamat di Pokok Mangga,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
14-05-2007, 01:14 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 14hb Mei 2007 :-

Siang restoran malam karaoke

Polis tahan 13 GRO warga Thai dalam serbuan di Pandan Indah

KUALA LUMPUR : Sebuah restoran masakan Thai di Pandan Indah di sini, dikesan ‘berubah wajah’ menjadi pusat karaoke haram menjelang detik 12 tengah malam.

Restoran yang beroperasi sejak beberapa minggu lalu itu dikatakan dikunjungi pelanggan tetap untuk menikmati hidangan sambil berhibur.

Kehadiran beberapa wanita warga Thailand disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dikatakan turut memeriahkan suasana selain menjadi daya tarikan pelanggan ke restoran terbabit.

Kerja licik pihak restoran dan wanita terbabit bagaimanapun terbongkar apabila diserbu polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, diketuai Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya bersama D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, 13 wanita terbabit yang sedang leka melayan pelanggan restoran tergamam diserbu polis.

Warga Thailand terbabit dikatakan tidak menyedari kehadiran polis ke restoran yang diubah suai menjadi pusat karaoke menyebabkan mereka diberkas.

Jurucakap polis berkata, semua wanita berusia 25 hingga 35 tahun yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Polis turut membawa balik 15 pelanggan warga tempatan dan asing untuk mendapatkan keterangan mereka bagi membantu siasatan. Seorang lelaki disyaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan selepas polis yang menerima maklumat mengenai kegiatan itu bertindak melakukan pemantauan selama dua minggu.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati restoran berkenaan menjadi pusat karaoke selepas jam 12 tengah malam. Semua peralatan karaoke di restoran berkenaan rampas untuk tindakan lanjut.

“Pemilik restoran berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana menjalankan perniagaan karaoke tanpa lesen sah selain menggaji pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja.

“Restoran berkenaan dikesan hanya memiliki lesen untuk perniagaan makanan dan tidak memiliki lesen untuk pusat karaoke,” katanya.

Jurucakap itu berkata, semua wanita yang ditahan itu boleh dikenakan tindakan kerana menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di negara ini.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
19-05-2007, 12:04 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 19hb Mei 2007 :-

Empat pondan remaja dicekup

MELAKA : Sekumpulan remaja lelaki berlagak wanita (pondan) yang baru ‘berjinak-jinak’ dalam dunia songsang itu dicekup Bahagian Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) awal pagi semalam.

Semua remaja terbabit ditahan kira-kira jam 1.45 pagi di kawasan Taman Bunga Merdeka, dekat Bandar Hilir, sebaik melangkah keluar daripada kenderaan mereka untuk mencari ‘pelanggan’.

Empat remaja terbabit berusia 18, 20 dan 22 tahun itu berpakaian menyerupai perempuan dengan seorang daripada mereka berpakaian seksi serta semuanya berambut panjang.

Di samping kumpulan berkenaan, dua lagi lelaki berusia 26 dan 27 tahun ditahan di Jalan Graha, dekat sini, kira-kira setengah jam selepas tangkapan pertama.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata anggota penguat kuasa yang memeriksa empat remaja terbabit menemui kondom di dalam beg tangan mereka.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya menemui aksesori serta barangan solek wanita dalam beg tangan mereka.

“Seorang daripada remaja itu cuba melarikan diri dengan merempuh kepungan anggota penguat kuasa. Bagaimanapun, remaja itu berjaya ditahan selepas dikejar beberapa meter daripada kenderaan terbabit,” katanya di sini semalam.

Operasi membanteras kegiatan maksiat itu diketuai Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Muhamad Yahu Safat Isyak dan sertai oleh lima anggota penguat kuasa serta empat anggota polis.

Rahimin berkata, semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
21-05-2007, 12:43 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Isnin 21hb Mei 2007 :-

Asmara ekspres

KUALA TERENGGANU : Remaja gian seks kini dikesan gemar `bermain' asmara secara ekspres apabila menggunakan taktik menyewa hotel murah sejam hingga dua jam bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Trend itu dikesan sejak dua hingga tiga bulan lalu menyebabkan pihak berkuasa agama sering gagal menghalang kegiatan memalukan itu yang membabitkan mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun.

Sumber memberitahu Harian Metro, penguat kuasa memerlukan tempoh kira-kira dua jam bagi memperolehi waran daripada mahkamah sebelum tindakan dilakukan.

“Kami ada beberapa kali menerima maklumat daripada sumber mengenai pasangan remaja ke hotel murah terbabit, bagaimanapun, sebaik tiba, bilik hotel itu didapati kosong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, remaja terbabit dipercayai menggunakan cara itu selain menerima nasihat pengusaha hotel yang mengetahui selok-belok pemeriksaan penguat kuasa syariah.

“Sebelum ini, mereka gemar menyewa beberapa hari dan ia memberi kesempatan kepada penguat kuasa mendapatkan waran geledah terlebih dulu,” katanya.

Menurutnya, kesukaran dihadapi apabila setiap waran hanya boleh digunakan untuk bilik tertentu yang dipohon daripada mahkamah dan tidak boleh menyerbu bilik tidak berkaitan.

Sumber memberitahu, ada juga pasangan kini dikesan sanggup menyewa hotel mewah bagi melakukan maksiat dan mendapat kerjasama pengurusan hotel.

Menurutnya, pengurusan hotel sering melengah-lengahkan operasi penguat kuasa apabila meminta mereka menunggu kedatangan pengurus terlebih dahulu sebelum membenarkan bilik diperiksa.

“Walaupun waran geledah itu membolehkan penguat kuasa memecahkan pintu hotel sekalipun, ia perlu dilakukan dengan cara beradab dan tidak wajar jika sewenang-wenangnya menyerbu bilik orang.

“Keadaan itu menyebabkan operasi penguat kuasa bocor terlebih dahulu sebelum sempat serbuan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kesukaran menahan pasangan terbabit, menyebabkan orang ramai menyalahkan penguat kuasa tidak bertindak selepas aduan dibuat.

“Mereka tidak memahami masalah penguat kuasa syariah dan aduan mereka sebenarnya sentiasa diberi perhatian.

“Penguat kuasa perlu menjalankan tanggungjawab mengikut prosedur ditetapkan dan tidak boleh menyalahi undang-undang atau tidak mengambil kira tata susila agama,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

KatoeyLover69
23-05-2007, 01:29 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Rabu 23hb Mei 2007 :-

17 pelayan PRC ditahan

KUALA LUMPUR : Bagi menarik lebih ramai pelanggan, sebuah restoran tanpa lesen di Bandar Kinrara, dekat sini, dikesan menggunakan khidmat 17 gadis warga asing dari China sebagai pelayan istimewa khusus kepada lelaki hidung belang.

Kebanyakan gadis terbabit yang berusia 25 hingga 35 tahun dikesan menyalahgunakan pas lawatan sebagai pelancong ke negara ini untuk bekerja secara haram di restoran berkenaan.

Kegiatan terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Superintendan Mohd Zaki Masroh menyerbu restoran di Jalan Puchong itu, kira-kira jam 11 malam tadi.

Dalam serbuan itu, wanita warga China berkenaan tidak sempat melarikan diri sebelum diberkas anggota polis ketika leka melayan pelanggan.

Sumber polis berkata, siasatan mendapati semua wanita warga asing terbabit tidak mempunyai permit kerja sah untuk bekerja di Malaysia.

“Mungkin ada pihak atau sindiket tertentu yang menguruskan perjalanan mereka ke negara ini.

“Siasatan lanjut mendapati kebanyakan mereka sudah bekerja antara dua hingga tiga minggu di restoran terbabit,” katanya.

Polis bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada gadis warga China itu turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Ada kemungkinan ia dilakukan sebagai perkhidmatan tambahan kepada pelanggan yang sanggup membayar harga lebih. Polis bagaimanapun masih menyiasat perkara ini.

“Dalam serbuan terbabit, polis turut menahan 11 lelaki yang juga pelanggan restoran berkenaan. Semua mereka turut diarah menjalani ujian air kencing,” katanya.

Difahamkan, restoran yang baru beroperasi itu tidak mempunyai lesen perniagaan sah.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
25-05-2007, 05:58 PM
Hahaha thread ini bermula dengan FR dalam Bahasa Malayu lama-lama menjadi lapuran Surat Khabar. Syabas, abang Katoey kerana sudi mengambil masa supaya kita dapat menafaat daripada kerja-kuat abang Katoey !!

KatoeyLover69
25-05-2007, 06:55 PM
Hahaha thread ini bermula dengan FR dalam Bahasa Malayu lama-lama menjadi lapuran Surat Khabar. Syabas, abang Katoey kerana sudi mengambil masa supaya kita dapat menafaat daripada kerja-kuat abang Katoey !!

Datuk,

Thank you for your compliments !

Glad you enjoy reading all the news articles..........

Already 33 pages and read by 42.232 Samsters :D

ferio_kajang
25-05-2007, 07:59 PM
UNtuk menghormati bahasa ibunda,FR sulong akan di buat dalam bahasa melayu.

Lokasi : Saboon,KL
Masa : Minggu lepas (lepas bosan lepak kat Jalan Pinang) dalam pukul 2 pagi.
Awek : Aku tak tau nama dia saper-tak bole cakap melayu,tak boleh cakap BI.
Bodi : 6/10
Muka : 7/10
BJ : Fire n Ice (7/10)
Mandian Kucing : 6/10-tak cukup stim
FJ : 6/10 (moarn cam tak iklas ajer)
Anal : NO
overall : takat nak buang air boleh la.
Damage : RM 198 percuma 4D number.

DatukSeks
26-05-2007, 10:02 AM
overall : takat nak buang air boleh la.
Damage : RM 198 percuma 4D number.
Wah Bahasa Melayu abang ferio memang kuat boleh menggunakan perkataan seperti bahasa ibunda and mandian kucing. Hahaha

Harap jangan marah jika saya menterjermahkan sedikit, boleh ?

overall = keseluruhan

damage = kerosakan

Hahaha

DatukSeks
26-05-2007, 10:32 AM
Datuk,

Thank you for your compliments !

Glad you enjoy reading all the news articles..........

Already 33 pages and read by 42.232 Samsters :D

Kerja kuat abang Katoey harus dibanggakan dan mendapat hasil. Oleh kerana saya telah mempunyai kuasa 1, saya telah menambahkan markah abang Katoey. Hahaha

KatoeyLover69
26-05-2007, 08:28 PM
Kerja kuat abang Katoey harus dibanggakan dan mendapat hasil. Oleh kerana saya telah mempunyai kuasa 1, saya telah menambahkan markah abang Katoey. Hahaha

Datuk,

Terima kasih banyak banyak kerana menaikkan markah saya :D

Datuk tak ada laporan padang ( FR = Field Report ) kah ?

KatoeyLover69
26-05-2007, 08:30 PM
UNtuk menghormati bahasa ibunda,FR sulong akan di buat dalam bahasa melayu.

Mandian Kucing : 6/10-tak cukup stim

Tak ada ' madian anjing ' keh ??? :D

KatoeyLover69
26-05-2007, 09:06 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Sabtu 26hb Mei 2007 :-

Pelajar ‘diratah’ empat Pak Arab

PETALING JAYA : Akibat terlalu percayakan rakan, seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dirogol 4 ‘Pak Arab’ secara bergilir-gilir di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, ketika kejadian 20 Mei lalu, mangsa berusia 20-an yang mengenali keempat-empat suspek dari Asia Barat itu keluar bersama-sama sebelum dirogol.

Mangsa ‘diratah’ beramai-ramai di rumah suspek di Sungei Way di sini, bermula tengah malam hingga awal pagi sebelum dibenarkan pulang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mazlan Mansur, berkata mangsa pada mulanya berkawan dengan keempat-empat suspek yang berusia 20-an itu memandangkan mereka juga pelajar kolej berdekatan.

“Mereka mengenali satu sama lain dan bersahabat, namun wanita itu dirogol sejurus tiba di rumah mereka.

“Mangsa yang terkejut apabila dirogol kawan sendiri kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sejurus dibenarkan pulang keempat-empat suspek,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya bergegas ke rumah suspek sebaik menerima laporan mangsa dan memberkas keempat-empat lelaki terbabit pada hari yang sama.

“Keempat-empat mereka sedang berehat di rumah ketika ditahan dan kes terbabit masih dalam siasatan.

“Suspek ditahan reman hingga 28 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Mazlan turut menasihati orang ramai mementingkan aspek keselamatan dan menjaga harta benda memandangkan kes samun, ragut dan pecah kenderaan masih meningkat.

“Orang ramai diminta jangan menyimpan barangan berharga dalam kenderaan terutama komputer riba, beg dan telefon bimbit kerana ia adalah daya penarik bagi penjenayah untuk memecah kenderaan.

“Pihak polis sentiasa memantau kawasan sekeliling tetapi menjadi tanggungjawab masyarakat untuk sama-sama memerangi jenayah,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
27-05-2007, 01:46 AM
Datuk,

Terima kasih banyak banyak kerana menaikkan markah saya :D

Datuk tak ada laporan padang ( FR = Field Report ) kah ?

Abang Katoey,

Ada ada !! Di bawah ini adalah Lapuran Padang mengenai persetubuhan antara saya dengan Cik Joyce di BHC.

Apabila saya tiba di BHC, kerani di sana asyik menyuruh saya untuk mencuba wanita paling baru mereka yang bernama Joyce. Jadi saya mengangguk and bersetuju. Saya masuk bilk dan tunggu. Lepas lima minit, Cik Joyce pun masuk, mukanya bukanlah lawan permaisuri tetapi buah dadanya nyata nyata menonjol keluar, sekurang kurangnya pun ada cawan C+ lah.

Oleh kerana kotek saya sudah memanjang and TEGANG apabila menegok teteknya, saya terus memberitahunya bahawa saya mahu servis penuh. Kemudian Joyce menanggal pakaiannya satu per satu bermual dengan bajunya, diikuti ole colinya. Alamak, apabila colinya ditanngalkan, teteknya tidak begitu besar, hanya cawan B.

Dia menyuruh saya baring dan memberi saya madian kucing. Kemudian dia menghisap pistol tegang saya, perasannya memang syiok. Saya tekan teteknya dan dia menjerit-jerit apabila pistol saya memasuki lobang cintanya. Dia berada di atas dan asyik menaiki kuda dan semakin lama semakin cepat. Saya pun tidak boleh tahan lagi dan kemudian menembak keluar beberapa das tembakan. Saya berasa letih and lutut pun semakin lemah.

Muka: 5.8
Umur: 23 (dia kata tapi saya rasa dia lebih tua sedikit)
Tinggi: Lebih tinggi daripada kebanyakan pelacur di sana
Tetek: Cawan B
Kerja Tangan: Tidak cuba
Kerja Hisap: 6 biasa aje lah
Kerja Servis penuh: 6
Kulit: Licin
Kerosakkan: $100
Balik Untuk Bersetubuh: Tidak lah

Apa macam, abang Katoey ? Lapuran Padang saya boleh pass tak ? :D

Cheeco
27-05-2007, 01:33 PM
Dia berada di atas dan asyik menaiki kuda dan semakin lama semakin cepat. :D

menaiki kuda = cowgirl? atau tunggang lembu/kerbau? ;)

jjmyarea
27-05-2007, 01:51 PM
Muka: 5.8
Apa macam, abang Katoey ? Lapuran Padang saya boleh pass tak ?

Salam bang DatukSeks. Laporan bang memang tak jadi masalah nak lulus.
Nasib baik bang bukan pengadil akademi fantasia kalau ya susahlah mereka nak lulus. Markah bang kasi sampai titik berpuluhan satu.:D kasi sikit chance-lah bang. :D

KatoeyLover69
27-05-2007, 10:34 PM
Abang Katoey,

Ada ada !! Di bawah ini adalah Lapuran Padang mengenai persetubuhan antara saya dengan Cik Joyce di BHC.

Dia menyuruh saya baring dan memberi saya madian kucing.

Apa macam, abang Katoey ? Lapuran Padang saya boleh pass tak ?

Datuk,

I bagi 6.9 / 10 markah untuk Laporan Padang ( FR ) di atas

Kenapa tidak minta dia buat mandian anjing ???

KatoeyLover69
27-05-2007, 11:26 PM
Laporan daripada Harian Metro bertarikh Ahad 27hb Mei 2007 :-

Web lucah buatan Malaysia

KUALA LUMPUR : Mungkinkah wujud beberapa laman web lucah ‘buatan Malaysia’ yang menggunakan lokasi Pro+++ol Internet (IP) tempatan dan alamat internet .my atau secara teknikalnya disebut domain?

Ini kerana, satu laman web lucah yang mempunyai ciri seperti itu dikesan ‘terlepas’ di ruang siber.

Laman web itu secara terang-terangan menggunakan perkataan lucah sebagai alamatnya dan mengandungi lebih 100,000 cerita lucah serta ratusan gambar dan filem lucah yang hanya boleh diakses jika melanggannya dengan bayaran tertentu.

Harga langganan yang ditawarkan adalah daripada RM115 untuk langganan selama sebulan, RM160 (3 bulan) dan RM300 (12 bulan).

Pada masa sama, pengendali laman web itu menawarkan akses selama sebulan secara percuma jika pelawat menyumbangkan cerita lucah di laman web itu.

Perkara itu didedahkan seorang pembaca akhbar ini yang menghantar e-mel mempersoalkan kewujudan laman web berkenaan.

Pembaca itu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Pembaca Pintar IT’ mengemukakan beberapa bukti menunjukkan laman web berkenaan adalah laman web tempatan yang menggunakan lokasi IP tempatan dan pendaftaran domain .com.my.

Menurut pembaca itu, dia hairan bagaimana pendaftar domain, iaitu MYNIC Berhad, meluluskan pendaftaran laman web itu.

“Saya membuat penyelidikan terperinci mengenai laman web itu menerusi khidmat WHOIS MYNIC (http://whois.mynic.net.my/index.php) dan terkejut mendapati ia dikendalikan warga tempatan.

“Lebih memeranjatkan, laman web itu dihostkan syarikat hosting tempatan,” katanya yang keliru dengan keadaan itu.

Pendedahan itu diajukan kepada MYNIC dan dakwaan yang dikemukakan adalah benar.

Jurucakap MYNIC berkata, permohonan laman web menggunakan nama domain erotikcerita.com.my itu diluluskan pada 17 April 2007.

Katanya, pihaknya mengakui permohonan menggunakan nama domain itu dengan tidak sengaja melepasi sistem pemprosesan kelulusan nama domain yang diuruskan oleh MYNIC.

“Perkara ini sangat dikesali dan kami mengambil langkah menamatkan nama domain itu serta merta. Terima kasih kerana membawa perkara ini untuk perhatian MYNIC.

“Kami juga akan mengambil tindakan untuk mengkaji dan mengukuhkan prosedur dalaman yang sedia ada untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya.

Bagaimanapun, menurut jurucakap itu, apa saja perkara berkaitan kandungan laman web tidak termasuk dalam bidang kuasa MYNIC.

Katanya, perkara itu perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Adelina Iskandar, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan yang ditimbulkan itu.

Dalam pada itu, pemantauan Metro Ahad mendapati, laman web itu ditutup beberapa hari lalu, sekali gus tidak beroperasi lagi.

Sementara itu, pengendali laman web berkenaan ketika dihubungi mendakwa, kandungannya dikendalikan pihak luar yang beralamat di Denmark.

“Kita hanya memohon penggunaan nama laman web ini daripada kerajaan dan selepas diluluskan, ia diserahkan kepada syarikat asing terbabit.

“Begitupun, selepas mengetahui laman web itu mengandungi unsur lucah, kami memaklumkannya kepada MYNIC untuk menutup atau menghentikan operasinya kerana menyalahi peraturan atau kontrak ditandatangani,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan Bahasa Melayu dan bayaran dikenakan, jurucakap syarikat terbabit berkata, pihaknya percaya syarikat berkenaan mengupah pekerja negara ini untuk menguruskannya.

“Kami tiada kaitan dengan bayaran atau kandungan laman web ini kerana semuanya diuruskan di sana. Begitupun, selepas didapati mereka menyalahi peraturan, tindakan perlu diambil bagi mengelak kami jadi mangsa,” katanya.
--- KatoeyNewsNetwork

DatukSeks
28-05-2007, 12:05 AM
menaiki kuda = cowgirl? atau tunggang lembu/kerbau?
Oops .. sedikit kesilapan penterjemahan. :D

Aksi betul tapi binatang salah :D

DatukSeks
28-05-2007, 12:09 AM
Markah bang kasi sampai titik berpuluhan satu... kasi sikit chance-lah bang. :D
Oh... itu pasal mukanya tak sampai enam tapi hampir enam, jadi saya bagi 5.8 lah. :D

DatukSeks
28-05-2007, 12:11 AM
Datuk,

Kenapa tidak minta dia buat mandian anjing ???

Abang Katoey,

Bukan kah abang tahu ? Kucing lebih manja and lemah lembut. Anjing tertalu kasar lah. :D

ProfessorOokami
28-05-2007, 03:09 AM
Abang Katoey,

Bukan kah abang tahu ? Kucing lebih manja and lemah lembut. Anjing tertalu kasar lah.

Datuk:

Kucing menjilat tubuh sendiri supaya memandikan dirinya. Kucing sememangnya tidak menjilat tubuh binatang lain [terutama sekali tubuh manusia] selain daripada anak-anaknya yang masih dijagainya. Anjing tidak menjilat tubuh seluruhnya kecuali kadang-kadang menjilat koteknya :eek: Anjing biasanya dimandikan orang dengan sabun dan air. Kucing takut pada mandian air kerana takut "tangkap basah" :D